Sejak semalam, negara matahari terbit Jepun sekali lagi diuji dengan bencana alam. Kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan banyak rumah dihanyutkan arus deras mengakibatkan kematian termasuk 19 masih hilang.
Pray For Japan kerana negara ini antara yang kerap menghulurkan bantuan saat Malaysia diuji dengan masalah.
Dikongsi dari laporan Zuwita Ramli, rakyat Malaysia yang menetap di Jepun yang juga Owner and Founder at Tokyo Organic HQ, dirinya banyak berkongsi info-info menarik dari Jepun. Berikut adalah perkongsiannya.
2 mati, sekurang-kurangnya 19 masih hilang dan 21,000 rumah diarahkan untuk dikosongkan serta-merta dalam kejadian tanah runtuh atau lebih tepat “lumpur runtuh” di bandar Atami, wilayah Shizuoka awal pagi semalam.
Kejadian tanah runtuh macam ni ikutkan bukan sesuatu yang luar biasa pun untuk berlaku di Jepun sebab ikut statistik, lebih kurang 1000 kejadian tanah runtuh berlaku di Jepun setiap tahun, bermakna sebulan lebih kurang 80 kejadian tanah runtuh berlaku!
Banyak kan?
Ads
Sebabnya 70% dari bentuk muka bumi Jepun adalah gunung dan lebih 100 daripadanya adalah gunung berapi aktif. Gunung berapi aktif di Jepun saja dah membawa kepada 10% daripada jumlah gunung berapi di dunia. Sungguh la banyak. Tu gunung berapa aktif ye. Kalau yang dah mati bertambah-tambah banyaklah.
Kenapa fakta ni penting?
Ads
Sebab ini yang berlaku dekat Atami, iaitu pertembungan faktor-faktor ni. Yang berlaku semalam tu bukan tanah runtuh saja, tapi “mudslide” atau debu gunung berapi yang runtuh dari pergunungan di atasnya, yang dibawa oleh hujan yang lebat.
Menurut Pakar Tanah Runtuh dari Tokyo University of Agriculture and Technology, Ishikawa Yoshiharu, tanah di kawasan lereng gunung Atami tu dah ditutup dengan lapisan tanah debu gunung berapi. Debu gunung berapi ni pula sangat mudah mengalir setelah menyerap air.
Nak pula sekarang memang musim hujan sebab pertukaran ke musim panas atau dipanggil “tsuyu”. Taburan hujan yang tinggi juga dikatakan salah satu kesan dari keragaman iklim, atau La Niña yang melanda. Jadi tak hairanlah kejadian seperti semalam boleh berlaku di Atami dengan kelajuan “mudslide” sekitar 40km/j.
Ads
Kalau sebelum ni Jepun dah bina teknologi hebat macam seismometer untuk kesan gempa bumi lebih awal, mungkin di masa akan datang saya tak hairan kalau Jepun boleh cipta sesuatu yang hebat untuk kesan kejadian tanah runtuh lebih awal.
Sebab bak kata seseorang pada saya, Jepun ni nyawa je diorang tak boleh buat.
Nonetheless, Pray for Japan
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Sebut saja Langkawi pasti kita terbayang keindahan pantainya, membeli belah coklat atau barangan rumah tanpa batasan atau keseronokan kala menaiki cable car di Gunung Machinchang.
Bagi mereka yang pertama kali mahu ke sana, pasti tertanya-tanya bagaimana keadaan di pulau legenda ini, adakah masih sama seperti belum datangnya Covid-19 atau lebih bagis perkhidmatan di sediakan.
Perkongsian sahabat Backpacker Buddies Malaysia, Jay Junior memberitahu situasi terkini di sana atas kunjungan kali ke lima ke Langkawi.
Ini adalah kunjungan kali ke-5 saya ke Langkawi.
Panduan ni khas untuk yang first time pergi LGK atau yang nak tahu keadaan di sana semasa musim Covid ini saja. Saya tahu ramai yang expert dah.
Biasalah, pergi bersama anak-anak kecil ini banyak cabarannya dari segi time management, banyak juga yang terpaksa skip atau tukar plan. Pukul 11-12 baru keluar hotel sebab paginya anak-anak sibuk nak mandi swimming pool la bagai.
