Macam mana dengan musim cuti sekolah kali ini? Ada yang nak menuju ke Dabong tak? Haaa… kalau anda salah sesorang yang suka ber jalan jauh dengan anak-anak, boleh cuba bagi pemgalaman naik jungle train.
Apa yang menariknya, Dabong ini boleh dikunjungi menggunakan perkhidmatan Ekspress Rakyat Timuran atau ‘Jungle Train’.
Menarik bukan? Pengalaman menaiki tren ini pasti akan meninggalkan kenangan yang indah di samping mak ayah dan anak boleh berekplorasi bersama. Jom kita tengok perkongsian percutian di bawah untuk dijadikan panduan!
Naik Ekspress Rakyat Timuran Dari Kajang Ke Timur
Kali ini saya nak kongsikan trip kami 5 sekeluarga menaiki “Jungle Train” aka Ekspress Rakyat Timuran koc berkatil ke Dabong musim cuti sekolah lepas. Izinkan saya kongsi beberapa tips dan tricks tentang jungle train ni dan juga info tempat-tempat menarik di Dabong.
Laluan kami adalah dari stesen Kajang 1 menaiki ETS ke Gemas. Dari Gemas, naik Jungle Train menuju ke Dabong. Tips and tricks beli tiket:
1. Pembelian online: KTMB banyak beri diskaun berbentuk kod promo.
2. Pembelian online: Kalau ada warga emas, beli tiket di bawah penama warga emas tersebut. Sebab kalau beli atas nama penama dewasa, kategori warga emas takkan muncul dalam pilihan check box, kena bayar harga dewasa. Rugi.
3. Kalau beli di kaunter, minta bantuan staff KTMB. Bagitau lah minta letakkan kod promo. Juga beli di bawah penama warga emas jika ada warga emas. Staff KTMB pasti lebih arif. Kami tempoh hari, kalau tak pakai kod promo, Kajang-Gemas saja pun dah RM250. Tapi sebab masukkan kod promo (CUTIKERETAPI2) & (MKTMB22) – total tiket kami jadi RM148 pergi balik. Jauh kan bezanya. Jimat banyak.
Ads
4. Sama juga pembelian tiket Gemas-Dabong. Harga asal dapat sekitar RM400. Tapi sebab masukkan kod promo yang KTMB bagi, total pergi balik dapat RM268 koc berkatil.
5. Koc berkatil : Koc T6-T8. Tips saya, belilah katil tengah-tengah di Koc 8. Satu sebabnya, penumpang lain tak lalu-lalang ke cafe di Koc 5. DAN, koc 8 paling dekat dengan kepala keretapi. Nak bergambar di stesen Gua Musang, Koc 8 paling depan sekali. Cuba elakkan ambik katil depan sekali jugak sebab besi ‘connecting’ koc tu bising gedegung gedegang.
6. Untuk pilihan katil, nombor genap ialah katil bawah. Nombor ganjil ialah katil atas.
7. Untuk pemandangan bukit di Gua Musang, pilih katil sebelah kanan bermula dengan nombor 3,4,7,8,11,12,15,16 dan seterusnya sehingga 39,40.
8. Bawa sarung extra untuk balut tilam dan bantal. Sebab tak tahu berapa ramai yang dah baring kat tempat kita tu kan.
Ads
9. Bawa extra makanan. Jangkakan servis penyediaan makanan sedikit lewat kalau penumpang ramai.
1 malam kami di – Resthouse MDD – 1 unit berkonsepkan rumah. 2 bilik tidur beraircond, 2 katil queen, ruang tamu bersofa dan berkarpet, dapur basic, bilik mandi – RM150/malam.
2 malam seterusnya di – Rose House Dabong – 1 bilik. 1 katil queen, 1 katil single, 1 toto – RM80/malam + RM50 extend sehingga malam sementara tunggu train balik Gemas 11.32 malam.
Kedua-dua penginapan ini tidak disediakan TV, peti ais atau tempat masak tapi sangat berdekatan dengan stesen keretapi. Kami memang pilih lokasi di pekan sebab takda transport. Kot-kot apa jadi, kami masih boleh jalan kaki ke stesen.
