Setiap destinasi yang anda kunjungi mempunyai pemandangan, karakter dan suasana tersendiri.
Mengambil gambar yang indah ini tidak semestinya memerlukan kamera yang canggih dan mahal. Berbekalkan kamera digital atau telefon berkamera piksel besar sudah memadai.
1. Sudut Lantai
Biasanya anda mengambil gambar dengan tangan ke atas untuk mengambil gambar bangunan mahupun gambar rakan yang berlatarbelakangkan bangunan bersejarah. Malangnya gambar yang terhasil lebih menampakkan bangunan dari jarak jauh dengan rakan anda yang tidak ubah seperti semut kecil. Kali ini, cuba tangkap gambar dari lantai. Meniarap lebih bagus dan gambar bangunan akan kelihatan lebih besar.
2. Kaji Tempat
Ads
Perkara ini memang sangat penting tetapi kita jarang mengamalkannya. Apabila sampai ke destinasi melancong, jangan lupa ambil beberapa risalah untuk mengetahui beberapa lokasi hebat. Ia amat merugikan jika ada beberapa lokasi menarik yang anda terlepas untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.
3. Gambar Halus
Ramai yang tidak tahu fungsi macro yang terdapat pada kamera digital atau telefon berkamera. Fungsi macro bertujuan untuk mengambil gambar yang halus dengan lebih terperinci dan jelas. Disebabkan itu setiap butang macro ada simbol bunga. Cuba anda ambil gambar bunga dan zoom. Hasilnya sangat cantik jika anda pandai mengaplikasinya.
Ads
4. Ambil Gambar Makan
Ketika melancong, jangan lupa ambil gambar makanan. Tidak semua destinasi mempunyai makanan yang sama. Makanan melambangkan keunikan sesebuah tempat lebih-lebih lagi jika anda melancong ke luar negara. Ambil seberapa banyak gambar makanan sehingga ia boleh membuatkan orang terliur melihatnya. Anda boleh ambil dua sudut gambar makanan iaitu dari atas dan dari tepi yang menampakkan pinggan.
5. Gambar Berwarna
Ads
Setiap kali melancong, elak mengenakan pakaian yang gelap. Untuk menambah ‘seri’ keindahan gambar yang anda tangkap, pastikan anda memakai pakaian yang berwarna terang dan menyerlah seperti merah, kuning, hijau atau oren. Pakaian yang menyerlah membantu gambar yang anda tangkap menjadi lebih menarik dan menonjol.
6. Cuaca Baik
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih ‘hidup’ dan semulajadi, tunggu cuaca yang baik seperti langit membiru dan awan yang berkepul-kepul. Mempunyai latar belakang yang bercuaca baik menyebabkan anda secara tidak langsung pandai mengambil gambar seolah-olah seorang jurugambar profesional.
Tolak tepi kamera seperti DSLR. Siapa kata tidak mempunyai kamera canggih tidak boleh mengambil gambar-gambar menarik? Lepas ini, tempah saja tiket penerbangan tanpa perlu meminjam kamera teman kerana kamera biasa juga boleh meninggalkan seribu kenangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Gunung Kinabalu merupakan puncak tertinggi di Malaysia juga di Asia Tenggara. Permukaan asalnya terdiri daripada batu-batu sedimen yang terdedah kepada hakisan antara lapan hingga 12 juta tahun dahulu sehingga akhirnya mendedahkan permukaan batuan pluton yang lebih tegar.
Disebabkan faktor Gunung Kinabalu telah diiktiraf sebagai puncak tertinggi di Asia Tenggara selain tahap pendakian yang dikatakan jauh lebih sukar berbanding gunung-gunung lain, maka ia telah menarik minat ramai pendaki. Tidak kira pendaki berpengalaman dan juga mereka yang baru berjinak-jinak mendaki menanam impian untuk menawan Kinabalu.
Untuk anda yang baru pertama kali ingin menawan Gunung Kinabalu, ini ada tip serta pengalaman berguna buat anda yang dikongsikan pengguna sosial media. Selamat mendaki!
Alhamdulillah sampai dengan view yang clear sangat. Ada kawan-kawan lain yang tak dapat view clear sebab faktor hujan dan mendung.
Tips Panjat Gunung Kinabalu.
1. Permit/Lesen dari Travel Agensi harga antara RM350- RM390. (Boleh survey sebab ada banyak harga) Pakej termasuk Tour Guide, Permit, Tiket masuk Kinabalu Park,Insurans, Penginapan, Sajian (2 x Sajian), sajian ini disediakan oleh pihak hotel di Laban Rata.
