
Pulau Songsong terletak di Yan, Kedah dan pulau ini sebenarnya memiliki cerita dan warisan sejarahnya yang tersendiri apabila dikatakan pernah menjadi lokasi pahlawan nusantara berkumpul untuk merampas semula Kedah daripada penaklukan Siam.
Pulau ini dikatakan pernah menjadi lokasi pahlawan nusantara berkumpul bersama Tunku Muhammad Saad Tunku Daud (anak saudara kepada Sultan Kedah Ke-22, Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II) bagi merampas semula Kedah daripada penaklukan Siam pada Ogos 1838. Pahlawan nusantara antaranya dari Rembau, Acheh, Pattani dan juga Perak melabuhkan kapal mereka berkumpul beramai-ramai untuk bergerak bersama Tunku Muhammad Saad untuk menyerang Siam. Dalam pertempuran yang diketuai Tunku Muhammad Saad itu, Kedah berjaya merampas Kota Kuala Kedah dan Alor Ganu, daripada Siam dan kemudian meneruskan pelayaran sehingga ke Singgora (Songkla) untuk menghalang kemaraan tentera Siam memasuki negeri ini semula.
Tiada seorang pun penduduk yang mendiami Pulau Songsong dan ia juga tidak mempunyai sebarang resort untuk pelancong bercuti ke sana. Namun, persekitaran pulau ini sangat cantik dan mempunyai keunikan tersendiri. Ini cara jika anda ingin ke Pulau Songsong perkongsian sumber dari Eyna Rosli
Salah satu pulau yang masih cantik, air jernih dan indah di negeri Kedah yang masih ramai tak tahu. Dekat sini tak ada homestay atau chalet. Kalau nak bermalam kena berkhemah sahaja. Nak ke pulau ni tak ada jambatan & feri ya. Kena sewa bot dari Pantak Merdeka atau boleh sewa di jeti kmpung sg Udang yan.
Pulau Songsong, destinasi pelancongan di Daerah Yan yang semakin menarik pengunjung ke sini. Pulau yang berkeluasan 62 ekar dengan ketinggian 118 meter mempunyai pantai berpasir dan air yang jernis. Sebahagian pantainya terdiri dari batu merah (batu lumpur). Perjalanan dengan bot mengambil masa 15 – 20 minit sahaja dari pengkalan Sungai Udang, Yan.
Pulau ini terbentuk oleh batuan Formasi Mahang yang berusia sekitar 450 juta tahun. Ia mempunyai nilai saintifik yang tinggi kerana ia adalah tinggalan proses geologi marin yang berkaitan dengan paras laut Holosen. Mempunyai nilai estitik dan rekreasi yang tinggi oleh keindahan landskap kepulauan dan air yang jernih.Kemudahan disediakan ialah tandas, dewan terbuka, perigi, bilik persalinan, surau dan lampu solar.
PERINGATAN kepada pengunjung, jaga kebersihan pulau kita tolonglah, JANGAN MEMBUANG SAMPAH di Pulau ini. Terima kasih.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Rasa Bercakap Dengan Hantu? Anda Kena Pergi Ke HAUNTU Kalau Nak Rasa Pengalaman Seram Tu!

Tak ada sesiapa yang waras nak bercakap dengan hantu macam tu je tapi, kalau anda betul-betul berani, mari la ke Hauntu – rumah hantu yang berbeza dengan apa yang pernah anda pergi sebelum ni sebab hantu-hantu di sini ‘disumpah’ untuk berinteraksi dengan anda sepanjang masa anda berada dala rumah hantu tu. Seram!
Hauntu yang terletak di The LINC, Kuala Lumpur ini adalah gabungan persembahan teater dan rumah hantu yang secara keseluruhannya akan memberikan pengalaman baru kepada setiap ‘kaki pecah masuk’ rumah hantu di luar sana.
