
Seorang wanita yang hampir 7 tahun menetap di Mekah ada berkongsi tip kepada umat Islam yang bercadang ke sana pada waktu tidak sesak.
Waktu tidak sesak dikatakan waktu yang memberi keselesaan lebih kepada keluarga yang mempunyai anak kecil untuk beribadat. Begitu juga untuk warga emas yang uzur, mereka tidak perlu bersesak-sesak dan dapat menjalani ibadat umrah dengan sempurna.
Namun tidak menjadi masalah jika anda memilih membuat umrah di sini ketika waktu sibuk. Dengan panduan dan tip ini mungkin boleh membantu anda merancang waktu umrah dengan baik mengikut pilihan masa senang anda.
Tahukah anda?
Bilakah masa Mekah dan Madinah sangat lapang tanpa sesak sehingga anda boleh berikhtikaf lama-lama di hadapan Kaabah di kawasan tawaf?
Dengan pengalaman saya yg tinggal di sini hampir 7 tahun, waktu terbaik utk bawa anak-anak kecil, ibubapa yang uzur atau sesiapa sahaja ialah pada Awal Muharram.
Pada bulan Muharram, visa umrah baru sahaja di buka oleh kerajaan Arab Saudi. Jemaah yang baru sahaja menunaikan haji pula sudah beransur pulang menjadikan Bandar Mekah dan Madinah sangat lengang. Bagaikan boleh bermain lari-lari di kawasan tawaf.
Di waktu ini karpet hijau akan dibentangkan di kawasan tawaf utk kemudahan jemaah berikhtikaf. Kanak-kanak kecil dari sekolah tadika sehingga sekolah rendah datang dengan rombongan sekolah melakukan tawaf sunat dan pelbagai pengisian rohani. Bayangkan kanak-kanak kecil ini dapat melakukan tawaf bersama-sama sahabat kecil mereka. Sambil tangan dibahu mengelilingi Kaabah. Comel sangat.
ps: Saya kongsikan pic awal Muharram tahun lepas. Adakah anda merindui Tanah Suci ini? Saya doakan anda semua diberikan peluang untuk datang lagi dan lagi, aminnn…
Sumber: FB Anis Yohana Khalid
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip: 3 Cara Mudah Untuk Anda Minta Makanan Halal Dalam Penerbangan

Makanan halal dalam pesawat? Bukan semua halal ke? Ha, anda jangan keliru sebab tak semua makanan dalam pesawat adalah halal sebab tak semua syarikat penerbangan datang daripada negara-negara Islam yang menitikberatkan soal halal dalam permakanan.
Kalau anda menaiki pesawat daripada negara bukan Islam seperti Singapura, Vietnam, Hong Kong, China, mereka tidak menyediakan menu makan yang halal sebagai hidangan kepada penumpang muslim mereka.
Tahukan anda, sebenarnya anda boleh membuat tempahan makanan halal sekiranya berasa was-was dengan makanan yang disediakan di dalam pesawat? Selain daripada membuat tempahan makanan halal, anda juga boleh membuat tempahan makanan yang khas sama ada disebabkan oleh masalah kesihatan ataupun kepercayaan agama.
Makanan yang ditempah khas ini akan dihidangkan terlebih dahulu daripada makanan biasa dan bagaimana caranya untuk membuat tempahan tersebut? Caranya ada tiga:
Secara online
Kebanyakkan syarikat penerbangan membenarkan anda membuat tempahan secara online. Caranya mudah, sebagai contoh Singapore Airline, anda hanya perlu klik ‘manage booking’ dan, selepas itu anda dikehendaki memasukkan nombor booking dan email atau nama keluarga atau nama pertama.
Kemudian, pergi ke ‘special request/special meal’ dan pilihlah makanan yang diperlukan. Jika sudah membuat tempahan secara online, kebiasanya anda tidak perlu lagi menghantar email atau membuat panggilan telefon.
Menghantar email
Terdapat beberapa syarikat penerbangan yang tidak menerima pesanan makanan khas secara online. Contohnya adalah China Southern Airlines, Ukraine International Airlines dan banyak lagi.
Untuk mengetahui alamat email syarikat penerbangan tertentu, anda boleh taip ‘customer service Vietnam Airlines’ atau anda boleh dapatkan di website syarikat penerbangan tersebut di bahagian ‘contact’.
