Satu per satu aktiviti kebiasaan masyarakat di Malaysia kembali dilonggarkan, setelah beberapa bulan dilarang untuk dilakukan disebabkan pandemik COVID-19.
Untuk orang awam yang berada di Terengganu, kerajaan negeri sudah membenarkan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu secara berjemaah di semua masjid di Terengganu bermula 12 Jun 2020.
Kebenaran itu diberikan setelah mendapat perkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bagi membolehkan aktiviti-aktiviti keagamaan, terutama solat Jumaat dan solat jemaah kembali dilaksanakan di masjid. Kebenaran ini juga susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan berdasarkan pandangan daripada Pengarah Kesihatan Negeri, Ketua Polis Negeri Terengganu dan Majlis Keselamatan Negeri Terengganu
Bilangan jemaah yang dibenarkan hadir adalah mengikut ruang keluasan masjid dengan mengambil kira pematuhan pada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang menetapkan penjarakan satu meter antara ahli jemaah tidak termasuk pegawai dan kakitangan masjid atau yang diberi kebenaran khas oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Terengganu.
Individu yang mempunyai gejala seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas dan sakit tekak tidak dibenar hadir termasuk yang menghidap penyakit kronik.
Kanak-kanak berumur 15 tahun ke bawah dan warganegara asing dilarang hadir untuk solat Jumaat dan solat fardu lima waktu sepanjang tempoh PKPP dilaksanakan sehingga 31 Ogos.
Jemaah perlu mematuhi SOP iaitu mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka, tidak bersentuhan dan bersalaman, tidak dibenarkan berkumpul selepas solat di dalam atau luar masjid, berwuduk terlebih dahulu di rumah dan membawa sejadah sendiri.
Khutbah Jumaat pula hendaklah ditumpukan pada rukun sahaja dengan tidak melebihi tujuh minit manakala solat sunat tidak dibenarkan di dalam masjid kecuali solat sunat Tahiyatul Masjid.
Mana-mana masjid atau surau yang tidak mampu untuk memenuhi kesemua SOP dan syarat yang ditetapkan tidak dibenarkan untuk melaksanakan ibadat solat berkenaan.
Kerajaan Thailand kini dalam perancangan untuk mewajibkan semua pelancong asing termasuk dari Malaysia untuk memiliki insurans perjalanan pada kadar harga RM2.70 (20 Baht) seorang.
Laporan agensi berita VNA menjelaskan tindakan itu adalah untuk meningkatkan keyakinan pelancong asing datang ke negara gajah putih itu susulan insiden kemalangan membabitkan pelancong asing seperti kemalangan bot yang membabitkan kehilangan jiwa 47 pelancong dari China tahun lepas.
Insurans yang bakal diperkenalkan oleh kerajaan Thailand itu akan menawarkan perlindungan premium sebanyak 1 juta Baht jika membabitkan kemalangan jiwa dan pelancong asing yang datang dikehendaki membayar insurans tersebut di kaunter Imigresen lapangan terbang.
Tuntutan insurans akan dikawalselia oleh Dana Promosi Pelancongan Thailand dan status terkini skim insurans terhadap pelancong asing itu perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Pelancongan dan Sukan Thailand sebelum diusulkan di mesyuarat Kabinet tidak lama lagi.
Disember tahun lepas, seramai 47 pelancong dari China terkorban dalan insiden feri tenggelam di Phuket, berpunca daripada kegagalan operator feri mematuhi garis panduan keselamatan untuk membawa penumpang. Implikasi kejadian tersebut menyebabkan industri pelancongan Thailand terjejas akibat penurunan kepercayaan pelancong asing untuk melancong di negara tersebut.
Kalau anda nak bercuti ke Thailand lepas ini, pastikan anda memiliki insurans ya!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nasihat Perjalanan dikeluarkan Amerika Syarikat tidak menjejaskan kehadiran pelancong ke Sabah, khususnya di kawasan pantai timur.
Menurut Pengerusi Tourism Malaysia, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau pihaknya akan terus berusaha untuk meminta Kedutaan AS untuk mengeluarkan Malaysia daripada Nasihat Perjalanan yang dikeluarkan pada 9 April yang menyenaraikan negara ini ditanda ‘K’ iaitu mempunyai risiko penculikan dan dijadikan tebusan.
“Ia sebenarnya tidak menjejaskan ketibaan pelancong ke Sabah. Kita harap sangat untuk keluarkan Malaysia dari dalam senarai dan kita sentiasa berusaha meminta Kedutaan AS menarik balik Nasihat Perjalanan tersebut. Seperti yang kita tahu, Sabah dan Kerajaan Persekutuan sentiasa memastikan keselamatan di Pantai Timur Sabah diperketatkan,” katanya ketika merasmikan sesi Keterlibatan dan Jaringan Tourism Malaysia bersama pengiat industri pelancongan Sabah.
Beliau berkata pada masa ini kehadiran pelancong ke Sabah menunjukkan peningkatan, dan masih ramai yang ingin datang berkunjung ke negeri itu khususnya di pantai timur negeri itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Datuk Ahmad Shah Hussein Tambakau berkata, Tourism Malaysia turut mengadakan Program Jelajah bersama media dan selebriti terkenal seperti Alif Satar bagi menerokai dan mempromosi beberapa tempat menarik di pantai timur Sabah seperti Menara Kayangan Lahad Datu, Regatta Lepa-Lepa Semporna, Tawau, Pulau Bum-Bum dan Pulau Bohey Dulang. Inisiatif ini merupakan salah satu usaha Tourism Malaysia bagi memperkukuhkan industri pelancongan domestik dan menggalakkan lagi kempen Visit Malaysia 2020.
Tourism Malaysia mensasarkan sekurang-kurangnya kehadiran 4.5 juta pelancong ke Sabah sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).
Para penggiat industri pelancongan Sabah turut digalakkan untuk memberi kerjasama dengan Tourism Malaysia dalam menghasilkan pakej pelancongan menarik, dan kreatif bagi merancakkan lagi sambutan Visit Malaysia 2020. Majlis itu yang diadakan antara lain bertujuan membincangkan hala tuju dan kaedah promosi efektif bagi menjana kedatangan pelancong ke Sabah dihadiri 300 pengiat pelancongan Sabah.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...