Naik train ke Dabong, itulah yang wanita ini mahu kongsikan kali ini dengan anda yang suka naik kenderaan awam untuk bercuti.
Menerusi perkongsian di facebook miliknya, Felicia Ramzi berkongsi tip bercuti selama 4 hari 3 malam.
Jom ikuti perkongsiannya. Menarik boleh jadi panduan!
DARI KAJANG KE DABONG
Kali ini saya nak kongsikan trip kami 5 sekeluarga menaiki “Jungle Train” aka Ekspress Rakyat Timuran koc berkatil ke Dabong musim cuti sekolah lepas. Ini beberapa tips dan tricks tentang jungle train ni dan juga info tempat-tempat menarik di Dabong.
Perjalanan bermula 5 Jun, 10.28 malam setelah lewat 14 minit. perjalanan ke Dabong pula, 6 Jun, 1.18 pagi. Jadi jangan silap beli tarikh tiket ya!
Laluan kami adalah dari stesen Kajang 1 menaiki ETS ke Gemas. Dari Gemas, naik Jungle Train menuju ke Dabong.
Tips and tricks beli tiket:
1. Pembelian online: KTMB banyak beri diskaun berbentuk kod promo.
Ads
2. Pembelian online: Kalau ada warga emas, beli tiket di bawah penama warga emas tersebut. Sebab kalau beli atas nama penama dewasa, kategori warga emas takkan muncul dalam pilihan check box, kena bayar harga dewasa. Rugi.
3. Kalau beli di kaunter, minta bantuan staff KTMB. Bagitau lah minta letakkan kod promo. Juga beli di bawah penama warga emas jika ada warga emas. Staff KTMB pasti lebih arif. Kami tempoh hari, kalau tak pakai kod promo, Kajang-Gemas saja pun dah RM250. Tapi sebab masukkan kod promo (CUTIKERETAPI2) & (MKTMB22) – total tiket kami jadi RM148 pergi balik. Jauh kan bezanya. Jimat banyak.
4. Sama juga pembelian tiket Gemas-Dabong. Harga asal dapat sekitar RM400. Tapi sebab masukkan kod promo yang KTMB bagi, total pergi balik dapat RM268 koc berkatil.
5. Koc berkatil : Koc T6-T8. Tips saya, belilah katil tengah-tengah di Koc 8. Satu sebabnya, penumpang lain tak lalu-lalang ke cafe di Koc 5. DAN, koc 8 paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 paling depan sekali. Cuba elakkan ambik katil depan sekali jugak sebab besi ‘connecting’ koc tu bising gedegung gedegang.
6. Untuk pilihan katil, nombor genap ialah katil bawah. Nombor ganjil ialah katil atas.
Ads
7. Untuk pemandangan bukit di Gua Musang, pilih katil sebelah kanan bermula dengan nombor 3,4,7,8,11,12,15,16 dan seterusnya sehingga 39,40.
8. Bawa sarung extra untuk balut tilam dan bantal. Sebab tak tahu berapa ramai yang dah baring kat tempat kita tu kan.
9. Bawa extra makanan. Jangkakan servis penyediaan makanan sedikit lewat kalau penumpang ramai.
Tips membeli nombor katil yang menghadap bukit di Gua Musang. Lukis senang paham ye dak.Pengalaman berharga kali pertama naik jungle train dari GemasSaya beli 3 katil bawah, 2 katil atas.Keadaan dalam keretapi. Masa pergi, tak lena tidur. Keretapi bising dan kerap brek mengejut. Kadang-kadang, koc rasa macam senget sebelahKatil bawah, tingkap lebih luas. ada lampu dim light kalau tak suka gelap (tapi tak gelap mana pun) Elakkan beli katil bernombor 2&4, 14&16, 26&28 sebab ada penghadang ditengah-tengah tingkap.
Tempat Makan Best Di Dabong
Kali kedua ke mee udang Che Da
1. Mee Udang Che Da – depan stesen. sedap namatey.
2. Mee Udang Harimau Kak Nah – menjilat jarey.
3. Nasi Kerabu Kak Tiey – di Jambatan Kemubu – menanges.
4. Ikan Bakar Adam’s Cafe – terkenang-kenang.
5. Dodol lemak – sebagai souvenir
Ads
Tempat Penginapan:
1 malam kami di – Resthouse MDD – 1 unit berkonsepkan rumah. 2 bilik tidur beraircond, 2 katil queen, ruang tamu bersofa dan berkarpet, dapur basic, bilik mandi – RM150/malam.
