Pelancong terutamanya dari Malaysia yang gemar menggunakan teknologi sebagai medium penting dalam percutian mereka sememangnya akan menyukai satu hotel butik terbaharu yang dibuka di ibu negara iaitu hotel CitizenM Kuala Lumpur.
CitizenM Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang adalah hotel butik ‘mewah’ mampu inap yang telah memenangi banyak anugerah berprestij dalam industri perhotelan dan kini membuka cawangan terbaharu mereka di rantau Asia di Kuala Lumpur selepas Taipei dan Shanghai pada 2017 dan 2018.
Hotel yang terletak di tengah-tengah ‘segi tiga emas’ ibu negara dikelilingi oleh pusat-pusat membeli-belah, hiburan dan tempat-tempat makan menarik yang boleh dijejaki dengan berjalan kaki. Lokasinya yang strategik di Bukit Bintang membolehkan anda merasai dan mengalami keseronokkan citarasa makanan tempatan, berhibur di tempat-tempat hiburan sekitar KL dan juga melawat tempat-tempat pelancongan yang menarik tanpa perlu bersusah payah untuk berjalan jauh.
Ads
Berkonsepkan hotel butik, CitizenM mendekorasikan ruang dalam hotel mereka dengan perabot, corak dinding dan juga lantai, hiasan dalam yang membuatkan anda berasa seperti di rumah sendiri – berbeza dengan hotel-hotel lain, di CitizenM, mereka cuba untuk memberikan anda rasa nyaman dan selesa selepas mengembara jauh daripada kediaman di tempat asal anda.
Selain daripada sesuai untuk anda yang datang untuk melancong, CitizenM Kuala Lumpur juga merupakan salah satu hotel yang sangat bersesuaian untuk anda yang ingin melakukan urusan perniagaan menghasilkan keuntungan di ‘segi tiga emas’ itu. Selain dekorasinya yang akan membuatkan anda berasa selesa seperti di rumah, CitizenM juga menyediakan segala kemudahan dan kelengkapan untuk anda dan kumpulan anda melakukan pelbagai jenis urusan sama ada mesyuarat, perbincangan dan urusan kerja yang lain.
Ads
Di CitizenM, ada disediakan tiga bilik mesyuarat yang lengkap dengan segala peratalan yang anda perlukan dan satu bilik teater yang boleh memuatkan 40 orang dalam satu-satu masa sekiranya anda ingin melakukan perbentangan kertas kerja kepada sesiapa yang anda mahukan.
210 buah bilik hotel dengan setiap satu daripadanya dilengkapi dengan katil bersaiz XL adalah salah satu keistimewaan yang terdapat di hotel ini. Tidak seperti hotel-hotel yang lain di mana mereka mengklasifikasikan beberapa buah bilik dan katil mengikut kategori, CitizenM berasakan bahawa semua tetamu mereka adalah sama rata dan perlu dilayani dengan adil dan saksama.
Ads
Oleh demikian, tidak ada kategori bilik berasingan di CitizenM. Selain daripada itu, sesuai dengan apa yang saya katakan di atas, hotel ini akan menjadi kegemaran kepada anda yang ‘tech-savvy’ kerana selain daripada dekorasi ruang dalamnya yang moden dan meriah, segala kelengkapan yang berada di situ adalah dikawal dengan satu alat kawalan sahaja. Ini bermakna, bermula daripada televisyen hingga ke lampu tandas anda adalah dikawal dengan menggunakan iPad yang disediakan di setiap bilik.
Salah satu perkara yang paling saya gemari adalah sambungan Wi-Fi yang paling pantas di hotel pernah saya gunakan tanpa limit untuk sesiapa sahaja yang singgah di hotel berkenaan.
Kepada anda yang ingin bermalam di Kuala Lumpur, cubalah CitizenM di Bukit Bintang untuk rasai sendiri pengalaman menarik bermalam di Bukit Bintang!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kampung Kuala Dulang Yan Kechil, Kedah tiba-tiba menjadi tumpuan ramai dek teruja untuk bergambar bersama susunan menarik jerami gulung ala Texas di kawasan sawah padi.
Pelbagai lapisan peringkat usia tidak melepaskan peluang untuk merakam gambar masing-masing dan seterusnya berkongsi di media sosial. Susunan jerami gulung berlatar belakangkan sawah dan gunung menjadikan permandangan di kawasan itu cantik seakan berada di luar negara.
Selain berpeluang merakam foto kenangan dengan jerami gulung, di sini juga ada menyediakan perkhidmatan lain termasuk menunggang kuda, memandu ATV dan gerai makanan dan minuman.
Peluang untuk bergambar bersama jerami gulung itu hanya ditawarkan sehingga awal April ini sahaja kerana selepas itu kawasan sawah yang diletakkan jerami itu akan digunakan untuk penanaman padi.
Foto: Bernama
Menurut sumber Bernama, idea untuk menyusun jerami-jerami tersebut datangnya daripada golongan belia Kampung Kuala Dulang Kechil yang mahu menghias dan mewujudkan kawasan cantik di kampung itu. Sebanyak 24 gulung jerami dibeli oleh penduduk daripada Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dengan harga RM1,000 pada Januari lepas.
Tahniah! Bagus idea orang muda kat situ kan?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perak menjadi salah satu destinasi pilihan terbaik untuk bercuti. Selain masa perjalanan yang tidak lama, Perak juga antara negeri yang banyak kesan tingalan sejarah, misalnya Kelly Castle.
