Blue Pool Santubong, Kolam Biru Semulajadi Paling Indah Di Sarawak

Share

Sarawak kaya dengan kepelbagaian bentuk muka bumi sememangnya menjadi destinasi tumpuan penggiat rekreasi luar dari seluruh dunia.

Bagi anda yang berminat dengan aktiviti mendaki, mandi sungai atau menginap di kawasan hijau sekitar negeri Sarawak, anda dicadangkan ke Permai Rainforest Resort. Merupakan resort yang eko-mesra di kaki Gunung Santubong, dengan 5 minit berjalan kaki dari Desa Budaya Sarawak. Resort ini menawarkan percutian alam yang mendamaikan.

Image via google

Tarikan utama pengunjung yang datang ke sini sudah semestinya kesegaran air sungai serta kawasan mandi-manda di kawasan air tsungai yang jernih dan menyejukkan. Paling istimewa di sini mempunyai sebuah kawasan kolam biru yang sangat cantik.

Blue Pool / Kolam Biru
Perkongsian: Ismail Bin Roslan
Blue Pool Santubong salah satu tarikan di Permai Rainforest Resort, sebuah kem resort yang terletak di kawasan pantai kaki gunung Santubong (sebelah Kg. Budaya Sarawak). Untuk ke BluePool memerlukan 60 hingga 90 minit treking dari kaunter pendaftaran.

Disebabkan trail berbentuk loop, terdapat 2 pilihan untuk memulakan trail. Sama ada melalui jalan pantai 2 yang agak landai atau melalui trail ke puncak 4.5 yang memerlukan sedikit pendakian dan menurusi air-air terjun yang kecil. Keduanya diukur dengan jarak 2km.

Info :

  • Bayaran masuk kem Permai : RM10.00 (dewasa warganegara)
  • Dikhabarkan warna kebiruan lebih kelihatan pada waktu tertentu sahaja atas faktor pencahayaan.
  • Dalam tempoh masa ini, bilangan pengunjung diterhadkan bagi setiap aktiviti di Permai Rainforest Resort.



IKLAN