Uncategorized

Berpusu-pusu Orang Tangkap Gambar Jambatan Angkat Kuala Terengganu Waktu Raya

Share

Di musim perayaan ni maka ramailah anak-anak perantauan yang balik ke kampung halaman masing-masing. Maklumlah, selain daripada Hari Raya Aidiladha, Hari Raya Aidilfitri ni sahajalah kesempatan masa panjang nak bercuti dan pergi ke rumah saudara-mara.

Kepada anak-anak perantau yang berasal daripada Kuala Terengganu, kesempatan balik ke kampung ni tak dilepaskan begitu sahaja tanpa mengambil sekeping gambar di jambatan angkat Kuala Terengganu yang baru saja dibuka kepada orang ramai sejak raya yang pertama.

Perkongsian wargamaya di media sosial cukup memberangsangkan. Anda buka saja di Instagram dan cari #jambatanangkat, cukup ramai wargamaya yang berkongsikan keriangan dan kenangan mereka bergambar berlatarbelakangkan jambatan ikonik di Terengganu itu.

Malah, ada satu video perkongsian oleh seorang pengguna Instagram bernama theshafiq menunjukkkan orang ramai berpusu-pusu untuk bergambar sambil menggayakan pakaian baharu yang dikenakan ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri minggu lalu.

Walaupun hari mendung dan hujan turun renyai-renyai, keadaan itu tidak memjejaskan semangat dan usaha orang ramai untuk tetap mengambil gambar sebagai kenang-kenangan. Maklumlah, mungkin rumah mereka terletak jauh daripada negeri Darul Iman, jadi itu sahajalah kesempatan yang ada untuk mereka bergambar di jambatan ala London Bridge di England tu.

Sejak jambatan tersebut dibuka kepada umum, orang ramai mula menggunakan laluan tersebut sebagai laluan utama untuk ke Seberang Takir dan pusat bandar. Bukan sahaja kerana rekaan jambatan tersebut yang menjadi mercu tanda tarikan pelancongan terbaharu di Kuala Terengganu, tapi juga kerana jambatan yang menghubungkan kedua kawasan tanjung itu memendekkan jarak perjalanan pengguna jalan raya lebih kurang 10 minit untuk ke kedua-dua kawasan.

Anda dah berkunjung ke jambatan angkat Kuala Terengganu itu belum? Kalau belum, boleh la berbuat demikian di masa akan-akan datang. Difahamkan, di masa depan, ada beberapa ruang di atas jambatan tersebut akan dibuka kepada umum untuk tujuan pelancongan.

Pasti, ramai pelancong tak kira dari dalam mahupun luar negara akan datang berkunjung ke Kuala Terengganu di masa akan datang.Jom kita layan gambar-gambar yang dikongsikan oleh wargamaya berlatar belakangkan jambatan angkat Kuala Terengganu.

IKLAN