Ramai yang teruja singgah cafe unik di Bukit Tau Perlis disebabkan keunikannya yang bertempat di dalam gua.
Apa yang best, anda boleh rileks dalam gua batu kapur sambil minum ‘latte’ dengan suasana yang dingin dan berangin.
Cafe Unik Di Bukit Tau Perlis
Kalau nak senang ke sini, anda boleh google map ke Kopi Kahfi atau Bukit Tau Adventure.
Bagi kaki travel yang gemarkan kelainan, Bukit Tau, Padang Lati Padang Besar di Perlis adalah pilihan terbaik untuk menghabiskan baki cuti pada hujung tahun.
Ads
Di situ, nikmatilah secawan kopi enak setanding jenama mewah antarabangsa pada harga serendah RM5 sambil meneroka keunikan gua batu kapur.
Anda juga berpeluang melakukan pelbagai sukan ekstrem bersama anak-anak.
Ads
Jangan lupa mengabadikan kenangan di Bukit Tau dengan latar belakang pemandangan sawah padi berwarna kuning keemasan.
Ads
Jangan risau, kopi yang disediakan bersama roti bakar di situ rasanya ‘sangat premium’ kerana mereka menggunakan mesin barista.
Vibes berada di situ yang sangat mahal dan sukar diperoleh di mana-mana tempat. Di situ juga ada aktiviti permotoran ATV yang menarik.
Owh ya, tempat nak solat pun ada! Jadi anda boleh mengambil wuduk dan ada ruang sembahyang yang bersih serta selesa.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Untuk perancangan cuti hujung tahun nanti, mungkin kebanyakan daripada kita sudah pun merancang tarikh percutian untuk sepanjang tahun ini lebih awal selalunya 6 bulan sebelum. Ada yang sudah menempah tiket percutian atau sekadar mencari-cari lokasi terbaru untuk diterokai bersama keluarga, sahabat handai mahupun insan tersayang.
Jika masih tertanya-tanya apakah lokasi terbaik untuk dikunjungi ke luar negara pada hujung tahun ini, Libur cadangkan destinasi percutian sepanjang hayat terbaik buat anda untuk dikunjungi sekurang-kurangnya sekali seumur hidup sebelum menutup mata.
Bagi yang suka kepada alam sekitar, apa kata anda cuba kelainan percutian pada kali ini dengan berkunjung ke Tasik Myvatn, Iceland. Aurora merupakan fenomena alam yang terjadi di ruang atmosfera bumi di bahagian Kutub Utara. Ia terhasil daripada interaksi di antara medan magnetik bumi dengan partikel-partikel daripada pancaran matahari.
Cahaya yang biasa terhasil adalah bewarna hijau, merah, biru dan ungu. Jadikan kenangan melihat fenomena aurora sebagai yang terindah dalam hidup anda.
Berkunjunglah ke Maldives yang terletak di Lautan Hindi, sekurang-kurangnya sekali seumur hidup anda dan ianya pasti meninggalkan kenangan yang sukar dilupakan. Maldives bukan hanya sebuah pulau tetapi terdiri daripada gugusan 1,192 kepulauan yang terbentuk hasil pergerakan muka bumi dan letusan gunung berapi sejak berjuta tahun lalu. Pulau-pulaunya mendatar, sama ada ditumbuhi pepohon pantai atau pulau pasir sahaja.
Terletak 700 kilometer di barat daya Sri Lanka dan 400 kilometer India, Maldives adalah republik berteras agama Islam sebagai agama rasmi. Ini bermakna mencari makanan halal tidak sukar. Dari lapangan terbang, semua penumpang dihubungkan dengan pengangkutan seperti feri, bot, kapal terbang kecil yang mendarat di atas air untuk membawa tetamu ke pulau dan resort pilihan. Di sebelah pulau ini ada pulau lain iaitu perkampungan nelayan, biarpun dekat, mereka tidak dibenarkan masuk ke pulau ini. Antara aktiviti yang boleh dilakukan adalah snorkling tengah lautan, berenang di pantai, berkelah ke sebuah pulau lain atau memancing ikan.
