Alor Setar merupakan ibu negeri Kedah yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Dah sampai sini boleh juga melawat ke tempat-tempat lain yang ada di Kedah antaranya Gunung Jerai, Tanjung Dawai atau terus naik feri ke Pulau Langkawi.
Jika masih tercari-cari nak menginap kat mana, Alor Setar mempunyai banyak pilihan penginapan mengikuti bajet dan keutamaan anda. BT Haus Retreat, Alor Setar antara penginapan yang ada dan cukup menarik untuk dikunjungi bila ke sana.
Pemandangan yang ada di sini juga cukup menarik, berlatar belakangkan rel keretapi di mana pengunjung berpeluang mengimbas semula & “throwback” daya tarikan kereta api Tanah Melayu di samping menghabiskan masa bersama keluarga staycation di sini.
Merupakan kediaman dengan senibina dan dekorasi yang cukup cantik, kat sini anda boleh memilih untuk menyewa keseluruhan rumah atau menempah bilik sahaja.
Bilik yang ada di BT Haus Retreat
Ads
Pangkin Room
1 King Bed, 1 Single Bed
Railway Room
2 single beds
Attic Room
5 single beds
Courtyard Room 1
2 super single beds
Pool View 2
2 super single beds
Courtyard Room 2
2 super single beds
Pool View 1
1 king size bed
Sky View Room
2 Single beds
Sultan Room
2 super single beds
Setiap bilik mempunyai bilik air sendiri kecuali Sky View Room.
Fasiliti di dalam bilik:
Ads
Air-conditioner.
WIFI
Smart TV (Netflix, Youtube)
Bed linens & blankets.
Towel, shampoo & shower gel.
Hot shower.
Electric kettle
Fasiliti yang ada juga lengkap untuk anda dan keluarga nikmati, memang sesuai untuk staycation hujung minggu atau buat family gathering kat sini.
Fasiliti lain:
8’ x 22’ swimming pool
Common living
Outdoor sunken living
Dining area
Fridge, microwave & toaster.
Coway water dispenser
Rice cooker, pots & pans
Basic cooking utensils
BBQ pit with utensils (for whole house package only)
Kalau merancang untuk bercuti ke Alor Setar atau yang nak buat family gathering, tempat ini memang sesuai. Cantik dan juga selesa untuk seisi keluarga.
Ads
Alamat: BT Haus Retreat, No. 5428, Tmn Seroja, Jln Tun Abdul Razak, Alor Setar, Kedah.
Bermula 1 April ini, negara akan memasuki fasa endemic dan pintu persempadanan negara akan dibuka untuk pelbagai tujuan termasuk pelancongan.
Bagi kaki travel yang rindu travel negara-negara Asean yang kos melancongnya tak terlalu mahal, bolehlah mencuba masuk ke Thailand untuk bercuti ke Hatyai dan Koh Lipe yang terkenal dengan julukan Maldives Of Thailand kerana sangat cantik.
Baca perkongsian dari Hafiza Ariffin mengenai pengalamannya bercuti dari Hat Yai ke Koh Lipe menaiki keretapi dan kos travelnya tak mahal mana, cuma RM700 sahaja untuk perjalanan 4H 3M.
Trip singkat saya selama 4 hari 3 malam ke Koh Lipe melalui Hat Yai.
DAY 1
Saya ke Hat Yai bersama seorang teman dengan menggunakan komuter dari Stesen Anak Bukit ke Padang Besar. Dari Padang Besar kami ke Hat Yai pula menggunakan keretapi klasik.
Masa untuk urusan imegresan agak lama iaitu melangkaui dua jam memandangkan ramai penumpang pada hari minggu dan kebetulan cuti umum berdekatan.
Tempoh perjalanan dari Padang Besar ke Hat Yai mengambil masa selama 55 minit. Usai sampai ke Hat Yai destinasi pertama kami adalah mencari makanan halal di sebuah gerai di pinggir kaki lima di bandar Hat Yai.
