Budapest adalah antara Kota Eropah yang tercantik. Budapest merupakan gabungan dua nama kota iaitu Buda dan Pest yang dipisahkan oleh Sungai Danube. Dua kota ini disambungkan oleh jambatan yang dikenali sebagai Chain Bridge. Bandar Pest lebih mendatar berbanding Kota Buda yang sedikit berbukit-bukau. Ternyata Pest lebih sibuk dan padat berbanding Buda.
Budapest masih memelihara reka bentuk warisan bangunan lamanya. Tarikan utama Budapest semestinya bangunan Parlimen Hungary yang merupakan Parlimen ketiga terbesar di dunia. Seni bina arkiteknya begitu mempesonakan seperti sebuah istana. Disebabkan itu Budapest sentiasa menjadi pilihan pelancong untuk datang.
Namun ada berita duka dari Budapest yang diterima. Untuk tarikh hari ini, sekurang-kurangnya tujuh warga Korea Selatan disahkan maut. Menurut pihak berkuasa Hungary dan Korea Selatan, selain pelancong yang maut, tujuh mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital dalam keadaan stabil.
Manakala masih ada baki 19 yang lain dilaporkan hilang apabila sebuah bot persiaran yang sangat terkenal dalam kalangan pelancong karam di Sungai Danube, Budapest. Seramai 33 warga Korea berada dalam bot persiaran terbabit yang turut membawa dua anak kapal warga Hungary.
Ads
Bot yang dinaiki mangsa berlanggar dengan sebuah bot lain pada kira-kira jam 10 malam waktu tempatan semalam. Insiden berlaku berhampiran bangunan Parlimen yang terletak di tengah ibu kota Hungary.
Operasi mencari mangsa yang hilang dilakukan sepanjang malam dengan bantuan penyelam. Namun hujan lebat sejak permulaan Mei lalu menyebabkan paras air naik sekali gus menyukarkan operasi menyelamat.
Ads
Bot karam tersebut kemudian ditemui beberapa jam selepas pencarian di sepanjang Jambatan Marguerite yang menghubungkan bandar lama Buda dengan daerah Pest. Ekoran insiden terbabit pihak berkuasa kini menutup laluan ke lokasi nahas.
Ads
Presiden Moon Jae-in dilaporkan mengerah segala sumber yang diperlukan bagi membantu melancarkan operasi menyelamat, petugas kedutaan Korea Selatan turut bekerjasama dengan pasukan kecemasan. Sementara itu, Menteri Kesihatan Hungary, Ildiko Horvath yang melawat lokasi insiden menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Syarikat pelancongan Korea yang diupah untuk membawa kesemua mangsa dari Korea itu ke Budapest turut memohon maaf kepada keluarga mangsa yang terlibat atas kejadian kemalangan maut itu.
Line Clear yang popular di Penang Road, Georgetown diumumkan dalam senarai top-10 oleh World Street Food Congress (WSFW), acara di Manila, Filipina minggu lepas.
Boleh dikatakan Nasi Kandaq paling popular di Malaysia. Berada di celah bangunan, stall kecil, dan pilihan ayam goreng masala, kari kepala ikan, kambing, udang besar, sotong, sambal pedas dsb dan dimakan bersama nasi yang ditabur campuran kuah kari; semua ini adalah trademark Line Clear.
”Ramai orang datang makan dan pelayan mereka ramah, begitu juga pelanggan mereka”, WSFW menghuraikan restoran 24 jam itu.
Satu lagi makanan popular Pulau Pinang ialah Siam Road Char Koay Teow. Pemilik perniagaan, Tan Chooi Hong, 76 popular dengan koay teow. Berada pada kedudukan ke 14 dalam senarai, orang ramai tetap sabar menunggu koay teow yang dimasak menggunakan arang.
“Gerai troli klasik yang boleh ditolak, koay teow dimasak menggunakan arang dan persembahan makanan yang sedap adalah antara sebab mengapa ramai orang beratur untuk mendapatkannya” ujar WSFW.
Empat lagi gerai juga berjaya masuk ke dalam senarai iaitu Fauzi Nasi Kerabu, Terengganu (23), Donald & Lily Nyonya Mee Siam, Melaka (34), Guan Heong Biscuit Shop, Ipoh (36), and Jalan Kuli Satay, Melaka (43).
