
Setiap tahun apabila tibanya Hari Bapa, ramai yang mula mencari cara istimewa untuk menghargai insan yang selama ini menjadi tempat bergantung dan sumber inspirasi keluarga. Tidak semestinya perlu hadiah mahal, kadangkala masa berkualiti yang diluangkan bersama sudah cukup bermakna.
Bagi yang berada di Pulau Pinang atau merancang percutian singkat ke negeri itu pada hujung minggu Hari Bapa, apa kata raikan hari istimewa tersebut dengan pengalaman santai bersama keluarga.
Selain menikmati pemandangan laut dan suasana tropika yang menenangkan, Pulau Pinang sememangnya terkenal sebagai destinasi syurga makanan yang menawarkan pelbagai pilihan menarik.
Menu seperti Char Koay Teow, Curry Mee, Chicken Rendang, Lamb Curry serta pilihan hidangan panggang menjadi antara tarikan utama untuk dinikmati seisi keluarga.
Lebih menarik, sambutan tersebut turut diserikan dengan aktiviti pertandingan gusti lengan yang dibuka kepada para bapa. Walaupun sekadar aktiviti santai, ia menambah elemen keseronokan dan kemesraan dalam kalangan keluarga yang hadir.
Pada masa sama, kanak-kanak boleh menikmati kemudahan kolam renang resort sementara ibu bapa meluangkan masa bersama dalam suasana yang lebih relaks.
BACA JUGA: Crockfords Kekal Hotel 5-Bintang Forbes, Lakar Sejarah Lapan Tahun Berturut-turut
The Beast & Bone Father’s Day Buffet Lunch ditawarkan pada harga RM108 nett bagi dewasa, manakala warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur antara lima hingga 12 tahun menikmati kadar istimewa RM54 nett seorang. Ahli program MyMillennium Rewards pula layak menerima diskaun sehingga 25 peratus bagi harga buffet dewasa.
Hakikatnya, Hari Bapa bukan tentang hadiah atau kemewahan semata-mata. Ia lebih kepada menghargai setiap pengorbanan, nasihat dan kasih sayang yang dicurahkan selama ini.
Sama ada memilih untuk menjamu selera, bercuti singkat atau sekadar meluangkan masa bersama, perkara paling penting adalah mencipta memori yang akan dikenang untuk tahun-tahun mendatang.