Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah, Indonesia menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berani menyelamatkan seekor buaya 'bertayar' di Palu. Ganjaran berkenaan diberikan ekorang tidak mempunyai sumber untuk menangkap reptilia itu.
Buaya berkenaan berdepan masalah di mana tayar motosikal tersekat pada badannya sejak beberapa tahun lalu.Buaya malang tersebut sering dilihat di kawasan perairan yang menghubungkan Sungai Palu dan Teluk Palu. Reptilia bersaiz empat meter itu pertama kali dilihat tersekat pada tayar berkenaan sekitar 2016 lagi. Sejak tahun lalu, buaya itu menjadi tarikan penduduk yang menunggu kemunculannya untuk merakamkan gambar haiwan berkenaan.
Buaya air masin tersebut perlu diselamatkan segera daripada mati tercekik. Ramai bimbang tayar itu kini secara perlahan-lahan membunuh buaya itu kerana saiz buaya terbabit semakin hari semakin membesar.
Pihak berkuasa percaya, ada individu yang zalim secara sengaja meletakkan tayar itu di leher buaya dalam cubaan membela haiwan ganas berkenaan.
Ads
Pegawai agensi dan ahli konservasi sebelum ini pernah cuba menangkap buaya berkenaan namun, gagal.
Seorang penjinak haiwan juga pernah cuba menangkap reptilia itu pada 2018 namun, turut menemui jalan buntu.
Agensi Pemuliharaan Sumber Alam Sulawesi Tengah juga pernah meminta bantuan organisasi dari Australia tetapi ia juga gagal berbuat demikian.
Anda pernah melancong ke Sri Lanka? Sekiranya belum, anda perlu melancong ke negara yang mendapat jolokan nama ‘Pearl of the Indian Ocean’ dan ‘Teardrop of India’ itu kerana Sri Lanka menawarkan pelbagai keunikan yang anda tidak akan dapat nikmati di tempat-tempat lain.
Masa sekarang ini adalah masa yang terbaik untuk anda melancong ke sana kerana, Sri Lanka sedang berusaha untuk melonjakkan taraf industri pelancongan negara mereka dan tampil dengan satu inisiatif yang menawarkan visa percuma kepada pelancong dari lebih 30 negara.
Bermula dari 1 Mei, tawaran istimewa ini akan dapat dinikmati oleh pelancong-pelancong dari Malaysia, Singapura, Thailand, South Korea. Malah, pelancong-pelancong dari Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom dan Eropah juga turut berpeluang untuk menikmati tawaran yang sama.
Rata-rata pelancong Malaysia yang ingin ke Sri Lanka perlu memohon visa dengan harga USD35 ke USD40 setiap seorang. Dengan tawaran visa percuma ini, setiap pelancong dapat menikmati tempoh masa sehingga 6 bulan dan sekiranya inisiatif ini berjaya, Sri Lanka menjangkakan untuk menambah bilangan negara yang dapat menikmati visa percuma ini dan mungkin akan mengekalkan taraf percuma ke beberapa negara.
Untuk tahun 2017 sahaja, Sri Lanka menerima 2.1 juta pelancong dan jumlah tersebut adalah satu peningkatan yang amat memberangsangkan sejak berakhirnya perang dingin di sana pada tahun 2009.
Setiap pelancong yang selalu travel ke luar negara mesti dah arif pasal selok-belok visa ni. Tapi mana yang belum tahu, ini adalah kemaskini terbaharu dari Jabatan Imigresen New Zealand.
Bermula dari tarikh 1 Oktober 2019, anda tidak dibenarkan untuk masuk ke New Zealand sekiranya tidak memiliki visa ataupun NZeTA. Perkara pokok yang cuba dikuatkuasakan oleh New Zealand ada penggunaan sistem NZeTA tersebut.
New Zealand Electronic Travel Authority atau singkatannya NZeTA adalah sistem online yang mana anda perlu memasukkan butir-butir diri anda sebelum berlepas ke New Zealand. Sistem ini sangat memudahkan kepada mereka yang datang dari negara-negara yang mendapat pengecualian visa dari kerajaan New Zealand seperti negara kita, Malaysia.
Jadi sebelum 1 Oktober 2019, anda mesti memiliki NZeTA untuk masuk ke New Zealand. Setiap permohonan NZeTA perlu diberi tempoh masa 72 jam untuk tujuan pemprosesan, namun makluman dari pihak berkuasa New Zealand, ada permohonan yang hanya mengambil masa 10 minit sahaja.