Tak menyesal trip kali ni. Sungguh pun tidur tak lena dalam train, line telefon SOS, objektif utama telah tercapai – makan, nature dan merasa naik jungle train Malaysia.
Terjebak minat dengan budaya Turki bila asyik layan drama episod bertajuk The Magnificent Century.
Drama yang berlatar belakangkan sejarah Turki, Kerajaan Uthmaniyah dan kisah Sultan Sulaiman ini betul-betul buat hati jatuh cinta.
Bila kawan-kawan plan trip ke Turki ni, memang tak boleh nak tolak. Orang kata, pucuk dicita, ulam mendatang! Excited tu jangan cakaplah, segala tip, gambar rujukan port nak OOTD semua dah save dalam telefon.
Kalau selama ni selalu travel dengan trip main redah sendiri je, kali ni kami sepakat nak cari kelainan dengan beli pakej melalui travel agensi. Setelah dekat 8 buah agensi kami risik, kami jumpa the best travel agent yang offer pakej berbaloi dan ada semua tempat yang ‘dihajatkan’.
Masa deal ni mudah je, bayar deposit RM1000 tanda kita lock, bulan berikutnya bayar je lebihan harga pakej tu. Berbaloi dan cepat je urusannya. Paling best, satu bilik dapat duduk dua orang.
Dua minggu sebelum ke sana, kami dah di add dalam satu group. Dalam tu, Pn Emmy (Wakil dari Aurasy Travel & Tours) bagi semua details start dari barang yang nak bawa, tip dan do& dont’s yang kena tahu sebelum ke Turki. Insurans, simcard, wifi, cuaca di sana semua kami dah dapat info lengkap dari Pn.Emmy.
Walaupun tengah musim bunga, tapi kami masih diingatkan untuk membawa winter coat atau trench coat sebab di sana agak sejuk disebabkan kerap hujan.
Hari Pertama
Kuala Lumpur – Doha – Istanbul
Berkumpul di KLIA, kami naik Malaysia Airlines transit ke Doha. Kemudiannya dari Doha terus ke Istanbul naik Qatar Airways.
Hari Kedua
Istanbul – Bursa
Sampai di Airport Istanbul, kami dibawa menaiki bas terus ke Bursa. Perjalanan lebih kurang 2 jam setengah. Singgah lunch dulu di restoran sekitar highway. (Restoran ala-ala R&R kalau di Malaysia ni). Waktu di Turki ni lambat 5 jam dari Malaysia tau.
Lepas makan, kami di bawa ke Grand Mosque Ulu Camii, Bursa. Disebabkan kami dah selesai solat jamak di hentian lebuhraya tadi, maka kami gunakan masa yang ada sepenuhnya dengan bergambar.
Sempat juga singgah di Kapali Carsi Bursa yang terletak bersebelahan dengan ruang masjid. Biasalah kan, tempat shopping. Masing-masing tak lepas peluang untuk membeli cenderahati dan koleksi kenang-kenangan.
Seterusnya terus ke lokasi penginapan untuk malam pertama di Turkey. Kami menginap di Formback Otel, Bursa. Walaupun dari luar nampak macam hotel 3 bintang, tapi biliknya selesa sungguh! Siap dengan ruang tamu dan bilik yang besar.
Hari Ketiga
Bursa – Pamukkale
Pagi ni, selesai breakfast kami terus bergerak ke Munira. Munira ni kira macam ‘a must visit place’ kalau ke Turkey.
Di sini ada semua barang-barang yang popular di Turkey seperti saffron, habatussauda, madu, sejadah, barangan kecantikan, aksesori, barangan kraf dan paling best Turkish Delight mereka.
Boleh rasa sampai kenyang pun sebenarnya, cuma larat dengan tak larat je sebab agak manis lah. Baklava pun ada, cuma harga sedikit premiumlah.
