Ya, memang ada orang yang suka pakai baju yang sama setiap kali pergi travel dan makan angin. Lebih teruk ia diulang pakai ketika hendak tidur. Mungkin sebab selesa dengan pakaian tersebut atau sudah dianggap seperti ‘bantal busuk’, pelengkap untuk tidur.
Pakaian yang tidak ditukar mudah kotor sekaligus mengundang anda kepada penyakit bawaan seperti demam dan selsema. Bukan itu sahaja, kalau wajah anda senang didatangi jerawat dan pori tersumbat dari mana lagi kalau tidak baju tidur yang tidak bertukar.
Sia-sia sahaja kalau anda kerap menukar cadar tapi memakai pakaian tidur yang sama hampir setiap hari.
Jadi adalah WAJIB untuk anda menukar pakaian tidur pada setiap malam.
Ads
Jika anda masih berdegil untuk tidak menukar, berkemungkinan anda akan mengalami permasalah seperti ini.
Bangun pagi yang lemah
Ads
Memakai pakaian kotor ketika tidur malam boleh memberi kesan pada tubuh pada keesokan paginya. Anda akan berasa tidak segar, bermalasan dan tidak selesa. Ini kerana sepanjang malam anda bergelumang dengan bakteria yang ada pakaian lama. Ketahuilah bakteria berpindah dengan mudah pada kulit anda.
Tidur tidak nyenyak
Ads
Anda akan mengalami ketidakselesaan seperti gatal-gatal dan berminyak sekaligus menganggu kualiti tidur.
Sia-sia sahaja anda mandi tapi kemudian menyarung baju tidur yang lama. Bakteria yang terperangkap pada pakaian seterusnya meninggalkan bau badan yang tidak menyenangkan. Ingat bukan sahaja mandi yang mengelakkan badan berbau, malah menukar pakaian yang bersih juga memberi faktor yang sama.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jepun negara maju yang menjadi idaman setiap traveler untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keindahan serta adat dan budaya masyarakat di sana.
Merupakan negara empat musim, bagi yang nak bermain salji bolehlah memilih antara Disember sehingga Februari untuk ke negara yang terkenal dengan julukan Matahari Terbit itu. Bagi yang nak tengok keindahan bunga sakura pula boleh memilih untuk datang ke Jepun sekitar April hingga Jun.
Jepun juga terkenal dengan negara yang bersih dan rakyat yang cukup berdisiplin, tempat-tempatnya juga menarik untuk dilawati.
Bagi yang pertama kali nak datang bercuti ke Jepun, Yamin Ismail berkongsi beberapa tip berguna untuk anda persiapkan diri sebelum jejakkan kaki ke negara tersebut.
1) Visa- tak perlu. Anda boleh stay di sana sehingga 90 hari.
2) Duit Yen – tukar siap-siap di Malaysia kerana kadar tukaran lebih baik. Boleh juga tukar duit di sana. Mesin money changer pun ada di sana.
3) Talian internet- bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport. Boleh juga bawa siap-siap dari Malaysia.
4) Pengangkutan – Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. Di sana pengangkutan keretapi efisen dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13 am. Next train 07.27 am. Seterusnya 07.48 am. Bukan 07.00/07.30/08.00 am. Setiap keretapi adalah punctual.
5) Makanan halal- Ada, tapi tidak di semua tempat. Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan menaiki keretapi.
Saya suka Brahim (nasi segera bersama lauk) sebab boleh panaskan dalam microwave dan masukkan dalam tupperware untuk dibawa travel.
6) Kalau lapar sangat – masuk 7E. Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E Jepun, kita akan rasa macam ‘alangkah kalau kat Malaysiapun macam ni’. Kat kaunter cuba cakap – Sumimasen (Excuse me). Gohan (nasi) – wa- doko desuka? (where is it?).
Sumpah, inilah makanan (nasi melekit Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.
7) Penginapan – bergantung kepada bajet anda. Saya pernah duduk hotel, rumah Air BNB, tumpang rumah kawan Jepun. Yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur. Tips- pilih rumah yang paling mudah diakses (baca: dekat) dengan stesen bas atau stesen keretapi.
8) Berjalan kaki – anda kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive.
Orang Jepun jalan laju. Kalau anda baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station,’ percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka.
9) Tempat menarik kat Jepun? – Saya dah sampai Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, Gotemba, gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara sangat sesuai untuk dilawati.
70 peratus muka bumi Jepun adakah hutan dan gunung. Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan. Jepun mempunyai banyak tempat menarik yang diwartakan sebagai warisan UNESCO.
10) Bahasa Jepun – elok juga tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita. Contoh: Selamat pagi -Ohayo Gozaimas, Hello – Kon ni chi wa, Terima kasih – Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen.
Rakyat Jepun sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik.
11) Vending machine- teramat banyak di sana. Boleh beli apa saja. They are everywhere. Terdapat 5.5 juta vending machine di negara ini.
