Di negara kita terdapat pelbagai aktiviti atau sukan air yang menyeronokkan untuk dilakukan seperti berenang, mandi sungai, water rafting, jet ski, atau luncur air.
Apa jua aktiviti air yang anda lakukan, jangan lupa untuk mematuhi peraturan dan prosedur keselamatan samada anda pandai berenang atau pun tidak. Sentiasa pakai jaket keselamatan. Kegagalan mematuhi peraturan dan prosedur boleh menimbulkan masalah dan bukan sahaja membahayakan keselamatan diri sendiri malah orang lain.
Menurut sumber portal Kementerian Kesihatan Malaysia, jika berada dalam kes kecemasan ketika melakukan aktiviti air pastikan anda:
Ads
Jangan panik. Jika rakan anda menghadapi masalah di dalam air dan anda tidak mahir berenang, dapatkan bantuan.
Jangan cuba menyelamatkan rakan. Utamakan keselamatan diri anda terlebih dahulu. Mangsa lemas mudah panik dan akan berpaut kepada anda sehingga menyukarkan anda berenang.
Jika ingin menyelematkan mangsa yang tenggelam, hulurkan kayu atau lemparkan tali kepada mangsa dan tariknya ke daratan. Selain itu, campakkan objek yang boleh berfungsi sebagai pelampung untuk mangsa berpaut hingga bantuan tiba.
Jika terperangkap dalam arus yang deras, berenang mengikut arus sehingga ke tepi pantai.
Jika tidak boleh atau terlalu letih berenang, apungkan badan sehingga arus kembali tenang.
Ini pula sumber perkongsian daripada saudara Anwar Uitemate Swrsr via Family Camping Malaysia cara menyelamatkan diri sendiri ketika hampir lemas di sungai atau air terjun.
Ads
Ads
Sekadar perkongsian secebis ilmu berkenaan SELF RESCUE WATER SURVIVAL. Amat penting dek kerana kebanyakan situasi survival berlaku di hutan. Andai anda tergelincir ke dalam aliran sungai.
Pun begitu,ianya nampak mudah difahami dengan hanya melihat. Namun,hanya yang telah mempelajari n merasai latihan teori n amalinya sahaja yang benar-benar faham akan risiko, kemahiran, kefahaman, ilmu n nikmat mempelajarinya.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Memang ramai yang nak pergi, dan ramai juga yang tengah tercari-cari info macam mana nak ke sana. Jadi di sini Libur nak kongsikan panduan kepada anda yang nak ke Sky Mirror, Kuala Selangor demi sekeping gambar yang marvellous di Instagram.
1) Hubungi operator bot Sky Mirror, Kuala Selangor (0162234788) untuk tahu tarikh dan waktu lawatan yang sesuai ke Sky Mirror. Ini kerana beting pasir yang menjadi lokasi popular itu hanya boleh dilawati sekali sehari sahaja ketika air laut surut. Jadi dalam perancangan anda nak ke sini, call dahulu operator bot untuk tahu tarikh dan waktu yang sesuai.
2) Anda juga boleh membuat tempahan secara online. Taip sahaja www.skymirrorworld.com dan anda boleh membuat tempahan online di.
? TRIVIA Beting pasir yang menjadi tempat pelancongan popular ini berkeluasan lebih kurang 50 padang bola sepak!
3) Bayaran yang dikenakan kepada setiap pengunjung adalah RM60 untuk kanak-kanak, RM80 untuk orang dewasa dan RM100 untuk pelancong luar negara.
4) Apabila sudah tahu tarikh dan waktu yang sesuai, booking dan bayaran telah di buat, anda perlu datang ke Jeti Pekan Lama Kuala Selangor bersama rombongan anda.
⭐ PRO TIP Bagi mereka yang berada di luar negeri Selangor, anda boleh jimatkan masa perjalanan dengan menggunakan penerbangan daripada Firefly. Dapatkan tiket penerbangan anda segera di www.fireflyz.com.my.
⚠️ PENTING Hadir ke Jeti Pekan Lama Kuala Selangor ikut masa yang telah ditetapkan! Ini kerana, untuk ke beting pasir Sky Mirror ini mengikut arus pasang surut air laut. Sekiranya anda terlewat, anda tidak akan dapat pergi ke sana.
5) Register diri anda dan kumpulan. Selepas pendaftaran, tour guide akan memberikan anda jaket keselamatan dan wajib dipakai sepanjang masa berada di atas bot.
6) Jarak perjalanan dari Jeti Pekan Lama Kuala Selangor ke beting pasir Sky Mirror lebih kurang 45 – 60 minit. Taklimat ringkas berkenaan aktiviti akan diberikan di atas bot.
