Ada teknologi itu bagus untuk memudahkan urusan harian manusia lebih-lebih lagi teknologi itu merentas sempadan negara kerana ia dapat menjimatkan wang dan juga waktu.
Dalam dunia pelancongan ni, teknologi seperti AirBnB yang tengah trending sangat membantu kalau kita nak cari tempat menginap ketika bercuti ke sesuatu tempat.
Tapi baru-baru ni timbul persoalan dan perasaan kurang senang dikalangan penduduk apabila mereka tidak mengenali siapa yang kerap keluar dan masuk ke kawasan perumahan mereka ekoran banyak unit kediaman di situ yang menjadi tempat sewa pengguna AirBnB.
Ads
Kes yang terkini dilaporkan di media adalah daripada Persatuan Kesedaran Penduduk Chant Pulau Pinang yang menzahirkan rasa tidak senang mereka kerana penyewa kerap keluar masuk dari kawasan tempat tinggal mereka.
Kerisauan yang dizahirkan membabitkan kemungkinan berlakunya pencerobohan privasi dan worst-case-scenario adalah berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini di kawasan tersebut seperti jenayah.
Ads
Menurut kenyataan daripada persatuan penduduk itu, perkara ini dah berlarutan sejak beberapa tahun yang lalu semenjak aplikasi AieBnB menjadi popular. Mereka berharap pihak berkuasa boleh mengambil tindakan segera kerana dari segi undang-undang, unit residensi tidak boleh disewakan sedemikian kerana menyalahguna unit kediaman untuk menjalankan perniagaan.
Ads
Ada benarnya juga kenyataan daripada persatuan penduduk itu. Libur harap perkara seperti ini mendapat perhatian sewajarnya daripada pihak berkuasa. Bagus adanya teknologi seperti AirBnB ini tetapi kita perlu ada satu resolusi untuk memastikan tiada perkara yang tidak diingini berlaku kepada penduduk di kawasan terjejas. Win-win situation bak kata orang kampung Libur. Hehehe…
Makan Malam Bufet Santapan Rasa Sayang 2023 yang dinanti-nantikan kini kembali! Lebih besar, lebih baik, dengan hidangan yang lebih nostalgia. Dihidangkan di Chek’s Coffee House, AVANTÉ Hotel, tetamu boleh merasai hidangan ikonik pelbagai negeri yang ada di Malaysia.
Terletak di Bandar Utama, hidangan istimewa di Chek’s Coffee House, AVANTÉ Hotel musim ini disajikan oleh Chef Arih bin Ahmad, mengimbau kenangan indah masakan ibunya — Daging bakar masak lemak, klasik Negeri Sembilan. Menggunakan serai, cili padi dan kunyit, daging salai (‘daging salai’) kemudiannya digandingkan dengan santan berkrim dan belimbing besi, gabungan yang menggabungkan rasa pedas, kaya dan berasap, hidangan tradisional yang membangkitkan selera.
Satu lagi hidangan utama ialah Kambing Golek yang lembut, berair, dipanggang dan dihidangkan secara langsung di bufet. Hidangan klasik yang sering menjadi pilihan termasuklah Rendang Ayam, Ketupat Palas, Sate, Sup Gear Box, Ikan Bakar, Shawarma, Sotong Belado, Nasi Tomato, Sup Kambing & perut and dan banyak lagi!
Pilihan hidangan antarabangsa yang menarik juga turut dihidangkan: ketam goreng lada hitam, sushi & sashimi, sotong masam manis, BBQ stik, chicken chop dan daging lembu goreng Mongolia.
Jangan lupa singgah di stesen Apam Balik dan lihat sendiri chef membuat Apam Balik yang rangup, nikmati aneka ‘Goreng-Goreng’ – Pisang, Keledek, Cekodok, Cucur Bilis dan Cucur Manis dan akhiri hidangan anda dengan Kuih-Muih, ABC, Bubur, pelbagai pastri Perancis dan Buah-buahan Eksotik semuanya merupakan pilihan popular untuk penggemar pencuci mulut.
