Perasaan teruja bila check in hotel itu membuatkan ramai yang terus baring bila masuk bilik. Tanpa memikirkan apa yang patut anda lakukan sebelum bertindak demikian.
Hah, sepatutnya buat tiga langkah ini dulu ya, barulah selamat dan selesa waktu anda baring atas katil.
Risau juga kalau bilik hotel anda turut ‘dihuni’ oleh makhluk lain, iaitu pepijat (bedbugs) yang biasanya banyak ditemui di tilam, cadar dan selimut.
Pepijat bergantung hidup dengan menghisap darah manusia atau haiwan.
Gigitan makhluk ini akan membuatkan kulit anda gatal dan merah, dan boleh bertukar serius menjadi radang yang boleh menyebabkan pendarahan serta jangkitan.
Bila Check In Hotel
Oleh itu, amalkan tip ini setiap kali anda mendaftar masuk ke bilik hotel:
Ads
1) Tengok tilam
Ambil sedikit masa untuk memeriksa tilam dengan cara mengangkatnya dan memastikan sekiranya ia bersembunyi di bawah atau di dalam jahitan.
Periksa juga sarung bantal, takut pepijat ada bersembunyi di dalamnya. Mudah saja mahu mengenali pepijat. Ia berwarna merah karat ataupun coklat gelap dan agak halus.
2) Periksa katil
Katil juga merupakan salah satu tempat persembunyian pepijat. Cuba perhatikan di sekeliling katil termasuk celahan katil untuk memastikan tiada makhluk ini.
Ads
3) Semak bilik
Periksa juga perabot terutama yang berada berdekatan dengan tilam dan katil seperti meja sisi, sofa, kabinet dan sebagainya.
Selepas selesai melakukan tiga langkah berkenaan, barulah anda boleh berbaring atau membuka beg pakaian dengan perasaan yang lega.
Ads
Namun sekiranya anda terjumpa pepijat, sila maklumkan kepada pihak pengurusan hotel untuk urusan pertukaran bilik.
Nampak seperti agak remeh dan meletihkan, lebih-lebih lagi pastinya bilik sudah dibersihkan oleh pekerja housekeeping.
Tidak rugi jika kita sendiri mengambil langkah untuk lebih berjaga-jaga. Barulah seronok menikmati percutian yang sekian lama dinanti-nantikan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bawak kit kecemasan? Mungkin bagi ramai di antara rasa perkara itu remeh.
Ya, LIBUR juga bersetuju mungkin agak remeh untuk membawa kit kecemasa ke hulu ke hilir jika pergi bercuti. Namun dalam situasi penting atau jika ada kondisi kesihatan penting perlu diberi perhatian kit kecemasan memang penting!
Bagi anda yang berdepan kondisi kesihatan seperti LIBUR kongsi di bawah, membawa kit kecemasan sudah jadi satu keperluan.
Pil yang mengandungi antihistamines sangat berkesan untuk menentang alahan, kegatalan, kemerahan mahupun gigitan serangga pada kulit. Losen calamine pula bertindak merawat kulit bengkak akibat kegatalan dan kulit yang alah secara tiba-tiba sekiranya anda tersilap makan.
Makanan yang tidak sesuai dengan perut anda atau termakan makanan tercemar ketika bercuti akan membuatkan percutian anda malang. Oleh itu, adalah penting jika anda terus mengekalkan hidrasi tubuh badan dengan meminum banyak air seperti dioralyte kerana ia mengandungi garam rehidrasi yang bertindak sebagai penyegar kerana kandungan gula dan garam (glukosa, natrium klorida, kalium klorida dan hidrogen disodium sitrat). Biasanya, minuman ini diambil oleh orang yang diserang sakit cirit birit untuk menggantikan cecair yang hilang.
Makanan yang tidak dikenali ketika bercuti boleh menyebabkan masalah sembelit. Laxative atau julap boleh membantu anda ‘membuang’ dalam jangka masa pendek. Kebanyakan julap hadir dalam bentuk pil atau sirap. Jika anda lebih berhati-hati, sembelit boleh dicegah dengan mengambil diet tinggi serat dan minum banyak cecair.
Jika anda mengalami perut pedih akibat pedih hulu hati, rasa panas dan tidak selesa akibat mengambil makanan dan minuman yang ‘tajam’, ketika ini anda memang memerlukan antasid. Ia membantu melegakan masalah keasidan tinggi dalam perut anda.
Jika anda mudah diserang penyakit, ada baiknya anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu kerana pil antibiotik tidak boleh diambil sebarangan. Doktor anda akan mengesyorkan ubat-ubatan yang perlu dibawa. Elak membeli pil antibiotik yang dijual di farmasi tanpa arahan dari doktor.