Urusan menjadi mudah memandangkan teman saya sudah acap kali ke sana. Walau bagimanapun mencari makanan halal di Hat Yai tidak begitu sukar memandangkan banyak restoran dan gerai menjual makanan halal terdapat di sana.
Setelah urusan 'tapao' makanan selesai kami bergegas pula ke hotel untuk merehatkan diri dan proses pembersihan yang sepatutnya.
Sebelah petang kami bersiar – siar di sekitar Lee Garden selain ke Khlong Hae Floating market. Kami menggunakan perkhidmatan grab ke sini kerana lebih jimat memandangkan kami hanya berdua sahaja.
(Grab pergi: 130 bath) (Grab balik: 128 bath)
Pada sebelah malam pula tidak banyak aktiviti dilakukan selain bersiar-siar di sekitar bandar Hat Yai. Hat Yai adalah sekadar lokasi persinggahan sebelum keesokkannya ke Koh Lipe.
DAY 2/DAY 3/DAY4
Seawal jam 6.30 pagi waktu tempatan kami telah bersarapan di sekitar gerai bedekatan hotel penginapan. Sepersinggahan di Hat Yai kami menetap di Hotel Kosit (RM 66/2D1N).
Tepat jam 9.00 pagi waktu tempatan kami telah bertolak ke Koh Lipe seperti waktu yang dijanjikan oleh pihak agensi pelancongan. Perjalanan dari Hat Yai ke jeti Pak Bara mengambil masa antara 1 jam 40 minit hingga 2 jam.
Pakej ke Koh Lipe kami beli melalui agensi Dee Travel Hat Yai. Anda boleh cari di sekitar bandar Hat Yai dan bandingkan. Banyak pakej menarik ditawarkan cuma buatlah pilihan yang terbaik.
Pakej yang ditawarkan merangkumi perjalanan pergi dan balik dari: HAT YAI – PAK BARA – KOH LIPE – PAK BARA – HAT YAI (1200 bath/person)
Setibanya di Jeti Pak Bara anda akan di bawa ke agensi terlebih dahulu untuk pengambilan tiket speed boat dan maklumat berkaitan. Selepas itu hanya perlu berjalan kaki ke jeti yang bedekatan dan anda perlu membeli tiket untuk memasuki Tarutao National Park dan Koh Lipe adalah salah satu darinya. Dengan adanya tiket ini anda boleh ke kawasan pulau-pulau sekitarnya. (200 bath/person).
Sepanjang perjalanan menuju ke Koh Lipe anda akan di bawa ke dua destinasi menarik.
Pertamanya Tarutao National Park dan juga Koh Khai. Setiap destinasi hanya 20 minit masa diberikan. Cukuplah sekadar untuk bergambar kenangan. Lebih kurang 1 jam 30 minit anda akan tiba ke Koh Lipe.
Sepanjang berada di Koh Lipe anda akan terpaku dengan keindahan pulau dan airnya yang jernih serta pasir pantai yang memutih.
Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini selain berenang di pantai adalah berkayak, snorkeling dan juga diving bagi yang mempunyai lesen. Bagi aktiviti snorkeling atau diving anda boleh dapatkan pakej di sekitar Koh Lipe Walking Street.
Pulau ini sentiasa hidup dan sangat indah. Sepanjang di Koh Lipe kami menginap di Family Song Bungalow (RM210++/3D2N). Chalet berdindingkan buluh, berlantaikan kayu dan beratapkan genting. Terletak berdekatan pantai dan juga Walking Street.
Kedai makanan halal boleh didapati di sini tetapi kos agak tinggi. Digalakkan membawa bekalan makanan untuk memudahkan urusan dan penjimatan. Jika ingin melakukan pertukaran wang pastikan bukan di Koh Lipe kerana nilai tukarannya rendah dari kadar tukaran semasa.
Kos sepanjang percutian ini adalah sekitar RM 700 merangkumi perjalan pergi dan balik, hotel penginapan, pakej ke Koh Lipe, makanan dan sedikit cendarahati sebagai buah tangan dan kenangan.
Sekian intenari ringkas dari saya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Tahu tak di Ipoh ada lokasi yang sangat menarik dan tidak mengecewakan untuk disinggah?