Daripada bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu of course la kan. Coklat. Telur ayam. Sup ikan. Burger. Ramen. Buah oren dan pisang. Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences.
12) Tandas –Bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekan pun tak pasti selepas menunaikan hajat. Rakyat Jepun obses akan kebersihan dan keselesaan.
Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan anda akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan (sori tak bermaksud nak campur urusan peribadi anda), tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.
13) Surau – Islam itu mudah dan memudahkan. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari. Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang untuk solat.
Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang. Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk.
14) Makan ramen – makan dengan hirupan bunyi kuat dianggap penghargaan kesedapan kepada tukang masak. Kalau kat Malaysia rasa nak tampar muka orang yang makan berbunyi begitu.
Di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi customer yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Only in Japan.
15) Duit syiling Jepun – ada banyak dominasi – 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik) – kecuali jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.
Ketika ini kerajaan Malaysia sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan buat warganegara atau bukan warganegara bermula 18 Mac lalu sehingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.
Tindakan ini diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19 yang berkemungkinan meragut ramai nyawa rakyat negara ini. Oleh sebab itu orang ramai yang berada di negara ini diseru agar mengambil serius Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari dalam usaha kerajaan mencegah penyebaran baharu penyakit COVID-19. Sebarang ‘perjalanan’ untuk melancong, bercuti atau bersiar-siar di dalam negara mahupun luar negara tidak dibenarkan sama sekali dalam tempoh tersebut.
Bagi mereka yang gemar ‘berjalan-jalan’ atau melakukan aktiviti perkhemahan di luar, perintah ini mungkin agak sukar untuk dilakukan. Namun sebagai individu yang ‘tidak pentingkan diri sendiri’ mereka semestinya patuh kepada arahan tersebut.
Sungguh pun begitu, aktiviti kesukaan anda seperti camping tidak harus dilupakan meski pun perlu berada di kediaman masing-masing. Melalui perkongsiaan di group Facebook seperti Family Camping Malaysia dan H&n Campsite, pasti ramai tersenyum melihat foto yang dikongsikan rakyat Malaysia yang begitu kreatif ini. Masih boleh ‘bercamping’ walaupun hanya di kawasan kediaman sendiri. Cayalah! Anak-anak mesti tak bosan.
Nah! Ini mungkin boleh dijadikan idea buat anda untuk menghilangkan bosan ketika di rumah dalam tempoh ini. Walau bagaimanapun pastikan ‘sesi perkhemahan’ anda di rumah masih mengikuti prosedur yang dibenarkan untuk mencegah COVID-19 seperti tidak ‘berkumpul’ atau lakukan gathering dalam jumlah yang besar. Jaga kebersihan diri seperti kerap mencuci tangan dan jarak diri sejauh 1 meter sekiranya bergejala. Jangan lupa tutup mulut dan hidung anda dengan tisu jika anda batuk atau selsema.
Boleh dikatakan menjadi lumrah pesawat kita naiki 'delay' atau dalam bahasa Melayu tertunda/tertangguh. Bertuahlah anda jika anda kerap menaiki pesawat tetapi sekalipun tidak pernah delay.
Buat anda yang kerap kali mengalami situasi begitu, ini perkongsian ringkas daripada facebook page Jumpa Kat Mahkamah
Flight anda delay lagi? Jangan lupa claim perkara-perkara ini!
Tapi janganlah terlampau marah jika pesawat anda 'delay'. Bukan saja-saja. Ini sebab kenapa pesawat anda kemungkinan terlewat menurut trip jalan.
Hujan yang sangat lebat, petir, angin yang sangat kencang, bahkan asap tebal adalah situasi cuaca buruk yang menjadi salah satu penyebab utama penerbangan akan ditunda. Jika sudah seperti ini, maka anda hanya boleh bersabar dan menunggu sehingga cuacanya elok. Untuk persedian awal anda boleh melihat terlebih dahulu situasi cuaca melalui internet penerbangan ikut pada tarikh anda.
Pernah kena kesesakan lalu lintas di jalan raya kerana banyak kenderaan? Hal ini pun dapat terjadi pada udara juga. walaupun ia sudah pun diaturkan tetapi pasti akan ada masalah yang tidak boleh dielakkan sehingga sesak lalu lintas. Lalu lintas menjadi sesak apabila penerbangan yang sebelumnya delayed dan ini menyebabkan kesusahan untuk mengikut jadual take off dan landing yang telah ditetapkan mengakibatkan terminal menjadi huru hara.
Ini juga salah satu sebab-sebab kenapa flight delay dari pengisian bahan bakar yang lambat, kerosakan/pemeliharaan secara drastik, penggantian jadual kru, pembersihan pesawat, pengangkutan/masalah bagasi, dan lain-lain yang disebabkan oleh pihak kru penebangan seperti flight attendant, pilot dan co-pilot.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebelum bercuti, ramai lebih fokus pada pakaian, pasport dan tiket penerbangan. Namun, ada beberapa barang harian yang nampak biasa tetapi sebenarnya boleh menimbulkan masalah...