Santapan Rasa Sayang 2023 Buffet Dinner
23 March – 21 April 2023
6:30pm – 10:30pm Chek’s Coffee House (Level G), AVANTÉ Hotel
Early Bird voucher purchase till 22 March 2023
RM168 nett (dewasa)
RM148 nett (warga Emas)
RM104 nett (kanak-kanak)
Normal Price after early bird promotion period
RM208 nett (dewasa)
RM148 nett (warga emas)
RM104 nett (kanak-kanak)
Potongan 10% untuk pemegang kad ONECARD/ Maybank / UOB / Citibank / AFFIN (harga normal dewasa sahaja)
Setiap orang mempunyai kisah tersendiri jika menggembara ke negara orang. Tidak kira secara solo atau berkumpulan.
Bagi seorang sahabat Backpacker Buddies Malaysia Siti Noridah, turut menyimpan pengalaman ketika bercuti secara solo ke Pakistan.
Menurutnya terdapat sejarah hitam di sebalik keindahan Tasik Attabad, Pakistan. Tasik ini sangat terkenal di kalangan pelancong kerana keindahan airnya yang bewarna turquoise dan biru kehijauan adalah tasik jadian yang baru sahaja terbentuk pada 2010.
Malah dikatakan tasik ini terbentuk akibat kejadian tanah runtuh yang sangat besar dan dahsyat sejak tahun 2020.
Turut dikatakan seramai 20 nyawa terkorban apabila sepanjang 24 kilometer Karakoram Highway tenggelam dan berkubur dalam tasik berkenaan.
Sejarah Hitam Tasik Attabad, Pakistan
Antara kejutan paling besar semasa saya mengembara solo di Pakistan 8 tahun yang lepas adalah – kewujudan sebuah tasik bernama Attabad.
Tak sangka rupanya dari Upper Hunza saya perlu menaiki bot meredah Tasik Attabad untuk sampai ke Karimabad, Hunza Valley.
Semasa saya merancang perjalanan ke Pakistan, memang tak ada langsung info yang saya jumpa mengenai tasik ini. Almaklumlah, buku panduan Lonely Planet tentang Pakistan yang paling terkini pada waktu itu pun diterbitkan pada tahun 2008. Memang sudah sangat ketinggalan infonya.
Nak dijadikan cerita, tasik Attabad ini sebenarnya adalah tasik jadian yang baru sahaja terbentuk pada tahun 2010. Ya, tasik ini bukan tasik semulajadi. Malah, ada kisah pahit tentang bagaimana boleh terbentuknya tasik ini.
Orang-orang tempatan di situ menceritakan kepada saya, tasik ini sebenarnya terbentuk akibat kejadian tanah runtuh yang sangat besar dan dahsyat pada tahun 2010. Rentetan kejadian, air sungai telah naik sehingga terbentuknya tasik ini. Tambahannya lagi, sepanjang 24 kilometer Karakoram Highway telah tenggelam dan terkubur di dalam tasik ini.
Yang menyedihkan lagi bila saya dapat tahu seramai 20 nyawa telah terkorban dan berpuluh-puluh rumah orang tempatan di kampung Attabad ini telah musnah sama sekali. Ribuan lagi orang tempatan telah terjejas teruk akibat terputus hubungan kerana satu-satunya jalan darat di situ iaitu Karakoram Highway telah pun tenggelam.
Maka sejak itu, mereka tiada cara lain dan terpaksa menggunakan bot penumpang untuk bergerak dari Upper Hunza ke Karimabad.
Tambang bot cuma 200 Pakistani Rupees (lebih kurang RM5) sahaja untuk perjalanan selama 2 jam merentas tasik Attabad. Bot kayu yang dicat dengan warna warna terang ini sungguh koboi gayanya. Orang ramai bersesak lompat ke dalam bot, duduklah di mana-mana yang kamu sukakan.
Pemandu bot cepat sahaja menggemudikan bot yang dilatari dengan bunyi enjin yang sangat memekakkan telinga. Hidung pula terpaksa menahan bau minyak yang kuat dan menyesakkan paru-paru. Entah berapa limit muatan orang pun tidak dikisahkan. Soal keselamatan memang jauh dari fikiran mereka, jadi jangan berminpilah untuk pakai life jacket di sini, kelibatnya pun tak ada langsung.