2 malam seterusnya di – Rose House Dabong – 1 bilik. 1 katil queen, 1 katil single, 1 toto – RM80/malam + RM50 extend sehingga malam sementara tunggu train balik Gemas 11.32 malam.
Abe Din ajak bergambar. AAAwie pun pernah datang sini dan beberapa artis lain.Rose House Dabong abg Din. Hospitality abg Din dan kak Ros wajar dipuji. Kak Ros siap cuci baju dan lipat baju kami walaupun kami kata tak perlu. Bila kami nak bayar, Kak Ros tak mau terima. Semoga dibalas dengan segala kebaikan kepada abe Din dan kak Ros.
Kedua-dua penginapan ini tidak disediakan TV, peti ais atau tempat masak tapi sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Kami memang pilih lokasi di pekan sebab takda transport.
Kalau tetiba tak ada transport, kami masih boleh jalan kaki ke stesen. Tak menyesal trip kali ni.
Walau tidur tak lena dalam train, line telefon SOS, objektif utama telah tercapai – makan, nature dan merasa naik jungle train Malaysia.
Cuti sempena tahun baru dimanfaatkan dengan membawa keluarga seramai 12 orang bercuti dengan menaiki Jungle Train atau Train Ekpress Rakyat Timuran dari Kluang Ke Kota Bharu.
Meskipun perlu melalui perjalanan yang lama dalam tempoh 14 jam, tapi bila dah ramai-ramai semuanya meriah dan tak terasa lama. Tambah pula dapat enjoy view cantik sepanjang perjalanan.
Berkongsi itinerari dan juga tip buat yang ingin travel menaiki sleeper trai KTMB yang turut dikenali dengan nama jungle train ini, Muhammad Syafiq mengabadikan kenangan dengan memuat naik gambar-gambar dia dan keluarganya sepanjang percutian mereka ke sana.
Banyak tempat menarik di Kota Bharu yang sempat dilawati oleh keluarga ini meskipun hanya dua hari berada di Bandar Serambi Mekah itu. Sempat piknik ke Pantai Nami di Bachok dan shopping di Pasar Siti Khadijah.
Ikuti perkongsiannya:
2 Malam di dalam train & 1 Malam di hotel
8 Dewasa,3Kanak-kanak & 1Bayi.
1 Jan 2023
10:40PM ERT26 Kluang – Wakaf Bharu
1:00PM Sampai di Stesen Wakaf Bharu
5:30PM
8:30PM
Banyak kedai makan yg viral tutup,kami cari Dinner di sekitar bandar KB dan terus balik ke Hotel.
3 Jan 2023
8:00AM-6:00PM
Breakfast di Kopitiam Kita
Cari ole-ole di Pasar Khadijah
Picnic di Pantai Nami Malaysia,juga di kenali sebagai Pantai Senok.
Pekena ICT di Warung Acu Tera Sotong Celup Tepung
7:00PM
Return Van Sewa di station Wakaf Bharu
Mandi,solat,Makan dan tunggu train ERT27 untuk balik semula Ke Kluang.
8:45PM
Train ERT27 sampai on time ,masuk je train semua terus tertidur kepenatan.
4 Jan 2023
9:40AM
Train ERT27 sampai di Stesen KTM Kluang dan kami beransur pulang.
Tip:
2. Elakan pilih katil di no awal dan akhir (1&3 dan 37&39) sebab tingkap dia ada 2 section dan korang tak akan dpt view yang penuh sbb ada panel tingkap.
3. Bagi mereka yang tak nak ada ganguan orang keluar masuk dari koc ke koc untuk ke cafe boleh pilih di koc yang hujung sekali (T8/9) agak bising sedikit sebab dekat dengan engine lokomotif untuk ERT26 (JB sentral-Tumpat),kalau untuk laluan balik insyallah tiada bunyi engine sebab Koc Hujung Kepala Lokomotif akan berada di hadapan sekali.
4. Pastikan korang ambil masa dan keluar sekejap untuk bergambar di stesen Gua Musang sebab view dia sangat cantik dan trai akan berhenti sedikit lama di sana.
