Bagi anda yang menetap di Kuala Lumpur atau sekitar negeri Selangor,jangan lepaskan peluang untuk berhujung minggu di kawasan tumpuan ramai iaitu Bukit Malawati yang terletak di Kuala Selangor.
Lokasi ini menjadi salah satu destinasi yang semakin popular buat pelancong dan orang luar dari daerah ini. Terletak kira-kira 65 kilometer dari Kuala Lumpur, Bukit Malawati menjadi destinasi sempurna untuk tujuan menyaksikan pemandangan indah dari kawasan puncak bukit setinggi kira-kira 100 meter. Pada setiap pagi atau petang hari, lokasi ini menjadi pilihan ramai penduduk setempat untuk beriadah bersama keluarga seperti berjonging.
Bukit Malawati terkenal dengan kisah sejarah panjang berusia ratusan tahun ketika era pemerintahan Kesultanan Selangor. Kawasan itu pernah menjadi pusat pentadbiran bagi kerajaan Kesultanan Selangor sebelum berpindah ke Jugra, Banting dan Bandar Diraja Klang.
Tidak susah untuk sampai ke destinasi ini. Sebaik sahaja memasuki bandar Kuala Selangor, cari sahaja lokasi Bukit Malawati.Dari jauh papan tanda besar di atas bukit terpampang lokasi BUKIT MALAWATI.
Choo..Choo Train
Ads
Turut tersedia ruang parkir percuma untuk pengunjung yang datang menaiki kenderaan sendiri. Tiket dikenakan jika anda memilih untuk menaiki trem keretapi untuk ke atas Bukit Malawati, iaitu RM3 dewasa dan RM2 kanak-kanak. Perkhidmatan trem ini hanya berjalan pada hujung minggu dan cuti umum sahaja. Namun jika anda mempunyai stamina yang tinggi dan tidak kisah berjalan kaki naik ke atas, tiada sebarang caj dikenakan.Sementara pada hari bekerja biasa, pengunjung boleh berjalan kaki atau naik dengan kenderaan sendiri sehingga ke puncak bukit.
Bukit Malawati Kesan Tinggalan Sejarah
Dibuka dari awal pagi hingga 7 petang, Bukit Malawati memiliki pelbagai tarikan menarik antaranya Muzium Permainan Tradisional, Perigi Beracun, Laman Budaya, Muzium Sejarah Kuala Selangor, Makam Diraja, Telaga Tujuh, Meriam Sejarah, Tangga Seratus,Batu Hampar, Busut Malawati, Kota Malawati, Baitulhilal dan Rumah Api.
Ads
Perigi Beracun mempunyai kisahnya apabila dikatakan digunakan untuk menghukum penderhaka dengan meletakkan mereka di dalam perigi yang berisi air beracun sehingga ke paras dada sebagai satu bentuk penyeksaan.Terdapat juga batu hampar yang masih wujud sehingga kini, yang dahulunya dipercayai digunakan untuk memancung kepala pesalah. Tapak istana lama ini kini di bawah selia pejabat Majlis Daerah Kuala Selangor dengan kerjasama beberapa agensi lain seperti Lembaga Muzium Negeri Selangor. Di sini juga menempatkan pelbagai artifak kesultanan negeri daripada tiga sultan yang memerintah Selangor.
Penunggu Comel!
Tinggalkan sebentar segala sejarah yang ada di situ. Kini ada tarikan lain yang menyebabkan Bukit Malawati dikunjungi ramai iaitu kewujudan habitat beberapa spesies monyet mendiami Bukit Malawati. Haiwan itu umpama duta dan menjadi satu tarikan utama kepada pengunjung yang mahu melihat gelagat monyet itu.
Ads
Menurut penjaja makanan monyet, spesies jenis lotong lebih mesra dan tidak sejahat seperti spesies kera biasa. Bukan sahaja pengunjung tempatan tetapi pelancong dari luar negara serta sesetengah jurufoto gemar melihat dan merakam gelagat monyet-monyet di Bukit Malawati ini.
Kalau tidak tahu ingin ke mana hujung minggu ini, jom la ke Bukit Malawati, Kuala Selangor!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Ipoh antara bandar banyak tinggalan bangunan sejarah British. Antaranya Menara Jam Memorial J.W.W Birch. Menara ini terletak bersebelahan Masjid Negeri Perak.
Jam ini dibaik pulih cantik oleh Dewan Bandaraya Ipoh dan termasuk antara Jejak Warisan di Perak.
Namun ada sesuatu yang pelik dan menjadi tanda tanya. Pada menara Jam Memorial Birch, lihat satu patung diputihkan…Siapakah patung itu?