Semasa anda menghantar email pastikan dibahagian tajuk anda menulis seperti Re: Muslim Meal (nombor booking). Antara ayat yang boleh anda gunakan adalah:
“I would like to request a muslim meal for my flight to XXXX on XXXX. The booking number is XXX and the passenger name is…”
Biasanya email akan dibalas dalam masa 24 jam (bergantung kepada syarikat penerbangan).
Membuat panggilan telefon
Cara yang terakhir adalah dengan membuat pangilan telefon. Cara untuk mendapatkan nombor telefon adalah sama dengan cara mendapatkan email. Pastikan anda bersedia dengan nombor booking penerbangan.
Mudahkan?
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sangka Terengganu Ada Lokasi Seakan ‘Amazon’ Terletak Di Kuala Berang!

Kehijauan alam semula jadi, kejernihan sungai yang mengalir serta kedinginan udara segar pastinya menggamit sesiapa sahaja untuk menikmati suasana percutian yang damai dan jauh dari kesibukan kota.
Keindahan berlatarkan hutan menghijau sekali gus menyingkap realiti khazanah yang masih terpelihara di negeri Terengganu. Keadaan ini semestinya memberikan inspirasi buat pemuja alam semula jadi. Tular di beberapa laman sosial utama negeri Terengganu, dek keunikan lokasi pelancongan baru di Kuala Berang dikenali sebagai ‘Amazon Terengganu’
Nak tahu apa yang menarik? Ini perkongsian daripada portal Amazing Terengganu
Tak Percaya Terengganu Ada Hutan Amazon? Ye! Ada di Kuala Berang! Pokok-pokok rendang di kiri kanan sungai. Redup dan mendamaikan. Memang instagram-worthy kata orang.
- Nak datang sini kena cuba aktiviti berkayak dulu. Lagi menarik berkayak di tengah sungai. Kiri kanan ada pokok rendang memayungi kayak. Redup je bila berkayak kat sini.
- Sambil-sambil berkayak boleh tengok banyak hidupan liar di kiri kanan sungai macam burung helang, burung enggang, monyet, lutong dan kerbau. Memang mendamaikan jiwa.
- Yang tak biasa berkayak jangan risau, ada local guide akan follow korang berkayak dari mula sampai habis. Life jacket pun kami sediakan.
- Tempoh masa untuk aktiviti menyusuri ‘Amazon Terengganu’ ini adalah 3 jam berkayak yang penuh dengan ketenangan dan kecantikan.
Ada untuk pakej ditawarkan untuk berkayak di Little Amazon of Terengganu. Harga lebih kurang RM129 seorang. Ia termasuk sewaan kayak, life jacket & paddle, bayaran guide dan domestic transfer.
Jom cuti-cuti Terengganu.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tip Bajet Membeli Buah Tangan Ketika Umrah Atau Haji Di Mekah & Madinah

Mekah dan Madinah merupakan dua kota suci yang menjadi tumpuan umat islam untuk datang melaksanakan ibadah haji, ibadah umrah dan berziarah ke makam baginda Nabi Rasulullah SAW serta para sahabatnya.
Biasanya, sebelum ataupun selepas melaksanakan solat berjemaah di masjidil haram ataupun masjid nabawi, jemaah haji dan umrah dari Malaysia sering memanfaatkan waktu tersebut untuk berbelanja membeli barang-barang sebagai oleh-oleh ataupun sekadar berjalan jalan dan melihat lihat cenderahati barang barang islamik di sekitar lingkungan masjid.
Peniaga di Kota Madinah dan Mekah Arab Saudi mahir menggunakan Bahasa Melayu. Ini terbukti bila aktiviti jual beli terjadi antara jemaah Malaysia, Indonesia serta wilayah kepulauan Melayu dengan peniaga Arab menggunakan Bahasa Melayu.
Di sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi banyak tempat untuk berbelanja mulai dari peniaga kaki lima sampai pasaraya besar. Didepan masjidil haram, dibawah menara jam (jemaah biasa menyebutnya dengan menara zamzam) terdapat pusat perniagaan yang dinamakan “Al-Baik Mall”. Disana mulai dari barang-barang mewah, mulai dari perhiasan yang ternama sampailah barang barang elektronik buatan cina semuanya ada.
Khusus untuk peminat masakan disana juga terdapat restoran makanan Melayu, seperti restoran Mr Sate, Warung Mok Minah dan restoran Tasneem yang ada di lantai P3. Semua restoran tersebut dilayani oleh pelayan pelayan orang Melayu, sehingga rasa rindu terhadap selera masakan tanahair akan sedikit terubat.