Sepanjang masa permainan ini juga anda akan turut terlibat dalam jalan cerita hantu ni. Makna kata, anda perlu membuat keputusan yang akan menentukan penghujung cerita hantu anda ini dan secara langsung memberikan pengalaman yang berbeza untuk anda.
Mengambil masa antara 45 – 50 minit, anda di dalam rumah Hauntu ini bukan sahaja akan berdepan dengan kegerunan dan keseramannya malah yang menarik, setiap ‘hantu’ yang ‘dipasung’ di rumah ini akan berinteraksi dengan setiap perbuatan dan percakapan yang dilakukan oleh anda dan kawan-kawan lain.

Kiranya tak bosan la macam rumah hantu biasa yang anda hanya berjalan membuta-tuli! Menarikkan? Hauntu ini mengambil konsep sebuah hotel yang dibina pada zaman kolonial British di Tanah Melayu suatu ketika dahulu dengan nama Hotel Colle Eastern. Berkelengkapan dan perabot seiring dengan zaman 50-an ini akan membuatkan anda benar-benar terasa seperti berada di zaman era Malaysia sebelum merdeka dulu.
Hauntu mengetengahkan tiga episod cerita misteri dan paranormal yang berlaku di hotel tersebut dan setiap episod akan ditukar selang beberapa bulan bagi memberikan pengalaman dan peluang kepada anda untuk merasai ketiga-tiga episod yang trjadi di Hotel Colle Eastern ini.
Rumah hantu Hauntu ini dibuka daripada pukul 11 pagi hingga 11 malam (penyertaan terakhir pada pukul 10 malam) dan hanya RM58 dikenakan untuk setiap seorang yang datang. Jadi? Tunggu apa lagi? Ayuh semua menjejaki ksah misteri anda di Hauntu~
Layari laman web ihauntu.com atau hubungi 011-1686 9199 untuk tempahan.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jejaki Sejarah di Melaka, Ini Tempat Wajib Lawati Bila Bercuti Di Sana!

Melaka merupakan sebuah negeri yang mempunyai keunikan sejarahnya. Sejarah Melaka bermula apabila Parameswara Putera Raja dari Palembang terlibat dalam peperangan merebut takhta kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14. Setelah ditumpaskan oleh Majapahit baginda telah berlari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai olehSiam.
Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam, pada tahun 1396, beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudiannya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan muara sungai Melaka.
Apabila tibanya di Bertam, baginda telah melihat anjing buruannya ditendang oleh seekor pelanduk putih. Baginda amat kagum dengan keberanian pelanduk putih tersebut dan membuat keputusan untuk membuka negeri di situ.Baginda telah bertanyakan nama pohon tempat baginda bersandar dan pengikutnya memberitahu bahawa nama pohon tersebut adalah pohon Melaka. Maka baginda telah membuat keputusan untuk menamakan negerinya sempena nama pohon tersebut.
Tempat Bersejarah, Muzium dan Mercu Tanda di Melaka Negeri Melaka walaupun kecil di atas peta tetapi merupakan destinasi pelancongan di Malaysia yang sangat popular. Negeri Melaka lebih signifikasikan dengan destinasi bersejarah yang mempunyai seni bina yang unik. Bandaraya Melaka diiktiraf oleh UNESCO sebagai satu bandar warisan yang mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah yang tinggi nilainya.
Hari ini mari kita lihat destinasi percutian di Melaka. Berikut merupakan destinasi-destinasi kawasan sejarah, muzium dan mercu tanda yang ada di sekitar Melaka yang boleh dilawati pada cuti sekolah bersama dengan anak-anak dan keluarga.
1. Kota Afamosa
Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawanMelakapada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika IstanaKesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yangmasihtinggal di Asia. Kota A Famosa yang disiapkan dengan mempunyai empat menara, atauketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter.
Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte MadredeDios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.
Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untukmembina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara merekamembina kubu utama yang digelar “A Famosa”, atau secara rasminya Kubu Melaka(Fortaleza de Malaca).
Kota A Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk dibina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membinakota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunanlain.
Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque ini sebenarnya meliputi satu kubu pertahanan yang kuat iaitu mengandungi pintu gerbang utama di pelbagai arahdanterdapat 70 buah meriam di sepanjang kubunya. Yang tinggal sekarang ini hanyalahsebahagian pintu gerbangnya sahaja.
Bagi pengunjung yang melawat ke Kota A Famosa ini, mereka dapat menyematkansemangat patriotisma dalam diri kerana kubu ini dibina hasil daripada tinggalan bangunanbersejarah dan monument yang masih boleh berdiri utuh. Namun begitu, pengunjungyangmelawat Kota A Famosa ini dapat melihat dengan mata kepala sendiri tentang kemegahanKota A Famosa ini. Jelaslah bahawa, sebagai rakyat Malaysia kita perlu sentiasa menghayati sejarah daripada pejuang-pejuang pahlawan Melayu dahulu yang telah berjuang mati-matianuntuk mempertahankan tanah air tercinta.
2. Muzium Samudera
Muzium Samudera ditubuh berteraskan kepada replika kapal Flor de La Mar. Kapal Flor de La Mar merupakan kapal perang yang dinaiki oleh Alfonso de Albuquerque untukmenyerang Melaka pada tahun 1511. Alfonso de Albuquerque tiba di pelabuhan Melakapada1 Julai 1511. Muzium ini terletak di muara Sungai Melaka yang sangat hampir dengan tarikan lain yang ada di sekeliling seperti Stadhuys dan Menara Taming Sari.
Tujuan kedatangan beliau disebabkan oleh peristiwa memalukan yang dialami panglima perangnya Lopez de Sequeira semasa rombonagn tersebut yang datang ke Melaka pada tahun1509. Kedatangan beliau bersama kapal ini telah berjaya untuk membolehkan Portugis menakluki Melaka daripada pemerintahan Sultan Mahmud Shah.
Penubuhan muzium ini membolehkan masyarakat khususnya generasi muda dapat mengenali lebih dekat bahawa bagaimana kuasa penjajah menggunakan kapal sebagai kemudahan yang penting untuk melaksanakan misi perdagangan dan penjajahan.
Kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan telah menarik minat para pedagangyangmembawa bersama kapal-kapal yang serba lengkap untuk membuat perdagangan. Tetapi kuasa pejajah asing yang cuba menakluki Melaka telah menyebabkan banyak kapal perangdan kapal dagang musnah. Muzium ini juga mempunayi rentetan sejarah yang cukup menarikpengkaji sejarah.
3. Masjid Selat Melaka
Masjid Selat juga merupakan salah satu tempat tarikan pelancong yang bertandangdi Melaka. Masjid dikenali sebagai Masjid Terapung kerana Masjid ini seolah-olah terapung apabila air pasang.
Menjadi salah satu tempat kegemaran para jurugambar tidak kira tempatan atau negara luar. Ianya dibina di Pulau Melaka dan terletak di tepi Selat Melaka yang merupakan selat tersibuk dan terpanjang di dunia. Pulau Melaka ini merupakan pulau buatan manusia.
Keindahan dan kecantikan masjid ini memang tidak boleh dinafikan. Pembinaan Masjid Selat ini menelan belanja hampir RM11 juta, dibina diatas tapak berkeluasan 1.8 hektar. Masjid ini dapat menampung kapisiti lebih kurang 2000 jemaah pada satu-satu masa.
Suasana ketenangan dan kedamaian di Masjid Selat Melaka cukup membuatkanhati para pengunjung terusik. Lebih terasa ketenangan apabila mereka bersolat di dalamnya, diselangi dan disulami hembusan bayu Selat Melaka yang pasti menenangkan jiwa.