Jika mencari-cari destinasi menarik untuk bercuti di negeri Perak, anda dicadangkan untuk singgah di daerah Ipoh. Bagi yang suka bergambar, bandar ini pastinya tidak akan mengecewakan anda dengan lukisan seni jalanan yang begitu kreatif!
Di Ipoh sendiri hari ini semakin banyak lokasi diperkenalkan dengan karya seni jalanan pada dinding atau mural yang bukan saja menarik malah dapat membantu mempromosikan industri pelancongan setempat. Dinding yang menjadi kanvas kepada keunikan lukisan dan arca mampu memperdaya mata pengunjung ini lazimnya di lorong belakang premis perniagaan. Ini bagi menghidupkan suasana lorong yang suram, di samping mengubahnya menjadi tempat selamat, bersih dan boleh dilawati pengunjung.
Nak tahu mana lokasi street art menarik di Ipoh? Baca perkongsian daripada sumber Fariz Ali
Jalan Paling Terkenal Di Ipoh
Jika anda melawat ke Ipoh, saya cadangkan anda untuk singgah di Concubine Lane. Jika mengikut teori rakyat marhaen, pada zaman dahulu terdapat seorang peniaga beristeri 3 telah membina deretan rumah kedai yang banyak selepas berlakunya kebakaran besar di Ipoh. Dengan niat untuk berlaku adil kepada isteri-isterinya, peniaga tersebut telah menghadiahkan satu lorong kepada setiap isterinya. Ideanya mudah sahaja, supaya isteri2nya dapat menikmati hasil kutipan sewa kedai di lorong masing-masing. Maka, setiap lorong itu dikenali sebagai:-
Tetapi tidak diketahui tentang kesahihan cerita ini. Pada masa ini, lorong-lorong ini telah dijaga semula dan kedai-kedai telah dihidupkan. Banyak kedai-kedai makanan dan cenderahati. Bentuk asal kedai cuba dikekalkan dan dipelihara. Sangat nostalgik jika anda melalui lorong-lorong ini. Seperti kembali ke zaman silam sebentar. Jika teori cerita mengenai peniaga beristeri 3 itu betul, nampaknya peniaga tersebut lebih menyayangi isteri ke-2. Ini kerana lorong untuk isteri ke-2 atau lebih dikenali pada hari ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Merupakan bandar kedua terbesar di Sarawak, Miri adalah bandar raya pertama yang bukan ibu negeri mendapat taraf bandar raya. Turut dikenali sebagai Bandaraya Peranginan, Miri mula dikenali apabila kemunculan industri minyak dan gas asli dijumpai pada tahun 1910 di Bukit Telaga Minyak, Bukit Kanada.
Rentetan dari itu Miri terus pesat membangun hingga hari ini. Miri dikatakan mendapat nama daripada suku kaum Miriek yang merupakan penduduk bumiputra Miri pada abad ke-16. Orang Eropah yang datang untuk mencari gali minyak kemudiannya secara tidak sengaja menukar nama Miriek menjadi Miri. Maka nama tersebut kekal hingga kini. Bandaraya ini terletak di bahagian Utara Sarawak, dikelilingi oleh laut di bahagian timur dan bersempadan dengan negara Brunei.
Jika bercadang bercuti ke Miri, Sarawak lokasi ini merupakan destinasi wajib mesti singgah:
Bukit Canada juga digelar The Grand Old Lady merupakan telaga minyak pertama di negara ini yang menggunakan kaedah alat kabel. Sejak 1910, Bukit Canada yang terletak 150 meter di atas paras laut, telah menyaksikan pelbagai sejarah dan pembangunan fizikal yang berlaku di bandar Miri yang kaya dengan hasil minyak ini, tetapi juga industri pelancongannya yang menarik. View di atas puncak bukit ini sangat menawan dan istimewa dengan pemandangan indah bandar raya Miri dan Laut China Selatan. Memandangkan Bukit Canada mempunyai nilai sentimental kepada Miri, sebuah Muzium Sains Petroleum telah didirikan di sebelahnya.