Seterusnya kami terus bergerak ke Pamukkale untuk melawat Antique City of Hierapolis, Cotton Castle dan Cleopatra Antique Pool.
Dekat-dekat je semua tempat ni. Kami naik van yang disediakan ke semua lokasi. Kami bermalam di Spa Hotel Colossae, hotel 5 bintang yang cukup cantik tau! Paling best, mestilah part makan. Dinner kat ballroom, dan menunya lebih dari 50 jenis.
Hari Keempat
Pamukkale – Cappadocia
Awal pagi kami dah bangun sebab nak ke Pamukkale Hot Air Balloon! Sebenarnya, memang aktiviti ni yang paling ditunggu.
Mana taknya, selama ni asyik tengok gambar je dalam kalendar kan. Tak pernah pun terfikir dapat jadi realiti!
Memang ‘best experience ever’ sebenarnya bila ada kat atas. Pemandangan dari atas ni ibarat lukisan. Untuk Hot Air Balloon ni, harga tiketnya tak termasuk dalam pakej. Jadi, optional pada anda yang ikut trip ni sama ada nak ambil atau tak. Tapi bagi kami, dah alang-alang sampai, why not kan?
Lepas balik hotel, siap-siap untuk check out, dan terus kami ke Varol Tekstil. Apa lagi? Shoppinglah jugak kan? Perjalanan dari Pamukkale ke Cappadocia agak jauh, lebih kurang 8 jam perjalanan. Maka masa ini kami gunakan sepenuhnya untuk berehat. Kami sempat singgah untuk bergambar di Sultanhani Kervansarayi Aksara.
Bangunan lama peninggalan peradaban Turki Ustmaniyyah yang dijadikan tempat persinggahan untuk mereka yang ingin berehat sebelum memulakan perjalanan jauh suatu masa dahulu.
Lebih kurang jam 8 malam, kami sampai di Yunak Evleri, Cappadocia. Lokasi filem Manisnya Cinta di Cappadocia gandingan Fazura dan Shaheizy Sam dulu.
Sampai je sini, mata terus terpegun dengan struktur bangunan lama yang masih dijaga dan dikomersialkan untuk tujuan pelancongan. Hotel yang kami stay dua malam ni, cukup eksklusif dengan senibina gua yang dijadikan hotel inapan.
Hari Kelima
Cappadocia
Cuba bayangkan sarapan pagi dalam gua. Tak pernah terfikir pun akan lalui saat ni, kagum sungguh! Puas makan dan ambil gambar, kami kemudiannya terus ke Gerome Panoramic dan Pigeon Valley.
View kat sini cantik sungguh. Dah macam berada dalam karektor Flintstones. Sebelum ke aktiviti petang, kami dibawa ke Hanem Art Center.
Orang yang gemarkan aksesori berlian mesti suka bila masuk dalam ni. Kepakaran ‘minta kurang’ tu kena ada tau bila masuk sini.
Sebelah petang pula, kami melalui pengembaraan Jeep Safari. 5 orang dalam 1 jeep termasuk pemandu, kami dibawa ke jalan berliku ala-ala padang pasir. Adventure betul!
Rasa nak termuntah pun ada masa ni. Tapi bila sampai kat spot akhir, memang wow sangat pemandangan.
Pemandu warga Turki ni pula rajin melayan kita bergambar. Dia pula yang ajar macam mana kita nak pose. Oh ya, untuk pakej Jeep Safari ni kena tambah jika berminat.
Hari Keenam
Cappadocia – Ankara – Bolu
Dari Cappadocia kami terus bergerak ke Ankara untuk melawat Ataturk Mausoleum. Kalau bertuah, dapatlah tengok protokol pertukaran pengawal muzium. Perjalanan diteruskan ke Salt Lake, Ankara. Jangan tak tahu, nak celup kaki pun kena bayar 1TL tau kat sini.
Sebelah malam, kami menginap di Elifim Resort Hotel yang terletak di Bolu. Di sini, sejuk dia lain macam sikit. Mungkin sebab kedudukannya terletak di kawasan bukit, dan betul-betul tepi lebuhraya. Hotel ni memang jadi lokasi persinggahan untuk pelancong dari Cappadocia ke Istanbul.
