Nampaknya aktiviti riadah dan rekreasi bukan saja gemar dilakukan waktu siang, tetapi malam juga turut jadi pilihan.
Antara aktiviti yang gemar dilakukan adalah berbasikal di mana-mana lokasi sekitar dalam bandar. Dan paling terbaru yang menarik perhatian adalah aktiviti sukan lasak Flying Fox.
Antara aktiviti Flying Fox yang makin mendapat tempat pengunjung warga kota sekarang adalah di Puncak Bukit Besi, Kuala Lumpur.
Apa yang menariknya aktiviti Night Flying Fox ini berlatar belakang pusat bandar Kuala Lumpur dengan ketinggian 291 meter di Puncak Bukit Besi terutama waktu malam hujung minggu.
Diusahakan oleh kumpulan anak muda Raska Adventure itu menjadi aktiviti baru bagi pengemar sukan lasak dengan pengunjung perlu melakukan sekitar 25 minit masa pendakian pada waktu malam dari kaki bukit sebelum sampai di lokasi aktiviti tersebut.
Ads
Apabila sudah berada di awangan, inilah masanya mengabadikan momen bergambar yang menarik. Pelbagai props disediakan penganjur untuk pengunjung yang berani melakukan aktiviti lasak ini.
Dalam laman Instagram Raska Adventure memberitahu pakej yang ditawarkan bagi yang berminat untuk mencuba aktiviti lasak ini, iaitu RM65 (pax) bagi dewasa dan RM30 (pax) untuk kanak-kanak.
Pendakian bermula dengan landmark OCBC Bank Alam Damai sebelum mendaki ke puncak dan merasai pengalaman Flying Fox di awangan dengan di sinari cahaya malam yang mendamaikan.
Ads
Aktiviti ini adalah yang pertama dan satu-satunya Night Flying Fox yang boleh menarik perhatian pengunjung terutama golongan muda.
Bagi mereka yang berminat boleh terus hubungi person in charge, Din 013-3484674 untuk sebarang pertanyaan.
Entri ini kita kongsikan kepada pembaca tujuh lokasi Instagrammable di Malaysia yang dikeluarkan oleh Big Seven Travel.
FYI, Big Seven Travel ada membuat satu kajian mengenai lokasi Instagrammable di seluruh dunia dan dalam 50 buah negara yang tersenarai, Malaysia menduduki tangga ke-17 lokasi gambar Insatgram paling popular.
Bertuahnya bumi Malaysia. Selain daripada dikurniakan masyarakat yang berbilang kaum, tanah tercinta ni turut dihiasi dengan pemandangan yang indah-indah.
Jadi! lokasi pertama Instagrammable places adalah:
Negeri Selangor mempunyai banyak destinasi pelancongan agro yang menarik untuk dikunjungi. Bukan setakat untuk lawatan, pengunjung juga boleh mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang disediakan. Ini 5 destinasi pelancongan agro terbaik yang boleh dilawati di Negeri Selangor:
MAEPS Agro Tourism Park merupakan taman agro yang sesuai untuk bercuti bersama keluarga yang menampilkan keindahan alam semula jadi. MAEPS, Serdang menyediakan pelbagai aktiviti yang menarik bagi mereka yang ingin merasai pengalaman di kawasan perladangan dan pertanian. Antaranya ialah “House of Kambing” yang menempatkan haiwan seperti kambing dan menawarkan menu makanan nasi kukus kambing bakar. Selain itu, terdapat juga pelbagai taman pertanian yang membolehkan pengunjung menimba ilmu seperti laman herba, laman padi, laman nenas, laman perikanan, G2G Animal Garden di mana mereka boleh memberi makanan kepada haiwan dan banyak lagi. Pengunjung juga boleh menginap di Nafas Cube di sini yang berkonsepkan binaan kabin dan tiub. Bayaran masuk: RM65 tanpa MyKad, RM45 dengan Mykad, RM35 pelajar Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.30 pagi hingga 5.30 petang)
Taman Botani Negara merupakan taman pelancongan agro yang dibangunkan untuk tujuan riadah serta penyelidikan. Taman Botani Negara menampilkan pemandangan alam semula jadi yang hijau, nyaman dan menyegarkan. Taman ini mempunyai tarikan yang menarik khas buat pengunjung, iaitu Rumah Iklim Empat Musim yang terkenal di mana pengunjung akan merasai cuaca musim salji, musim bunga, musim panas dan musim luruh. Namun rumah empat musim hanya akan dibuka semula kepada umum pada suku pertama tahun 2021. Selain itu, terdapat juga taman kaktus, orkid, rempah-ratus, buah-buahan, taman haiwan dan banyak lagi. Bayaran: RM3 (12-54 tahun) RM1 (kanak-kanak 6-11 tahun), RM1 (55 tahun keatas), OKU percuma Waktu operasi: Selasa hingga Ahad (7.30 pagi hingga 4.30 petang)
