Bukit Batu Putih Port Best Lihat Sunset Di Port Dickson

Share

Buat anda yang berhasrat ingin bercuti ke pantai Port Dickson, apa kata anda selitkan sekali Bukit Batu Putih di dalam jadual perjalanan anda itu.

Bukit ini terletak di Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Port Dickson mempunyai view dari puncak lautan biru yang sangat cantik dan mendamaikan. Pendakian ke Bukit Batu Putih ini hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja untuk sampai ke puncak.

Bayaran masuk RM1 akan dikenakan untuk setiap pendaki yang ingin merasai pengalaman menawan Bukit Batu Putih ini. Trek bermula di jalan yang bertar kemudian laluannya agak menegak. Untuk menghilangkan lelah seketika terdapat beberapa kawasan untuk pendaki rehat sebentar di sepajang jalan menuju ke Rumah Api Tanjung Tuan (Cape Rachado).

Kira-kira 10 hingga 15 minit berjalan, anda akan tiba di papan tanda Bukit Batu Putih. Ramai yang telah berkunjung ke Bukit Batu Putih ini menyifatkan pendakian ke situ tidak terlalu sukar kerana trek yang disediakan agak cukup sifat. Ramai juga kanak-kanak dilihat mendaki ke bukit ini bersama dengan keluarga mereka, itu menandakan pendakian ke sini tidaklah terlalu susah.

Dari papan tanda menuju ke puncak sekitar 10 minit lagi masa diperlukan. Terdapat kemudahan seperti tali yang disediakan untuk memudahkan pendaki memanjat batuan besar hingga tiba ke puncak. Jika anda datang pada hujung minggu, cuti sekolah atau cuti umum maka hendaklah bersabar dan bergilir-gilir untuk menyaksikan keindahan matahari terbit dan terbenam atau untuk merakam gambar.


Ketika dalam perjalan turun dari kawasan hutan tersebut ambil masa seketika untuk berjalan-jalan disekitar rumah api sambil menyaksikan pemandangan menarik di sekitarnya.

IKLAN