Sewaktu jemaah melalui di depan kedai di sekitar Masjidil Haram atau Nabawi, pelayan kedai yang kebanyakannya orang Arab Yaman dan orang Burma (Myanmar) akan menyapa jemaah “Apa kabar” “Malaysia bagus” “mari lihat-lihat murah-murah…”halal-halal “, begitulah tawaran para pelayan kedai supaya anda mau untuk melihat lihat barang barang di kedainya, dan kalau anda menawar belanja dengan harga yang amat murah, mereka akan berkata “Bakhil..Bakhil..”
Biasanya para pelayan kedai tersebut pandai berbagai macam bahasa serba sedikit sahaja. Mereka senang berurusan dengan jemaah dari Malaysia kerana jemaaah Malaysia dikenali agak mewah dalam berbelanja dan sopan berbanding dengan jemaah dari kawasan lain. Tapi jika jemaah Malaysia yang dikenali mewah dalam berbelanja tidak jadi membeli setelah melihat-lihat barang mereka akan berkata “Malaysia bakhil”. Sabar sabar lah ye.
Kewujudan pasar lambakan di sekitar Masjid Nabawi Kota Madinah al Munawarah Arab Saudi menjadi daya tarikan bagi jemaah haji atau umrah. Bermacam macam produk ditawarkan di sini. Ada baju, jubah, tasbih, siwak (alat gosok gigi dari kayu), seluar, kain, selipar, celak, tasbih, Alquran, dan barang khusus jemaah yang lainnya.
Di bawah ini beberapa tips yang mungkin berguna untuk anda jika sedang berbelanja di Mekah dan Madinah.
- Buatlah perencanaan belanja iaitu daftar barang yang diperlukan. Ini penting agar anda tidak berlebihan dalam belanja dan disesuaikan dengan kewangan yang ada. Jika ada barang-barang yang boleh dibeli di tanahair dan mungkin harganya lebih murah maka jemaah tidak perlu memaksa diri, kini sudah banyak kedai oleh-oleh haji di Malaysia.
- Sebaiknya tukarkan dulu dalam bentuk Saudi Riyal, anda boleh juga menukar di money changer atau tempat penukaran wang di depan Masjid Nabawi atau Masjidil Haram atau di tempat makan hotel – dimana petugas dewan makan menyediakan penukaran wang atau boleh juga dengan mengambil terus di ATM, ATM banyak sekali di sekitar menara zamzam depan masjidil haram atau minta bantuan mutawif anda.
- Jika anda ingin berbelanja sebaiknya anda bertiga atau berempat atau ditemani pasangan anda atau minta bantuan mutawif untuk menemani. Jangan sampai kegiatan berbelanja mengganggu waktu ibadah. Utamakan dulu melakukan ibadah. Ingatlah tujuan utama anda berkunjung ke Tanah Suci iaitu untuk memanfaatkan waktu yang anda miliki untuk giat beribadah demi memperoleh redha dari Allah SWT.
- Jika berbelanja dikaki lima sebaiknya anda membayar dengan wang pecahan puluhan riyal atau lima riyal sebab dikhuatiri ketika ada penguatkuasa pedagang kaki lima, mereka lari kadangkala meninggalkan barang dagangannya.Kalau anda berbelanja dengan wang RM mereka menerimanya dan nantinya diuruskan dengan memperlihatkan anda pengiraan dengan kalkulator.(dalam hal ini mereka jujur).
- Jangan bawa wang pecahan 500 riyal kerana ini mirip dengan wang pecahan 50 riyal. Untuk memperoleh harga yang murah, tentu harus diketahui pusat-pusat perbelanjaan yang ada misalnya di Mekah ada Pasar Ja’fariah, di Jeddah ada Pasar Balad dan Bab Mekah, dan di Madinah ada Pasar Kurma dan pusat perniagaan di tingkat bawah Taiba Arac Hotel. Tapi jika malas pergi jauh, hampir di setiap penginapan jemaah haji banyak terdapat penjual oleh-oleh haji lambak yang harganya juga hampir dengan di pusat-pusat perbelanjaan.