Selain itu Pulau Pangkor juga menyediakan aktiviti menarik bagi mereka yang ingin menghabiskan masa bercuti di pulau peranginan.
Dan bagi mereka yang sukakan bagunan bersejarah pula boleh ke bandaraya Ipoh, kerana di sana terdapat Menara Jam Memorial JWW Birch yang besar yang sangat menarik dan punya sejarah tersendiri.
Selain itu rupanya, Perak juga kini mempunyai beberapa menarik bagi mereka yang gemar berOOTD.
Tempat ini dikatakan sama seperti di Pulau Jerejak, tetapi tak perlu sampai sana untuk mendapatkan pemandangan sama.
Anda kini boleh ke Marina Island, Lumut Perak untuk berOOTD.
Menampilkan beberapa port cantik seperti tangga putih serta pintu warna-warni pastinya memberikan angle yang cantik untuk merakamkan gambar kenangan.
Apa pun kita tunggu kes Covid-19 reda barulah bebas untuk ke mana-mana.
Hutan Royal Belum tidak perlu diperkenalkan lagi. Destinasi ini sememangnya lokasi pelancongan negara yang terulung bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa. Umum mengetahui keindahan dan kemasyhuran kawasan hutan hijau itu membuatkan ia sering menjadi bualan dan mendapat banyak pengiktirafan.
Hutan Royal Belum terletak di Gerik, Perak pasti menjanjikan satu percutian yang terbaik untuk anda. Untuk ke destinasi ini, anda boleh memilih samada menggunakan jalan darat atau melalui jalan air. Kedua-dua cara ini akan memberikan satu pengalaman yang berbeza kepada anda kerana cara yang pertama, anda akan memandu melalui Lebuhraya Utara-Selatan dan keluar di Kuala Kangsar sebelum tiba ke Jeti Temenggor. Dari jeti ini anda akan menaiki bot untuk ke kawasan Royal Belum. Ini perkara menarik ada di Hutan Royal Belum:
Bunga Refflesia – Dikenali sebagai bunga paling besar di dunia, ia juga boleh didapati di Royal Belum. Bunga Rafflesia yang ada di Royal Belum terdiri daripada tiga spesis iaitu R. Kerrii, R. Cantleyii dan R. Azlanii.
Salt Lick – Di Royal Belum, terdapat 12 lokasi salt lick untuk haiwan-haiwan berkumpul menjilat garam mineral sebagai salah satu sumber nutrisi. Jika anda ke sini, anda boleh melihat pelbagai jenis tapak kaki haiwan yang datang menjilat garam mineral.
Santuari Ikan Sungai Ruok – Jarak dari jeti bot ke Air Terjun Ruok lebih kurang 10 minit, dimana anda perlu melalui trek yang agak mudah sebelum sampai ke air terjun ini. Jangan lepaskan peluang memberi ikan ini makan sambil ‘berenang manja’.
Air Terjun Sungai Kooi – Hanya setengah jam masa diambil untuk mendaki naik ke kawasan air terjun tinggi yang sangat cantik ini. Jangan lupa ambil gambar sebagai gambar kenang-kenagan.
Burung Enggang – Tidak hanya boleh didapati di negeri Sarawak dan Pahang, burung Enggang juga boleh dijumpai di Royal Belum. Ada 10 jenis burung Enggang yang boleh didapati di Malaysia dan kesemua 10 jenis itu ada di Royal Belum.
Perkampungan Orang Asli – Selain kaya dengan khazanah flora dan fauna, Royal Belum juga didiami oleh masyarakat Orang Asli. Terdapat beberapa penempatan Orang Asli yang boleh anda lawati antaranya Kampung Orang Asli Aman Damai, Kampung Orang Asli Sungai Kejar, Kampung Orang Asli Sungai Tiang dan Kampung Orang Asli Belum Lama. Kebanyakkan Orang Asli ini terdiri dari suku kaum Jahai dan suku kaum Negrito.
Kem Royal Belum – Terdapat empat kem di Royal Belum untuk kemudahan anda menginap. Anda boleh memilih untuk menginap di Kem Sungai Papan, Kem Sungai Kenarong, Kem Sungai Tiang dan Kem Sungai Kejar. Setiap kem ini mempunyai tarikan dan aktiviti tersendiri antaranya memancing, berkayak, berakit dan sebagainya.
Rainforest Resort – Antara penginapan yang selesa dan pilihan ramai untuk datang ke Royal Belum adalah Belum Rainforest Resort. Resort mewah di tengah hutan ini cukup menarik dan suasana dalamnya sangat menenangkan jiwa. Belum Rainforest Resort boleh diakses menggunakan Lebuhraya Timur Barat iaitu dari Grik dan Kelantan. Resort mengadap Tasik Temenggor dan dikelilingi gunung-ganang membuatkan saujana mata memandang.
House Boat – Di kawasan Jeti Temenggor ini, anda akan dapat lihat pelbagai jenis house boat. Ada yang kecil dan ada yang besar. Kesemua jenis house boat ini dapat memenuhi kriteria dan skala percutian yang anda mahukan, bersesuaian dengan pakej yang ditawarkan. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di atas House Boat ini seperti BBQ, memancing, berkayak, berakit dan karaoke.
Menarik betul Hutan Royal Belum ini. Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...