Turki merupakan sebuah negara yang terletak di dua benua. Sebahagian besar negara yang didiami 80 juta penduduk iaitu 97 peratus keluasannya terletak di benua Asia, selebihnya terletak di benua Eropah. Aktiviti mesti cuba ketika di Turki adalah menaiki belon panas. Seawal jam 6 pagi, anda dicadangkan ke tempat dikhaskan untuk aktiviti menerbangkan belon panas yang sangat popular di Cappadocia. Belon panas ini akan berlepas tepat jam 7 pagi. Mengikut pengusahanya, masa antara pukul 7 hingga 8 pagi paling sesuai untuk menerbangkan belon panas kerana angin tenang. Jika tiupan angin melebihi 17 kilometer sejam, belon panas tidak dibenarkan terbang oleh pihak berkuasa.
Belon panas yang digunakan datang dalam pelbagai saiz dan boleh menampung 8 hingga 28 penumpang dalam gondola atau bakul mengikut saiz tertentu. Pengalaman menaiki belon panas dan berdiri dalam gondola setinggi paras dada pasti amat mengujakan. Belon panas ini akan berlegar di langit Cappadocia sehingga paras maksimum 610 meter, kemudian turun di beberapa tempat hingga paras terendah 10 meter dari bumi bagi melihat bentuk muka bumi Cappadocia. Satu saranan untuk anda, cari pengendali belon panas yang berlesan untuk mengelakkan berlakunya beberapa perkara yang tidak diingini.
Jika gemar aktiviti sukan berbasikal, apa kata cuba lakukan kayuhan berbasikal, sekurang-kurangnya untuk sekali seumur hidup ke luar negara seperti di New Zealand pada tahun ini. Laluan sepanjang 2500 kilometer Nga Haerenga Cycle Trail di New Zealand baru siap untuk digunakan pada akhir Januari lalu yang mempamerkan landskap, budaya dan warisan terbaik negara tersebut.
Rangkaian laluan itu terdiri daripada 23 laluan mencabar untuk mereka yang lasak serta gemar aktiviti berbasikal. Dalam pada itu, kerajaan New Zealand turut menyalurkan dana untuk menyiapkan binaan tersebut yang turut dilengkapi dengan kereta kabel bagi memudahkan pengunjung bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi berlainan.
Keindahan kota tinggalan sejarah dan binaan agung menjadikan Mesir antara destinasi yang mesti dikunjungi pelancong. Kehebatan kota ini berjaya menarik berjuta pelancong setiap tahun. Selain itu, Mesir kerap menjadi pilihan pelancong ke sini kerana negara ini sangat kaya dengan tinggalan tamadun silam berharga dan artifak unik. Lebih menarik, negara berkenaan menyajikan lebih daripada apa yang dijangka.
Anda berpeluang menyelongkar khazanah misteri Mesir purba dengan mengunjungi piramid di Giza, Colossi of Memnon, Kuil Karnak, Kuil Kom Ombo, KUil Edfu dan Lembah Raja-Raja. Selain itu, jangan lupa untuk melawat beberapa tarikan menarik lain di sini termasuk ke Kubu Pertahanan Saladin, Istana Gawhara, Masjid Mohamed Ali Pasha, Saidina Hussein dan Imam Shafie.
Pada yang sukakan aktiviti pantai, boleh singgah ke pantai Playas de Nosara, Semenanjung Nicoya yang terletak di Costa Rica. Pantai ini sangat terkenal lebih-lebih lagi selepas pantai itu menerima anugerah Blue Flag. Ia merupakan sebuah anugerah khas pensijilan antarabangsa yang telah diberikan kepada pantai itu kerana menawarkan perkhidmatan pelancongan kualiti tinggi dan pengalaman mesra alam.