Menara jam ini dibina pada 1909 bagi memperingati ulang tahun kematian ke 34 Birch. Jam yang dibina dengan kos 25,000 pound sterling ini dirasmikan oleh Residen British Perak ke-8 diketika itu iaitu Sir Ernest Woodford Birch.
Ernest; anak sulung kepada J.W.W Birch dan menjadi Residen Perak dari tahun 1904 hingga 1910.
Pada memorial jam ini, Sir Ernest Woodford Birch berdamai dengan Sultan dan pembesar-pembesar Melayu di ketika itu agar tidak melupakan kisah pembunuhan bapanya itu.
Juga berharap agar hubungan baik diantara pihak British dengan Perak selepas peristiwa tersebut dapat diteruskan demi pembangunan pesat negeri Perak.
Menara ini mempunyai 1 jam besar berukuran 6 kaki x 6 inci serta 4 jam kecil dan disertakan sistem untuk dibunyikan sama seperti Menara Jam Big Ben di bangunan Parlimen di London.
Di empat penjuru atas jam tersebut diletakkan empat patung terakota yang mengambarkan empat prinsip pentadbiran British iaitu Kesetiaan (digambarkan dengan patung yang memegang pedang dan perisai).
Keadilan (digambarkan dengan patung buta yang memegang neraca), Kesabaran (digambarkan dengan patung yang tiada senjata) dan Ketabahan (digambarkan dengan patung dengan riak muka tenang dan memegang tombak).
Terdapat juga lukisan yang mengambarkan figura pembangun tamadun-tamadun dunia di keempat-empat sisi menara jam tersebut.
Salah satu daripada 44 figura tersebut ialah imej Nabi Muhammad. Namun imej Nabi Muhammad itu telah dipudarkan dengan cat putih pada 1990-an setelah sekian lama mendapat bantahan bukan sahaja oleh penduduk beragama Islam di sekitar Ipoh dan Malaysia.
Jadi tanda tanya itu kini sudah terjawab. Dan bagi yang melancong ke Ipoh, jangan lupa rakam foto tercantik di menara jam ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sempena menghayati bulan kemerdekaan pada tahun ini, apa kata kita bersama-sama cuba mengenang kembali jasa, pengorbanan para tokoh dan pejuang kita dengan mengunjungi mana-mana destinasi bersejarah.
Anda tahu siapa Bapa Kemerdekaan? Jom berkunjung ke Rumah Merdeka bertempat di Alor Setar, Kedah.
Sebelum negara mencapai kemerdekaan, pelbagai rundingan untuk keluar daripada cengkaman penjajah berlangsung di beberapa lokasi termasuk Rumah Merdeka di Jalan Tunku Abdul Rahman Putra. Sebagai anak gahara atau anak berketurunan diraja berasal dari Kedah, Tunku Abdul Rahman sering pulang ke negeri ini dan menginap di Rumah Merdeka dan dikatakan ia menjadi 'markas' almarhum untuk mencari ilham menyudahkan penulisannya, di samping memikirkan jalan untuk mencapai kemerdekaan.
Rumah yang asalnya milik bonda almarhum, iaitu Che Manjalara sebelum dihadiahkan kepada Bapa Kemerdekaan itu, sering menjadi tempat untuk para pemimpin merancang pelbagai strategi politik. Perbincangan tentang dasar kerajaan dikatakan untuk memenangi pilihan raya persekutuan yang pertama pada Julai 1955 juga pernah diadakan di Rumah Merdeka.
Kini Rumah Merdeka, kediaman dua tingkat itu diambil alih oleh pihak Arkib Negara pada 2003 dan sejak itu, jabatan ini sedaya upaya berusaha untuk membaik pulih dan memulihara struktur bangunan bersejarah itu. Pengunjung juga berpeluang melihat dengan lebih dekat pelbagai barang peribadi milik kepunyaan Tunku Abdul Rahman.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sarawak Bumi Kenyalang adalah negeri yang terbesar di Malaysia dan menyimpan 1001 khazanah turun temurun untuk dinikmati oleh generasi kini dan akan datang.
Ada pelbagai produk pelancongan di negeri Sarawak tapi kali ini Libur nak kongsikan 10 tempat percutian menarik yang anda boleh kunjungi di sana!