Ubat penahan sakit penting untuk melegakan masalah sakit kepala, sakit otot, sakit gigi mahupun ketika senggugut. Jangan lupa bawa ubat yang mengandungi aspirin (misalnya Aspro clear), paracetamol (misalnya panadol) atau ibuprofen (misalnya Nurofen). Tapi kami mengesyorkan anda memilih pelekat seperti koyok atau plaster kerana lebih memudahkan anda berbanding ubat-ubatan kerana terlalu terdedah atau terbiar tanpa sedar boleh menyebabkan ubat kurang berkesan. Malah, aspirin tidak dibenarkan diberi kepada kanak-kanak melainkan nasihat doktor.
Satu botol kecil yang mengandungi chlorhexidine membantu mencegah jangkitan kulit. Tisu antiseptik juga berguna untuk mengelap dan membersihkan luka. Pembalut dan plaster berguna untuk rawat kelukaan kecil pada tangan dan anggota lain. Dettol adalah bahan antiseptik yang mudah dibawa.
Kulit terbakar boleh dicegah sekurang-kurangnya anda menyapu krim sinar matahari yang memapunyai perlindungan matahari (SPF) yang tinggi dan sesuai. Penggunaan aloe vera merupakan bahan semulajadi yang membantu meredakan kemerahan pada kulit.
Selain bahan ubatan di atas, kini anda boleh mendapati barangan digital berbentuk mini seperti termometer yang mudah dibawa untuk melihat suhu tubuh badan anda. Setakat kain kecil dan gunting kecil pasti tidak mempunyai masalah asalkan ia tidak disalah guna. Bak kata pepatah, mencegah lebih baik dari mengubati.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nak merasa pergi Kashmir, India, tempat indah dikaca Tv menerusi filem Bajrangi Bhaijaan, anda boleh baca pengalaman wanita ini yang mana dia pergi selama 9 hari 8 malam bermula dari tarikh 22 February 2023 hingga 1 Mac 2023.
Menurut Puan Felicia Ramzi, dia ambil package dari TA yang based di Kashmir – 365 Travel Holidays, owner Yousuf. Lagi ramai pergi dalam group, lagi murah package.
Kami 5 orang (3 dewasa, 2 kanak-kanak) dan anak saya yang bongsu dapat lagi 40% diskaun. Pakej ni sekali makan berserta transport.
Flight dari Malaysia-New Delhi-Malaysia, saya uruskan sendiri manakala flight New Delhi-Srinagar-New Delhi, saya minta bantuan Yousuf untuk belikan sebab dia lebih arif dan dah biasa beli untuk guests. Yousuf belikan flight AA dengan free 15 kg setiap seorang.
E-visa, saya uruskan melalui ejen bernama Mahadee, ini pun dapat melalui kenalan. Sangat efisien dan pantas membuat kerja. Saya mohon hari sabtu tengahari, Ahad petang ejen dah contact saya balik dengan e-visa yang dah approved. E-visa seorang RM160.
Kelebihan buat dengan ejen ialah probability untuk kena reject itu rendah. Sebab kalau kena reject, duit kita takkan dipulangkan balik, kena mohon dan bayar semula. Jadi saya tak mahu ambil risiko itu.
Ini tempat berlakon Bajrangi Bhaijaan yang scene merentas border tu, tapi border tu tak wujud pun. Green screen je.
Sini, rata-rata Kashmiri people akan offer macam-macam servis pada kita. Photographer lah, tolak sledge, kena pandai-pandai tolak kalau betul-betul tak perlukan servis mereka.
Saya gunakan khidmat guide bernama Hilal. Dia jaga kami elok atas sana. Nak bawakan beg, dia bawa. Nak minum teh, dia orderkan. Sediakan tip di akhir aktiviti untuk pekerja dia okay.
Naik kuda sampai ke Mini Swiss. Juga sediakan tip walaupun kita dah bayar dan deal harga naik.
Di penghujung hari, kena bayar lagi tip. Lagi satu, ini sangat penting – kalau pergi dekat hujung winter macam bulan Feb ke, Mac ke, tolong bawa shoe cover.
Ini kerana kawasan pintu masuk mini swiss tu becak teruk. Habis kotor kasut kalau tak bawa shoe cover.
Oh, dan di sini saya request pada driver bawakan kami ke Ashmuqam Dargah, tempat Bajrangi Bhaijaan berlakon juga, yang scene dekat masjid tu. Gembira tak terkata dapat jejak kaki ke sini walaupun Salman Khan tak ada.
Tukar boot kalau boot yang digunakan tak sesuai. Driver akan bawa ke kedai kasut untuk sewa. Guide juga ada dengan bayaran. Terpulang nak ambil atau tak guide tu tapi ok juga ambil guide, kita dijaga di atas.
Bawa body warmer banyak-banyak sebab kat atas sana sangat sejuk. Cuba nikmati maggi masala kat atas, paling best makan panas-panas. Mutton pulaw pun layan makan kat atas sana. Sedap!
Tiket naik saya minta Yousuf belikan sebab tiket kena beli secara online. Saya malas nak fikir masa itu sebab internet pun kejap ada kejap tak ada.
Kalau boleh cari yang ada room heater. Houseboat kami – Group of Paris takda room heater, hanya ada bed heater. Jadi pagi-pagi sangat lah sejuk. Water heater kejap ada kejap takda, agak siksa di situ.
