Sejak tahun 1998 , Amcorp Mall menjadi pusat aktiviti menjual dan membeli barangan lama dan juga terpakai. Kini ia terkenal sebagai pasar lambak tertutup yang menjadi tumpuan ramai bagi mereka yang meminati barangan unik dan antik. Inisiatif ini tercetus hasil dari inspirasi pasar antik yang terkenal di dunia, pasar Portobello Road di United Kingdom.
Pada mulanya, pasar tertutup ini dijalankan secara kecil-kecilan iaitu di aras bawah pusat membeli-belah Amcorp Mall. Kini setelah 19 tahun beroperasi, jumlah penjual meningkat lebih 300 orang meliputi empat aras mall ini pada setiap minggu ( Sabtu dan Ahad).Ia secara tidak langsung memberi peluang kepada mereka yang mahu menjana pendapatan di samping menawarkan ruang buat penggemar barangan antik dan item collectible berkongsi minat masing-masing.
Bersempena pameran Collector’s Pick anjuran Amcorp Mall, pasar tertutup ini diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai pasar lambak terbesar di negara ini. Rekod berkenaan diberi kepada Perbadanan Pengurusan Pusat Perdagangan Amcorp dalam majlis ringkas yang disempurnakan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Seri Mirza Mohamad Taiyab.
Ads
Sijil pengiktirafan itu diserahkan Timbalan Pengurus Besar MBR, Mohamad Alex Edward kepada Pengerusi Perbadanan Pengurusan Pusat Perdagangan Amcorp, Mohamed Tawfeek Hassan pada majlis perasmian pameran ‘Collector’s Pick’ dan pelancaran buku ‘Flea Market Galore’ tulisan Azhari Mahmood.
Ads
Mirza dalam sidang media berkata, Amcorp Mall berjaya memastikan kelangsungan pasar lambak sejak 1998 yang menjadi tumpuan pelancong asing di negara ini. Usaha ini akan kekal berterusan dan dengan tercetusnya buku ‘Flea Market Galore’ ini diharapkan masyarakat setempat dan pelancong asing menjadikan pasar lambak di sekitar Malaysia sebagai destinasi wajib dikunjungi bagi mencari barangan unik mahupun barangan antik.
Ads
GALERI
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
2017 merupakan tahun yang sibuk buat Genting Highlands. Genting Highlands Premium Outlets dibuka kepada orang ramai bermula 15hb Jun, 2017 dan Taman Tema 20th Century Fox Genting Highlands dijangka dibuka pada hujung tahun ini.
Ini menjadikan Genting Highlands Premium Outlets sebagai Premium Outlet Center kedua di Malaysia selepas Johor Premium Outlets. GHPO adalah Premium Outlet Center atas bukit yang pertama di Asia Tenggara. Jadi dapatlah rasa macam bershopping di negara dingin.
Foto:Businesssimon.com
GHPO menyediakan lebih 150 stor berjenama ; Adidas, Aigner, Coach, Furla, Hugo Boss, Kate Spade New York, Michael Kors, Moschino, Polo Ralph Lauren, Superdry, Tumi dan banyak lagi yang menawarkan penjimatan hebat sehingga 65% setiap hari kepada pengunjung.
Dari 15hb – 18hb Jun, Baskin-Robbins dan Starbucks Coffee masing-masing akan menawarkan aiskrim dan kopi ice-blended percuma kepada 250 pelanggan pertama. Untuk 100 pelanggan pertama yang membelanjakan RM200 atau lebih di pusat beli-belah ini, tiket percuma untuk naik Awana Skyway akan diberi dari 15hb Jun – 24hb Jun.
Zoo Johor yang merupakan antara zoo tertua di Malaysia berusia 37 tahun telah ditutup sementara.
Zoo Johor yang dibuka pada 1982 kini menempatkan lebih 100 spesies haiwan termasuk beberapa spesies haiwan terancam.
Notis Pemakluman Penutupan Sementara Zoo Johor ada diberitahu di laman facebook rasminya: Zoo Johor
Dimaklumkan Zoo Johor akan ditutup dalam tempoh 11 hari bermula 02 Mac 2020 sehingga 12 Mac 2020 bagi memberi laluan kerja-kerja mengorek, merentang dan pemasangan kabel elektrik di dalam kawasan zoo dapat dilaksanakan dengan lancar disamping mengambil kira aspek keselamatan pengunjung. Zoo Johor akan dibuka seperti biasa pada 13 Mac 2020 setelah kerja-kerja di kawasan awam selesai. Pihak pengurusan memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Harap maklum. Terima kasih.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Untuk pemilik haiwan comel seperti kucing, sila ambil perhatian ya!
Kucing didapati boleh menjangkiti kucing lain dengan COVID-19 walaupun mungkin tidak menunjukkan sebarang simptom.
Kajian terbaharu itu diterbitkan dalam New England Journal of Medicine itu dijalankan oleh Yoshihiro Kawaoka, pakar virus terkemuka dari Universiti Tokyo serta saintis lain dari Universiti Wisconsin. Mereka, bagaimanapun, mendapati masih tiada bukti kukuh yang menunjukkan kucing boleh menyumbang kepada penularan COVID-19, lapor AP.
Dalam kajian itu, pengkaji menjangkiti tiga kucing dengan virus tersebut. Selepas ketiga-tiga kucing itu bergaul dengan kucing lain yang sihat selama beberapa hari, kucing lain dikesan turut dijangkiti virus berkenaan. Namun, tiada seekor kucing yang terlibat menunjukkan simptom lazim seperti perbezaan suhu badan atau kehilangan berat badan.
“Melihat kepada keperluan untuk menghentikan pandemik koronavirus ini melalui pelbagai mekanisme, pemahaman lebih mendalam tentang bagaimana kucing boleh menyebarkan SARS-CoV-2 kepada manusia adalah perlu,” kata kumpulan pengkaji itu kepada New England Journal of Medicine.
Dalam pada itu, belum ada bukti yang menunjukkan COVID-19 boleh dijangkiti dari haiwan ke manusia. Sebelum ini, dua kucing pertama di New York yang disahkan positif wabak itu menunjukkan sedikit simptom respiratori, namun dijangka akan pulih sepenuhnya. Selain itu, tiga singa dan harimau di Zoo Bronx, New York turut didapati positif virus berkenaan.
Pusat Kawalan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) menyarankan agar pemilik memastikan haiwan peliharaan mereka kekal di dalam rumah serta mengamalkan penjarakan sosial sekiranya perlu dibawa keluar.
Kala liburan, makanan adalah salah satu cara untuk mengenali dengan lebih dekat sesebuah budaya. Setiap satu menu yang dicuba menjadi manifestasi rasa lantas mengisi...