5. Ruang bagasi tidak disediakan ya,barang dan beg boleh diletak ditepi katil di laluan di dalam koc,kalau dalam perjalanan balik korang tershopping banyak,korang boleh book extra 1katil untuk kumpulkan satu tempat untuk mengelakan kehilangan barang dan memudahkan pergerakan nak turun dari train nanti.Macam saya ada beli 2 katil kanak-kanak tapi masa balik barang banyak sangat,jadinya 2 orng anak buah saya tidur sekali dan lagi satu katil kami buat cargo space untuk kami.
6. Warga emas/pesara kerajaan ada diskaun konsesi sebanyak 50% tetapi kena buat pendaftaran di kaunter ataupun online melalui apps KITS terlebih dahulu.
7. Tiket kanak-kanak untuk umur 4-12 tahun,manakala 3 tahun ke bawah adalah percuma dengan syarat mereka perlu duduk bersama Ibu/bapa dan umur dikira mengikut bulan kelahiran ya.
Perasan tak setiap kali kawan atau seseorang itu pulang daripada percutian, pasti anda akan terlihat segelintir manusia yang inginkan itinerari perjalanan mereka untuk di jadikan rujukan.
Masalah yang sering terjadi apabila cuba meniru inti pati perjalanan seseorang itu adalah tidak sama dengan bajet yang anda ada ketika itu. Pasti ada yang terlebih ataupun kurang daripadanya. Untuk pengetahuan anda, setiap perjalanan mereka itu tidak semestinya sama dengan apa yang anda ingin pergi ketika itu.
Kadang-kadang terdapat perubahan mata wang atau perubahan harga kos ketika itu membuatkan bajet anda lari daripada bajet kawan anda yang pernah pergi ke tempat yang sama sebelum itu.
Untuk itu, adalah lebih baik jika anda merancang sendiri apa yang anda inginkan, dan bina itinerari anda berdasarkan kehendak, dan keperluan percutian anda. Bagi memberi anda gambaran yang lebih jelas, jom kita ikuti cara daripada saudara Faiz Najmi yang telah sudi untuk berkongsi cara bagaimana untuk anda membina itinerari anda sendiri.
Saya perasan bila saya travel ramai yg minta itenerari. Bukan dengan saya saja, malah apabila travelers lain pergi berjalan, hatta di halaman travel lain sekalipun ramai yg meminta itenerari.
Setiap pengembara mempunyai itenerari yg berbeza walaupun di destinasi yg sama kerana wujudnya perbezaan dari segi tempoh perjalanan, musim perjalanan, berapa orang ikut sekali, jenis kenderaan, berapa banyak wang yg dibawa, kemampuan pengembara, tahap pengetahuan/pendidikan pengembara, stamina dan kesihatan pengembara, dan preference pengembara itu sendiri.
Ada pengembara yg lebih hebat sikit suka kumpul itenerari sebagai rujukan. Mereka ini buat homework cuma kadangkala mengumpul beberapa itenerari utk sesuatu destinasi sebagai rujukan boleh jadi overwhelming dan misleading. Harga penerbangan dan hotel berbeza, musim dan cuaca pun berbeza, harga mungkin naik, keadaan politik mungkin tidak stabil, dan nilai matawang turun naik tidak menentu.
Yang penting dalam mengembara ialah niat & semangat mengembara itu sendiri, bukan itenerari. Itenerari hanya garis panduan sahaja. Tak ikut itenerari bukan jenayah besar. Saya sendiri seringkali mengubah rancangan daripada itenerari itu sendiri.
Bagi saya, adalah lebih sesuai meminta itenerari daripada agensi pelancongan berbayar, kerana efeknya serupa, tidak payah buat homework biar orang lain buatkan. Bagi mereka yg kesuntukan masa, tiada masalah membayar untuk beri itenerari. Membina itenerari mengambil pelaburan masa untuk menyelidik yg banyak, adalah tidak adil untuk minta traveler lain beri percuma begitu saja. Lagipun, itenerari orang lain tidak menjamin keseronokan mengembara kerana telah hilang elemen “surprise” daripadanya, sehingga hilang semangat “adventure” dan “spontaneity” yang dimahukan daripada pengembaraan itu sendiri.