Pantai Playas de Nosara ini amat bersih dan kini merupakan salah satu daripada pantai terbaik di Amerika Latin.
Semestinya kunjungan ke India tidak akan lengkap tanpa kunjungan ke ikon pelancongan India iaitu Taj Mahal. Tiada ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan kecuali mereka yang pernah merasai sendiri pengalaman berdiri di depan binaan paling ajaib di dunia itu. Selain mahligai hadiah Shah Jehan kepada isterinya iaitu Mumtaz, pelancong ke India juga boleh melawat kehebatan Kota Pertahanan yang terletak di Agra di samping memerhatikan keunikan budaya masyarakatnya
Memamng tidak lengkap percutian ke China jika tidak menjejakkan kaki ke Tembok Besar. Binaan yang telah diisytihar sebagai salah satu daripada tujuh keajaiban dunia merupakan tarikan utama pelancong ke negara itu sejak dulu lagi. Tembok ini mengunjur dari Shanhaiguan di bahagian timur hingga ke Lop Nur di barat. Kajian arkeologi telah mencatatkan bahawa panjang Tembok Besar China bersama cabang-cabangnya adalah 8,851.8 kilometer.
Keunikannya adalah bahagian dalam temboknya berisi tanah yang bercampur dengan batu-batan. Jika anda seorang kaki berjalan, Tembok Besar China merupakan destinasi yang perlu anda jejak dalam hayat ini. Sebagai tanda sudah sampai di sini, pengunjung yang melawat ke Tembok Besar China boleh mendapatkan sijil pendakian beserta gambar peribadi berlatarkan Tembok Besar itu dengan bayaran beberapa yuan sahaja. Pengunjung boleh mendapatkan sijil serta gambar kenangan sebaik sahaja pendakian selesai.
Apa kata rancang percutian sepanjang hayat ke Australia, pulau negara benua terbesar yang terletak di hemisfera selatan. Australia menjanjikan tempat dan tarikan pelancongan menarik dengan pelbagai keistimewaan yang mungkin tidak dapat dirasai di tempat lain. Selain terkenal sebagai destinasi yang menjanjikan percutian dekat dengan hidupan liar, melancong ke Australia juga bererti merasai keindahan alam sekitar. Bagi yang sukakan aktiviti menyelam skuba atau snorkel boleh melihat keindahan batu karang dan ikan pelbagai warna di The Great Barrier Reef.
The Great Barrier Reef adalah salah satu destinasi yang wajib dikunjungi ketika melancong di Australia. Sepanjang 2300 kilometer dari Cairns ke Bundaberg, The Great Barrier Reff mengandungi 900 pulau menakjubkan dan terumbu karang. Di sini juga anda boleh melihat pemandangan indah pantai di Pulau Lady Elliot dengan terumbu karang yang berwarna warni. Pulau itu dianggap sebagai salah satu destinasi menyelam terbaik di dunia.
Sebut sahaja Itali, terbayang kehebatan bangunan bersejarah peninggalan tamadun Empayar Roman di mana ibu kota Itali, Rom telah berkurun dijadikan pusat peradaban politik dan agama. Begitu juga tempat menarik lain seperti Pisa dengan menara condong, Florence dengan Santa Maria del Fiore, Venice dengan terusannya dan Milan, kota fesyen terkenal dunia. Jangan lupa ambil peluang bersiar di lokasi menarik seperti Venice yang terletak di utara pantai timur Itali.
Anda akan tiba di Venice dengan melalui jambatan Ponte della Liberta yang menghubungkan tanah besar dengan bahagian utara Pulau Venice. Dari situ anda boleh berjalan ke Tronchetto Pier untuk menaiki teksi air (Venezia) ke Bandar Venice untuk tiba di jeti Piazza San Marco. Aktiviti yang mesti dilakukan adalah menaiki gondola menyusuri terusan bandar Venice. Alangkah indah dan romantik berada di atas gondola menyaksikan deretan bangunan lama di kiri kanan. Di antara terusan paling sibuk dan terkenal adalah Grand Canal.