Saya tak berapa nak enjoy sebab diganggu oleh penjual Kashmiri yang datang ke bot (dorang ada shikara sendiri) untuk jual-jual barang. Mereka sangat mendesak kita untuk beli up to a point kita jadi fed-up.
Lepas sorang, sorang yang datang. Be firm lah kata tak nak. Memang itu mata pencarian mereka cuma kita lah tak biasa dan tak enjoy.
(1 extra night pada hari terakhir sebab tak ada flight balik Malaysia) yang ini kami tak ambil pakej sightseeing. Cuma berjalan sekitar market besar berdekatan dengan hotel. Shopping best kat sini walaupun suasana agak berdebu. Sini saya puji TA kami, Yousuf.
Saya pada hari terakhir jatuh sakit. Saya minta late check out, saya kata saya akan bayarkan. Sebab flight balik Malaysia tengah malam, jadi kalau check out awal, lama sangat nanti menunggu di airport dengan keadaan saya yang tak berapa mengizinkan.
TA cuba sedaya upaya deal dengan hotel dan berjaya dapatkan kami kate check out sehingga 6pm. Paling terharu TA insist untuk bayarkan bagi pihak kami. Terima kasih banyak Yousuf Kashmiri.
– Sediakan duit Rs50 dan Rs100 banyak-banyak. Tip akan mengambil jumlah yang banyak masa korang ke sana nanti.
– Bawa ubat-ubatan yang sesuai.
– Kalau pergi musim sejuk, beli losyen yang ada ingredient ‘dimethicone’. Fungsi agar kulit lembap untuk masa yang lama.
– Bawa iron kalau perlu gosok baju/tudung. Sana ada juga disediakan tapi for a price.
– Bawa body heater/warmer.
-Untuk internet, kami guna portable wifi dari TA, dengan sedikit bayaran.
– Untuk contact ejen visa, sini – www.wasap.my/0166697070/visaIndia
– Untuk contact TA, sini – 365 Team Kashmir
To sum, it was a good trip. Siapa tak pernah pergi, kena pergi sekali okay. Jangan risau, banyak askar pun mereka tak ganggu tourists. Best memory ever!
Jadi itulah sedikit sebanyak perkongsian menarik sepanjang berada di Kashmir, India. Jika anda ada plan nak ke sana, boleh jadikan ini sebagai rujukan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada banyak pengalaman menarik orang ke Surabaya, berkongsi pemandangan yang cantik dan pastinya teruja melihat air terjun yang mencurah ke alam. Sempurna!
Namun, mungkin ada yang kurang pasti apa persediaan yang patt dibuat sebelum bergerak ke sana untuk mudahkan shopping sepanjang berada di sana. Jom baca perkongsian seorang wanita ini yang mana dia pergi waktu Bromo terbakar di sana.
Kongsi Puan Dirah Rashid, ini merupakan trip family yang pertama dia arrange sendiri dan dibantu ahli ahli dalam group Backpackers Buddies Malaysia.
Supir yang saya ambil ialah javanation atau Burhan dan teamnya Iqbal, yang menyediakan perkhidmatan tiptop daripada saya sampai hingga pulang ke airport.
Untuk 1st trip ni banyak saya belajar, antaranya:
Kes: Kami bawa wagon, saya tengok ada orang boleh bawa naik atas dan akan menyerahkan wagon tersebut ke pegawai aa. Jadi saya ingat boleh lah buat macam itu. Sekali pegawai bawah tak bagi, bebel bebel dia walau kami dah lipat wagon jadi kecil, tetap dia tak nak terima. Jadi kami tambah baggage’s bawah.
Kes: Saya memang bawa cash sahaja, sebab nak apply side or bigbay dah terlambat. Saya tahu pasal ni 3/4hari sebelum terbang. Jadi masa masuk mall, ada kedai yang kami nak beli tu tak terima Cash pun, jadi tak beli.
Kemudian masa nak wrap beg dekat AirPort pun tak terima cash. Ada family dari KL tu yang bayarkan.
Pasal kad ini sebenarnya saya lambat study, jadi memang tak sempat lah, and expectation saya tak perlu buat sebab Cash dah ada. Tapi dekat surabaya mall tu dah mula cashless.
Masa saya sampai 6hb tu, waktu itu lah Bromo mula tutup keseluruhan. Itu yang kena hiking menuju seruni point. Tak jangka pun kena hiking, tapi dengan pertolongan Dari abg jeep, kami berjaya naik.
Jadi kepada anda yang ada plan nak ke Surabaya untuk ke Bromo, boleh buat persediaan awal seperti yang wanita ini kongsi untuk mudahkan urusan sepanjang bercuti di sana.
Selamat bercuti bersama keluarga tersayang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau anda sudah penat dengan kesibukkan bandar, apa kata kita jalan-jalan dulu, lari sekejap dari kesibukkan bandar dan memberi hati dan minda sedikit ruang...