Camping View Gunung Kinabalu. Indahnya..Nak Menangis Rasa!

Share

Kawasan yang pada asalnya merupakan tanah kebun tanaman milik seorang penduduk di Sungai Melangkap, Kota Belud, Sabah musnah sekelip mata akibat bencana banjir yang berpunca daripada gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Ritcher di Gunung Kinabalu pada tahun 2015.

Meskipun sukar untuk dilupakan, perubahan tersebut seperti memberi 1,001 hikmah kepada penduduk yang menganggapnya sebagai pembawa rezeki baharu menerusi produk pelancongan desa. Beberapa tahun kemudian tular di sosial media kawasan pelancongan baru yang mempunyai pemandangan sangat indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

Ini kerana, perubahan bentuk muka bumi yang pada asalnya sebuah kebun beralih kepada tapak peranginan berkongsepkan perkelahan yang menawarkan permandangan indah berlatar belakangkan Gunung Kinabalu.

Polumpong Melangkap View Camp Site

Melihat kepada rezeki baharu itu, seorang penduduk di kawasan berkenaan mengambil peluang membangunkan lokasi percutian keluarga yang dinamakan sebagai Polumpong Melangkap View Camp Site.

Polumpong Melangkap View Camp Site menyediakan pakej tertentu khususnya pengunjung yang memilih untuk menginap dengan menyediakan kira-kira 100 buah khemah, termasuk kemudahan barbeku , dapur arang dan moden. Pakej perkhidmatan sewa khemah serendah RM10 sahaja.

Antara aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah mandi manda di Sungai Melangkap sambil berlatar belakangkan panorama puncak Gunung Kinabalu. Keindahan puncak Gunung Kinabalu dapat dilihat secara jelas antara pukul 7 pagi hingga 10 pagi atau 3 petang hingga 4 petang.

Selain menyajikan suhu serendah 20 darjah Celsius, pengunjung di Polumpong Melangkap View Camp Site juga boleh menghirup udara segar sambil bersiar-siar di kawasan perkampungan sekitar.

Sumber Gambar Internet

IKLAN