Sekiranya para pengunjung ingin melihat keindahan panorama Masjid Selat Melaka, mereka perludatang pada waktu terbaik iaitu lebih kurang setengah jam sebelum masuk waktumagrib. Panorama masjid ini diceriakan dengan cahaya matahari berwarna jingga yangsangat memukau. Keindahan masjid ini turut menjadi tempat pengunjung pelancong asingyangbukan beragama islam.
4. Masjid Cina Al- Muttaqin
Masjid Cina Al-Muttaqin terletak di Krubong, Melaka yang berdekatan dengan StadiumHang Jebat dan bersebelahan dengan Majlis Sukan Negeri Melaka. Ianya mampu memuatkansehingga 1,500 jemaah dalam satu masa.
Pada pengunjung yang pertama kali jejak kaki di masjid ini sudah pasti merasakan bahawa diri mereka berada di Beijing, Shanghai. Pengaruhini bukan sahaja dilihat melalui reka bentuknya, bahkan hiasan sekitar kawasan masjid termasuklah kolam dengan ikan koi, landskap pokok buluh, seni kaligrafi China dan kewujudan pagoda-pagoda yang melengkapkannya.
Tujuan utama seni bina ini ialah untuk menjelaskan kepada masyarakat berbilangkaum negara ini bahawa Islam tidak pernah menghalang budaya mana-mana kaum selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam. Masjid yang sangat indah ini dibina atas tapak seluas 0.4 hektar dan menelan kos RM7.5 juta. Pembinaan masjid ini bermula pada Oktober 2012 dan siapkan pada Jun 2014.
Masjid yang berwarna merah garang yang tersergam indah umpama istana raja di Negara China ini, memang menjadi antara tarikan pelancong ke Negeri Melaka. Tidak dapat dinafikan bahawa, sekali pandang bangunan masjid ini umpama sebuah Tokong Buddha. Namun tetap ada ciri-ciri penting yang membezakannya.
Secara umumnya, terdapat pelbagai tempat yang menarik di negeri Melaka. Keindahan tempat-tempat yang menarik tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Para pelancong perlu menikmati sendiri keindahan tersebut. Oleh itu, semoga artikel ini dapat menarik dan memberikan inspirasi serta seribu satu idea percutian untuk bercuti ke negeri bersejarah ini kelak.
Nur Syamimi Binti Anuar berkongsi tiga tempat menarik yang ada di Melaka untuk anda kunjungi. Sememangnya anda akan berasa seronok dapat mengunjungi tempat bersejarah di Melaka. Semoga anda semua mendapat percutian yang bermanfaat!.
Kredit: Artikel ini disumbangkan oleh Nur Syamimi Binti Anuar, Pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Bahasa Melayu dengan Kepujian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Trip Memukau Ke ‘Switzerland Kedah’ Di Puncak Gunung Jerai

Dahulu, Gunung Jerai terkenal sebagai penanda arah buat pelayar-pelayar yang singgah berdagang di negeri Kedah.
Tetapi kini ia lebih sinonim sebagai salah satu lokasi pelancongan di negeri jelapang padi. Buat anda yang ingin berkunjung ke sini hanya perlu melalui perjalanan sejauh lebih 10 kilometer dari kaki gunung ke puncak. Anda tidak perlu mendaki kerana jalan menuju ke puncak destinasi ini boleh dilalui menggunakan kenderaan.
Gunung Jerai memiliki ketinggian 1,217 meter dari paras laut dan terletak di sempadan daerah Kuala Muda dan Yan itu sentiasa mendapat kunjungan daripada para pengembara dan pencinta alam yang ingin menerokainya tidak kira pada hari biasa atau cuti umum.
Gunung tertinggi di Kedah itu juga menyediakan kemudahan penginapan yang dikelilingi dengan pelbagai jenis flora dan fauna berwarna-warni. Kedinginan udara sekitar 18 hingga 25 darjah celcius amat menyamankan lebih-lebih lagi ia dikelilingi dengan pelbagai jenis pokok yang menghijau. Pemandangan indah di sekeliling lokasi berkenaan juga pasti akan mengasyikkan setiap pengunjung kerana dari puncak resort berkenaan anda boleh melihat pemandangan sekitar negeri Kedah terutama pemandangan sawah padi yang luas terbentang indah. Ada juga pengujung yang menggelar lokasi ini sebagai ‘Switzerland Kedah’.