Permohonan NZeTA ini akan menelan kos sebanyak NZD $9 sekiranya dibuat melalui aplikasi percuma mudah alih dan NZD $12 sekiranya dibuat sekaran online di komputer. Anda juga akan membayar International Visitor Conservation and Tourism Levy (IVL) semasa permohonan NZeTA dilakukan yang berjumlah sebanyak NZD $35.
Islam mengajar cara menjaga kebersihan kepada umatnya. Baik dari bab kebersihan diri, sebelum berwuduk, ketika ingin solat serta lain lagi, aspek kebersihan ada di titik beratkan. Namun adakalanya, bila menyentuh bab menjaga kebersihan, kita hanya mahu rumah kita saja bersih tapi kalau di luar rumah, kita sering berfikir ada orang lain tukang bersihkan.
Dan hasilnya, tempat-tempat peranginan kita dipenuhi dengan sampah sarap kerana adanya pemikiran sebegitu. Dikongsi dari catatan fb oleh Zunita Ramli yang menetap di Jepun, owner dan founder Tokyo Organik HQ ini berkongsi kenapa tiada sampah di Jepun. Baca catatan darinya.
Masa saya panjat Gunung Fuji bulan lepas, saya memang tak nampak satu pun sampah, walaupun tong sampah tak disediakan di sepanjang pendakian Gunung Fuji tersebut. Nak kata tak ramai orang daki, tak juga, sebab Gunung Fuji ni antara gunung yang ramai orang daki iaitu kira-kira 20,000 orang setiap tahun.
Pelik? Sebenarnya tak lah pelik pun.
Orang Jepun ni sebenarnya dah dididik untuk jaga kebersihan sejak kecil lagi. Mereka anggap jaga kebersihan ni adalah satu tanggungjawab bersama yang wajib setiap orang buat. Jadi tak hairanlah kalau dekat sekolah-sekolah rendah di Jepun ni, memang tak ada janitor (tukang sapu sampah) pun.
Semua kerja pembersihan, murid sendiri yang buat. Dari basuh tandas, mop lantai kayu (biasanya lantai jenis parquet), lap tingkap, sampai lah ke susun rak dalam kelas, semua dilakukan oleh murid sendiri.
Betapa seriusnya mereka ambil berat pasal didikan kebersihan ni, sampaikan sekolah sediakan satu masa khas dalam jadual kelas untuk tujuan pembersihan setiap hari. Bagi mereka, sahsiah kanak-kanak perlu dibentuk sejak di bangku sekolah, termasuk jaga kebersihan.
Selain tu, budaya dan expectation masyarakat Jepun tu sendiri saya kira membentuk situasi macam ni.
Bila semua orang jaga kebersihan, tiber pulak kita sorang yang suka buang sampah merata, benda ni akan jadi isu besar dalam masyarakat mereka. Orang Jepun secara amnya adalah bangsa homogeneous (satu bangsa) jadi mereka mempunyai fikiran yang sealiran. Mereka tak suka jadi ganjil dalam masyarakat, jadi benda ni jadikan mereka mematuhi peraturan yang ditetapkan, termasuk disiplin dan jaga kebersihan.
Tapi saya kira ibu bapa pun memainkan peranan sangat penting juga. Ibu bapa Jepun yang dah terbiasa dengan amalan jaga kebersihan ni secara tak lansung ajar anak-anak mereka juga untuk jaga kebersihan dan tak buang sampah merata-rata. Orang Jepun kebiasaannya akan simpan sampah dan buang bila jumpa tong sampah. Kalau tak ada, mereka akan buang di rumah mereka sendiri.
Saya kira gabungan tiga faktor ni penyebab penting kenapa Jepun berjaya didik rakyat dia untuk jaga kebersihan dan jadi antara negara yang bersih di dunia. Dan tak hairanlah kalau Lapangan Terbang Haneda di Tokyo juga dianugerahkan sebagai lapangan terbang paling bersih di dunia pada tahun 2020 dan 2021.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bila sebut tentang Afrika, mungkin ramai yang terus terbayang padang pasir luas, cuaca panas, kawasan tandus dan kehidupan yang serba kekurangan. Gambaran itu tidaklah...