Dream Vacation Sangat Kalau Dapat Jejak Kanada Sampai 15 Hari Macam Wanita Ni

Share

Setiap orang pasti ada percutian impian yang diinginkan. Walaupun hanya memasang impian, tidak mustahil untuk direalisasikan. “Dia boleh la, duit banyak, anak orang kaya, kerja gaji besar” No..no! Big NO! Sebenarnya dalam hidup, kalau sesiapa sahaja berusaha, pasti boleh dapat.

Kadang kala hanya dengan melihat rakan-rakan yang sering kali melancong ke sana ke mari juga pasti memberi motivasi kepada anda untuk ‘menggerakkan’ impian menjadi realiti. Pertama apa yang boleh anda buat, cuba untuk kumpul sebanyak mana yang boleh ‘duit poket’ untuk melancong dan kedua sambil itu cari maklumat lokasi yang anda impikan. Macam wanita ini, beliau berkongsi percutian ke Kanada yang menjadi dream vacation penulis sejak sekian lama. Jom baca perkongsiannya.

Sesuatu yang membuatkan #Canada mendahului senarai dunia (selain sukan hoki), adalah taman negaranya. Menjadi negara perintis dalam pengurusan ekologi sejak abad ke-19, negara ini memiliki lebih 40 taman negara. Semestinya destinasi pilihan buat pencinta alam. Saya memilih kembara merentasi wilayah British Columbia dan Alberta. Kawasan banjaran gunung-ganang ‘The Canadian Rockies’. Melalui Icefields Parkway (Hwy 93), antara lebuhraya dengan pemandangan tercantik di dunia.

  • 2 wilayah,
  • 5 National Park,
  • 5 Provincial Park,
  • 15 hari,
  • 3,500 kilometer.

Saya kongsikan itinerarinya buat panduan bagi yang berminat dan merancang ke sana. (Gambar dikongsikan pada akhir sekali)
.

Hari 1 : Kuala Lumpur – Vancouver

Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Vancouver. Transit di Manila melalui Philippine Airlines. Ambil kereta sewa dan bermalam di Vancouver.
.

Hari 2 : Vancouver – Whistler

Perjalanan ke Whistler sejauh 135 km sambil menikmati panorama sepanjang Sea to Sky Highway (Hwy 99). Singgah di Murrin Provincial Park dan Shannon Falls Provincial Park.

Bermalam di Whistler. Whistler terkenal dengan aktiviti ski pada musim salji, dan pernah menjadi lokasi acara sukan Olimpik 2010.
.

Hari 3 : Whistler – Kamloops

Perjalanan diteruskan ke Kamloops, lebih kurang 300 km. Sempat singgah di Nairns Falls Provincial Park dan Joffre Lakes Provincial Park.

Kamloops merupakan hentian utama bagi kebanyakan pengunjung sebelum memasuki kawasan Taman Negara. Pernah menjadi lokasi penggambaran filem ’Power Rangers’ pada tahun 2017.
.

Hari 4 : Kamloops – Hinton

Dari Kamloops, kami bergerak meneroka ‘hidden gem’ Wells Gray Provincial Park. Terpesona dengan kecantikan set air terjun yang ada, antaranya Helmcken Falls, Dawson Falls dan Spahats Falls.

Seterusnya memasuki wilayah Alberta melalui Jasper ke Hinton, untuk bermalam di sana. Jumlah perjalanan 530 km.
.

Hari 5 : Jasper National Park

Jasper berkeluasan 11,000 km persegi dan merupakan taman negara terbesar di Canadian Rockies.

Kami meluangkan masa seharian di Maligne Lake, Medicine Lake dan Maligne Canyon. Sebelum kembali ke Jasper dan bermalam semula di Hinton.
.

Hari 6 : Hinton – Banff – Canmore

Dari Hinton, perjalanan diteruskan ke Banff National Park. Melalui Icefields Parkway (Hwy 93) yang menghubungkan Jasper dan Lake Louise. Sangat banyak tarikan yang memukau dan mempesonakan di sini.

Athabasca Falls, Sunwapta Falls, Columbia Icefield, Peyto Lake dan Bow Lake. Bermalam di Canmore.
.

Hari 7 : Banff National Park

Banff merupakan taman negara tertua di Canada sejak tahun 1885. Memiliki bilangan pelancong yang lebih ramai berbanding taman negara lain.

Kami menghabiskan masa di Lake Louise dan melakukan aktiviti berkayak. Sebelah petangnya, berjalan-jalan di bandar Banff.
.

Hari 8 : Banff National Park

Awal pagi, kami bergerak ke Lake Moraine. Tasik ini turut menjadi lokasi tumpuan kerana kecantikannya yang tiada tandingan. Bersaiz lebih kecil berbanding Lake Louise, namun landskapnya lebih spectacular!

Dari Lake Louise, kami ke Lake Minnewanka. Berehat-rehat sambil menghirup kopi.
.

Hari 9 : Canmore – Golden

Dari Canmore, perjalanan diteruskan ke Golden sejauh 165 km. Ia merupakan bandar lokasi strategik di antara Taman-taman Negara Yoho, Glacier dan Mt Revelstoke. Memasuki semula wilayah British Columbia.
.

Hari 10 : Yoho National Park

Meneroka tarikan Yoho National Park, bermula di Takkakaw Falls iaitu air terjun kedua tertinggi di Canada. Seterusnya ke Natural Bridge, Emerald Lake dan Bear Creek Falls.

Kami singgah di Rogers Pass viewpoint. Mendalami sejarah pembinaan sistem pengangkutan dan lebuhraya Canada di puncak tertinggi Trans-Canada Highway (Hwy 1).
.