Jika anda merancang untuk bercuti di taman buah-buahan, Selangor Fruit Valley merupakan destinasi yang tepat untuk anda kerana taman ini mempunyai pelbagai jenis ladang buah-buahan tempatan serta anda juga menikmati buah-buahan dengan percuma. Bukan itu sahaja, terdapat juga tarikan dan aktiviti yang disediakan seperti petting zoo mini, aktiviti berkayak, ladang rusa, rumah tradisional, ternakan madu kelulut dan banyak lagi. Malah, terdapat juga tanaman buah belimbing, jambu, betik, rambutan dan sebagainya. Selain itu, terdapat kemudahan trem yang boleh dinaiki dan anda akan dibawa ke sekitar kawasan taman ini sambil menghirup udara segar. Anda juga boleh singgah ke gerai menjual air kelapa untuk beristirahat dan menghilangkan dahaga dengan menikmati air kelapa yang segar. Bayaran: RM8 (dewasa), RM4 (60 tahun keatas), Rm4 (Oku) dan kanak-kanak (5-12 tahun), percuma (5 tahun ke bawah) Waktu operasi: Setiap hari kecuali Jumaat (9.00 pagi hingga 4.00 petang)
Antara tempat menarik untuk melakukan aktiviti dengan gabungan alam semula jadi adalah di Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Kepong. Dengan keluasan 600 hektar, ia dikelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong di mana tempat ini menyediakan pelbagai aktiviti kepada pengunjung yang datang. Salah satu tarikan terbaharu di sini ialah ‘Sky Walk’, manakala antara aktiviti yang boleh dilakukan di FRIM adalah seperti berjoging di Rover Track, berjalan kaki di kanopi, berkelah dan berkhemah bersama keluarga, hiking, berbasikal malah berpeluang mempelajari tentang keunikan alam semula jadi. Terdapat juga tanaman seperti Rubiaceae (famili kopi), Fabaceace (famili kacang), Euphorbiaceae (famil getah), pokok Keladan yang berumur 116 tahun, pokok Melaka dan banyak lagi. Tambahan RM5 akan dikenakan jika pengunjung membawa kamera untuk mengambil gambar.
Satu fakta menarik – FRIM, Kepong ini pada mulanya merupakan tempat perlombongan, kemudian menjadi kawasan kebun sayur dan kini ianya merupakan sebuah kawasan hutan dengan suasana yang nyaman dan tenang yang boleh dilawati pengunjung. Bayaran masuk: Tanpa Mykad (RM5, dewasa), (RM1, kanak-kanak tanpa seragam), (Percuma, OKU dan kanak-kanak berseragam)Mykad (RM1, dewasa), (RM1, 13 tahun keatas), (Percuma, OKU dan kanak kanak pakaian berseragam) Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat (8.00 pagi hingga 5.00 petang)
Taman Eko Kuan Wellness merupakan salah sebuah destinasi yang menarik untuk dilawati di Negeri Selangor. Pengunjung akan menikmati persekitaran taman yang segar dengan tema pelancongan ekologi semula jadi disertakan dengan aktiviti yang ada di taman ini. Jika melawat ke sini, aktiviti yang boleh dilakukan adalah memberi makanan kepada haiwan di mini zoo seperti arnab, itik dan burung. Selain itu, pengunjung juga boleh melawat ke ladang buah tropika, menyaksikan aktiviti pemprosesan sarang burung untuk dijadikan produk kesihatan dan landskap yang cantik untuk bergambar. Bayaran masuk: RM3 untuk ruang pameran sarang burung, RM5 untuk mini zoo Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Sabtu & Ahad)
Selepas beberapa siri berita ‘penutupan sementara’ tular mengenai taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS), akhirnya ia telah ditutup secara rasmi. MAPS dibuka kepada orang ramai pada Jun 2017.
Taman tema yang dibangunkan dengan kos RM520 juta itu dikatakan ditutup sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Tidak pasti adakah taman tema di Perak ini akan berfungsi kembali atau hanya tinggal kenangan seperti apa yang terjadi kepada taman tema gah Mimaland pada suatu ketika dahulu.
Notis penutupan itu dikeluarkan oleh The Receiver and Manager Animation Theme Park Sdn Bhd (ATP), daripada Messrs Ernst & Young. Menurut notis itu, segala kesulitan akibat penutupan MAPS amat dikesali.
Ketika notis penutupan dikeluarkan ramai pengujung MAPS tidak tahu mengenai hal tersebut. Ada yang masih datang di hadapan pintu utama MAPS kerana telah membeli tiket secara atas talian atau agen merasa kecewa kerana tidak berpeluang beriadah bersama keluarga.
Seramai 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak yang diberhentikan serta-merta pula susulan notis penutupan taman tema Movie Animation Park Studios (MAPS) dikatakan akan diberi pampasan.
Harap-harap, MAPS kembali muncul memeriahkan industri pelancongan akan datang. Sayanglah, baru berusia setahun jagung dengan kos pembinaan jutaan ringgit sudah ditamatkan operasinya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hujung minggu ini, warga kota boleh menikmati suasana pasar kreatif yang lebih santai di tengah-tengah Kuala Lumpur apabila The Pasar Minggu berlangsung di Market...