Island hoping saya tak ambil sebab dah pernah pergi serta memenatkan terutamanya kena mendaki ke/dari Tasik Dayang Bunting.
Kunjungan ke private island Paradise 101 & Langkawi Wildlife Park juga saya batalkan sebab kesuntukan masa.
Sila buat itenary untuk pergi ke tempat yang berdekatan pada satu-satu masa. Sekurang-kurangnya dapat menjimatkan masa & petrol. Kos petrol untuk Iriz adalah RM60 untuk perjalanan selama 4 hari.
Kalau yang ada sesi bergambar di tempat yang ada lawati anda layankan je. Nak beli ke tak selepas tu terpulanglah kepada anda. Anda berhak menolaknya sebab harga gambar semestinya harga pelancong. Tiada paksaan ya.
Tiket Air Asia – dapat yang RM12/pax + add on.
48 jam sebelum berlepas, buat RTK test siap-siap RM40/pax untuk 7 tahun ke atas supaya tak payah rushing lagi buat saliva test kat airport. Kalau dah buat RTK/PCR test, wajib tiba di airport sekurang-kurangnya 3 jam awal & kalau nak buat saliva test di airport, tiba 4 jam sebelum berlepas untuk mengelakkan rasa ‘rushing’ tu.
Note: Mulai 12 Okt 2021, tiada lagi keperluan ujian Covid untuk ke LGK. *FYI, my wife positif pada Julai 2021, selepas 2 bulan RTK result negatif. Kalau yang kata 3 bulan masih positif tu rasanya mungkin bergantung kepada badan masing-masing.
Cuaca di Langkawi sekarang banyak hujan pada waktu petang, kadang-kadang hujan sekejap-sekejap sepanjang hari.
Day 1 (Rabu) – Flight KLIA2 pukul 9.25am.
– Parking LTCP pukul 7.00am. Naik shuttle bus pukul 7.10am, tiba di KLIA pukul 7.20am & KLIA2 7.30am.
– Proses & SOP ketat di KLIA2 ada 4 ke 5 check point yang memerlukan anda menunjukkan Covid test result RTK & vaksinasi lengkap. Untuk RTK/PCR, anda boleh tunjuk result test kat MySejahtera, di checkpoint yg lain ada yang minta hardcopy juga. Jadi standby je la semua.
– Kalau yang buat saliva Covid test, tambah lagi satu proses maka elok lah sampai di airport 4 jam sebelum berlepas lagi-lagi jika anda travel dengan berkumpulan besar. Tak payah surat polis bagai ya kepada yang masih bertanya. Untuk yang datang dari negeri lain ke KLIA/KLIA2 saya tak pasti.
– Untuk ke Langkawi, wajib ke kaunter U untuk check in walaupun tak check in bagasi ya. Diarahkan untuk scan QR code berupa Google form kena isi then screenshot.
– Tiba di LGK, diarahkan scan APMM QR code untuk declaration. Terus ambil kereta sewa yg booked melalui https://www.easybook.com/en-my/account/register?raf=E282350A RM57/day. Tempah Axia dpt Iriz. Ok lah.
– Check in awal di hotel pilihan melalui Agoda. Saya pilih hotel under MOTAC atas sebab income tax relief. Selain tu simpan kesemua entry ticket semasa melancong untuk tujuan yang sama.
– ATV ride simpang Durian Perangin – Menjelajah jalan kampung & offroad, lebih kurang 1 jam setengah. Hujan pun belasah je, anak-anak lagi suka. (add on with additional cost – photo )
– Pantai Cenang – ambik angin pantai tengok sunset & shopping awal. Ramai orang tapi tak sesaklah.
Day 2 (Khamis) – Pantai Kok – Pasir putih pantai kat area sini, tak seperti Cenang. Cantik untuk bergambar. Datang seawal pukul 1.00pm tak ramai orang. Boleh nampak private island Paradise 101 dari sini. Kalau selepas pkl 1.00pm boleh singgah makan food truck Hafiz Rojak yang baru dibuka kat tepi pantai.