Air Terjun Niagara terletak di kawasan sempadan antarabangsa di antara Amerika Syarikat (AS) dan Kanada. Kawasan air terjun di bahagian AS mempunyai ketinggian 55 meter dan 318 meter lebar. Sementara air terjun di Kanada atau dikenali sebagai Air Terjun Horseshoe pula mempunyai ketinggian 53 meter dan selebar 660 meter. Walaupun bukan air terjun tertinggi atau paling lebar di dunia, ia mampu menghasilkan aliran air untuk janakuasa elektrik.
Perjalanan untuk ke kawasan air terjun itu boleh dimulakan dari mana-mana bahagian iaitu sama ada dari pangkalan di Ontario atau New York. Di Ontario, terdapat tiga buah kapal besar dengan kapasiti 600 orang penumpang disediakan kepada para pengunjung sementara dua buah kapal yang boleh memuatkan 300 orang, setia menanti pengunjung di pangkalan New York.
Sepanjang pengembaraan itu, pengunjung pasti terpesona dengan pemandangan dua buah pulau besar iaitu Grand Island dan Goat Island yang terletak di AS. Lebih menarik lagi, terdapat empat buah jambatan yang merentasi kawasan air terjun tersebut seperti Jambatan Peace, Jambatan Rainbow dan Jambatan Whirpool. Jika melancong ke sini, jangan lepaskan peluang merasai pengalaman menarik ini di Air Terjun Niagara.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Pulau Tenggol yang terletak di Terengganu ni bukan saja cantik di permukaan pulaunya, malah keindahan lautnya juga memukau mata pengunjung yang datang ke sini. Terumbu karang berserta hidupan lautnya yang cantik berjaya menjadikan Pulau Tenggol ini antara lokasi selam skuba bertaraf dunia.
Untuk anda yang nak berkunjung ke Pulau Tenggol, aktiviti utama di sini adalah selam skuba dan snorkeling. Anda boleh menyelam di lebih 25 spot menyelam terbaik di Pulau Tenggol ini, dengan pelbagai hidupan marin yang menarik boleh dijumpai seperti humphead parrotfish, giant stingray, leopard shark, bat fishes, whale sharks dan schooling jacks.
Antara spot menyelam terbaik di Pulau Tenggol adalah Batu Tokong Laut, Teluk Air Tawar, Tokong Talang, Tokong Burung, Tokong Laut, Teluk Rajawali, Tanjung Sarang Lang dan Batu Cacang.
Selain itu, untuk anda yang sukakan aktiviti luar seperti jungle trekking juga boleh mengunjungi Pulau Tenggol kerana, bukit di tengah-tengah pulau ini berketinggian 800 kaki dan lokasi ini sesuai untuk anda menikmati pemandangan keindahan Pulau Tenggol dari kawasan puncak.
Ramai sebenarnya golongan yang boleh berkunjung ke sini, daripada kaki selam skuba, peminat aktiviti rekreasi luar, kaki lepak pantai, geng-geng snorkeling, member-member sekolah atau seuniversiti, couple nak honeymoon, sampailah pak cik atau mak cik yang nak menghabiskan masa pencen bersama-sama ke pulau. Sesiapa saja boleh datang ke sini.
Ada banyak pakej percutian yang ditawarkan ke Pulau Tenggol dan yang paling popular adalah pakej selam skuba dan snorkeling. Anda boleh pilih sama ada mahu pakej selama 2 hari 1 malam, 3 hari 2 malam atau 4 hari 3 malam yang bermula lebih kurang dari RM400+ seorang. Aha, pakej yang ditawarkan all-inn termasuk bot dan makan. Anda hanya perlu bawa badan sahaja tau.
Bagi anda yang nak ke Pulau Tenggol boleh naik bot laju dari Jeti Kuala Dungun atau Jeti Dungun dan masa perjalanan lebih kurang 45 minit untuk sampai ke destinasi.