Di sini saya akan bagi guideline cara paling mudah membuat itenerari yg sesuai (gambarajah sebagai rujukan), dan saya dah rungkaikan dengan lebih jelas dalam buku saya MUSAFIR DUNIAWI.
Pertama sekali, buat NIAT nak mengembara ke mana dahulu? Nak pergi Skandinavia tengok aurora? Nak pergi Peru tengok Machu Picchu? Nak ke New Zealand buat skydiving? Nak pergi Korea layan kimchi dan k-Pop? Finalize nak berjalan ke mana kemudian cari penerbangan.
Cari penerbangan kalau boleh yg paling efisien dan BELOW MARKET PRICE. Selalukan tengok internet berapa harga standard, dan cari below market price. Biasanya nak tiket murah ini ada transit, kalau transit panjang boleh berjalan di negara transit panjang itu (sebagaimana kami pernah buat ke Madagascar, dan transit seharian di Mauritius). Banyak cara boleh dapatkan flight murah, saya banyak tulis dalam buku MUSAFIR DUNIAWI.
Pastikan juga TEMPOH perjalanan realistik. Pergi 14 hari ke Mauritius mungkin lama sangat dan bosan pulak kan? Empat hari di USA pula singkat sangat tak habis jetlag dah kena balik pulak. Dan perlu matching dengan tarikh cuti.
Perlu diingat HARGA bukan segala-galanya. Apa gunanya murah atau percuma kalau banyak benda tak boleh buat, banyak tempat tak dapat pergi? Kalau pergi Cusco, Peru tak melawat Machu Picchu sebab berkira-kira mahal (RM500+) nak ke situ, rugilah pulak kan? Kalau nak murah hiking lah sikit, cuma memerlukan masa 4 hari hiking. Maka, anda perlu ambil masa 7 hari di kawasan itu saja.
Perlu diingat jika anda tiada masa, korbankan wang sikit. Kalau tiada wang, korbankan masa sedikit. Itu ialah cara travel!
Masa buat draf itenerari (pertama, kedua, ketiga dan terakhir), buat empat kolum dalam itenerari untuk TARIKH, PENGANGKUTAN, PENGINAPAN dan AKTIVITI.
Kemudian buat beberapa baris (row) mengikut hari mengembara, kalau 10 hari tambahlah sepuluh baris di bawah kolum empat itu.
Ini tak susah sangat kan? Ok kemudian, kita buat satu per satu.
Kolum pertama – PENGANGKUTAN
✅ Bahagian ini PALING PENTING dan wajib buat penyelidikan yg menyeluruh untuk topik pengangkutan sahaja.
✅ Kos pengangkutan adalah kos paling BESAR dalam sesuatu pengembaraan, lebih kurang 60-70% jumlah perbelanjaan dalam sesuatu pengembaraan. Masalah travel paling besar pun berpunca daripada sini juga. Maka gagal merancang, sukarlah perjalanan!
✅ Jika melibatkan penerbangan, wajib tahu airlines, waktu penerbangan dan pendaratan. Rancang perjalanan dengan mengambil kira potential delay, jarak airport dengan destinasi yg dituju, immigration, security, baggage claim, dan lain-lain.
✅ pergerakan dari poin A ke poin B adalah penting untuk dirancang lagi-lagi jika guna pengangkutan awam seperti bas, keretapi atau feri. Paling penting perlu tahu MASA yg available, dan kemudian baru HARGA. Jika tiada pengangkutan awam setelah mencari sana sini, buat backup plan atau re-route semula perjalanan. Baru lancar perjalanan nanti.
✅ Lebih fleksible jika dapat guna kereta sewa persendirian. TEMPOH MASA perjalanan boleh dirancang sendiri melalui google maps atau Waze, cuma HARGA SEWA, PETROL dan TOLL perlu diambil kira.
✅ Perlu ingat bahawa di negara maju, jadual pengangkutan awam mereka lebih tepat, namun kurang fleksible (kurang menyediakan pengangkutan) lagi-lagi jika waktu cuti umum. Namun, di negara kurang maju, pengangkutan awam tidak semestinya on time, namun ia lebih fleksible sewaktu cuti atau hujung minggu.
✅ Kadangkala flight cancellation disebabkan cuaca atau strike bantahan oleh pekerja pengangkutan awam (seperti yg selalu jadi di Eropah) bukan salah kita, namun perlu alert jika ada berita sedemikian dan perlu ada fleksibiliti dan buat plan B.