– Crocodile Adventureland Langkawi -. Tiket dah beli awal dengan online agent & tebus di kaunter. Tengok buaya & jika kena pada waktunya ada sesi persembahan buaya & beri buaya makan. Kalau petang pukul 3.15pm & 3.45pm jika tak silap. Tak ramai orang di sini. (add on with additional cost – photo )
– Air Terjun Durian Perangin – Kemasukan percuma & boleh mandi manda serta berkelah di air terjun. Datang sebelum pukul 5.00pm kalau taknak ramai orang. Tapi weekdays memang tak ramai orang. Sebelum masuk boleh singgah beli air kelapa sedap RM2/cup. Ada kedai-kedai lain juga di tepi tu, tapi takde pelanggan.
– HiG Duty Free Complex – Kat sini boleh tahan ramai juga manusia. Banyak offer sebab ada coklat yg dah menghampiri expiry date. Boleh rambang mata sampai terlupa pembelian boleh melebihi check in berat bagasi.
– Langkawi Wildlife Park – Tak sempat pergi sebab kesuntukan masa.
– Dataran Lang – Tempat bergambar di sekitar patung burung helang gergasi. Ramai orang tapi tak sesak. Kalau travel bersama kanak-kanak, waktu malam boleh menyewa rides yang meriah dengan lampu yang disediakan di laman Dataran Lang. Dewasa pun boleh naik sama.
Day 3 (Jumaat) – Beras Terbakar – tempat favourite untuk beli kain sarung, kain pelekat & souvenir. Kalau boleh nak beli setiap kedai kat sini, kesian para peniaga dah lama tak dapat pelanggan yang ramai. Singgah la jugak 3-4 kedai beli sana sikit, sini sikit. Kebanyakan kedai tutup pukul 5-6pm.
– Langkawi Skycab Cable Car – Park kereta kat Standard Parking yg lebih murah. Cuaca mendung & kadang-kadang hujan renyai tapi nasib baik kereta kabel tetap beroperasi. Tiket dah beli awal dengan online agent & tebus di kaunter 6. Kat stesen bawah nampak tak ramai orang & tak queue sangat pun tapi bila sampai kat Skybridge boleh tahan ramai juga tapi tak sesak.
– Kepada yang confuse pasal tiket Skybridge ini, memang dah termasuk dalam tiket Skycab tetapi anda kena bayar Rm10-dewasa & RM7-kanak2 untuk naik Skyglide (kenderaan turun naik ke Skybridge) melainkan jika anda nak hiking. Sediakan cash money secukupnya sebab kat atas tak boleh guna kad debit/kredit. Tengok mat saleh yg hiking turun pun mereka beli tiket Skyglide untuk naik ke atas balik.
– Saya memang bawa payung sebab risaukan hujan. Kat Skybridge ni boleh jalan-jalan ambik gambar sebab kabus tebal kat sini. Sekali sekala rasa hujan rintik-rintik, mungkin juga sebab kabus tebal.
– Selesai di Skybridge, balik beratur untuk naik Skyglide juga untuk ke stesen atas tadi. Kekerapan Skyglide adalah setiap 5 minit. Kemudian naik tangga untuk ke atas lagi untuk panorama view lain pula. Sebelum Covid ada restoran tapi sekarang dah tutup. Tandas percuma disediakan di atas.
– Masa balik, sampai stesen bawah dekat pukul 6.00pm dah. Tak sempat nak masuk Skyrex, Skydome & 3D Art Langkawi yang sudah bersekali dengan pakej Skycab. Kalau nak masuk semua tu elok datang seawal pukul 12.00pm ye.
– Singgah sekejap kat Machinchang Petland (ada pony nakal) kat belakang stesen Skycab, tengok dari luar je lah. Nak masuk kena bayar tapi diorang nak tutup dah. (add on with additional cost – photo & tiket Skyglide )
Day 4 (Sabtu) – Kilim Geoforest Park – 9.00am berada di jeti untuk mangrove tour 2 jam ala2 Sungai Amazon. Tiket dah beli awal dengan online agent. Selesai berurusan dgn agent, terus naik boat. Untuk private boat selesalah sebab takde orang lain. Bot berhenti untuk bagi helang makan (seeloknya ambil bot waktu pagi) kemudian ke Laut Andaman, boleh nampak landmark Kilim Geoforest Park, Pulau Kasut & nun jauh di sana nampak bukit di Satun, Thailand.
– Sempat juga bot menyusuri Gua Buaya. Persinggahan kedua di sangkar ikan & restoran terapung. Persinggahan ketiga & terakhir di Gua Kelawar. Bayar tiket masuk & sewa torchlight, boleh suluh2 kelawar dalam gua. Anak-anak pulak takut dengan kegelapan gua ni, terpaksa keluar dari gua awal skit. (add on with additional cost – photo & makan di restoran terapung jika pakej 3 atau 4 jam)
– Underwater World Langkawi – Yang saya perasan kat parking dalam ni sini dah jadi free parking. Tiket Underwater World dah beli awal dengan online agent & tebus di kaunter. Tengok hidupan laut di akuarium besar serta haiwan-haiwan lain. Masa keluar boleh singgah Coco Valley & The Zon Duty Free yang sama bangunan.
– Banyak tempat sebenarnya nak pergi tapi tu lah, memang tak sempat & tak seperti yg scheduled. Pukul 4.30pm check out lewat hotel & terus ke airport untuk flight 6.25pm. Serah kereta sewa & ambil balik deposit.
– Masa balik proses biasa je di airport & semestinya lebih cepat berbanding dengan inbound. Tiada lagi check vaksin & ujian Covid bagai. Cuma ambil masa sikit untuk kastam, timbang-timbang beg-beg bagai tu, beg beranak.
– Alhamdulillah sampai KLIA2 tepat pada waktunya. Tunggu free shuttle bas di Level 1 tak sampai 20 minit & terus ke LTCP. Sampai LTCP jamak solat siap-siap, bayar parking RM82 untuk 4 hari. LTCP sekarang ada diskaun parking 50%. Tak penuh pun parking kat sana, banyak yang kosong.
Tempat tumpuan lain yang mungkin anda kena lawati: – Legenda Park – Paradise 101 – Telaga Habour – Oriental Village – Seven Wells Waterfall – Wildlifepark Langkawi – Air Hangat Village – Island Hoping – Idaman Suri (shopping lebih kurang kat HiG) – Galeria Seri Perdana (Galeri Tun Mahathir – berbayar) – Temoyong Night Market – Thursday – Air Hangat Night Market – Fri – Makam Mahsuri
Makan – Pak Teh Mihun Sup – Laksa Ikan Sekoq Ori – Lejen Village Seafood – Kak Yan Nasi Campur – Kak Chik – Nasi Campur Top B.B.Q – Nasi Campur Jeti – Nasi Dagang Abe – Restoran Aliah (Ikan Bakar) – Bella Restaurant (Cenang) – Mak Iti D’Machang Kafe
Bila tiba musim cuti sekolah atau hujung minggu, zoo antara tempat yang paling mudah untuk dirancang sebagai lokasi aktiviti keluarga. Selain anak-anak dapat berjalan dan melihat haiwan dengan lebih dekat, lawatan ke zoo juga boleh jadi pengalaman belajar yang menyeronokkan.
Tak perlu tunggu percutian jauh atau bajet besar. Di Malaysia, ada banyak zoo, taman haiwan dan petting zoo yang sesuai untuk dikunjungi bersama anak-anak. Ada yang terkenal dengan night safari, ada yang berkonsepkan taman haiwan interaktif, dan ada juga yang sesuai untuk lawatan santai separuh hari.
Berikut antara zoo di Malaysia yang menarik untuk dimasukkan dalam senarai percutian keluarga.
Zoo Negara antara zoo paling terkenal di Malaysia dan menjadi pilihan keluarga, terutama yang tinggal di sekitar Lembah Klang. Terletak di Ampang, Selangor, zoo ini menempatkan pelbagai jenis haiwan seperti gajah, zirafah, harimau, singa, burung, reptilia dan banyak lagi.
Tempat ini sesuai untuk anak-anak kerana mereka boleh melihat pelbagai haiwan dalam satu kawasan yang luas. Selain berjalan melihat haiwan, pengunjung juga boleh menikmati pertunjukan haiwan mengikut jadual yang ditetapkan.
Bagi keluarga yang membawa anak kecil, sebaiknya datang awal pagi kerana cuaca lebih redup dan anak-anak masih bertenaga untuk berjalan.
Jika mahu pengalaman yang sedikit berbeza, Zoo Taiping & Night Safari boleh jadi pilihan. Zoo ini terletak berhampiran kawasan Taman Tasik Taiping yang terkenal dengan suasana redup dan nyaman.
Pada waktu siang, pengunjung boleh melihat haiwan seperti biasa. Namun tarikan istimewa di sini ialah Night Safari, di mana pengunjung berpeluang melihat haiwan pada waktu malam. Pengalaman ini pasti menarik untuk anak-anak kerana suasananya berbeza daripada lawatan zoo biasa.
Selain itu, lokasi zoo yang berhampiran dengan Taman Tasik Taiping juga memudahkan keluarga menyusun itinerary ringkas seperti berjalan di tasik, makan di sekitar bandar Taiping dan bermalam jika mahu bercuti santai.
Zoo Melaka di Ayer Keroh juga antara zoo popular untuk percutian keluarga. Lokasinya strategik kerana berdekatan dengan beberapa tempat menarik lain di Melaka seperti Taman Buaya, Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park dan kawasan pelancongan Ayer Keroh.
Zoo ini sesuai untuk keluarga yang merancang percutian dua hari satu malam di Melaka. Anak-anak boleh menikmati pengalaman melihat haiwan, sementara ibu bapa pula boleh gabungkan lawatan zoo dengan aktiviti lain dalam satu perjalanan.
Jika mahu lebih selesa, pilih waktu pagi atau petang untuk ke sini kerana kawasan zoo biasanya lebih sesuai diteroka ketika cuaca tidak terlalu panas.
Zoo Johor juga antara zoo yang menarik untuk dikunjungi, terutama bagi keluarga yang berada di selatan tanah air. Terletak di Johor Bahru, zoo ini sesuai dijadikan aktiviti hujung minggu bersama anak-anak.
Walaupun tidak sebesar sesetengah zoo lain, Zoo Johor tetap menjadi pilihan kerana lokasinya mudah diakses dan sesuai untuk lawatan santai. Anak-anak boleh melihat pelbagai haiwan sambil berjalan dalam kawasan yang tidak terlalu membebankan.
Untuk keluarga yang berada di johor dan mahukan aktiviti ringkas tanpa perlu memandu terlalu jauh, Zoo Johor boleh dijadikan pilihan menarik.
Bagi mereka yang berada di Pantai Timur, Kemaman Zoo & Recreation Park boleh dimasukkan dalam senarai. Tempat ini bukan sekadar zoo, tetapi juga taman rekreasi yang sesuai untuk aktiviti keluarga.
Anak-anak boleh melihat haiwan, manakala ibu bapa boleh menikmati suasana santai dalam kawasan taman. Jika merancang percutian ke Terengganu atau sekitar Kemaman, tempat ini boleh menjadi hentian menarik terutama untuk keluarga yang membawa anak kecil.
Untuk percutian keluarga di Sabah, Lok Kawi Wildlife Park antara tempat yang sesuai dikunjungi. Taman hidupan liar ini terletak tidak jauh dari Kota Kinabalu dan menempatkan pelbagai haiwan termasuk spesies tempatan Borneo.
Tempat ini menarik kerana anak-anak bukan sahaja dapat melihat haiwan, tetapi juga mengenali hidupan liar yang ada di Sabah. Bagi keluarga yang bercuti ke Kota Kinabalu, lawatan ke Lok Kawi Wildlife Park boleh dimasukkan dalam itinerary separuh hari.
Farm In The City bukan zoo besar seperti Zoo Negara, tetapi konsepnya sangat sesuai untuk anak-anak kecil. Terletak di Seri Kembangan, Selangor, tempat ini berkonsepkan taman haiwan interaktif.
Anak-anak boleh melihat dan mendekati haiwan jinak seperti arnab, kambing, burung, kura-kura dan beberapa haiwan lain. Konsep petting zoo seperti ini sesuai untuk kanak-kanak kerana mereka dapat pengalaman lebih dekat dan tidak sekadar melihat haiwan dari jauh.
Tempat ini juga sesuai untuk keluarga yang mahukan aktiviti pendek tanpa perlu berjalan terlalu jauh.
Jika bercuti ke Langkawi bersama anak-anak, Langkawi Wildlife Park boleh menjadi salah satu aktiviti menarik selain pantai dan cable car. Tempat ini menempatkan pelbagai jenis burung dan haiwan kecil yang sesuai untuk lawatan keluarga.
