Buru Fajar & Awan Karpet Di Gunung Kerunai / Kenderong

Share

TENGOK SAMPAI BAWAH, ADA VIDEO & GAMBAR CUN!

Kerap saya lihat gambar cantik di puncak Kerunai dan Kenderong; terutamanya video serta gambar matahari terbit dan awan tebal hanya di bawah kaki (awan karpet). Awan di sini tebal dan gebu, mungkin kerana kedudukan kedua-dua gunung ini dilitupi hutan tebal dan berhampiran hutan Royal Belum. Saya berharap hutan ini tidak akan diteroka oleh pembalak atau dijadikan chalet atau resort berhampiran!


Yang rendah ialah si adik Kerunai, yang tinggi si abang Kenderong. Foto: http://renbowlala.blogspot.my

Gunung Kenderong dan Gunung Kerunai merupakan gunung yang tidak terletak atas mana-mana banjaran. Ia tersergam di kawasan Grik dan boleh di lihat jelas dari pekan Grik jika cuaca cerah dan tidak berkabus. Kedua-dua gunung ini hanya bersebelahan, juga dikenali sebagai K2 Perak atau Kembar Dua. Gunung Kenderong berketinggian 1223M dan Gunung Kerunai berketinggian 1000M dari aras laut.

Gunung Kenderong dikatakan lebih sukar didaki berbanding Kerunai. Untuk ke puncak Kenderong perlu mendaki curam sehingga 60-80 darjah. Ramai pendaki mengatakan ini cabaran terhebat sebelum dapat ke puncak dan menikmati indah ciptaan Allah.

Kedua-dua gunung dilitupi hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Selamat memburu sunrise/sunset dan awan karpet dan bersama jaga hutan kita.

 

MATAHARI TERBIT & AWAN KARPET DI GUNUNG KENDERONG

Gunung Kenderong terletak di Kampung Pahat mempunyai ketinggian setinggi 1,223 meter (4,012 kaki). Gunung ini pernah terbakar sebanyak dua kali diyakini kerana api perkhemahan yang tidak dipadam sepenuhnya. Harap kita sama beringat tentang ini demi memelihara alam kita. 


MATAHARI TERBIT & AWAN KARPET DI GUNUNG KERUNAI

Gunung Kerunai yang terletak di Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,000 meter (3,280kaki).

 

Alam waktu malam dari puncak Kenderong FOTO Team Hiking Mengkuang.
Subhanallah cantik awan gebu tebal. FOTO: Helmi and the geng
Tak pernah tak cantik FOTO: Kenderong Pahat
Foto: Kenderong Pahat
Foto: Kenderong Pahat
Foto: Kenderong Pahat
Berasa kerdil melihat alam ciptaan kebesaran Allah
Tinggi lagi tu FOTO: kenderong pahat
Mendaki bersama kabus Kenderong. FOTO: Group Kelate Hiking Crew (KHC)
Tinggalan kebakaran di Kenderong. FOTO: Group Kelate Hiking Crew (KHC)
Macam luar negara FOTO: Zarul Haniff
Subhanallah.... cantik macam nak terjun dalam awan
Mendaki Kenderong
Puncak Kenderong
Kenderong dan Kerunai dari puncak gunung lain

 

IKLAN