Ini perkongsian foto dan trip ke puncak Gunung Jerai oleh sumber FB Mohd Anas Anas
Sedikit review percutian singkat ke puncak Gunung Jerai, Daerah Yan yang merupakan daerah paling bahagia berdasarkan pengalaman kali pertama chegu ke sini sebab ramai yang bertanyakan..
- Kalau dari Highway kita boleh gunakan susur keluar Gurun terus je kaki Gunung Jerai. Sebelum sampai ke tapak kaki Gunung Jerai banyak gerai-gerai yang menjual air nira nipah dan jagung rebus tepian jalan sebelum sampai tapak kaki Gunung (nota utk pelancong luar kedah)
- Sebelum naik ke atas pastikan kenderaan peribadi anda diselenggara dan dalam keadaan baik, paling utama brek berfungsi dengan baik.
- Sesiapa yang berhajat nak bermalam pastikan membuat tempahan di agoda atau booking.com terlebih dahulu. Rate semalam berubah-ubah. Tarikh 7june Rm250** untuk 2 katil single (sentiasa berubah-ubah harga bilik)..view yang sangat cantik berlatar belakangkan sawah padi dan pantai murni. Anda juga boleh terus call direct dengan pejabat pengurusan The Jerai Hill Resort untuk tempahan, sekali sarapan pagi untuk 2 orang.
- Kembali semula bab perjalanan. perjalanan ke puncak dari bawah sepanjang 10km dan memakan masa hampir setengah jam perjalanan dari bawah ke atas puncak.
- Keadaan jalan yang baik tetapi agak ‘menyeramkan’ sebab berliku-liku sebelum sampai ke puncak. Mulanya agak cuak memandu untuk sampai ke atas sana, tapi berbekalkan tawakal terus sampai ke atas.
- Bab makan jangan risau kerana dipuncak atas ada cafe yang jual kek-kek manisan..coffe tea dan sebagainya. Makan kek smabil menyaksikan pemandangan indah sekitar gunung Jerai pun boleh juga makan di restoran kat atas tetapi harga agak mahal.
- Saat pertama kali sampai di puncak terus kerinduan terhadap bumi Switzerland terubat. Hilang sat memori Swiss sebab kat atas ini teramat cantik. Penuh bunga hyndregea memang cantik sangat-sangat. Boleh la gunung Jerai ini diberi jolokan Swiss Kedah habaq hang.
- Berdoalah agar cuaca yang elok dan tidak berkabus untuk menyaksikan bumi Yan berhamparkan sawah padi dan laut yg sangat indah tak terkata terutama pada waktu menjelang senja. Kalau berkabus agak sedikit malang untuk menyaksikan keadaan sekitar daerah Yan.
- Suhu di atas puncak lebih kurang 19 darjah celsius, suhu ala-ala Zermaat Swiss ya hahahah. Tapi Zermatt sejuk lagi la.
- Ada banyak lagi tempat menarik seperti muzium perhutanan negeri Kedah. Telaga Tok Sheikh, sejarah batu kapal dan ada ladang Strawberry ya di atas sana.
- Kalau bertandang musim durian dapat la merasa durian segaq dari dusun di Gunung Jerai. Sempat juga merasa kali ni.
- Ada yang berjalan kaki naik ke puncak, ada yang mengayuh basikal. kedeqat depa cukup kuat. Naik kereta pun rasa letih dah oii.
Tetapi percaya la, keadaan di puncak Gunung Jerai sangat menarik dan cantik nak mampuih oii, sumpah tak boleh lupa lagi. Keadaan yang tenang dan segar.
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI