‘Bridal Market’ Pasar Jodoh Tradisi Di Bulgaria Jual Anak Dara Untuk Dijadikan Isteri

Share

Di bahagian tengah negara Bulgaria, iaitu Zagora terdapat sebuah pasar unik dan sangat popular dipanggil ‘Bridal Market’ (pasar pengantin).

Foto: Shuttle Stock

Setiap tahun, beratus-ratus keluarga dari golongan gipsi akan memeriahkan pasar ini dengan acara tradisi mereka iaitu menjual anak gadis berusia 15 tahun ke atas. Pasar ini hanya akan diadakan sekali hingga empat kali sahaja untuk setahun bertujuan memeperkenalkan anak gadis yang sudah layak berkahwin kepada bakal pengantin lelaki.

Setiap gadis yang akan ‘dijual’ dihias dengan pakaian menarik serta solekan tebal sambil menunggu bakal suami datang membelek. Uniknya, setiap gadis yang akan ‘dijual’ oleh keluarga mereka ini tidak langsung dipaksa untuk melakukan perkara tersebut tetapi dengan sukarela menyertai acara cari jodoh ini. Paling utama, gadis yang ingin turut serta dalam acara ‘menjual diri’ ini haruslah seorang perawan.

Suasana tawar-menawar ketika di pasar pengantin ini merupakan perkara biasa yang boleh dilihat seakan pasar harian biasa. Anak lelaki akan berjalan ditemani bersama ibu dan keluarganya sekitar pasar ini untuk memilih calon isteri dan menantu yang berkenan dari dekat. Malahan, peha gadis tersebut akan dicubit dahulu untuk memperlihatkan tahap kesuburan mereka.

Harga yang diberikan kepada pengantin perempuan sekitar RM 12,000 sehingga RM 24,000. Namun, kebelakangan ini harga pengantin telah menurun sehingga RM 1,600 seorang. Boleh dikatakan selalunya keluarga si gadis akan segera menerima calon suami anaknya jika lelaki tersebut datang dari keluarga kaya tanpa usul periksa.

Sumber: news.com.au

IKLAN