2. Sepanjang mendaki setiap 1 KM ada pondok untuk berehat, siap dengan toilet yang bersih dan ada sumber air.
3. Line telefon juga ada di sepanjang laluan sehingga ke puncak.
4. Pernah dengar trek bertangga? Bukan semua ya kawan-kawan. Tengok gambar yang saya beri tu. Meleset sangkaan saya pada awal nya. Haha!
5. Biasanya akan sampai di Laban Rata pada jam 3 petang. Kalian boleh rehat, mandi, solat di dorm yang disediakan. Satu dorm 14 orang. Saya masak air untuk mandi, sebab terlalu sejuk. Dah selesai semua boleh la makan di café yang disediakan.
6. Jam 2 pagi dah perlu bersiap-siap dan sarapan di Café. Wajib makan untuk tenaga. Selesai taklimat dan bacaan doa tepat jam 2.30 kumpulan pertama akan dilepaskan.
7. Mesti mendaki slow-slow dan jangan gopoh itu petuanya. Ingat situasinya, udara sangat sejuk, jalan licin, gelap hanya dengan bantuan headlamp, dan hanya terdapat beberapa tali sahaja di sepanjang pendakian.
Taklimat oleh malim gunungSebelum mula. Tongkat tu lah saya sewa RM10 tu. Tag di leher tu semua wajib pakai sepanjang masa k. Ada tulis tarikh, no. siri kumpulan, no siri individu.Antara laluan yang mencabar. Bukan sepenuhnya bertangga tau.haa amik kau track dia😅 tangga sudah tidak kelihatan lagi🤣
8. Untuk mudahkan pendakian. Ini senarai peralatan yang saya bawa.
Beg Pack (Saiz Sederhana) – Kalis Air ( Jika ada, kalau tiada beli plastik dan cover bahagian luar beg kita). Jimat.
Baju Sejuk Waterproof (tebal), jangan guna sweater dan jangan terlalu tebal nanti susah bergerak. Untuk jimat space. Ikat baju sejuk di pinggang semasa mendaki.
Glove Waterproof –Glove waterproof sangat membantu untuk make sure tangan tak basah dan jari mengecut. Banyak guna tenaga tangan semasa nak mendaki. Tali yang digunakan untuk mendaki biasanya basah sebab cuaca yang selalu hujan dan lembap.
Baju Hujan – Beli yang nipis pun cukup. RM2 di supersave.
Head Lamp –Digunakan semasa mendaki ke puncak dari tapak Laban Rata. Perjalanan mendaki pada jam 2.30 pagi.
Tongkat khas mendaki – Membantu semasa mendaki dan menuruni gunung. (Sewa RM 10.00)
Mask/Snow Cap – Bagi melindungi telinga dan hidung semasa mendaki. Suasana yang terlalu sejuk akan buat kita tak selesa.
Kasut Hiking – Seeloknya yang bertapak kasar dan grip ( Saya pakai kasut sukan je, jangan terlalu besar dan terlalu kecil. Wajib pilih yang selesa. Kasut bata pun ok dik).
Berus Gigi – Travel Pack ( Bawak tau sebab walaupun sgt sejuk beku kat atas tu kita tetap akan mandi dan nak kena bersihkan diri untuk solat)
Tisu Basah – Bawak la yang peket kecil sbb kat atas tu sejuk so kalau nak lap-lap tangan senang sikit.
Ubat sapu/ Spray Otot – Persediaan jika krem kaki dan disapu sebelum meneruskan pendakian pada jam 2.30 pagi esok nya.
Super Food – Saya bawa 1 botol 100plus kecil, 1 botol mineral, coklat yang banyak.
Sebab tak selera nak makan nasi sepanjang perjalanan. Kita makan heavy meal semasa sampai kat hotel je, sangat berbaloi.
# Ada juga pakej yang sediakan sekali dengan tiket flight. Boleh survey ok.
Jika kalian perlukan kemudahan pengangkutan dari Bandar Kota Kinabalu ke Pintu Timpohon Gate (Pintu masuk pendakian Gunung Kinabalu) kalian boleh maklum pada TA dan mereka akan sediakan kenderaan. Kalian perlu mula mendaki sebelum jam 10 pagi. Jika lambat pintu akan ditutup.
