Saban tahun, boleh dikatakan beribu orang dari setiap pelusuk tempat akan berpusu-pusu ke Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur untuk membeli juadah puasa atau membeli kelengkapan hari raya.
Tak kira sama ada yang datang itu orang KL sendiri atau dari tempat-tempat lain, kita semua akan ke Jalan TAR untuk tujuan yang sama lebih-lebih lagi di ambang hari raya Aidilfitri kerana kebiasaan peniaga-peniaga di sana akan memberikan harga runtuh.
Ads
Tapi kelainan tahun ini mungkin berbeza dan ada sedikit kelainan apabila bazar Ramadhan di Jalan TAR yang sudah sinonim itu akan dipindahkan ke Jalan Raja.
Ads
Lokasi bazar Ramadhan Jalan Tunku Abdul Rahman pindah ke lokasi baharu di Jalan Raja (berhadapan Bangunan Sultan Abdul Samad).
Memetik laporan daripada Bernama, operasi bazar ramadhan di Jalan TAR akan dipindahkan ke Jalan Raja berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad sejauh 200 meter dan 12 meter lebar. Pemindahan ini hanya melibatkan operasi bazar Ramadhan sahaja dan tidak melibatkan operasi pasar malam Jalan TAR buat masa ini.
Ads
Petak-petak peniaga pun telah diselaraskan dengan baik untuk memberikan keselesaan kepada pengunjung dan juga kepada pengguna lalu lintas. Jadi anda yang nak ke bazar Ramadhan di KL tahun ni jangan salah jalan ya. Sila ke Jalan Raja untuk membeli juadah puasa dan kelengkapan raya anda!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Hari Raya Aidilfitri adalah perayaan yang paling dinantikan oleh umat Islam seluruh dunia selepas menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan selama sebulan.
Sempena hari mulia yang dinanti-nantikan akan tiba tidak lama lagi, syarikat pelancongan digital Agoda mengeluarkan senarai 7 negara yang paling best untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri berserta dengan 7 cara bagaimana anda boleh meraikan 1 Syawal di destinasi pelancongan tersebut! Mari kita baca:
Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri di sesetengah negara adalah secara bersederhana sahaja, kemeriahan perayaan ini ternyata berbeza di Malaysia dengan adanya cuti umum selama dua hari dan sambutan yang berpanjangan sehingga sebulan.
Menjelangnya hari raya, tradisi ‘balik kampung’ masih diamalkan dengan jutaan penghuni kota pulang meraikan perayaan hari raya bersama orang tersayang di kampung halaman mereka.
Pada musim perayaan ini, rumah-rumah terbuka akan diadakan dan para tetamu boleh menjamu selera sambil mengeratkan perhubungan. Jadi, jika anda cukup bernasib baik untuk menerima undangan, jangan lepaskan peluang tersebut!
Sebelum tibanya hari raya, pastikan anda menyertai aktiviti Iftar @ Kuala Lumpur, suatu program unik dengan pengunjung dijemput untuk berbuka puasa beramai-ramai di sepanjang jalan paling sibuk di Kuala Lumpur iaitu di Dataran Merdeka yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan kolonial yang indah dan bersejarah seperti Bangunan Sultan Abdul Samad.
Pelbagai aktiviti keagamaan turut dianjurkan untuk memberikan peluang pengunjung mengenali keindahan Islam dengan lebih dekat. Lokasi penginapan yang dicadangkan Agoda kepada anda adalah Ramada Suites Kuala Lumpur City Centre.
Walaupun Hari Raya Aidilfitri tidak digazetkan sebagai cuti umum di London, perayaan ini tetap diraikan dengan meriah oleh masyarakat Muslim di sana. Sambutan dimulakan dengan solat hari raya pada pagi hari, diikuti dengan ziarah atau menjadi hos kepada keluarga dan rakan-taulan sambil menikmati juadah tradisional masing-masing.
Para pelancong boleh menyertai acara sambutan tahunan Festival Eid di Dataran Trafalgar, di sana mereka boleh menyaksikan pelbagai persembahan menarik, menyertai aktiviti yang seronok untuk seisi keluarga dan menikmati hidangan dari pelbagai negara pada hari Sabtu, 8 Jun, jam 12 tengah hari sehingga 6 petang!