Mereka ini memang terbukti sejenis bangsa survivor. Banyak kes yang saya dengar, lori truk membawa barang-barang dari China yang ditenggekkan di atas bot terbalik dan tenggelam ke dasar tasik.
Ada juga kereta yang pernah jatuh dan tenggelam begitu sahaja. Macam-macam lagilah cerita tragis yang saya dengar. Saya terfikir, mungkin juga pernah ada orang yang tenggelam dan lemas di sini? Wallahuallam. Tetapi, apa pilihan yang mereka ada?
Setelah bertahun-tahun, syukur alhamdulilah penderitaan orang tempatan di sini berakhir bila kerajaan China dengan “baik hati” membantu Pakistan membina terowong dengan menebuk dinding-dinding batu gunung.
Akhirnya pada bulan September tahun 2015, terowong Attabad yang memakan belanja sebanyak 275 juta US siap dan sudah boleh digunakan oleh orang tempatan. Pastinya rakyat tempatan sangat berterima kasih dengan kerajaan China sekali lagi yang sentiasa ada untuk membantu mereka yang sedang dalam kesusahan.
Sekarang, dah tak perlu risau pun untuk merentas ke Upper Hunza dengan naik bot koboi lagi. Perjalanan 2 jam dengan bot koboi sekarang dah berganti dengan perjalanan selama 15 minit melalui terowong canggih buatan China. Bot koboi sekarang kebanyakannya dah pun bertukar menjadi bot yang membawa tourist bersiar-siar di sekitar tasik ala-ala cruise.
Ironinya, cruise ini di atas bekas sebuah kampung yang bernama Attabad yang telah pun tenggelam dan hilang dari muka bumi ini.
Pesawat terbesar di dunia, Stratolaunch yang mempunyai dua fiuslaj dan enam enjin Boeing 747 melakukan ujian penerbangan sulungnya merentasi Gurun Mojave di California kemarin.
Pesawat karbon-komposit pertama itu dibina oleh Stratolaunch Systems Corp yang dimulakan oleh mendiang pengasas bersama Microsoft, Paul Allen.
Pesawat putih dipanggil Roc itu mempunyai sayap yang sama panjang dengan ukuran padang bola sepak atau 1.5 kali ganda lebih panjang berbanding pesawat Airbus A380. Sayapnya berukuran 117 meter, manakala sayap pesawat Airbus A380 hanya berukuran di bawah 80 meter.
Roc berlepas kira-kira jam 7 pagi waktu Pasifik (waktu tempatan kemarin) dan berada di udara lebih dua jam sebelum mendarat semula di Mojave Air and Space Port.
Pesawat itu direka untuk mengangkut roket dan kenderaan angkasa lain dengan berat mencecah sehingga 226,796 kilogram pada ketinggian 10,668 meter. Difahamkan, Strarolaunch adalah alternatif yang lebih fleksibel untuk melancarkan satelit berbanding pelepasan menegak roket kerana cara ini hanya memerlukan landasan yang lebih panjang untuk berlepas.
Menurut Stratolaunch, pesawat itu mencapai kelajuan maksimum 304 kilometer sejam (km/j) pada ketinggian 5,181 meter, bertujuan untuk menguji prestasi dan kualiti pengendaliannya.
“Ia penerbangan sulung yang menakjubkan, Penerbangan ini melebarkan lagi misi kami untuk menyediakan alternatif fleksibel kepada sistem pelancaran darat,”kata CEO Stratolaunch, Jean Floyd dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke laman web syarikat itu.
Paul Allen, yang mengasaskan Microsoft bersama Bill Gates pada 1975, mengumumkan penubuhan Stratolaunch yang dibiayai sendiri pada 2011.
Namun Allen meninggal dunia pada Oktober 2018 akibat limfoma bukan Hodgkins, hanya beberapa bulan selepas perkembangan pesawat itu didedahkan. Dikatakan asa depan syarikat berkenaan masih samar.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...