Penginapan ketika melancong samada di hotel, resort, homestay atau hostel sekali pun adalah perkara paling penting untuk difikirkan sebelum membuat keputusan untuk ke sesuatu lokasi.
Khusus di lokasi tumpuan pelancong, banyak lokasi penginapan yang tumbuh bak cendawan. Pelbagai cara promosi dilakukan oleh premis penginapan agar pelancong memilih hotel, resort atau homestay mereka sebagai pilihan percutian. Antaranya dengan penyediaan dekorasi kreatif menarik di dalam setiap bilik menggunakan tuala mandi atau tuala muka.
Bayangkan, tengah penat dan letih akibat perjalanan jarak jauh, masuk sahaja bilik hotel, tuala-tuala dengan dekorasi unik menyambut anda. Pasti anda akan tersenyum jika dapat melihat tuala-tuala comel ini bukan?
Ads
Ads
Menarik kan? Jika anda berminat, setelah tempahan penginapan di buat cuba hubungi tempat penginapan anda samada boleh hasilkan dekorasi sebegini atau tidak. Jika bernasib baik, hotel tersebut pasti tunaikan permintaan anda.
Ads
Sumber Foto: Google Image
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Indonesia, antara syurga percutian dek kerana negara itu dikurniakan banyak lokasi menarik untuk bercuti. Dalam pada anda bergembira di sana, jangan terlupa pantang larang yang Libur nak kongsikan ini. Bukan apa, Libur cuma harapkan percutian anda berjalan lancar, itu sahaja.
Pantang larang pertama yang perlu anda tahu sewaktu bercuti ke Indonesia adalah:
Jangan minum arak atau main daun terup di khalayak ramai
Jangan sesuka hati nak togak arak di depan kedai Fatimah Ayam Golek atau bermain daun terup di kedai Ramli Pecal Lele apabila anda berada di sana. Kedua-dua perkara ini adalah satu perbuatan yang buruk di mata masyarakat di sana sebab minuman beralkohol memabukkan dan bermain daun terup ni dikaitkan dengan berjudi. Undang-undang Indonesia masih mempunyai pengaruh Islam yang kuat. Jadi berhati-hati. Macam mana dengan Bali? Bali tu masuk cerita lain, haha.
Jangan bergurau tentang bangsa, agama atau etnik
Semua tahu, warga Indonesia terdiri daripada pelbagai suku kaum, bangsa, agama, etnik, budaya, kepercayaan dan pegangan hidup. Jadi, sekiranya anda melancong ke sana, belajar untuk menghormati kepelbagaian mereka dan jangan sesekali menghina bangsa atau agama kerana ia boleh berakhir dengan pergaduhan. Isu berkaitan perkara-perkara sensitif tidak sepatutnya dipandang enteng oleh setiap pelancong yang datang.
Jangan terlalu bergantung harap pada kad kredit
Kalau anda seseorang yang tidak suka bawa wang tunai, you need to say, Houstan, we got a problem. Sebab di Indonesia, tak banyak kawasan yang mempunyai akses untukpembayaran tanpa tunai dan sekiranya anda melancong di kawasan kebudayaan dan sebagainya, anda perlu membayarnya dengan tunai.
Jangan seludup dadah
Dadah adalah perkara yang serius di Indonesia dan jika anda tertangkap di sana kerana memiliki atau mengedar dadah, ucapkanlah selamat tinggal Malaysia. Anda akan dihukum mati dan hukuman ini juga tergunapakai untuk pelancong antarabangsa.
Jangan menumpang orang sesuka hati. Kalau boleh elakkan
Anda harus berhati kalau ada orang menawarkan pertolongan ketika dalam perjalanan seperti ajak tumpang kereta dan sebagainya kerana mereka mungkin mengharapkan sesuatu sebagai balasan daripada anda. Meskipun hitchhike ni nampak cool dalam movies, tapi sebenarnya dialam realiti, ianya tak. Banyak kes di mana pelancong telah dibawa ke tempat yang lebih jauh daripada destinasi dan diugut supaya memberikan mereka wang. Sekiranya anda bakal ke Indonesia, Libur harap anda dapat mengelakkan daripada berbuat lima perkara diatas.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bagi anda yang sudah biasa melancong ke luar negara, tentu tahu apa kepentingan pasport. Pastikan pasport sentiasa diperbaharui dan jangan tunggu hingga saat-saat akhir barulah terfikir untuk memperbaharui pasport, huru-hara dibuatnya. Baru semangat hendak bercuti, tidak fasal-fasal pula dibatalkan. Potong betullah!
PERBEZAAN
Ramai yang bertanyakan apa perbezaan antara pasport dan visa. Secara ringkas, pasport merupakan satu dokumen sah bagi membenarkan seseorang rakyat negara terbabit untuk melancong ke luar negara. Pasport meliputi identiti seseorang termasuk gambar, tandatangan dan perihal diri yang penting. Visa pula kebenaran untuk masuk ke sebuah negara asing dalam satu tempoh yang tertentu. Biasanya, visa di cap di pasport pemilik tersebut.