Muzium ini merupakan salah satu tarikan utama pengunjung di bandar Miri. Sebaik sahaja kaki melangkah ke sini, pelawat seolah-olah dibawa kembali ke era bermulanya industri petroleum di Miri dengan wujudnya replika patung manusia yang sedang menggerudi minyak dan menara yang tinggi menjulang langit. Selain lengkap dengan sejarah perkembangan petroleum, pengunjung pasti tertarik dengan reka bentuk bangunan muzium.
Tamu Muhibbah memang terkenal bukan sahaja kepada penduduk tempatan tetapi juga pelancong luar berusia lebih dua dekad. Sesuai dengan namanya, pasar ini sangat muhibbah dek kerana para peniaga yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Antara yang boleh anda dapatkan jika berkunjung ke sini seperti hasil pertanian, sayuran dan buah-buahan segar yang dibawa dari pendalaman sekitar daerah Miri. Jika ingin mebawa pulang ole-ole, jangan lupa untuk membeli Gambir Sarawak, Perencah Laksa Sarawak, Beras Bario, Gula Apong, Kayu Serukai, Buah Dabai, Mangga Sarawak, Durian Mukak, Buah Terap atau Terubuk Ikan Masin.
Keindahan budaya pelbagai etnik yang terdapat di Sarawak boleh dilihat dengan berkunjung ke Pusat Kraftangan Miri. Pusat itu dibuka kepada pengunjung setiap hari mulai pukul 8 pagi hingga 6 petang. Antara kraftangan yang boleh dibeli di sini ialah tembikar Sarawak yang dihiasi dengan motif tradisional seperti bunga terung selain motif burung kenyalang. Selain itu, lukisan bermotifkan masyarakat Dayak dan Orang Ulu juga turut dijual dengan harga berpatutan.
Pusat itu amat ideal bagi penggemar kraf buatan tangan seperti bakul, dan tikar rotan serta topi daripada kulit kayu. Menariknya pusat ini menempatkan pembuat kraf tangan dari pelbagai etnik seperti Melayu, Iban, Orang Ulu, Bidayuh dan Cina di bawah satu bumbung. Setiap premis menjual kraf tangan berdasarkan etnik masing-masing misalnya Orang Ulu menjual sumpit, hiasan manik dan topi kulit kayu.
Lebih kurang sejam pemanduan dari Bandar Miri, jangan lupa untuk singgah sebentar di Kampung Bungai di Bekenu. Di sini ada sebuah kawasan pelancongan yang tidak kurang popularnya iaitu Pantai Bungai. Pantai Bungai terkenal dengan kejernih airnya serta keindahan kawasan sekelilingnya yang masih terpelihara baik jauh dari kesibukan kota. Buat pengunjung yang gemar merakam momen indah pemandangan pantai, waktu paling ideal untuk ke sini menurut penduduk tempatan adalah pada pagi hari. Ketika itu air laut akan surut, maka pengunjung dapat melihat satu fenomena bentuk geografi yang begitu menarik dan unik.
Alang-alang sampai di Miri, masukkan destinasi Long Bedian dalam itinerari percutian anda. Long Bedian merupakan salah satu kawasan rumah panjang yang masih kekal dengan adat resam akar umbinya dan penduduknya jarang berhijrah ke bandar. Kejayaan dan perkembangan rumah panjang ini menarik perhatian ramai pihak sehinggalah mendapat perhatian dari golongan berstatus bangsawan untuk datang melawat.
Long Bedian hanya boleh dikunjungi menggunakan kenderaan pacuan empat roda dengan perjalanan lebih 200km dari bandar raya Miri. Selain itu, kampung berkenaan juga boleh dikunjungi dengan menggunakan perkhidmatan bot ekspres dari pekan Marudi ke Long Lama, sebelum menggunakan laluan jalan balak dari Long Lama ke Long Bedian.
Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila bercakap tentang hotel, ramai orang terus bayangkan tempat untuk tidur, mandi dan berehat sebelum sambung berjalan keesokan hari. Tetapi di beberapa destinasi dunia,...