Bila musim perayaan pasti jalan raya akan sesak dengan kenderaan, salah satu cara nak elak daripada turut terperangkap dalam trafik yang maha hebat itu adalah dengan mengambil alternatif lain seperti menaiki keretapi, bas dan juga kapal terbang.
Seperti juga musim perayaan dan juga tahun-tahun terdahulu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menawarkan perkhidmatan Tren Khas Ekspress Lambaian Aidilfitri Ke Pantai Timur sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
KTMB memaklumkan menyediakan empat perjalanan tren ekspress yang beroperasi dari KL Sentral ke Stesen Tumpat dan sebaliknya. Menurut KTMB lagi sebanyak 1,864 tiket ditawarkan menerusi tren khas Aidilfitri ini.
Ads
Tren khas ini turut dilengkapi dengan koc katil, koc tempat duduk premier, koc tempat duduk superior, koc buffet dan koc chillax.
Ads
Tren Khas Lambaian Aidilfitri ini akan berhenti di 16 buah stesen, antaranya Stesen Bandar Tasik Selatan, Kajang, Seremban, Gemas, Mentakab, Jerantut, Kuala Lipis, Gua Musang, Kuala Krai, Pasir Mas, Tanah Merah, Wakaf Bharu dan berakhir di Tumpat.
Tiket telah mula dijual pada 1 April 2023, jam 10 pagi dengan harga tiket bermula daripada RM55 sehingga RM83 untuk perjalanan sehala.
Ads
Pembelian tiket boleh dibuat secara atas talian atau melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau menerusi laman web KTMB. Apa tunggu lagi, yang masih tak ada tiket tu cepat-cepat beli ye!
Pengguna selalunya menggunakan laluan Lebuhraya Sg Besi untuk ke negeri-negeri di selatan Semenanjung Malaysia (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor). Jika anda pengguna Lebuhraya Sg Besi ini info untuk anda.
Penutupan penuh secara berkala di Lebuhraya Sungai Besi dari KM11.0 hingga KM11.3 (arah Sungai Besi) akan dilanjutkan dari 16 Disember 2019 sehingga 12 Januai 2020 tahun depan. Penutupan penuh sepanjang 300 meter itu bermula jam 11 malam hingga 5 pagi berikutan terdapat kerja-kerja pemasangan kekotak segmen (SBG) dan sebarang kerja berkaitan.
Lalauan yang terlibat:
Pengguna jalan raya yang ingin ke arah Sungai Besi akan dilencongkan ke Lebuhraya Sungai Besi (arah Kuchai Lama) untuk menggunakan aliran kontra yang telah disediakan (bagi tempoh penutupan penuh ini).
Pengguna jalan raya yang ingin ke Central Residence pula perlu membelok ke kiri selepas aliran kontra tamat.
Pemandu yang ingin ke Kuchai Lama boleh menggunakan dua lorong yang akan disediakan.
Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi arahan papan tanda trafik dan pengawal bendera yang bertugas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Baru sahaja beberapa hari yang lepas, Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye mengeluarkan kenyataan, tidak membenarkan kawasan khas untuk merokok di premis makanan wujud.
Kelmarin, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pula memaklumkkan memperuntukkan RM1 juta bagi pembinaan kawasan merokok di tempat awam termasuk kawasan komersial dan medan selera milik 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.
Menerusi sumber Malaysia Kini , Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan YB Puan Hajah Zuraida Kamaruddin memaklumkan bagi pemilik restoran atau kedai makan (persendirian), mereka mempunyai garis panduan yang akan dikeluarkan KPKT berhubung perkara terbabit di mana mereka perlu memohon kebenaran daripada PBT untuk membina kawasan khas merokok dalam skala kecil termasuk premis yang berada dalam lot kedai.
Kawasan khas merokok itu perlu mempunyai bumbung
Tempat duduk
Tempat membuang puntung rokok
Boleh dibina secara berkongsi (jika dalam satu lot bangunan itu terdapat lebih daripada sebuah restoran) dengan kos ditanggung mereka sendiri.
Namun bagi kawasan awam pula, PBT diminta membuat permohonan peruntukan kepada KPKT untuk menyediakan kawasan khas merokok dengan KPKT memperuntukkan setiap sebuah pembinaan kawasan merokok itu kira-kira RM5,000. KPKT sudah mempunyai satu model kawasan khas merokok dibina di Ampang yang mempunyai dua pondok kawasan merokok dengan kelengkapan bumbung, tempat duduk dan tempat membuang puntung rokok.