Sepanjang Festival Eid 2019 berlangsung, anda boleh menikmati pelbagai hidangan istimewa dari kedai-kedai makan Timur Tengah di Jalan Edgware, London yang terkenal dengan kepelbagaian masyarakat majmuknya dan The Pilgrm adalah penginapan yang dicadangkan oleh Agoda kepada anda yang terletak hanya 10 minit jalan kaki dari Jalan Edgware.
Terdapat banyak aktiviti yang boleh dilakukan bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadan di New York. Mulakan hari anda dengan melawati masjid yang terbesar di New York di Pusat Kebudayaan Islam New York, dengan upacara keagamaan berlangsung sepanjang hari.
Muzium Bandar New York juga boleh dilawati seisi keluarga bagi mempelajari tentang tradisi kebudayaan Islam di sana melalui artis tempatan dan koleksi seni, atau dapatkan lukisan inai bagi untuk anak-anak anda. Perhatikan Bangunan Empire State pada waktu malam kerana ia akan diterangi oleh cahaya hijau sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri!
Agoda mencadangkan kepada anda untuk bermalam di Arthouse Hotel di Upper West Side yang menampilkan seni bina kosmopolitan dalam binaan hotel mereka.
Jika anda bertuah, anda akan dapat menyaksikan persembahan gendang yang diadakan pada waktu dinihari untuk mengejutkan orang ramai supaya bersahur, iaitu makan sebelum memulakan puasa.
Hari Raya Aidilfitri turut dikenali sebagai ‘Seker Bayram’ atau Festival Manisan di Turki, dengan sajian yang manis-manis seperti baklava akan dihidangkan. Malah, orang ramai digalakkan untuk mengambil manisan untuk sarapan! Dapatkan manisan Turkish delight dan sambutlah Hari Raya seperti orang tempatan Turki.
Apa aktiviti yang anda boleh lakukan sewaktu Hari Raya Aidilfitri di sini? Bawa bakul berkelah yang diisi dengan manisan dan juadah enak untuk berbuka puasa beramai-ramai di Hagia Sophia dan Masjid Biru yang ikonik di Dataran Sultanahmet. Dicadangkan kepada anda untuk bermalam di Ajwa Hotel oleh Agoda dan anda boleh menikmati Hammam tradisonal (sejenis mandian Turki) di spa hotel tersebut.
Rakyat negara ini menghargai masa yang diluangkan bersama keluarga pada musim perayaan ini, terutamanya semasa waktu makan. Pada bulan Ramadan, mereka akan berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga Muslim yang lain. Kunjungilah Dubai Opera untuk satu pengalaman unik yang menggabungkan hidangan Arab yang hebat dan persembahan muzik secara langsung.
Ahli keluarga dan rakan-rakan juga boleh menikmati pengalaman yang mengujakan di salah satu taman tema tertutup terbesar di dunia iaitu, IMG Worlds of Adventures yang dihiasi indah dengan tema Arab tradisional dan menawarkan aktiviti istimewa bagi musim perayaan.
Anda boleh bersuka-ria dengan keluarga anda di Atlantis the Palm Dubai – penginapan yang dicadangkan Agoda kepada anda – mempunyai taman tema hiburan dan taman air berkeluasan 170,000 kaki persegi.
Mengikut adat masyarakat Arab Saudi, ahli-ahli keluarga akan berkumpul di rumah lelaki yang paling tua dalam keluarga selepas solat Hari Raya. Sebelum makan tengah hari, kanak-kanak akan berpakaian baharu dan bertemu dengan ahli-ahli keluarga dewasa yang akan turut memberikan mereka duit raya. Sambutan raya diteruskan dengan menonton wayang, menyaksikan persembahan bunga api dan persembahan pentas.
Di tengah-tengah pusat bandar Balad, para pelancong boleh menyertai perayaan di Festival Jeddah Bersejarah (Historic Jeddah Festival) untuk mengimbas kembali cara Hari Raya diraikan pada zaman lampau. Gunakan seni interaktif atau dengarkan daripada Hakawati (penglipur lara) untuk mengetahui bagaimana Hari Raya Aidilfitri disambut oleh keluarga Hijazi suatu ketika dahulu.
Anda juga boleh mengisi 1 Syawal anda dengan beribadat sekiranya berada di Masjidil Haram atau Masjidil Nabawi. Apa kata, jika anda berada di Jeddah, anda menginaplah berhampiran dengan tempat sambutan 1 Syawal diadakan di pinggir Laut Merah yang terkenal iaitu di Raddison Blu Hotel, Jeddah Corniche.