⭐ PRO TIP Ada masa lawatan akan dilakukan di awal pagi kerana arus pasang surut air laut yang tidak tetap. Bawa sedikit makanan dan minuman untuk anda jamah di atas bot bagi mengelakkan kelaparan.
7) Tiba sahaja di beting pasir Sky Mirror, anda akan nampak puluhan pelancong yang berada di sana. Kenali siapa tour guide anda dan ikut beliau ke mana sahaja yang beliau bawa. Tour guide akan bawa anda ke lokasi sesuai dan setup mini studio bagi menghasilkan gambar sky mirror yang terbaik untuk anda dan kumpulan anda.
8) Akan ada banyak prop yang di bawa. Jadi siap sedia dengan aksi-aksi menarik untuk pengambaran anda di sana sebagai kenangan. Buat apa sahaja aksi, balik nanti baru pilih mana yang terbaik untuk diupload ke Instagram. Anda hanya dapat peluang ini sekali sahaja tau. Jadi jangan lepaskan peluang keemasan ini.
⚠️ PENTING Di sekeliling anda sewaktu berada di beting pasir Sky Mirror ini terdapat ramai lagi pelancong lain. Jadi berhati-hati ketika melalui kawasan ini kerana anda mungkin akan mengganggu sesi pengambaran mereka. Perhatikan laluan yang diberitahu oleh tour guide anda.
9) Anda akan berada di beting pasir Sky Mirror ini lebih kurang satu jam sebelum tour guide akan memanggil anda pulang. Jangan lengahkan waktu balik kerana sekiranya terlambat, bot akan tersangkut di kawasan air cetek dan anda mungkin akan menghabiskan masa berjam-jam sambil ber’huhuhu’ di atas bot.
10) Sampai sahaja di jeti, kembalikan jaket keselamatan anda kepada tour guide dan pergi ke ruangan menunggu. Makanan akan disediakan kepada anda berupa nasi lemak dan air mineral.
? TRIVIA
Sky Mirror ini dilawati hampir 200 pelancong setiap hari dari dalam dan luar negara. Tempat ini juga sangat popular dikalangan pelancong dari Jepun, Korea, Taiwan dan Hong Kong.
11) Berikan nombor telefon anda kepada tour guide kerana gambar-gambar anda akan dihantar menggunakan Google Drive. Dapat sahaja gambar, anda boleh upload gambar anda di Instagram, Facebook dan Twitter untuk men’jealous’kan kawan-kawan anda yang lain. Hahaha.
12) Jangan lupa tag sekali Majalah Libur di Facebook dan Instagram.
Okay, itu sahaja panduan untuk anda yang ingin ke Sky Mirror, Kuala Selangor. Semoga perkongsian ini bermanfaat dan enjoy your trip!
Penghargaan
Libur ingin mengucapkan terima kasih kepada Tourism Selangor, Firefly dan The Saujana Hotel Kuala Lumpur kerana sudi membawa kami rakan-rakan media ke trip yang sempoi ini!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Aktiviti membeli-belah memang menyeronokkan. Apatah lagi apabila kita mempunyai wang yang banyak yang membolehkan kita membeli apa-apa sahaja barangan atau produk yang disukai. Malah ada orang yang menjadikan aktiviti membeli-belah sebagai aktiviti mesti dilakukan jika melancong ke luar negara.
Kadangkala kita rasa semua tempat yang kita tuju sudah menawarkan harga yang murah, tiba-tiba apabila ke lokasi lain atau balik ke negara sendiri harga barang yang dibeli sebenarnya jauh lebih murah. Pasti rasa menyesal tidak sudah!
Pertimbangkan waktu dan kos perjalanan
Mungkin barang yang anda inginkan terdapat di dalam jualan murah di sebuah pasaraya terkenal. Malangnya pasaraya tersebut terletak agak jauh dari tempat tinggal anda hingga anda memerlukan perbelanjaan yang banyak untuk ke sana seperti petrol, tol dan bayaran letak kereta. Jika dalam keadaan begini adakah anda masih bersusah payah untuk mendapatkan barangan tersebut, kerana kemungkinan besar harga barang yang dijual berdekatan rumah anda akan menjadi lebih murah berbanding di lokasi jualan murah tersebut dek faktor kos sampingan yang diperlukan.
