
Cuti sekolah masih berbaki, sempat lagi kalau nak bawa anak bercuti dekat-dekat. Untuk yang tinggal di Lembah Klang atau Perak, Sekichan memang tak jauh dari destinasi masing-masing.
Sekichan memang terkenal dengan pemandangan sawah padi yang menghijau, memang sejuk mata memandang. Kalau dapat pula stay kat bilik dengan pemandangan sebegitu tentu seronok.
Memang banyak penginapan dengan pemandangan padi yang menghijau di Sekichan dan salah satunya adalah Villa Chee. Kat sini paling best setiap bilik memang akan ada view sawah padi. Kalau pergi musim padi tengah menghijau memang cun sangat.
Siap dengan balkoni untuk lepak santai sambil tengok view dan juga sunrise waktu pagi, dengar pun seronok kan?
Pilih untuk tinggal di ruang kediaman kontena yang unik atau bilik hotel yang selesa dan moden di kompleks utama. Sesuai sangat untuk yang ingin lari dari kesibukan kota untuk berehat.
Lengkap dengan kolam renang untuk si kecil, pemandangan malam tak kurang hebatnya. Dihiasi lampu warna-warni, ambil gambar waktu malam pun cukup cantik. Waktu siang sebelum check out boleh jalan-jalan dulu explore apa yang ada di Villa Chee, perkhidmatan sewa basikal juga disediakan. Bawa basikal keliling sawah padi sambil berhenti bergambar untuk rakam kenangan terindah memang mengujakan!
Lengkap dengan WiFI, antara kemudahan lain yang ada kat sini adalah restaurant makanan laut yang menyediakan pelbagai hidangan enak, tempat karaoke dan banyak lagi. Kunjungan ke sini memang berbaloi!
Alamat: VILLA CHEE, Lot 3919, Jalan Sawah Ban Site B, 45400 , Sekinchan, Selangor, Malaysia
Ambil gambar pakai topi ni baru onz! https://invle.co/clb47v9
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
10 Negara Paling Jimat Dan Berbaloi Untuk Melancong

Nicaragua

Turki

Sri Lanka

Kemboja

Nepal

Thailand

Peru

Indonesia

Romania

Afrika Selatan

Jadi,tunggu apa lagi?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Elak Kaki Travel Keliru, Periksa Laman Web Ini Untuk Pastikan Vaksin Mana Diiktiraf Dunia

Sejak pandemik Covid-19 melanda satu dunia, perjalanan untuk ke semua negara ditangguhkan serta merta.
Namun setelah perlaksaaan pengambilan vaksin sebagai perlindungan dari virus ini, perjalanan antarabangsa dilihat sudah mula dibuka perlahan-lahan.
Walaupun begitu ada juga timbul kekeliruan tentang peratuan dan penerimaan vaksin yang berbeza bagi setiap negara.
Misalnya Negara-negara EU secara umumnya mengiktiraf vaksin yang dilulusan oleh Agensi Perubatan Eropah (EMA) seperti Pfizer, Moderna, AstraZeneca dan Janssen.
Berlainan pula denga Hungary yang dikatakan mengiktiraf lapan jenis vaksin dan menjadikan negara paling banyak mengiktiraf vaksin.
Dan beberapa negara termasuk Thailand dan Indonesia pula dikatakan menggabungkan dua jenis vaksin, walaupun ada beberapa negara mengumumkan bahawa mereka tidak akan menerima vaksin hybrid atau campuran ini,
Menurut The Economist pula vaksin AstraZeneca pula adalah vaksin yang paling diterima di seluruh dunia dengan 119 negara mengiktirafnya.
Ini termasuk Pfizer-BioNtech ditangga kedua, dikuti Spitnik V.Sinopharm dan Moderna yang masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima.

Dalam pada itu VisaGuide.World telah mencipta satu laman web untuk anda memeriksa penerimaan vaksin di seluruh negara.
Namun begitu apa juga vaksin yang ada dapat, janganlah terlalu bimbang kerana perkara ini akan berubah dari masa ke semasa dan mungkin seleps ini semua negara sudah tidak peduli tentang vaksin yang diterima.
Apa yang penting ambil dulu vaksin bagi melindungi diri kita dari jangkitan virus yang amat merbahaya ini.
Artikel Berkaitan:
Arab Saudi Umum Buka Ibadah Umrah Untuk Jemaah Luar Mulai Ogos. Syarat Kena Lengkapkan Dos Vaksin!
Rahsia Wajah Siapa Pada Dinding Gua Tempurung. Khabarnya Milik Seorang Wanita!
Wow! Royale Chulan KL Tawar Khidmat Rawatan & Pusat Kuarantin Bagi Pesakit Covid-19 Berisiko Rendah!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Itinerary Daytrip JB-Kluang-JB, Enjoy Layan Anak-Anak Bercuti Dekat-Dekat Je Naik Train