Solat Hari Raya berjemaah yang terbesar di Srinagar adalah di Masjid Hazratbal yang dipercayai tersimpannya rambut peninggalan Nabi Muhammad. Pada pagi Hari Raya, sesuatu yang manis seperti kurma dan seviyan – sejenis puding bihun dengan susu, air dan kacang, akan dihidangkan untuk sarapan, bersama kahwah, sejenis teh tempatan yang dibuat daripada daun teh hijau istimewa dan helaian safron Kashmir yang dihias dengan buah-buahan kering dan kacang.
Nikmati hidangan tempatan seperti naan Kashmir, kebab, kahwah, noon chai (teh merah jambu masin) dan seumpamanya di sepanjang jalan Lal Chowk, medan selera yang terkenal di Kashmir.
Aktiviti yang boleh anda lakukan di sini semasa musim perayaan adalah Berlayar di sepanjang Tasik Dal yang terkenal dan singgah di Masjid Hazratbal, sebelum menikmati hidangan di medan selera Lal Chowk dan menginap di New Golden Flower Heritage Houseboat.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kita masih bernasib baik mempunyai tempat untuk berteduh, menonton televisyen, tidur di atas tilam empuk atau mencuba pelbagai menu viral ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membendung wabak COVID-19.
Tetapi adakah anda terfikir apakah nasib golongan gelandangan yang berada di sekitar bandar besar seperti Kuala Lumpur ketika ini? Di manakah mereka ingin tuju atau berkurung untuk mencegah COVID-19?
Boleh dikatakan mereka adalah golongan yang turut terdedah dengan wabak ini dengan mudah, dek kerana sentiasa bergerak ke sana dan ke mari kerana tiada rumah untuk didiami.
Nasib segelintir daripada mereka baik! Masih ada yang prihatin terhadap golongan gelandangan ini. Gelandangan di sekitar ibu kota akan ditempatkan di tempat-tempat khusus bagi mengelakkan mereka daripada merayau sepanjang tempoh PKP.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, golongan ini akan ditempatkan di Pusat Transit Gelandangan Jalan Pahang yang boleh menampung sehingga 150 orang dan Anjung Singgah sehingga 70 orang untuk jangka masa pendek ini.
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan juga telah diminta untuk menyediakan sebanyak 100 bantal dan tilam baharu di Anjung Singgah kepada warga gelandangan untuk duduk satu tempat, jangan merayau, dan kerajaan akan hantar makanan tiga kali sehari sepanjang tempoh PKP.
Kerajaan juga telah menentukan sebanyak sembilan tapak untuk para NGO (badan bukan kerajaan) dan persatuan sebagai tempat penyerahan bantuan makanan dengan dibantu oleh anggota RELA, penguat kuasa DBKL serta Jabatan Kebajikan Masyarakat. Namun NGO tidak digalakkan pergi sendiri kerana bimbang tidak mengamalkan jarak sosial.
Perasaan tak beberapa minggu ini, cuaca disekeliling kita agak panas daripada hari-hari biasa? Kalau awal pagi, matahari sudah naik mencanak dengan suhu tinggi terasa bahang dipermukaan kulit. Jika masuk waktu tengah hari, tak perlu cakaplah macam mana panasnya suhunya menyapa jika berada di luar bangunan. Begitu juga malam hari, hembusan angin tidak terasa damai.
Cuaca panas yang melanda negara kebelakangan ini merupakan cuaca biasa yang berlaku dalam musim Monsun Barat Daya. Sumber Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), situasi itu berlaku berikutan angin Monsun Barat Daya kembali normal seperti tahun-tahun sebelumnya.
Ketika ini negara masih dalam Monsun Barat Daya, jadi kebiasaan pada musim ini secara relatifnya memang akan berlaku cuaca panas berikutan kurangnya taburan hujan. Tetapi dua bulan kebelakangan ini iaitu pada Jun dan Julai kita berdepan dengan situasi Monsun Barat Daya lemah sehingga mewujudkan keadaan lembap yang luar biasa. Namun bermula minggu ini, Monsun Barat Daya sudah kembali normal dan angin bertiup dari Barat Daya sudah bermula menyebabkan negara mengalami hujan yang kurang dan rasa panas daripada biasa.
Jangan lupa menjaga kesihatan diri anda dengan minum banyak air dan kurangkan berada di luar rumah jika tidak perlu.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...