Baru Catat 8 Kes COVID-19, Kazakhstan Dah Isytihar Darurat

Share

Presiden Kazakhstan telah mengisytiharkan darurat di seluruh negaranya dan mengehadkan perjalanan serta perdagangan bagi membendung penyebaran koronavirus (Covid-19).

Foto: times of India
Foto: advisoryexcellence.com

Negara Asia Tengah itu yang setakat ini hanya mencatatkan lapan kes virus akan mematuhi langkah baharu tersebut selama sebulan.

Dekri yang diterbitkan di laman web Presiden Kassym-Jomart Tokayev itu adalah peluasan kepada langkah yang diumumkan dalam melarang sebarang majlis awam selain memperkenalkan had terhadap fungsi pusat runcit dan keluar masuk dari negara itu.

Pemerintah bagaimanapun tidak menjelaskan siapa yang akan dilarang menyeberang sempadan. Semua pusat hiburan termasuk pawagam dan pameran akan ditutup

Dekri tersebut juga bakal menyediakan dana daripada rizab kerajaan dan meningkatkan kawalan kerajaan terhadap mereka yang mengelak daripada dikuarantin atau mendapatkan rawatan.

Negara jirannya, Uzbekistan  yang melaporkan kes jangkitan pertama juga telah mengumumkan penutupan sempadannya untuk semua pengangkutan.

Foto: matadornetwork.com

Sumber: Sinar Harian

IKLAN