Hari 11 : Golden – Revelstoke

Setelah 2 malam di Golden, perjalanan diteruskan ke Glacier National Park dan Mt Revelstoke National Park. Dalam cuaca yang tidak menentu dan sekejap-sekejap hujan, sempat juga hiking dan trekking di beberapa trail yang disediakan. Bermalam di Revelstoke.

Apa yang dapat diperhatikan, perubahan struktur geografi mempengaruhi cuaca dan keadaan muka bumi. Dari hutan alpine di Alberta, menjadi seperti hutan hujan subalpine di British Columbia.
.

Hari 12 : Revelstoke – Kelowna

Perjalanan diteruskan ke Kelowna, lebih kurang 200 km. Kawasan bandar penempatan di lereng bukit, serta terdapat banyak ladang ternakan dan buah-buahan. Ia terletak tidak jauh dari Okanagan Valley, yang menjadi hub tanaman anggur.
.

Hari 13 : Kelowna – Vancouver

Dari Kelowna, perjalanan pulang ke bandar Vancouver sejauh 400 km. Bermalam di Vancouver.
.

Hari 14 : Vancouver

Berjalan-jalan dan souvenir shopping di sekitar Vancouver CBD. Meluangkan masa melawat Masjid Ar-Rahman di North Vancouver dan bertemu komuniti muslim di sana.
.

Hari 15 : Vancouver – Kuala Lumpur

Penerbangan dari Vancouver ke Kuala Lumpur. Transit di Manila.

Little cute things.. “oh deer”..
McArthur Glen Designer Outlet, near the airport. Just ‘window shopping’
West Hastings Street, Vancouver

Masjid Ar-Rahman, North Vancouver.
The only Sunni Muslim mosque in North Vancouver, BC. North Vancouver Islamic Association acquired a church and with the grace of Allah transformed it and founded Masjid Ar-Rahman by March 2013.
Masjid Omar al-Farooq, not so far from our accommodation.
‘Bear’ always be the favourite
Learn something?
Natural Bridge, Yoho National Park.
Bear Creek Falls, Glacier National Park. The real ‘hidden-gem’.
Residence at Fraser Street, Vancouver
Lokasi: Lake Moraine, Banff National Park
Papan tanda informasi langkah berjaga-jaga menghadapi beruang.
Lokasi: Mt Revelstoke National Park
Kenangan di Peyto Lake.
Maka, berkayak lah kita. Pengalaman itu mahal.
Natural Bridge. Seperti namanya, Natural Bridge menyerupai jambatan batuan asli. Sebelum ini, ia adalah air terjun.
Jujurnya, saya terkesima melihat bukti kuasa alam ini. Bagaimana air yang sifatnya halus boleh melawan batu yang keras, dan akhirnya batu bergerak dan berkumpul menghalang laluan air. Struktur berubah menjadi sesuatu yang berbeza, dan ia akan terus berubah.
Takkakaw Falls
Kawasan tertentu akan ditutup sekiranya kekerapan beruang keluar adalah tinggi. Perlu sentiasa alert.
Lokasi: Rogers Pass Discovery Centre
Daun maple di Hemlock Grove Broadwalk, Glacier National Park.
Driving in Vancouver CBD was not easy, but worth a try.
Antara pemandangan Icefields Parkway (Hwy 93).
Lake Moraine
Takkakaw Falls, Yoho National Park.
Air terjun ke-2 tertinggi di Canada.
Meja piknik pun ada makluman.
Lokasi: Medicine Lake, Jasper National Park
Disebabkan waktu sekarang masih lagi dalam ‘peak season’, kami menaiki shuttle bus dari Park n Ride Lake Louise ke Lake Moraine.
Athabasca Falls
Lokasi: Tepi jalan Icefield Parkway (Hwy 93)
Sekumpulan elk berehat. Kemunculan wildlife ini memang ditunggu-tunggu.
Sungai kecil di tepi jalan. Hayati muzik air mengalir, hilang semua masalah dunia.
Sampai je kat atas, speechless. Ini lah Lake Moraine.
Berhujan di Mt Revelstoke.
Lake Louise. Dari segi saiz, tasik ini 2 kali lebih besar dari Lake Moraine. Dan juga lebih crowded dengan pelancong.
Pertemuan 2 sungai, Yoho River dan Kicking Horse River.
Air Yoho River lebih putih dan keruh akibat campuran mineral dari glacier, manakala Kicking Horse River lebih jernih kerana sedimen mineral telah mendap.

Pokok-pokok besar di Giant Cedar Broadwalk, Mt Revelstoke National Park. Hidup simbiosis.
Lokasi pertemuan 2 sungai menjadi 1.

Untuk melihat view cantik tasik, perlu naik sikit ke atas bukit.
Dia bagi warning bukan biasa-biasa. Mengharap juga nak jumpa bear.
Puncak jalan raya tertinggi Trans-Canadian (Hwy 1) di Rogers Pass.
Emerald Lake, Yoho National Park.
Spahats Falls. Macam bridal veils.
Gigih berhenti tepi highway nak ambil gambar signboard ni.
Aktiviti outdoor sambil berhujan.
Lokasi adalah di Nairn Falls Trail. Hutan alpine dan sungai glacier di sebelahnya.
Juga boleh berkayak di Lake Louise.

Papan tanda menceritakan tentang ‘The Power of Water’!
Lake Minnewanka
Comel pula tengok 2 ekor ni. Teringat kucing kat rumah.
Tong sampah ‘bear-proof’.
Lokasi: Takkakaw Falls, Yoho National Park
Sunwapta Falls
Lokasi Lake Minnewanka tak jauh dari bandar Banff. Terkenal dengan aktiviti memancing ikan trout.

Moga ada manfaat.

Sumber: FB Hawa Mayati – Nature roadtripper

IKLAN