- Tapi di pusat perniagaan, variasinya lebih banyak. “Pilihan lebih banyak,” kata seorang jemaah Malaysia yang telah berbelanja di Pasar Ja’fariah. Mereka akan memberi tahu anda bahawa ini asli atau tidak tapi dalam soal harga mereka tidak segan silu memberikan harga diatas 500%, jika anda ditawarkan barang diatas 100 riyal atau lebih, tawarlah dengan tawaran separuh harga. Jika anda seorang perempuan kebetulan anda dipegang bahu ataupun disentuh oleh pelayan yang kebetulan tidak berpuashati sebaiknya anda bersuara keras katakan “haram..haram..haram” lalu cepat-cepatlah pergi.
- Kalau tawaran anda tidak diterima biasanya mereka akan mengatakan “mafi faedah”(tidak ada untung). Kalau perlu berpura-puralah tinggalkan, kalau dia tidak memanggil anda kembali maknanya betul dia tidak ada untung. Berpura-puralah sudah biasa pergi ke Mekah dan Madinah dan gunakan sedikit bahasa arab biasa, dengan cara ini biasanya mereka tidak akan meletakkan harga barang terlalu tinggi.
- Sebelum membeli hendaklah melakukan survey di beberapa kedai untuk membandingkan harga, biasanya untuk barang-barang yang biasa dibeli, harga tidak terlalu berbeza jauh.
Setelah ada barang yang diinginkan tiada salahnya menawar harga, apalagi jika ingin membeli barang dalam jumlah yang banyak kerana biasanya diberikan harga khas.
Untuk menawar barang tidak perlu khuatir kerana Sebagian besar penjual atau penjaga kedai di Tanah Suci mengerti bahasa Melayu, bahkan ramai juga penjaganya adalah warga Indonesia. - Namun, jikalau terlalu “kejam” menawar harga jangan heran jika peniaga mengatakan “Bakhil..bakhil…”.
- Banyak juga ditemui barang-barang palsu atau kurang berkualiti. Sebagai contoh, salah satu barang yang sering dicari adalah tasbih dari kayu koka (konon tongkat kayu Nabi Musa dibuat dari kayu ini). “Kayu koka adanya di Mesir. Jika ada yang menawar dengan harga murah maka keasliannya diragukan,” kata mutawif kami yang juga menawarkan tasbih dari kayu Koka.
- Produk elektronik pun banyak ditemui seperti handphone. Sebuah handphone Samsung S4 dan S5 ada yang ditawarkan dengan harga 400 riyal saja, namun kemudian boleh turun sehingga 250 riyal, yang sangat tidak munasabah jika dibandingkan dengan yang asli. Bagi lelaki yang ingin membeli ubat kelelakian “hajar jahanam” juga perlu berhati-hati kerana banyak yang palsu.
- Jika anda pergi berbelanja atau ke masjid jangan berpakaian ketat atau menggunakan make up kerana itu sangat menarik perhatian pak Arab yang pada umumnya mereka hanya biasa melihat wanita yang serba tertutup.
- Jika anda seorang perempuan jangan terlalu dalam masuk ke dalam kedai, ingatan ini untuk menghindari hal-hal yang tidak diinginkan berlaku.
- Ambil berat juga had maksimum barang, jangan membeli barang berlebihan hingga melebihi had maksimum yang boleh dibawa dalam penerbangan. Seorang penumpang hanya boleh membawa bagasi kargo seberat 30 kg dan hanya satu tas kecil yang boleh dibawa ke dalam kapalterbang. Jika berlebihan, bayaran tambahan yang tidak sedikit akan dikenakan atau terpaksa ditinggalkan.
- Jika kelebihan berat maka barang boleh dikirimkan melalui perkhidmatan pengiriman barang yang banyak beroperasi dan melakukan perkhidmatan menjemput atau mengambil barang di tempat penginapan.
- Perlu diambil kira ialah waktu sampai di tanahair agar barang tidak terlalu lama sampai setelah jemaah sampai. Biasanya tempoh pengiriman barang dengan pesawat adalah dua minggu.
- Jika kesuntukan masa, barang yang dikirimkan dengan khidmat pengiriman adalah pakaian atau barang lainnya yang sudah tidak digunakan. Tinggalkan sedikit pakaian untuk sehari-hari atau pakaian yang sudah kita niatkan untuk ditinggalkan. Selanjutnya buah tangan yang dibawa bersama jemaah dengan pesawat.
Demikianlah tips untuk berbelanja di Mekah dan di Madinah semoga bermanfaat bagi anda yang berniat datang ke tanah suci untuk berhaji ataupun untuk berumrah.
Sumber: fitrahalhajj.my
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI