Sejumlah 40 pelancong termasuk warganegara Malaysia yang sedang menikmati keindahan lokasi Air Terjun Tiu Kelep, Desa Senaru, Lombok Utara pada petang semalam (Ahad) berdepan situasi cemas apabila gempa bumi yang melanda wilayah tersebut menyebabkan kesan tanah runtuh.
Ketua Bahagian Hubungan Masyarakat dan Protokol Lombok Utara, Deddy Mujaddid Muhas, memberitahu kepada media, terdapat dua orang terkorban akibat insiden tanah runtuh berkenaan. Terdapat kurang lebih 40 orang pelancong terkena kesan tanah runtuh di sekitar lokasi kejadian, kebanyakannya pelancong dari Malaysia dan juga tempatan. Difahamkan, terdapat 22 pelancong rakyat Malaysia berada di lokasi alam semula jadi itu sewaktu kejadian berlaku.
Lima orang sudah dipindahkan, dua orang meninggal dunia manakala yang selebihnya mengalami kecederaan, selain seorang kini dirawat di pusat kesihatan masyarakat Bayan. Gempa berukuran 5.8 magnitud itu menggegarkan Lombok, Nusa Tenggara Barat sekitar jam 3.07 petang waktu tempatan, disusuli gegaran kedua sekuat 5.2 magnitud.
Ads
Kedutaan Besar Malaysia di Indonesia dalam satu kenyataan mengesahkan dua warganegara Malaysia terkorban dalam tragedi itu. Salah seorang lagi merupakan Timbalan Ketua Pengarang Eksekutif sebuah akhbar harian berbahasa Cina, Sin Chew Daily Datin Tai Siew Kim. Seorang lagi rakyat tempatan yang disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di kawasan Air Terjun Kelep Senaru, Lombok, dikenal pasti sebagai Lim Sai Wah.
Ads
Sementara itu, Pegawai Kedutaan dijangka tiba di Lombok pagi ini untuk menghulurkan bantuan konsular kepada warganegara Malaysia yang terlibat dalam tragedi tersebut.
Ads
Rakyat Malaysia yang berada di Indonesia atau ingin merancang perjalanan ke negara itu untuk mendaftar dengan pihak kedutaan melalui pautan ini, https://goo.gl/ixYVfy .Warganegara Malaysia lain yang berada di Lombok atau kawasan sekitar yang terkesan susulan gempa bumi ini boleh menghubungi Pegawai Bertugas Kedutaan Besar Malaysia di talian +62 813 80813036.
Warganegara Malaysia adalah dinasihatkan untuk sentiasa tenang dan mematuhi arahan terkini yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Sebelum ini, ramai penumpang yang membuat aduan dan memberi maklum balas mengenai penerbangan terhad untuk laluan Kuching-Sibu hingga menyukarkan orang ramai dan perancangan penting banyak tergendala.
Buat penduduk Kuching atau Sibu, anda tidak perlu susah ahti lagi kerana syarikat penerbangan AirAsia Berhad bersetuju untuk meningkatkan jumlah penerbangan bagi laluan dua hala Kuching dan Sibu.
Penerbangan untuk kedua-dua laluan itu akan ditambah kepada 21 penerbangan berbanding tujuh penerbangan seminggu sebelum ini. Penambahan ini akan berkuat kuasa 1 Ogos 2020. Selain itu, AirAsia juga bersetuju untuk menambah penerbangan laluan sama kepada dua kali sehari bagi tempoh 17 hingga 31 Julai 2020.
Dengan peningkatan kekerapan penerbangan itu diharap akan memenuhi permintaan orang ramai sekali gus mempercepatkan pemulihan ekonomi negeri terutama sektor pelancongan domestik. Setakat ini laluan penerbangan Kuching-Sibu-Kuching hanya dijalankan oleh AirAsia.
Ini satu berita yang sangat baik untuk industri pelancongan negara apabila kita tersenarai dalam 10 pasaran pelancongan kesejahteraan terulung Asia Pasifik. Baru-baru ini kan trending sekejap di media sosial apabila ada yang mengatakan pelancongan negara akan hambar akibat kelibat pelancong kelihatan berkurangan.
Diharapkan dengan berita tersenarainya Malaysia dalam pasalan pelancongan terulung Asia Pasifik ini, kita sebagai rakyat Malaysia boleh terus yakin dengan barisan kepimpinan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam memacu industri pelancongan ke arah yang lebih baik lagi demi sasaran 30 juta pelancong melawat Malaysia menjelang 2020.
Okay, berbalik dengan catatan terbaharu Malaysia dalam senarai tersebut, ia mencatatkan trend pertumbuhan yang positif untuk masa depan kata Presiden Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Datuk Tan Kok Liang melalui petikan berita oleh Sinar Harian.
Beliau berkata, pelancongan kesejahteraan adalah sektor yang kian berkembang maju dan Malaysia tersenarai dengan perbelanjaan RM20.5 billion dengan 8.3 juta perjalanan dan memperlihatkan trend berkembang bagi percutian dan pakej kesejahteraan terutamanya ke negara ini.
Oleh demikian, MATTA dan Persatuan Spa Malaysia (AMSPA) mengambil langkah proaktif dengan memeterai memorandum persefahaman (MOU) untuk memperkukuhkan lagi sektor pelancongan kesejahteraan ini.
MOU ini dijangka dapat menyerlahkan lagi potensi sektor pelancongan dan kekal kompetitif dalam pasaran global, sekali gus menjadikan sektor pelancongan kesejahteraan Malaysia setara dengan destinasi kesejahteraan terkenal lain di Asia.
Libur ucapkan selamat maju jaya kepada MATTA dan AMSPA dan go Malaysia! #misi30juta
Rakyat ‘hijau kuning’ pasti bangga, apabila satu lagi lapangan terbang akan dibina di negeri Kedah selepas mempunyai Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star dan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Kerajaan Persekutuan sekali lagi meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) selepas kajian mendapati Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dijangka tidak mampu menampung pertambahan penumpang pada masa hadapan.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ketika ini hanya memiliki landasan tunggal yang mampu menampung kapasiti maksimum 12 juta penumpang setahun. Ketika ini Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang merekodkan tujuh juta penumpang setahun dan jumlah itu dijangka meningkat sebaik krisis penularan wabak COVID-19 tamat atau selepas 2022.
Projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim yang diluluskan kerajaan dirancang mempunyai empat landasan menerusi projek jangka panjang sehingga tahun 2050. Pembinaan landasan pertama dan kedua akan dilakukan dalam fasa pertama dan kedua, manakala dua lagi landasan akan dibina menjelang 2050.
Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) telah meluluskan pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim untuk kali pertama sejak rancangan itu dikemukakan pada 2014. Projek pembinaan itu pernah diluluskan kerajaan pada Mac 2019 lalu namun Kementerian Pengangkutan pada beberapa bulan lalu mengumumkan penangguhan semua projek naik taraf dan pembinaan lapangan terbang baharu termasuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor kemudian mengadakan pertemuan dengan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong di Putrajaya, sebelum kedua-dua pihak setuju supaya kertas cadangan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim dibentangkan semula pada mesyuarat MPFN.
Pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim mampu memberi kesan positif kepada ekonomi walaupun ketika ekonomi negara berhadapan kelembapan disebabkan pandemik COVID-19. Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim akan menjadi pencetus perubahan ekonomi kepada Kedah dengan Pulau Pinang, Perak dan Perlis turut mendapat manfaat. Selain pembinaan lapangan terbang dan landasan utama, komponen Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim turut membabitkan pembangunan Taman Aeropolis Sidam dan pembinaan lebuh raya baru.
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...