Bercuti Di D’Bukit Homestay Macam Balik Kampung Sendiri. Boleh Memancing, Mandi-manda Sambil Nikmati Cuaca Sejuk!

Share

Dapat berkumpul dan bercuti bersama keluarga besar memang seronok. Tambahan pula lokasi percutian mempunyai banyak kemudahan untuk digunakan.

Borak-borak, mandi-manda dan juga makan-makan antara aktiviti yang selalu dibuat bila berkumpul bersama. Justeru pemilihan lokasi yang menarik memang sangat membantu.

D’Bukit Homestay yang terletak di Pedas Negeri Sembilan antara tempat percutian yang boleh dijadikan port untuk anda dan keluarga berkumpul.

Terletak jauh dari kesibukan kota, untuk sampai ke lokasi ini, anda perlu menyelusuri jalan kampung yang menghijau sepanjang 2km dari jalan utama. Sangat nyaman dan menyengarkan.

Seakan bercuti di kampung sendiri yang penuh dengan kehijauan, homestay ini mempunyai tiga buah rumah yang boleh menempatkan sehingga 20 ke 30 orang pada setiap masa.

Menggunakan nama seperti Rumah Abah, Rumah Mak dan Rumah Acu/Ngah dan Long untuk setiap penginapan yang ada, kemudahan di sini juga tidak kurang hebatnya. Harga untuk penginapan yang ada di sini bermula dari RM140, memang berpatutan dan sangat berbaloi.

Terdapat kolam renang lengkap dengan mini slide untuk si kecil enjoy mandi-manda. Paling best sumber air kolam renang adalah dari air bukit, memang sejuk macam mandi air terjun.

Untuk kaki pancing, kat sini juga terdapat kolam pancing. Bolehlah tambah aktiviti tersebut dalam itinerari anda bila bercuti di sini.  lepas tangkap ikan, boleh terus masak di dapur yang turut disediakan di sini.

Antara kemudahan lain yang ada kat sini termasuklah:

Bilik beraircond

Flat-screen tv di setiap bilik (setiap rumah dibekalkan pendrive yang mengandungi cerita /movie)

Iron dan iron board

Jug dan cerek

Balkoni/teres

Surau

Tempat bbq dan peralatan (caj tambahan)

Dapur memasak penuh kelengkapan dan peti ais, serta ruang makan yang dikongsi.

Free wifi

Karoke (caj tambahan)

Permainan archery (caj tambahan)

Berbasikal

Lokasi yang tidak jauh dari kemudahan lain seperti mini market dan pasar raya memudahkan anda dan keluarga untuk mendapatkan barangan keperluan sepanjang percutian. Kalau nak makan kat luar pun mudah kerana terdapat juga restoran yang sedap untuk anda dan keluarga bersantap.

Alamat: D’Bukit Homestay

Lokasi: Lot 1997 Jalan Tok Nara Kampung Kundur Hulu, Pedas, Negeri Sembilan.

Facebook: D’Bukit Homestay

 

IKLAN