Hari Ketujuh
Bolu – Istanbul
Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba. Kami dah pun sampai Istanbul dan lokasi pertama tentunya Hagia Sophia Grand Mosque atau digelar Ayasofya Camii.
Kagum sangat dengan senibina masjid ni. Terima kasih pada Aurasy Travel & Tours sebab dah atur perjalanan kami untuk solat di sini. Memang sesekali flashback babak-babak dalam cerita The Magnificent Century tu.
Kemudian kami ke The Blue Mosque atau Sultan Ahmet Camii, Topkapi Palace Museum, Arasta Bazaar dan terus ke tempat penginapan terakhir kami di Istanbul selama berbaki dua hari lagi di Turki.
Hari Kelapan
Istanbul
Lepas breakfast di Euro Park Otel, kami di bawa ke Spice Bazaar. Spice bazaar ni umpama pasar basah bagi penduduk Turki yang berkonsepkan Gedung tertutup. Di sini ada dijual segala rempah masakan, teh,manisan Turki, kekacang, ubat-ubatan, sayur-sayuran dan banyak lagilah. Koleksi fesyen terkini pun ada.
Orang kata, kalau dah terlanjur ke Turki ni kena dapatkan sakurang-kurangnya satu barangan kulit asli yang dijual jauh lebih murah dari brand-brand terkemuka. Tapi jangan risau, kualitinya setanding jenama mahal tau. Semua tu ada di Bilgin’s Luxury.
Bukan hanya boleh tengok barangan kulit yang bergantung di rak tapi pengunjung disajikan dengan ‘fashion show’ di mana model-model tu peragakan jaket-jaket kulit yang terpilih. Pertama kali datang butik yang ada servis ni.
Istimewanya trip ni, kami berkesempatan merasai sendiri pengalaman pelayaran santai di Bosphorus Cruise.
Lagi seronok bila pihak Aurasy Travel & Tours dan sewakan seluruh cruise tu hanya untuk kami.
Tak perlu nak berebut tempat duduk, masing-masing enjoy view dalam cruise. Berlatarkan kebiruan laut Selat Bosphorus dengan landskap kota yang padat, deretan bangunan lama memang menarik perhatian.
Waktu petang, kami diberi peluang ‘free & easy’ berjalan di sekitar The Galata Tower dan Taksim Square. Puas jelajah dari satu kedai ke satu kedai.
Baju-baju berjenama di sini kebanyakannya lebih murah berbanding di Malaysia. Kuranglah dalam RM20-RM30 tu.
Hari Kesembilan
Istanbul – Doha – Kuala Lumpur
Sedar tak sedar dah masuk hari kesembilan berada di bumi Turki. Untuk lokasi terakhir, kami di bawa untuk shopping di Grand Bazaar, port shopping wajib jika ke Istanbul. Baru sedar, tempat shopping di Turki ni kebanyakannya berkonsepkan gedung bertutup.
Dah masuk hari terakhir ni, kawan-kawan yang pada mulanya cuma senyum-senyum dari jauh dah pun jadi macam family. Siap plan next trip sama-sama lagi!
Kami menghabiskan masa yang tinggal dengan mencuba shawarma asli di sini sebelum berangkat ke airport Istanbul. Ada rezeki, kita jumpa lagi di lain destinasi.
Bila nak naik kapal terbang – pastikan pakai pakaian yang selesa. Kalau boleh tu, seluar track je. Sebab bila terbang jauh-jauh ni, boleh dikatakan, banyak waktu tidur dari berjaga.
Bila nak solat – pastikan bawa selipar spare dan plastik. Sebab jarak nak ambil wuduk dan ruang solat agak jauh. Kalau pakai kasut cantik-cantik tu, seeloknya letak dalam plastik dan simpan dalam beg. Banyak juga kes kecurian kasut ni. Lagi satu, kena tahan sejuk tau. Sebab air kat sini, sejuk dia macam air sejuk letak ais.