✅ Tulis harga setiap pengangkutan dan transfer supaya anda dapat merancang KEWANGAN, seperti berapa banyak wang tunai nak bawa atau rancang penggunaan kad kredit/debit.
✅ PENTINGKAN HARI TERAKHIR. Maksud saya apabila anda nak balik Malaysia, pastikan perjalanan anda smooth. Contohnya pergi balik melalui London, tapi hari terakhir anda berada di Macedonia. Maka perlulah rancang jalan pulang mengikut masa walau se-sukar atau semahal mana sekalipun.
✅ Perkara ini dibuat selepas selesai kolum pengangkutan. Perlu diingat bahawa penempatan pun perlu dirancang awal supaya ada tempat berehat apabila tiba waktu malam, tidak kalut.
✅ Faktor paling penting yg perlu diambil kira untuk penempatan ialah LOKASI. Jika lokasi hotel tengah bandar, mungkin tiada masalah untuk transfer menggunakan pengangkutan awam atau jalan kaki. Namun jika jauh dari pekan, hal pengangkutan perlu review semula.
✅ Antara faktor lain yg saya rasa penting juga ialah harga, reception 24 hours (lagi-lagi kalau ketibaan selepas tengah malam), transfer ke dan dari airport, wifi percuma, tahap keselamatan, dan dapur untuk masak sendiri.
✅ Faktor tambahan yg bagus untuk ada ialah sarapan percuma, dobi, kemesraan, spa, toiletries, bayaran guna kad kredit/debit dan lain2. Anda boleh tengok review markah mereka dalam aplikasi-aplikasi seperti hostelworld, booking.com, agoda dan sewaktu dengannya.
✅ Jika melibatkan penempatan percuma seperti COUCHSURFING, perkara yg paling perlu diambil kira ialah KESELAMATAN. Sebab itu penting berkawan sebulan dua dengan rakan Couchsurfing anda supaya anda boleh tahu bagaimana personaliti dan impression anda terhadapnya. Tanya ke mana dia pernah travel dan tanya pengalaman Couchsurfing-nya serata dunia. Kongsi pengalaman dapat, berkawan dapat, rasa selamat pun dapat!
✅ Bayar deposit dahulu, dan pastikan bawa wang tunai secukupnya untuk membayar yg selebihnya. Dengan ini anda boleh rancang KEWANGAN semasa travel juga.
✅ Bahagian ini paling fleksible, boleh rancang ikut minat sendiri. Ada orang minat muzium, ada minat gunung. Jadi rancanglah ikut keperluan sendiri.
✅ Biarkan kosong pun tidak apa, nak bagi ruang untuk rehat jetlag, ruang untuk adventure & spontaneity, jalan-jalan bersama orang tempatan, bermalasan rehat-rehat, shopping.
✅ Kalau boleh letaklah dua aktiviti, satu pagi satu petang, supaya tak nampak blur sangat apa nak dibuat di situ. Boleh rujuk wikitravel, tripadvisor, travel blog, travel pages sebagai rujukan.
✅ Jika aktiviti itu berbayar, tuliskan harga sekali supaya masuk dalam perancangan kewangan.
✅ Jika anda menggunakan smartphone, saya cadang download dahulu peta bandar/pekan/kampung anda di mana ada wifi dan cari navigasi ke arah destinasi aktiviti anda, supaya anda tahu perjalanan pergi dan pulang. Bagi saya ini memudahkan perjalanan lagi-lagi bagi yang senang sesat macam saya, dan jimat daripada menggunakan peta kertas.
✅ Kalau di negara bukan Islam, cari terus tempat makanan halal dan senaraikan di situ. Kalau tiada, beli telur atau tuna di kedai runcit saja, masak di dapur hotel/hostel kalau ada.
Takdelah susah sangat buat itenerari ini. Buatlah dua tiga empat draf sampai puas hati. Perlu diingat itenerari ini hanyalah panduan sahaja. Fleksibiliti perlu tetap ada. Tidak apa jika nak ubah itenerari semasa perjalanan nanti. Kadangkala keadaan berubah, maka cara berfikir pun perlu tetap berubah.