Anak-anak biasanya suka tempat seperti ini kerana mereka boleh melihat burung berwarna-warni dan beberapa haiwan lain dalam suasana yang lebih santai. Ia juga boleh dijadikan aktiviti ringan sebelum meneruskan perjalanan ke tempat menarik lain di Langkawi.
Lost World Petting Zoo terletak dalam kawasan Lost World of Tambun, Ipoh. Jika keluarga merancang percutian ke taman tema ini, jangan lepaskan peluang membawa anak-anak ke kawasan petting zoo.
Tarikan ini sesuai untuk anak-anak kerana mereka boleh melihat haiwan dalam suasana yang lebih mesra keluarga. Selain petting zoo, kawasan Lost World of Tambun juga mempunyai tarikan lain seperti kolam air panas, taman tema air dan aktiviti rekreasi.
Ini menjadikannya pilihan yang sesuai untuk keluarga yang mahu satu destinasi dengan pelbagai aktiviti.
Untuk aktiviti pendek dalam bandar, KL Tower Mini Zoo boleh dipertimbangkan. Lokasinya di kawasan Menara Kuala Lumpur menjadikannya mudah dikunjungi oleh keluarga yang berada di sekitar ibu kota.
Walaupun berskala kecil, tempat ini sesuai untuk anak-anak yang mahu melihat haiwan tanpa perlu meluangkan masa terlalu lama. Ia juga boleh digabungkan dengan aktiviti lain di sekitar KL Tower.
Sebelum ke zoo, semak dahulu waktu operasi dan harga tiket kerana maklumat ini boleh berubah mengikut musim, cuti umum atau kerja penyelenggaraan. Jika pergi pada musim cuti sekolah, sebaiknya datang awal untuk mengelakkan kesesakan.
Bawa topi, kipas kecil, air minuman, tisu basah dan pakaian yang selesa untuk anak-anak. Kebanyakan zoo memerlukan pengunjung berjalan agak jauh, jadi kasut yang sesuai juga penting.
Untuk anak kecil, stroller boleh sangat membantu. Jangan lupa bawa sedikit makanan ringan, tetapi pastikan hanya makan di kawasan yang dibenarkan dan jangan memberi makanan kepada haiwan tanpa kebenaran pihak zoo.
Membawa anak-anak ke zoo bukan sekadar aktiviti berjalan-jalan. Ia juga boleh menjadi cara mudah untuk memperkenalkan mereka kepada dunia haiwan, alam semula jadi dan kepentingan menjaga hidupan liar.
Daripada melihat haiwan yang biasa mereka tengok dalam buku atau televisyen, anak-anak dapat pengalaman melihatnya sendiri secara lebih dekat. Inilah yang membuatkan lawatan ke zoo sentiasa menjadi pilihan menarik untuk percutian keluarga.
Jadi jika sedang mencari aktiviti hujung minggu atau idea cuti sekolah, zoo di Malaysia boleh jadi pilihan yang mudah, menyeronokkan dan bermanfaat untuk anak-anak.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Haiwan di hutan kita hari ini diancam kepupusan dek kerana manusia yang tidak bertanggungjawab. Mereka sewenang-wenangnya menceroboh hutan kita dan memasang jerat untuk mendapatkan hasil daripada binatang yang ditangkap. Yang lebih melampau, pemburu haram hutan ini didalangi oleh warganegara asing rakyat Vietnam.
Rata-rata mereka bertubuh kurus, comot dengan ketinggian kurang 160 sentimeter. Namun, kumpulan pemburu haram Vietnam terbabit dikatakan memiliki kekuatan luar biasa, yang memerlukan tiga anggota bagi ‘menumbangkan’ setiap daripada mereka.Itu antara faktor geng pembunuh harimau warga Vietnam sukar ditewaskan pihak berkuasa Malaysia dengan mudah ketika mereka berada di dalam hutan belantara.
Ia diakui sendiri Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Datuk Abdul Kadir Abu Hashim yang berkata, perkara itu bukan mitos, tetapi cabaran yang perlu dihadapi dalam usaha menumpaskan kegiatan jenayah pemburuan haram didalangi warga Vietnam.
