Disneyland Shanghai Dibuka Semula. Tiket Laris Habis Dijual!

Share

Setelah hampir tiga bulan terpaksa ditutup bagi mengekang penularan COVID-19, taman tema Disneyland Shanghai kini dibuka semula bermula 11 Mei 2020.

Pembukaan kembali taman tema ini mendapat sambutan apabila jualan tiket dilancarkan untuk tiket kemasukan buat hari-hari pertama pembukaan Disneyland  Shanghai berjaya habis dijual dalam tempoh yang singkat.

straitstimes.com
straitstimes.com

Walau bagaimanapun, setiap pengujung yang datang berhibur perlu mengamalkan perintah penjarakan sosial serta mengenakan penutup hidung dan mulut. Kerja-kerja pembersihan akan senitasa dilaksanakan di taman tema ini supaya dapat mengelak jangkitan wabak COVID-19.

Jumlah pengunjung yang dibenarkan memasuki Disneyland turut telah dihadkan pada kadar 30 peratus daripada kapasiti pengunjung yang biasa diterima, iaitu selaras dengan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.

gettyimage
gettyimage
gettyimage
gettyimage
gettyimage
gettyimage

straitstimes.com
globaltimes.cn
gettyimage
gettyimage
gettyimage
gettyimage
forbes

Ini menjadi langkah signifikan buat syarikat Walt Disney Co yang terkesan apabila terpaksa menutup semua taman tema di Asia, Amerika Syarikat dan Perancis. Minggu lepas, eksekutif-eksekutif Disney menganggarkan kerugian sebanyak AS$1.4 bilion (kira-kira RM6.1 bilion) yang terpaksa ditanggung akibat penutupan premis di serata dunia.

Sumber: astroawani

IKLAN