Untuk menikmati momen percutian bersama keluarga tidak perlu ambil masa berhari-hari, cukuplah hanya sekadar daytrip saja.
Seperti perkongsian keluarga ini Amirah Razali yang mengambil masa sehari untuk membawa anak-anaknya berjalan dari JB ke Kluang dan balik semula ke JB dengan menaiki pengangkutan awam, train KTM.
Bajet pun tidak terlalu besar dan paling penting jimat masa dan tenaga. Apa yang penting dapat luangkan masa bersama keluarga sempena cuti perayaan tahun baru Cina yang lalu.
Seronok Layan Daytrip Naik Train JB-Kluang-JB
JB – Kluang – JB
Memang tak plan pon nak pergi mana cuti CNY haritu. Anak-anak asyik tanya bila nak naik keretapi lagi. Jadi hari Rabu yang lepas kami 5 beranak decide nak Daytrip ke Kluang menaiki keretapi.
Tiket keretapi dari Stesen Kempas Baru ke Stesen Kluang (return ticket)
– Dewasa RM26
– Kanak-kanak atas 4 tahun RM22
– Beli tiket kat sini https://online.ktmb.com.my
– Kereta kami parking kat Stesen Kempas Baru. Yang ni free parking seharian.
Itinerari JB – Kluang – JB menaiki
– Bertolak ke Kluang jam 7:23 pagi
– Kiteorang ambil train pagi sebab nak breakfast kat Kluang Rail Coffee
– Tiba di Kluang jam 8:56 pagi
– Kena turun dari stesen baru tingkat atas ke bawah stesen lama. Tengok dah ramai yang beratur kat Kluang Rail Coffee tu tapi still consider pendek. Jadi beraturlah kami anak-beranak tak saboo nak sarap.
– Jam 9:50 pagi baru dapat tempat kat Kluang Rail Coffee ni
– Beratur kat luar makin panjang & panas. Jadi kalau korang nak sarapan kat sini plan perjalanan anda sebaiknya.
Memandangkan dah beratur lama kan jadi kita order
– 6 bungkus Nasi Lemak
– 4 bungkus Mee Siam
– 2 Bun Bakar
– 2 biji telur separuh masak
– 1 set Cucur Bilis
– 1 Lontong
– 2 Honey Lemon
Total RM38
– 11.00 pagi kita berjalan ke Laman Kreatif Kluang
– Ada susur alur gajah berbumbung. Jadi tak lah kena panas matahari terik. Dekat je nak jalan santai-santai dalam 10 minit dari Stesen KTM Kluang.
– Lepas dah puas bergambar 12:30 tengahari kami ke Bawah Kolong
– Makan tengahari pula. Banyak pilihan masakan kampung kat sini. Kami pilih meja yang berada di bawah kolong hehehe sangat selesa & nyaman je menikmati makan tengahari kami. Owner kak su pon peramah. Total 5 beranak makan RM40
– Jam 2:00 petang call grab untuk ke Masjid Jamek Kluang untuk bersolat & bersihkan diri. Dah selesa semua & dah rehat jap jadi kita teruskan perjalanan ke UK Farm Resort.
– Tiba jam 4 petang di UK Farm Resort
– Aktiviti sekitar 2 jam antaranya:
– Bagi kambing makan & susukan baby kambing
– Minum susu kambinG
– Nak beli nanti dia packingkan cantik-cantik dalam kotak kabus siap letak ais memang tahan sampai ke JB
– Bagi ayam makan
– Bagi rusa & burung unta makan
– Ada arnab
– Tengok burung merak
– Persembahan dari Orang Asli
– Anak-anak memang enjoy di UK Farm Resort
– 6:00 petang bergerak pulang. Ada no grab standby yang disediakan oleh pihak UK Farm.
– Jam 6:50 petang Tiba di Stesen KTM Kluang untuk bergerak pulang ke JB
– Ingatkan lama nak tunggu balik sebab ambil tiket balik dah nak malam tapi rupa-rupanya kejap je masa berlalu ya tahu-tahu dah kena kejar keretapi nak balik hehehe
– Dalam ketapi anak-anak main UNO hehe! Anak-anak memang happy!! Bukan jauh atau dekat jadi ukuran. Bak kata pepatah “It’s not the destination, it’s the JOURNEY!
Artikel Berkaitan:
Bercuti Di Kluang Je Uolls..Tak Perlu Pergi Jauh-Jauh. Best Sangat Ok!
7 Destinasi Hujung Minggu ‘Orang Kita’ Selalu Singgah Di Kluang Johor. Pusing Seharian Pun Puas!
7 Gunung Di Johor Ini Tawar Lihat Panorama ‘Sang Suria’ Yang Indah. ‘Newbie’ Pun Boleh Sampai
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!




