Sebagai pengembara yang PALING penting ialah niat & semangat pengembaraan itu sendiri. Jika ada semangat tersebut maka tiada masalah untuk anda mencari jalan.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Artikel ini saya nak kongsi dan mudahkan kepada pembaca untuk mencari syarikat yang menyediakan produk travelinsurance khususnya kepada mereka yang suka melancong.
Ada pelbagai syarikat yang menyediakan produk travelinsurance kepada pelanggan dan ini adalah sebahagian daripada apa yang ada di Malaysia;
g) Elaun Perjalanan Tergendala sehingga RM1,000 (minima 2 jam tergendala). *apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
a) Perlindungan Rampasan (Hijacking) sehingga RM16,500.
b) Perlindungan Kemalangan sehingga RM300,000.
c) Perbelanjaan Perubatan sehingga RM300,000.
d) Elaun Hospital RM100 sehari, boleh mencecah RM4,500.
e) Perlindungan Bagasi sehingga RM2,500.
f) Wang Saku sehingga RM500.
g) Perlindungan Dokumen Perjalanan sehingga RM7,500. *apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
a) Khidmat Bantuan Perjalanan dan Perubatan 24 Jam.
b) Perlindungan Termasuk Isteri dan Anak.
c) Perlindungan Perubatan sehingga RM1 juta.
d) Perlindungan Perubatan Susulan sehingga RM30,000.
e) Perlindungan Perubatan Alternative RM1,000.
f) Hadiah Belas Ehsan RM5,000.
g) Elaun Penjagaan Anak RM5,000. *apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
b) Perlindungan Perubatan di Malaysia sehingga RM100,000.
c) Elaun Hospital sehingga RM7,000.
d) Perlindungan Pemindahan Perubatan Tiada Had.
e) Kos Penghantaran Balik Jenazah Tiada Had.
f) Hadiah Belas Ehsan sehingga RM8,000.
g) Penjagaan Kanak-Kanak sehingga RM8,000. *apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
a) Perlindungan Kemalangan/Kematian sehingga RM500,000.
b) Perlindungan Kemalangan dan Cacat Kekal sehingga RM500,000.
c) Perlindungan Kehilangan Anggota Badan atau Hilang Penglihatan sehingga RM250,000.
d) Dana Pendidikan Anak (Dibayar Kepada Mangsa Yang Mempunyai Anak Masih Belajar) RM20,000.
e) Pembelajaan Perubatan sehingga RM300,000.
f) Perlindungan Rawatan Perubatan Alternatif sehingga RM1,000.
g) Hadiah Belas Ehsan sehingga RM8,000. *apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
g) Perlindungan Membawa Pulang Jenazah dari Luar Negara RM1 Juta. *apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
e) Pembayaran Balik Kos Rawatan Perubatan Kemalangan atau Sakit sehingga RM300,000.
f) Perlindungan Kehilangan Wang Saku atau Dokumen Perjalanan sehingga RM5,000.
g) Elaun Hospital sehingga RM31,500. *apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
8. SOMPO Travel Plus
Kelebihan yang ada pada produk daripada SOMPO Travel Plus ini adalah;
a) Perlindungan Kemalangan sehingga RM350,000.
b) Dana Pendidikan Anak sehingga RM10,000.
c) Perlindungan Perubatan atau Hospital sehingga RM350,000.
d) Perlindungan Rawatan Perubatan Alternatif sehingga RM1,000.
e) Bayaran Belas Ehsan Hospital sehingga RM7,500.
f) Perlindungan Rawatan Susulan di Malaysia sehingga RM30,000.
g) Elaun Hospital sehingga RM10,000. *apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
c) Perlindungan Pemindahan Perubatan Kecemasan sehingga RM10 Juta.
d) Perlindungan Rawatan Susulan sehingga RM50,000.
e) Perlindungan Kehilangan Deposit atau Pembatalan Trip sehingga RM25,000.
f) Elaun Hospital RM350 sehari dan boleh mencecah RM15,000.
g) Elaun Jagaan Anak RM7,500. *apa yang disenaraikan adalah sebahagian daripada manfaat yang ditawarkan. Klik pada tulisan merah di atas untuk ke laman sesawang insurance tersebut.
So? Macam mana? Masih lagi tak mahu ambil travel insurance? Percayalah, banyak kelebihan yang ada sekiranya kita mengambil insurance sewaktu bercuti.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...