Senarai The World Street Food Masters dibuat oleh panel berpengalaman seperti pengacara, penulis, selebriti makanan, dan profesional yang memiliki deria rasa hebat bagi budaya makanan jalanan warisan.
Tempat pertama ialah Singapore’s Hill Street Tai Wah Bak Chor Mee, Franklin’s BBQ kedua, dan Thailand Che Paek Pu Ob Voon Sen ketiga.
New Zealand adalah sebuah negara yan sangat cantik dengan pemandangan semula jadi dan menjadi impian setiap pelancong untuk datang ke sini.
Namun untuk sepanjang tahun 2021, impian untuk ke sini terpaksa ditangguhkan kerana sempadan New Zealand mungkin ditutup hampir sepajang tahun dengan pegawai kesihatan menilai pelaksanaan vaksin global.
Perdana Menteri, Jacinda Ardern berkata, kemunculan penularan komuniti pertama dalam tempoh lebih dua bulan pada hujung minggu lalu menunjukkan masih wujud bahaya ditimbulkan Covid-19 kepada sebuah negara yang dipuji atas tindak balasnya mengawal Covid-19.
Katanya, kerajaan tidak akan membuka semula sempadan negara yang telah ditutup secara efektif untuk semua orang kecuali warga yang kembali sejak Mac lalu, sementara wabak itu masih menular di seluruh dunia.
“Memandangkan risiko yang terdapat di seluruh dunia dan ketidakpastian pelaksanaan vaksin global, kita mungkin menjangkakan sempadan akan terus ditutup sepanjang tahun ini,” katanya kepada wartawan.
Namun, Ardern berkata, New Zealand akan terus melakukan gelembung perjalanan dengan negara-negara kepulauan Australia dan Pasifik, yang juga sebahagian besar berjaya mencegah atau mengawal virus berkenaan.
Rancangan untuk membuka gelembung perjalanan pada akhir bulan Mac menimbulkan tanda tanya ketika Australia menangguhkan perjalanan tanpa kuarantin untuk warga New Zealand sebagai tindak balas terhadap kes penularan komuniti terbaru.
Ardern mengatakan bahawa kes itu – seorang warga New Zealand berusia 56 tahun yang baru pulang dari Eropah – “terkawal” dan mengkritik Australia kerana mengenakan semula kuarantin untuk warga New Zealand.
Jepun, antara negara yang kerap menghadapi bencana. Selain dibadai taufan, negara ini juga terdedah kepada tsunami. Mengambil kira bencana yang tidak pernah surut, Jepun ternyata sudah bersedia menghadapi bencana tsunami ini di masa akan datang.
Mereka telah pun membina pod kecemasan tsunami yang berharga RM60,000 setiap satu. Baca perkongsian catatan Zunita di Jepun mengenai pod ini.
Nampak macam bola gergasi kan?
Sebenarnya ini adalah “tsunami evacuation pod” atau ‘pod kecemasan tsunami’. Dicipta oleh Sharpe, iaitu sebuah syarikat di Amerika, pod ni sebenarnya diilhamkan dari kejadian tsunami dasyat yang melanda Jepun pada tahun 2011.
Tsunami evacuation pod ni “ultra kuat” sebab guna aircraft grade aluminum di mana bahagian dalamnya dilapisi dengan ceramic thermal blanket. Ia sebenarnya dicipta oleh pengasasnya yang juga ada pengalaman bertahun-tahun dalam bidang aerospace engineering iaitu membuat kapal angkasa.
Pod ni boleh tahan apa jua yang anda boleh fikirkan terjadi masa tsunami dasyat seperti hentakan, gegaran, kepanasan, boleh survive dalam air dengan kapasiti 60 min tanki oksigen dan benda ni juga boleh timbul atas air (untuk proses menyelamat).
Menariknya, selain boleh bantu orang untuk selamatkan diri dengan cepat, pod ni juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti compression oksigen, elektrik, snek kecemasan, air dan dilengkapi dengan GPS untuk memudahkan pihak penyelamat menjumpai pod tersebut dalam tempoh 72 jam, atau 3 hari.
Pod ni dijual di Jepun dengan harga sekitar 1,575,000 yen, iaitu RM60,000 setiap satu. . #CatatanZunitaDiJepun
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ada sesetengah mercu tanda yang cukup dikenali hanya melalui bentuknya. Tak perlu tengok nama negara pun, orang sudah boleh agak lokasi itu berada di...