Bandingkan harga
Sejumlah pusat membeli belah mungkin akan menyamakan atau bahkan melebihi harga yang ditawarkan oleh pesaing mereka. Sebelum membeli barang yang dikatakan ditawarkan dengan harga yang murah, buat perbandingan terlebih dahulu. Tidak semua barang yang ditawarkan dengan harga diskaun. Berhati-hati ketika membeli belah. Lebih baik jika anda mengambil gambar produk yang mendapat potongan harga kemudian tunjukkan kepada juruwang ketika proses pembayaran. Ini bagi mengelakkan harga promosi dan harga ketika produk dibayar berbeza.
Kalau anda memilih percutian bersama agensi pelancongan, selalunya jadual perjalanan telah ditentukan oleh mereka. Percutian anda memang akan menjadi mudah dari a to z. Tetapi, kebanyakkan kedai-kedai yang di bawa pemandu pelancong bukanlah antara kedai terbaik untuk memberi harga yang murah. Kedai tersebut dipilih kerana mereka akan memberikan komisen yang setimpal kepada pemandu pelancong kerana membawa pelanggan. Oleh itu dapatkan info sebaik mungkin premis berbelanja mana yang menawarkan harga rendah kepada pembeli. Jika ada masa terluang atau free & easy anda boleh terus ke lokasi tersebut sendiri tanpa mengharapkan bantuan pemandu pelancong anda.
Cari maklumat
Cari maklumat dalam beberapa laman web pasaraya tentang perbandingan harga barang yang dijual secara online. Mungkin harga yang ditawarkan untuk sesuatu barangan yang anda inginkan tidak sama di setiap pasaraya. Apabila anda memutuskan untuk membeli secara online, perhatikan perbelanjaan yang terpaksa anda keluarkan atau waktu penghantarannya.
Pertimbangkan tawaran yang diberikan
Misalnya ‘buy one get one free’ atau ‘free gift with purchase’. Apabila anda tidak memerlukan barangan yang dikatakan diberi secara percuma apatah lagi barang percuma itu membuatkan harga barang anda menjadi lebih mahal, sebaiknya batalkan sahaja hasrat anda untuk membeli barang tersebut. Lebih elok anda membeli barang yang lebih anda perlukan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sama ada anda memakai kasut, but ataupun selipar ketika mengembara, semuanya memainkan peranan penting.
Setiap satunya bukan sahaja melindungi kaki, malah turut memberikan keselesaan ketika meneroka tempat-tempat yang dijejaki.
kasut-but-atau-selipar
Namun, antara kasut, but dan selipar, semuanya mempunyai kekurangan tersendiri. Kalau tersalah pilih, aktiviti mengembara pasti terganggu. Jadi, memilih dan menentukan pelindung kaki yang sesuai ketika mengembara amat sekali digalakkan agar fungsi sebenarnya dapat dioptimumkan.
Tidak kira daripada pun sekali buatannya, kasut dilihat lebih praktikal digunakan ketika mengembara. Jika anda jenis yang suka mengembara di bandar, kasut seperti trainer dan loafer adalah pilihan yang tepat.
Ia mudah, cepat, ringan dan selesa ketika dikenakan pada kaki. Namun, kasut tidak praktikal apabila hari hujan ataupun berada di tempat berair seperti sungai, laut atau pun tasik. Kecenderungannya untuk basah adalah tinggi, sekali gus menyebabkan kaki merasa tidak selesa dan mengganggu emosi ketika mengembara.
But lazimnya diperbuat daripada kulit, mempunyai tapak yang tebal dan berat. Ia boleh disifatkan sebagai pelindung kaki terbaik ketika mengembara. Selain mengelak kaki daripada dimasuki air, ia juga melindungi kaki daripada objek-objek tajam seperti paku, kaca ataupun besi.
Namun, tidak ramai yang memilih untuk memakai but kerana ia berat dan memenatkan kaki untuk melangkah lebih jauh. Di samping itu, membawa but juga menyebabkan berat bagasi anda bertambah. Pelindung kaki ini hanya praktikal digunakan ketika anda mengembara ke negara yang mempunyai musim sejuk.
Selipar dilihat sebagai pelindung kaki yang praktikal ketika mengembara. Ia ringan, cepat, mudah dan selesa ketika digunakan. Jika anda seorang yang gemar dengan aktiviti di tengah bandar, pelindung kaki ini adalah jawapannya. Namun, memakai selipar jadi tidak praktikal apabila hari hujan.
Ia boleh menyebabkan anda tergelincir dan merasa tidak selesa. Malah, pelindung kaki ini juga boleh menyebabkan kaki anda merasa sakit jika berjalan terlalu jauh ataupun lama. Walau bagaimanapun, selipar seharusnya ada bersama dengan setiap pengembara kerana ia memudahkan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...