Lepaskan tekanan menghadap kesesakkan trafik dan ayuh sertai sambutan yang menyenangkan dan gembira bersama keluarga dan kawan-kawan sempena cuti panjang Tahun Baru Cina ini di Sunway Lagoon!
Sesibuk mana pun anda, curi sedikit masa untuk keluarga
Reunion sering dikaitkan dengan Tahun Baru Cina, dan setiap kali kita berjalan menghadapi kehidupan yang sibuk, kita akan sedar bahawa perlunya satu peluang untuk bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan.
Jadi, bagi mereka yang merancang untuk menyambut perayaan yang mengasyikkan dan unik, taman tema Sunway Lagoon menjanjikan kempem The Best Reunion Ever kepada anda bermula dari 1 hingga 19 Februari ini!
Ads
Tarian singa Hip Hop sambut kedatangan anda
Dari 5 hingga 8 Februari, anda akan disambut dengan persembahan tarian singa yang unik kerana menggabungkan konsep tradisional dan kontemporari Hip Hop oleh Persatuan Tarian Kun Seng Keng.
Kumpulan tarian singa yang banyak memenangi anugerah dari Kuala Lumpur telah berjaya meraih gelaran juara bertahan dan baru-baru ini memenangi gelaran juara dalam kejohanan terbaru mereka di Kejohanan Antarabangsa Tarian Singa Selatan yang diadakan di China tahun lepas.
Ads
Pelbagai persembahan menanti anda di sana
Disamping itu, anda juga pasti akan teruja dengan pelbagai persembahan termasuk pameran Swashbuckling Pirates Show yang menghiburkan, Sunway Lagoon’s original production – The Tale of Mount Berapi & Waves of Fun, serta Bring on the 60s Show untuk membawa pulang kenangan nostalgia anda saat dahulu kala.
Kepada anda yang merancang untuk menjadikan Sunway Lagoon sebagai tuan rumah bagi sesi reunion bersama keluarga dan rakan-rakan nanti, anda akan menerima set makan tradisi masyarakat Tionghua sempena Tahun Baru Cina iaitu Yee Sang secara percuma bernilai RM150 dengan pembelian Set Reunion Beach Bistro untuk 6 orang pada RM360.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Sunway Lagoon di talian +603-5639 0000, lawat laman sesawang www.sunwaylagoon.com atau berhubung denga Sunway Lagoon di www.facebook.com/SunwayLagoonMalaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak merasa pergi Kashmir, India, tempat indah dikaca Tv menerusi filem Bajrangi Bhaijaan, anda boleh baca pengalaman wanita ini yang mana dia pergi selama 9 hari 8 malam bermula dari tarikh 22 February 2023 hingga 1 Mac 2023.
Menurut Puan Felicia Ramzi, dia ambil package dari TA yang based di Kashmir – 365 Travel Holidays, owner Yousuf. Lagi ramai pergi dalam group, lagi murah package.
Kami 5 orang (3 dewasa, 2 kanak-kanak) dan anak saya yang bongsu dapat lagi 40% diskaun. Pakej ni sekali makan berserta transport.
Flight dari Malaysia-New Delhi-Malaysia, saya uruskan sendiri manakala flight New Delhi-Srinagar-New Delhi, saya minta bantuan Yousuf untuk belikan sebab dia lebih arif dan dah biasa beli untuk guests. Yousuf belikan flight AA dengan free 15 kg setiap seorang.
E-visa, saya uruskan melalui ejen bernama Mahadee, ini pun dapat melalui kenalan. Sangat efisien dan pantas membuat kerja. Saya mohon hari sabtu tengahari, Ahad petang ejen dah contact saya balik dengan e-visa yang dah approved. E-visa seorang RM160.
Kelebihan buat dengan ejen ialah probability untuk kena reject itu rendah. Sebab kalau kena reject, duit kita takkan dipulangkan balik, kena mohon dan bayar semula. Jadi saya tak mahu ambil risiko itu.
Ini tempat berlakon Bajrangi Bhaijaan yang scene merentas border tu, tapi border tu tak wujud pun. Green screen je.
Sini, rata-rata Kashmiri people akan offer macam-macam servis pada kita. Photographer lah, tolak sledge, kena pandai-pandai tolak kalau betul-betul tak perlukan servis mereka.