Sekiranya anda ingin melihat keindahan bukit bukau yang menghijau dari kawasan tanah tinggi di Sarawak, anda boleh singgah di sini. Selain daripada pemandangannya yang cantik, di sini juga terletak Borneo Highland Resort yang ideal untuk anda bermalam ketika bulan madu di Kuching. Jarak pemanduan dari bandar Kuching ke pintu masuk kaki bukit ini hanya 40 minit sahaja. Dari kaki bukit, anda hanya perlu memandu ke puncak sekitar 20 minit pemanduan sebelum tiba di Borneo Highland Resort. Pemandangan di sini seakan-akan anda pergi ke Cameron Highland. Apabila tiba di resort, anda perlu menaiki tram untuk menuju ke lokasi insta-worthy iaitu Kalimantan View Point. Panorama yang ada dari tempat itu pasti akan membuatkan anda terpukau.
Alamat: Jalan Borneo Heights, 94200 Padawan, Kuching, Sarawak Waktu operasi: Terbuka Harga: Pintu masuk kaku bukit RM10/seorang, Bayaran tram RM10/2 hala
Kepada anda yang suka untuk berdampingan dengan alam semulajadi, anda disyorkan untuk melawati Gua Pari-Pari yang terletak hanya satu jam perjalanan menaiki kenderaan dari bandar Kuching ini. Gua Pari-Pari adalah salah satu destinasi terbaik untuk anda menikmati keindahan gua batu kapur tanpa perlu meredah hutan yang jauh untuk sampai ke lokasi gua. Selain itu, destinasi ini juga sesuai untuk pelancong yang berkeluarga. Apa yang menariknya di sini adalah penorama yang akan anda lihat saat melangkah masuk ke dalam gua apabila warna-warna batu di dinding gua akan bertukar warna kerana sinaran cahaya matahari yang semakin berkurangan. Sangat menarik!
Alamat: Gua Pari-Pari, Bau, Sarawak Waktu Operasi: 8.30 pagi hingga 4 petang Harga: Pelancong tempatan RM1, Pelancong asing RM5
Sekiranya anda bercuti bersama isteri dan anak-anak, anda dicadangkan untuk pergi ke Taman Buaya Jong yang terletak kira-kira 20 minit pemanduan dari bandar Kuching. Taman Buaya Jong ini merupakan taman buaya dan pusat pemuliharaan buaya terbesar di Malaysia dan menempatkan lebih seribu ekor buaya. Jangan lepaskan peluang merasai aktiviti paling menarik di sini iaitu memberi buaya makan. Aksi-aksi buaya menerjah makanan yang diberikan pasti membuatkan anda dan anak-anak berasa teruja. Selain daripada buaya, terdapat haiwan lain yang turut dijaga di sini antaranya ikan arapaima – spesis ikan air tawar yang terbesar di dunia.
Alamat: Jalan Kuching – Serian, 94200 Siburan, Sarawak Waktu operasi: 9 pagi hingga 5 petang (setiap hari) | Waktu makan buaya 11 pagi dan 3 petang Harga: (Normal) Dewasa RM24, kanak-kanak RM12 | (Sarawak) Dewasa RM14, kanak-kanak RM7
Masjid negeri yang besar ini juga antara destinasi pelancongan yang baik untuk anda melancong di sana. Masjid berkubah biru berdinding putih ini mempunyai kawasan yang sangat luas dan mampu menampung jemaah sehingga 10 ribu orang pada satu-satu masa. Senibina masjid ini menggunakan rekaan geometri dan seni khat yang pasti akan membuatkan anda terpesona dengan keindahan masjid ini.
Alamat: Jalan Tun Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman Yaakub, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak Waktu operasi: Subuh hingga Isyak Harga: Percuma – Derma ikhlas sangat digalakkan
Ingin kenal dengan lebih rapat mengenai seni, budaya dan warisan negeri Sarawak? Anda perlu berkunjung ke Muzium Sarawak dalam lawatan anda ke bumi kenyalang ini. Di sini, anda akan dapat mengenali dengan lebih dekat sejarah negeri Sarawak dan etniknya yang pelbagai menerusi barangan, artifak dan bahan sejarah yang dipamerkan di sini. Muzium ini juga mendapat jolokan sebagai muzium yang mempunyai barangan koleksi terbaik di Asia Tenggara. Kalau anda nak tengok tengkorak kepala buaya bujang senang, di muzium ini adalah destinasi yang terbaik untuk anda.
Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, Taman Budaya, 93400 Kuching, Sarawak Waktu operasi: 10 pagi hingga 4 petang Harga: Percuma
Pernah melawat rumah panjang yang sebenar? Sekiranya tidak, anda perlu melihat sendiri rumah panjang yang sebenar di Rumah Panjang Annah Rais Bidayuh yang berusia lebih 200 tahun. Terletak 85km dari bandar Kuching dan terletak di kaki bukit Borneo Highland. Sekiranya anda ingin merasai pengalaman yang lebih banyak di rumah panjang ini, anda boleh bermalam dan melakukan pelbagai aktiviti masyarakat setempat di sana. Rumah panjang ini menggunakan konsep inap desa dan suasananya sangat menarik untuk anda terokai. Selain bermalam di rumah panjang ini, anda juga boleh mandi kolam air panas, air terjun tiga tingkat, melawat head house yang berusia 150 tahun dan sebagainya. Lokasi ini sangat menarik untuk anda yang nak rasa sendiri pengalaman sebenar orang Sarawak.
Alamat: Annah Rais Longhouse Homestay, No.9, Kupo Saba, Kampung Annah Rais, Jalan Borneo Height, Kota Padawan, 93250 Kuching, Sarawak Waktu operasi: Terbuka Harga: Dewasa RM8 dan kanak-kanak RM5
Kalau anda menginap di bandar Kuching, Kuching Waterfront ini adalah antara lokasi yang anda perlu datang untuk merasai aktiviti malam yang terdapat di sana. Lokasi ini sering menjadi tumpuan pelancong kerana kecantikan pemandangan waktu malam seperti bangunan Dewan Undangan Negeri dan Jambatan Darul Hana. Selain waktu malam, panorama di sini sangat cantik pada waktu petang menjelang matahari terbenam. Sekitar pukul 8 malam, ada musical fountain show yang berwarna-warni untuk anda lihat. Pasti kanak-kanak teruja dengan persembahan tersebut. Di sepanjang kawasan ini juga terdapat gerai-gerai jalanan yang menjual pelbagai juadah untuk anda nikmati.
Alamat: Jalan Main Bazaar, 93000 Kuching, Sarawak Waktu operasi: Terbuka Harga: Percuma
Perjalanan yang diambil dari bandar Kuching ke Pasar Serikin adalah dalam 1 jam. Walaupun begitu, pasar ini tetap menarik ramai pelanggan kerana barangan kraftangan yang dijual di sini adalah dalam harga yang rendah sekali. Antara kraftangan yang anda boleh temui di sini adalah kain batik, tikar, bubu, makanan tradisi dan bermacam lagi. Anda dinasihatkan untuk bertolak ke pasar ini dari Kuching pada pukul 8 pagi lagi kerana peniaga-peniaga pasar akan mula mengemaskan barang untuk pulang sebaik sahaja pukul 12 tengahari.
Alamat: Serikin, 94000 Bau, Sarawak Waktu operasi: Sabtu & Ahad
Muzium ini memiliki senibina yang sangat unik hasil gabungan pengaruh Renaissance Inggeris dan Penjajah British. Bangunan ini dibina pada tahun 1907 dan pada awalnya ianya digunakan sebagai Pusat Perubatan dan seterusnya sebagai Pejabat Jabatan Pendidikan. Pada Ogos 2000, muzium ini mula dibuka kepada orang ramai. Di muzium ini anda akan dapat melihat proses tekstil dihasilkan dari awal penyediaan sehinggalah ditenun menjadi sehelai kain. Anda turut dapat melihat koleksi tekstil tradisional dan moden Sarawak serta koleksi tekstil dan pakaian disini dihasilkan oleh etnik masyarakat Sarawak sendiri. Contohnya daripada masyarakat Iban adalah Pua Kumbu dan daripada masyarakat Melayu pula adalah songket.
Alamat: Jalan Tun Abang Haji Openg, 93000 Kuching Waktu operasi: Isnin – Jumaat (9.00am – 4.45pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum (10.00am– 4.00pm) Harga: Percuma
Setiap kawasan mesti ada landmark dan di Sarawak, tugu kuching ini mewujudkan suasana yang unik kepada negeri Sarawak, memang tak sah sekiranya anda datang ke Sarawak tanpa bergambar dengan tugu-tugu kucing yang ada di sini. Tugu ini berada di hadapan pusat membeli-belah dan hotel-hotel di Kuching. Sebenarnya, nama Kuching ini diberi berdasarkan kisah bahawa pada zaman dahulu terdapat banyak kucing hutan yang wujud di sekitar sungai di situ ketika kawasan ini masih dipenuhi hutan.
Alamat: Jalan Tunku Abdul Rahman, 93100 Kuching, Sarawak Waktu operasi: 24 jam Harga: Percuma
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Musim panas kali ini hadir dengan satu berita baik buat kaki travel yang sedang memburu destinasi luar negara dengan bajet berpatutan. Syarikat penerbangan tambang...