PASPORT
Syarat utama, anda haruslah warganegara Malaysia. Terdapat dua bayaran iaitu RM100 untuk tempoh dua tahun dan RM300 untuk tempoh lima tahun. Bagi bayaran warga emas (60 tahun ke atas) dan kanak-kanak (12 tahun ke bawah), bayaran RM80 untuk tempoh dua tahun dan RM150 untuk tempoh lima tahun dikenakan. Manakala, golongan orang kurang upaya (OKU) tidak dikenakan sebarang bayaran. Bayaran separuh harga pula hanya dibenarkan untuk remaja yang belum sampai 21 tahun yang sedang belajar di luar negara. Kemudian anda hanya perlu ke Pejabat Imigresen atau Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
VISA
Permohonan visa pula boleh dibuat di mana-mana Pejabat Atas Imigresen, Konsulat, Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Kedutaan Malaysia atau di Konsulat British bagi negara yang tidak mempunyai Pejabat Perwakilan Malaysia. Untuk mendapatkan visa, dokumen seperti pasport yang masih laku, salinan borang tertentu, gambar dan tiket penerbangan perlu ada. Bagi anda yang mahu tahu lebih lanjut, anda bolehlah merujuk kepada laman www.imi.gov.my.
Haa… Tunggu apa lagi? Sudah ada dokumen perjalanan sah, jangan lupa bagasi dan perkara-perkara penting untuk dibawa bersama. Pastikan anda membuat salinan dokumen, kurangkan membawa wang tunai sebaliknya guna kad kredit atau cek kembara. Lebih selamat jika anda berjalan secara berkumpulan untuk mengelakkan tersesat sendirian di bumi asing. Sekali lagi, buku merah jangan lupa bawa. Itu benda paling penting untuk keluar melancong.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Setiap destinasi yang anda kunjungi mempunyai pemandangan, karakter dan suasana tersendiri.
Mengambil gambar yang indah ini tidak semestinya memerlukan kamera yang canggih dan mahal. Berbekalkan kamera digital atau telefon berkamera piksel besar sudah memadai.
1. Sudut Lantai
Biasanya anda mengambil gambar dengan tangan ke atas untuk mengambil gambar bangunan mahupun gambar rakan yang berlatarbelakangkan bangunan bersejarah. Malangnya gambar yang terhasil lebih menampakkan bangunan dari jarak jauh dengan rakan anda yang tidak ubah seperti semut kecil. Kali ini, cuba tangkap gambar dari lantai. Meniarap lebih bagus dan gambar bangunan akan kelihatan lebih besar.
2. Kaji Tempat
Perkara ini memang sangat penting tetapi kita jarang mengamalkannya. Apabila sampai ke destinasi melancong, jangan lupa ambil beberapa risalah untuk mengetahui beberapa lokasi hebat. Ia amat merugikan jika ada beberapa lokasi menarik yang anda terlepas untuk mengambil gambar sebagai kenang-kenangan.
3. Gambar Halus
Ramai yang tidak tahu fungsi macro yang terdapat pada kamera digital atau telefon berkamera. Fungsi macro bertujuan untuk mengambil gambar yang halus dengan lebih terperinci dan jelas. Disebabkan itu setiap butang macro ada simbol bunga. Cuba anda ambil gambar bunga dan zoom. Hasilnya sangat cantik jika anda pandai mengaplikasinya.
4. Ambil Gambar Makan
Ketika melancong, jangan lupa ambil gambar makanan. Tidak semua destinasi mempunyai makanan yang sama. Makanan melambangkan keunikan sesebuah tempat lebih-lebih lagi jika anda melancong ke luar negara. Ambil seberapa banyak gambar makanan sehingga ia boleh membuatkan orang terliur melihatnya. Anda boleh ambil dua sudut gambar makanan iaitu dari atas dan dari tepi yang menampakkan pinggan.
5. Gambar Berwarna
Setiap kali melancong, elak mengenakan pakaian yang gelap. Untuk menambah ‘seri’ keindahan gambar yang anda tangkap, pastikan anda memakai pakaian yang berwarna terang dan menyerlah seperti merah, kuning, hijau atau oren. Pakaian yang menyerlah membantu gambar yang anda tangkap menjadi lebih menarik dan menonjol.
6. Cuaca Baik
Untuk mendapatkan gambaran yang lebih ‘hidup’ dan semulajadi, tunggu cuaca yang baik seperti langit membiru dan awan yang berkepul-kepul. Mempunyai latar belakang yang bercuaca baik menyebabkan anda secara tidak langsung pandai mengambil gambar seolah-olah seorang jurugambar profesional.
Tolak tepi kamera seperti DSLR. Siapa kata tidak mempunyai kamera canggih tidak boleh mengambil gambar-gambar menarik? Lepas ini, tempah saja tiket penerbangan tanpa perlu meminjam kamera teman kerana kamera biasa juga boleh meninggalkan seribu kenangan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...