Nampak tak senyuman yang dipaksa tu🤣 Penat weii
Antara laluan dan liku perjalanan. Masa ni dah duk pikir kat mana lah aku ni. Haha.Antara tempat RnR. Siap toilet yang bersih. Yeay. Kasut jenama power je. Sampai jugaakk. HahaNi gambar last semasa sampai di Timpohon Gate. Hujan lebat dan kaki dah sakit uii🤣
Bonus Tips
Buat Oksigen Training 2 minggu sebelum mendaki bagi mengelakkan berlakunya Kekurangan Oksigen @ AMS semasa sedang mendaki. Banyakkan training panjat bukit atau tangga yang tinggi. Semasa mendaki ambil nafas dalam-dalam sekerap mungkin untuk kurangkan risiko AMS.
Sebelum naik mesti set minda untuk sentiasa positif dan ada sikap untuk cabar diri. Jangan give up dan mendaki slow-slow. Jangan risau Malim Gunung akan sentiasa berada dekat dengan kumpulan pendaki.
Enjoy Your Trip dan Jangan Malas Amik Gambar kita mungkin tak ada peluang dah untuk naik lepas ni. Last sekali, Doa Usaha dan Tawakal, Berdoalah agar trip kalian nanti dipermudahkan dan dilindungi.Aaminn.
Tangga mendaki. Masa naik ni gelap nak turun baru ada cahaya. So jangan tinggal gambar di sini k. Lupakan penat sekejap bah. Hahha
Sekian! Senang je. So dah boleh plan dengan kawan-kawan. Yang penting enjoy the view dan jaga keselamatan.
Setiap kali kita check in ke hotel, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah nak baring sepuas-puasnya di atas katil. Tanggapan kita mestilah bilik hotel berkenaan bersih, tersusun dan cantik kan?
Tapi jangan tak tahu, ada sesetengah hotel yang tidak mengamalkan S.O.P yang betul tentang pengemasa bilik mereka. Perkongsian daripada Maya Ariffin di Facebook mendedahkan ada segelintir housekeeper yang culas berkenaan kebersihan di bilik hotel.
Maya yang sebelum ini pernah berkerja di dalam industri perhotelan menasihatkan supaya semua alas tilam yang disediakan diletakkan ke bawah lantai sebelum checkout daripada mana-mana hotel.
Semua alas yang dimaksudkan adalah cadar tilam, sarung bantal, selimut atau sarung selimut dikumpulkan di atas lantai bilik air. Biarkan dalam keadaan basah adalah lebih baik bagi mengurangkan risiko kain yang kering itu digunakan untuk mengelap cawan minuman.
Tapi Kenapa?
Maya menjelaskan mengapa tindakan sedemikian wajar diambil adalah kerana S.O.P apabila seseorang tetamu hotel telah checkout, kesemua alas yang digunakan harus ditukar tetapi ada segelintir housekeeper membiarkan sahaja alas yang kelihatan bersih tanpa ditukar baru.
Memang kelihatan bersih tetapi sebenarnya alas tersebut itu adalah alas yang telah digunakan oleh tetamu sebelumnya.
Meskipun tidak menuduh mana-mana syarikat atau individu, tetapi Maya menasihatkan adalah lebih baik sekiranya langkah-langkah penjagaan dilakukan bermula daripada kita, ‘Konsep dia simple je, kau buat untuk orang lain, satu hari orang lain pula return the favor tanpa kita sedar’, ujar Maya dalam posting Facebook beliau.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Selalunya kalau kita berpeluang travel atau singgah di mana-mana tempat yang menarik, pasti kita ingin merakam gambar kenangan secantik dan sebaik mungkin. Lagi-lagi kalau anda seorang wanita, gambar mesti nampak kurus, tirus, ramping dan macam-macam gaya yang boleh nampak ‘elok’ di mata umum.
Namun tidak buat wanita bernama Stephanie Leigh Rose ini. Dia ingin membuat kelainan dalam setiap foto yang dibidik dengan gaya sedang ‘mati’ di setiap lokasi menarik yang dijejak.
Menarik dan kreatif juga gaya dan aksi si Stephanie ini hasilkan. Mana tahu lepas ini, gaya sebegini menjadi ikutan dan tular buat orang ramai yang inginkan kelainan.
Dia juga sempat merakam kenangan di hadapan bangunan ikonik yang musnah terbakar baru-baru ini. Jom lihat gambar-gambar yang dikongsinya dalam media sosial miliknya yang kini memiliki hampir 54.6k pengikut tersendiri.
Macam mana, menarik tak? Libur rasa ada yang tiru aksi-aksi ini nanti. Silap-silap jadi ‘trend’ akan datang. Yang rasa nak terkenal cepat boleh la ambik idea kreatif macam ini untuk tontonan ramai 🙂
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...