KPKT juga membenarkan pemilik restoran atau kedai makan, sama ada milik persendirian atau PBT, menyediakan kawasan khas merokok di luar premis, pada jarak sekurang-kurangnya tiga meter dari meja makan terdekat. Bagaimanapun kawasan khas merokok terbabit, yang disediakan tempat membuang puntung rokok itu, tidak boleh dijadikan ruang makan dan minum oleh perokok.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Penguatkuasaan larangan merokok di premis restoran telah dikuatkuasakan bermula Januari 2019. Perokok masih dibenarkan merokok tetapi sejauh 3 meter atau 10 kaki dari kawasan restoran. Namun kementerian memberi tempoh enam bulan sebagai ‘tempoh mendidik’ perokok supaya mereka merokok tiga meter dari premis berkenaan.
Bermula bulan Ogos ini, tindakan saman akan dikenakan buat mereka yang masih degil dengan undang-undang yang telah dikuatkuasakan. Kepada yang ingkar dengan larangan ini, Peraturan-Peraturan kawalan Hasil Tembakau 2004 (Pindaan 2005) menyatakan bagi kesalahan merokok di suatu tempat yang di larang (subperaturan 11(1) denda minimum yang boleh dikenakan ialah RM250.00 dan denda maksimum ialah RM500.00. Sabit kesalahan oleh mahkamah, boleh didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun. Manakala pengusaha yang gagal mematuhi peraturan pula boleh didenda melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan.
Jadi untuk memudahkan orang awam faham mengenai kawasan larangan 3 meter atau 10 kaki ini, Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan infografik bagi rujukan kepada semua perokok-perokok tegar.
Jom kita tengok.
Restoran di rumah kedai. Perhatikan jarak 3 meter dari meja di muka pintu kedai tersebut, itu adalah kawasan larangan merokok.
Tempat makan terbuka. Kawasan ini selalunya wujud di kedai mamak. So kalau lepak mamak yang ada kawasan terbuka, kawasan tersebut adalah kawasan larangan merokok.
Gerai makan. Sama juga macam kawasan terbuka tadi, tetapi ini melibatkan kawasan gerai dan yang sama waktu dengannya. Kawasan berkelompok meja dan 3 meter dari situ adalah kawasan larangan merokok.
Trak makan / Food truck – 3 meter dari food truck adalah kawasan larangan merokok.
Kedai makan dalam sungai. Ha tu dia kedai makan dalam sungai pun adalah kawasan merokok dalam jarak 3 meter daripada sungai.
Makan atas awan. Yang ini tak boleh buat apa la. Kalau nak merokok jugak awak gantung diri 3 meter dari atas tu, boleh la merokok, hehehe. Selain daripada kawasan premis restoran di atas, sebenarnya ada beberapa lagi kawasan larangan merokok seperti yang terkandung dalam buku Peraturan 11(1) PPKHT 2004 seperti:1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disko, kelab malam atau kasino, pada bila-bila masa apabila tempat itu dibuka kepada orang awam.
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik.
3. Di dalam lif atau tandas awam.
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin.
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam.
6. Di dalam mana-mana bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta bawah peraturan 22.
7. Di dalam mana-mana lapangan terbang.
8. Di dalam mana-mana premis kerajaan.
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan selain bangunan kediaman atau persendirian.
10. Di mana-mana kawasan di dalam suatu institusi pendidikan atau institusi pendidikan tinggi.
11. Di mana-mana kawasan di dalam suatu taman asuhan kanak-kanak.
12. Di dalam mana-mana bas sekolah.
13. Di mana-mana tingkat yang mempunyai kaunter perkhidmatan di dalam bangunan bank atau institusi kewangan, Telekom Malaysia Bhd, Tenaga Nasional Bhd. dan Pos Malaysia Bhd.
14. Di dalam mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah.
15. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stesyen minyak.
16. Di mana-mana kawasan di dalam suatu stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium.
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan.
18. Di mana-mana kawasan di dalam suatu perpustakaan.
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet.
20. Di mana-mana kawasan di dalam suatu tempat latihan khidmat negara.
21. Di dalam mana-mana tempat kerja berhawa dingin dengan suatu sistem hawa dingin berpusat.
22. Seluruh Hentian Rawat Dan Rehat (RnR) di seluruh Lebuhraya Malaysia.
Jadi kepada perokok tegar di luar sana, ambil perhatian ya. Jangan kerana sebatang merokok, duit melayang bayar denda. RM10,000 tau. Ingatlah orang yang tersayang. Selamat beramal.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...