Bila nak shopping – Disebabkan konsep tempat shopping di Turkey ibarat gedung besar tertutup yang ada banyak lorong dan ratusan kedai, digalakkan untuk berjalan secara kumpulan. Ambil gambar meeting point takut nanti sesat. Sentiasa pilih kedai yang berada di lorong-lorong belakang sebab kat sini harganya jauh lebih murah dari kedai yang berada di barisan hadapan. Beza harga boleh cecah sampai RM50 duit kita tau!
Bila nak makan – Di Turki kita memang tak akan jumpa sos cili. Hanya ada sos tomato dan mayonis je. Jadi, bawa sos cili yang paket-paket tu. Makanan Turki ni kebanyakannya kurang rasa, dan makanannya tak ada kuah-kuah macam kita biasa makan. Jadi bawalah serunding ke, sambal ayam penyet kea tau sambal ikan bilis. Barulah berselera sikit nak makan tu.
Bila Tawar-Menawar – Pastikan anda hanya tawar-menawar untuk barang yang nak dibeli je. Kalau tak, memang masalah! Janganlah minta kurang sampai 50% dari harga barang, memang tak dapat.
Cukup ini sahaja perkongsian ke Turki, jika anda plan nak ke sana, buat persediaan mengikut tip yang saudari Alia ini. Sekurang-kurangnya anda dah tahu beberapa tempat menarik kat sana dan macam mana nak membeli dengan dapatkan harga yang lebih murah untuk dijadikan ole-ole buat teman dan keluarga tersayang.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Orang awam yang ingin memasuki Sabah untuk tujuan ‘perkhidmatan penting’ dan urusan rasmi perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Ketua Menteri (JKM) dengan mengisi Borang Kelulusan Khas secara dalam talian.
Penyediaan dokumen yang berkaitan dan keputusan ujian COVID-19 akan melancarkan urusan kemasukan ke Sabah. Keperluan kuarantin dan tempat kuarantin bergantung kepada penilaian ke atas tujuan kemasukan, risiko dan tahap kesihatan.
Individu yang ingin memasuki Sabah juga dinasihat agar menghubungi Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melalui talian 088-219455.
Semua individu yang masuk ke Sabah dinasihatkan agar sentiasa mengamalkan jarak sosial, memakai pelitup separuh muka serta menjalani saringan gejala dan suhu badan di pintu masuk.
Bab orang ke luar negara ini, sudah menjadi trend sekarang. Ia sesuatu yang bagus kerana peluang sudah ada diberikan oleh pelbagai syarikat penerbangan murah untuk mengangkut anda ke destinasi pilihan, pada harga yang cukup rendah.
Kalau yang bajet biasa-biasa juga tetapi masih mahu bercuti ke luar negara selalunya negara jiran terdekat seperti Thailand atau Singapura menjadi pilihan. Tidak hanya perlu menggunakan jalan udara, jalan darat juga masih boleh sampai jika memandu sendiri atau menggunakan pengangkutan awam seperti bas atau keretapi.
Ini ada perkongsian menarik untuk percutian ke Thailand dengan menggunakan perkhidmatan bas dari Kuala Lumpur. Rancang percutian hujung minggu yang singkat pun menarik.
Entry trip Kuala Lumpur – Hatyai – Krabi – Hatyai – Kuala Lumpur
Aku pergi Krabi berdua sahaja dengan biras aku, plan asal ada 3 ke 4 orang. Last minute 2 pax je yang confirm ??. Di sini aku ringkas kan budget dan aktiviti aku kat sana.
DAY 1
DAY 2
DAY 3
By the way ni kali ke 6 aku pergi sana , ??? Tapi masih nak p lagi sebab sana memang bestt ! Ada sikit tips tuk korang yang nak p korang kena pandai tawar-menawar harga.
Ada tempat yang membuatkan kita rasa seperti sedang melihat dunia lain. Bukan kerana bangunan moden atau tarikan buatan manusia, tetapi kerana alamnya terlalu luar...