Jadi bulan 3 ni, anda nak ke pulau mana? Jom la beramai-ramai ke Pulau Tenggol!
p/s: Pulau Tenggol ditutup semasa musim tengkujuh sekitar bulan November hingga Februari setiap tahun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Melancong atau bercuti di dalam Malaysia sememangnya mempunyai banyak kelebihan seperti menambahkan lagi pengetahuan am mengenai negara, quick release stress hal kerja dan belajar, gain pengalaman yang belum pernah dirasai sebelum ni dan banyak lagi perkara-perkara lain.
Ada individu yang suka bercuti di dalam negara berbangin keluar negara. Ianya bergantung kepada minat dan kemampuan sendiri. Tapi tak bermaksud orang yang suka bercuti dalam negara ni tak berkemampuan ya. Mereka lebih minat nak bercuti dalam negara, tak akan kita nak halang kan? Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang suka bercuti dalam negara, ada beberapa kelebihan yang menarik untuk anda tahu apabila bercuti dalam negara sahaja.
Kelebihan pertama, lebih menjimatkan duit atau apa sahaja yang membabitkan duit. Anda tak perlu bersusah payah nak fikir mengenai pertukaran mata wang asing atau tak cukup tunai semasa percutian. Mesin ATM ada di merata-rata tempat dan dengan mudah untuk dijumpai di kebanyakkan lokasi percutian anda. Perbankan atas talian seperti penggunaan kad kredit atau aplikasi perbankan pun boleh digunakan untuk membayar harga hotel atau di untuk shopping.
Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan semua orang di Malaysia boleh faham dan bertutur dalam bahasa ini. Sesetengah masyarakat di Thailand, Vietnam, dan Singapura yang berkunjung ke Malaysia juga mempunyai pengetahuan dalam menggunakan Bahasa Melayu. Bahasa Inggeris pula digunakan sebagai bahasa kedua dan hanya digunakan dalam urusan-urusan tertentu sahaja. Jadi, jika anda bercuti dalam Malaysia, anda tidak akan mempunyai kesulitan daripada berkomunikasi untuk urusan penginapan, jual-beli, jalan-jalan cari makan dan sebagainya.
Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan ini menjadikan negara ini sebagai salah satu contoh negara yang unik di seluruh dunia. Apabila bercuti di Malaysia, anda dapat lihat Melayu, Cina, India dan kaum-kaum lain bergaul antara satu sama lain tanpa mengira warna kulit dan ras keturunan serta etnik. Sebab inilah, percutian dalam negara bukan sahaja mampu dinikmati daripada segi keseronokan sahaja tetapi dapat merapatkan lagi hubungan antara masyarakat majmuk dalam negara kita.
Malaysia mempunyai bermacam-macam tempat menarik yang boleh dikunjungi. Lokasi percutian di sini tak kalah dengan lokasi-lokasi lain yang ada di luar negara antaranya Desa Dairy Farm, Sabah, Pulau Perhentian, Terengganu, Pulau Langkawi, Kedah dan bermacam-macam lagi. Banyak lokasi pantai di Malaysia yang cukup cantik, tempat-tempat bersejarah, destinasi percutian menarik, penginapan yang selesa dan bermacam aneka makanan untuk dinikmati semasa percutian. Aset pelancongan yang ada di negara kita sentiasa menarik minat pelancong luar negara untuk bercuti ke sini.
Program khas yang dianjurkan untuk menarik pelancong bercuti dalam negara kita adalah Tahun Melawat Malaysia. Acara ini cukup memberikan impak yang besar terhadap industri pelancongan dan menjana sumber kepada negara kerana peningkatan pelancong yang tinggi saban tahun. Sektor pelancongan merupakan salah satu penyumbang kepada pendapatan terbesar negara. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merancang percutian anda bagi mendapatkan pengalaman dan keseronokkan di negara yang tercinta ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...