‘Mereka ini semakin kerap menceroboh hutan simpan negara kita secara berkumpulan. Pemburu haram warga Vietnam ini mempunyai susuk tubuh kecil, namun amat ganas dan memiliki kekuatan fizikal yang sukar diterima akal. Bukan mudah untuk menangkap mereka kerana pemburu haram ini mampu terjun ke dalam gaung dan menghilangkan diri sekelip mata,’ katanya.
Menurutnya, penjenayah rimba ini cukup lincah dan cekap bergerak di dalam hutan. Malah, mereka tidak teragak-agak menyerang anggota Perhilitan menggunakan senjata tajam dibawa. Pernah berlaku seorang anggota Perhilitan terpaksa dikejarkan ke hospital akibat kepalanya ditetak kapak oleh pemburu haram yang cuba diberkas di Taman Negara tahun lalu.
‘Anggota Perhilitan pernah diserang menggunakan parang oleh empat pemburu warga Vietnam di Sungai Kemuai, Taman Negara Pahang pada Oktober tahun lalu.Paling menyedihkan apabila seorang anggota Perhilitan cedera parah di muka selepas diserang pemburu haram ini di Sungai Remis, Taman Negara, Pahang pada Ogos 2016,” tambah Datuk Abdul Kadir lagi.
Perhilitan tidak menolak kemungkinan pemburu haram Vietnam mengamalkan kepercayaan mistik, memakai tangkal selain meminum air ‘kuat’ untuk berada lama di dalam hutan. Ini terbukti apabila dalam operasi 15 April lalu di Hulu Sungai Tersat, Taman Negara Terengganu, anggota Perhilitan terpaksa berhempas pulas untuk menumpaskan dua suspek warga Vietnam.
Suspek yang memburu secara haram di hutan itu terpaksa diserang hendap ketika tidur bagi mengelak mereka bertindak balas menggunakan senjata tajam dibawa. Berlaku pergelutan berikutan suspek enggan menyerah diri memaksa anggota Perhilitan menggunakan segala kudrat untuk menumpaskan suspek.
“Mereka ini amat ganas dan akan melawan jika mahu diberkas. Malah, agak tidak masuk akal apabila mereka mampu terjun ke dalam gaung sedalam berpuluh meter ketika melarikan diri. Memang sukar dipercayai, namun keupayaan mereka hidup berbulan di dalam hutan membuktikan mereka bukan calang-calang penjenayah,” terangnya.
Hasil pemeriksaan pada sarang sulit didiami pemburu haram itu, Perhilitan menemui bahagian harimau (kuku dan taring harimau belang), barangan disyaki bahagian beruang (hempedu, taring dan kuku), bahagian disyaki babi hutan selain hidupan liar lain serta peralatan memburu.
Penjenayah dipercayai berjaya menjerat hidupan liar menggunakan jerat dawai yang dipasang dan sekurang-kurangnya dua harimau belang, dua harimau kumbang, tiga beruang dan 12 babi hutan berjaya dijerat.
Semua barang kes berkenaan disita dan dibawa ke Pejabat Perhilitan untuk tindakan lanjut, manakala sitaan turut membabitkan pasport serta telefon bimbit milik suspek. Siasatan mendapati penjenayah rimba ini akan melapah dan menyembunyikan bahagian haiwan liar di lokasi rahsia sebelum diseludup keluar.
Setakat ini, 68 pemburu haram Vietnam berjaya diberkas dan diambil tindakan mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).
Pada 6 Julai tahun lalu, empat lelaki dan dua wanita Vietnam ditahan pegawai Perhilitan selepas didapati menyimpan beberapa bahagian hidupan liar termasuk kulit, taring dan kuku harimau tanpa dokumen sah. Suspek yang diberkas di kilang papan di Kuala Lipis Pahang adalah pemburu haram hidupan liar yang aktif membunuh harimau dan hidupan lain menggunakan jerat kabel.
Hasil penahanan itu, Perhilitan menemui dua kulit harimau, 20 unit kuku beruang, empat unit tanduk kambing gurun, 12 unit taring babi hutan dan 39 kilogram daging hidupan liar dianggarkan bernilai lebih RM500,000.
Bayangkan berada di sebuah bandar kecil yang dikelilingi gunung bersalji, suhu dingin mencengkam dan langit gelap hampir sepanjang hari. Inilah keunikan Longyearbyen, Norway, sebuah...