Saya gunakan khidmat guide bernama Hilal. Dia jaga kami elok atas sana. Nak bawakan beg, dia bawa. Nak minum teh, dia orderkan. Sediakan tip di akhir aktiviti untuk pekerja dia okay.
Naik kuda sampai ke Mini Swiss. Juga sediakan tip walaupun kita dah bayar dan deal harga naik.
Di penghujung hari, kena bayar lagi tip. Lagi satu, ini sangat penting – kalau pergi dekat hujung winter macam bulan Feb ke, Mac ke, tolong bawa shoe cover.
Ini kerana kawasan pintu masuk mini swiss tu becak teruk. Habis kotor kasut kalau tak bawa shoe cover.
Oh, dan di sini saya request pada driver bawakan kami ke Ashmuqam Dargah, tempat Bajrangi Bhaijaan berlakon juga, yang scene dekat masjid tu. Gembira tak terkata dapat jejak kaki ke sini walaupun Salman Khan tak ada.
Tukar boot kalau boot yang digunakan tak sesuai. Driver akan bawa ke kedai kasut untuk sewa. Guide juga ada dengan bayaran. Terpulang nak ambil atau tak guide tu tapi ok juga ambil guide, kita dijaga di atas.
Bawa body warmer banyak-banyak sebab kat atas sana sangat sejuk. Cuba nikmati maggi masala kat atas, paling best makan panas-panas. Mutton pulaw pun layan makan kat atas sana. Sedap!
Tiket naik saya minta Yousuf belikan sebab tiket kena beli secara online. Saya malas nak fikir masa itu sebab internet pun kejap ada kejap tak ada.
Kalau boleh cari yang ada room heater. Houseboat kami – Group of Paris takda room heater, hanya ada bed heater. Jadi pagi-pagi sangat lah sejuk. Water heater kejap ada kejap takda, agak siksa di situ.
Saya tak berapa nak enjoy sebab diganggu oleh penjual Kashmiri yang datang ke bot (dorang ada shikara sendiri) untuk jual-jual barang. Mereka sangat mendesak kita untuk beli up to a point kita jadi fed-up.
Lepas sorang, sorang yang datang. Be firm lah kata tak nak. Memang itu mata pencarian mereka cuma kita lah tak biasa dan tak enjoy.
(1 extra night pada hari terakhir sebab tak ada flight balik Malaysia) yang ini kami tak ambil pakej sightseeing. Cuma berjalan sekitar market besar berdekatan dengan hotel. Shopping best kat sini walaupun suasana agak berdebu. Sini saya puji TA kami, Yousuf.
Saya pada hari terakhir jatuh sakit. Saya minta late check out, saya kata saya akan bayarkan. Sebab flight balik Malaysia tengah malam, jadi kalau check out awal, lama sangat nanti menunggu di airport dengan keadaan saya yang tak berapa mengizinkan.
TA cuba sedaya upaya deal dengan hotel dan berjaya dapatkan kami kate check out sehingga 6pm. Paling terharu TA insist untuk bayarkan bagi pihak kami. Terima kasih banyak Yousuf Kashmiri.
– Sediakan duit Rs50 dan Rs100 banyak-banyak. Tip akan mengambil jumlah yang banyak masa korang ke sana nanti.
– Bawa ubat-ubatan yang sesuai.
– Kalau pergi musim sejuk, beli losyen yang ada ingredient ‘dimethicone’. Fungsi agar kulit lembap untuk masa yang lama.
– Bawa iron kalau perlu gosok baju/tudung. Sana ada juga disediakan tapi for a price.
– Bawa body heater/warmer.
-Untuk internet, kami guna portable wifi dari TA, dengan sedikit bayaran.
– Untuk contact ejen visa, sini – www.wasap.my/0166697070/visaIndia
– Untuk contact TA, sini – 365 Team Kashmir
To sum, it was a good trip. Siapa tak pernah pergi, kena pergi sekali okay. Jangan risau, banyak askar pun mereka tak ganggu tourists. Best memory ever!
Jadi itulah sedikit sebanyak perkongsian menarik sepanjang berada di Kashmir, India. Jika anda ada plan nak ke sana, boleh jadikan ini sebagai rujukan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Port bercuti ala-ala rumah kayu kampung siap dengan private pool hanya 40 minit dari Kuala Lumpur.
Sesuai sangat yang nak buat aktiviti keluarga sambil mandi manda dalam kolam renang. Rumah tradisional melayu dua tingkat ini boleh buat family day, reunion ataupun lepak lepak tanpa sebarang gangguan dan privacy hanya untuk korang sekeluarga.
Nama : Teratak Sofea. – Special : Semua unit ada Private pool. – Unit bilik : Total hanya ada 3 unit sahaja.
Harga : bermula RM450+ – Unit stay : Ibu Mertuaku (Max 20 pax sahaja). – 3x blik dengan 1 queen bed + 1 single bed (9 pax). – 1x blik dengan 9 unit bunk bed (9pax). – 4x bilik mandi dengan tandas duduk.
Kemudahan disediakan: – Semua bilik fully aircond & kipas siling. – 1x unit TV LCD sahaja dibawah rumah. – Peralatan dapur yang lengkap. – Ada disediakan mesin basuh. – Selimut & bantal disediakan. – Mesin gosok baju disediakan.
Kemudahan asas untuk pengunjung : – Basikal untuk riadah disediakan. – Mesin minuman sejuk disediakan. – Mini taman & gelanggang sukaneka.
Kekurangan : – Tiada water heater. – Parking kereta yang limit. – Tiada towel & amenities. – Kawasan sekitar perumahan penduduk. – Unit yang sangat terhad, kene flexible pilih tarikh.
Total bintang kasi pengalaman stay: 5 Bintang
*Tidak sesuai untuk yang nak berdating berdua. resort ni khas untuk yg jenis berkumpul pada group yang besar sahaja. FB : Teratak Sofea No Telefon : wa.me/60122213636 Alamat : Lot. 1623, Jalan Manggis, Batu 9 Kg Medan, Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Kita sekarang digemparkan dengan tragedi tsunami yang melanda selatan Sumatera dan barat Pulau Jawa semalam.
Menurut angka terkini, 62 orang dilaporkan meninggal dunia manakala 584 yang lain cedera apabila tsunami susulan daripada letusan gunung berapi melanda kawasan terbabit.
Jurucakap Agensi Bencana Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho berkata, ratusan bangunan musnah disebabkan ombak yang melanda kawasan perairan selatan Sumatera dan barat Pulau Jawa, kira-kira jam 9.30 malam waktu tempatan.
Keadaan itu menyebabkan pelancong dan penduduk yang berada di tempat kejadian lari bertempiaran untuk menyelamatkan diri.
Pasukan mencari dan menyelamat sekarang sedang berusaha untuk mencari 584 lagi mangsa yang cedera dan tertimbus di bawah runtuhan bangunan.
Gambar yang disiarkan televisyen tempatan menunjukkan gelombang kuat itu memusnahkan atap besi, kayu, serpihan dan sisa runtuh dari kawasan pedalaman di pantai Carita, sebuah kawasan pelancongan terkenal di pantai barat Jawa.
Menurut pihak berkuasa, tsunami yang berlaku mungkin tercetus oleh gelombang pasang surut yang tidak normal akibat bulan penuh dan tanah runtuh di dasar laut susulan letusan gunung berapi Anak Krakatoa.
“Gabungan ini menyebabkan tsunami tiba-tiba melanda pantai,” kata Sutopo sambil menambah agensi geologi Indonesia sedang berusaha menentukan punca ia berlaku dan angka kematian dijangka meningkat.
Rakaman video yang disiarkan di Sutopo di media sosial menunjukkan penduduk panik dan masing-masing melarikan diri ke kawasan lebih tinggi.
Terdahulu, pihak berkuasa Indonesia mendakwa gelombang itu bukan tsumai tetapi gelombang pasang surut dan meminta agar masyarakat tidak panik.
Sutopo kemudian meminta maaf berikutan berlakunya kesilapan itu di Twitter. Tidak berlakunya gempa bumi menyukarkan untuk menentukan punca awal kejadian itu.
“Sekiranya terdapat kesilapan awal, kami minta maaf,” tulisnya. – AFP
Foto: New York Post
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi pencinta buku dan seni bina klasik, Livraria Lello antara lokasi yang wajib dimasukkan dalam senarai kunjungan ketika bercuti ke Porto, Portugal.Bukan sekadar tempat...