
Perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur dapat dipendekkan hanya dalam tempoh lebih pendek menerusi projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Projek ECRL membabitkan cadangan laluan kereta api elektrik dari Wakaf Bharu, Kelantan ke Terminal Pengangkutan Bersepadu (ITT) Gombak yang mempunyai 23 stesen di sepanjang landasan sejauh 600.3 kilometer. Namun terdapat perubahan laluan untuk Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kelantan yang melibatkan empat jajahan iaitu Kota Bharu, Machang, Bachok dan Pasir Puteh.
Laluan baharu itu akan melibatkan pengambilan 1,561 lot tanah. Kerajaan negeri telah menubuhkan Jawatankuasa Koordinator Kerja bagi memilih 40 peratus kontraktor tempatan untuk pelaksanaan ECRL di Kelantan. Landasan ECRL direka kalis banjir dengan ketinggian landasan atas paras selamat banjir dan satu terowong pengangkutan terpanjang sejauh 18 kilometer dibina menghubungkan Bentong, Pahang dan Gombak.
Pembinaan stesen Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di negeri ini bakal menjadikan kawasan itu sebagai pusat bandar besar baharu dengan menyumbang lebih banyak pertumbuhan ekonomi kepada penduduk. Projek mega berkenaan akan membawa lebih banyak pembangunan, terutama di kawasan stesen sekaligus merancakkan lagi aktiviti perniagaan, pelaburan, dagangan dan pelancongan. Malah peluang pekerjaan untuk rakyat Kelantan juga bertambah dengan pembangunan yang dibawa kesan daripada pembinaan ECRL tersebut.
image via google | Sumber: Bernama
Super Scary Labyrinth Of Fear Japan, Diiktiraf Rumah Hantu Paling Menakutkan Oleh Guinness World Record

Bila sebut rumah hantu, pasti peminat dunia imaginasi ini akan terkenangkan rumah hantu di Sunway Lagoon. Sentiasa mendapat sambutan setiap kali ia diadakan, hormone andrelin ketakutan pasti merembes setiap kali melewati spot-spot jeritan.
Jika di Sunway menggunakan “hantu tipu-tipu” dan sudah membuat orang menjerit, tapi rumah hantu di Japan, Super Scary Labyrinth of Fear memberikan pengalaman paling menarik buat peminat advanture ini. Ini kerana lokasi rumah hantu ini adalah hospital lama dan ada “hantu real” dicampur hantu tipu di dalamnya. Dek kerana itulah rumah hantu ini digelar rumah hantu paling seram oleh World Guinness Book Of Records.

Baca catatan dikongsikan oleh Zunita Ramli dalam catatannya dari Jepun.
Siapa peminat rumah hantu dekat sini?
Super Scary Labyrinth of Fear adalah rumah hantu yang terletak di Taman Tema Fujikyu di wilayah Yamanashi.
Dianugerahkan sebagai Rumah Hantu Paling Menakutkan di dunia oleh World Guinness Book of Records, ianya memerlukan pengunjung berjalan sepanjang 900 meter dalam masa 40-50 minit untuk keluar dari situ.
Berbeza dengan rumah hantu biasa, Rumah Hantu Labyrinth ini adalah seperti jalan sesat atau “maze”. Pengunjung boleh masuk ikut mana-mana jalan yang diingini, tanpa sebarang manual.
Rumah hantu Labyrinth ini sebenarnya mengambil latarbelakang sebuah hospital lama di mana hospital itu asalnya digunakan sebagai “human experimentation”.
Mangsa-mangsa dari hasil eksperimen itu membalas dendam dan membunuh semua doktor dan jururawat di situ. Tidak cukup dengan itu, roh mereka tetap tidak tenang dan menyebabkan hospital itu dihantui hingga ke hari ini.
Rumah hantu ini sememangnya direka secara terperinci. Pencahayaan, bau dan hantu manusia yang disolek dengan “special effect” adalah sangat real, ditambah dengan pengunjung perlu buka sendiri beberapa pintu menjadikan susana di situ amat menakutkan.
Tak cukup dengan itu, jururawat dengan muka yang berdarah-darah membawa kepalanya sendiri berlegar-legar, hantu yang tiba-tiba muncul dari entah mana dan pelbagai lagi efek menyebabkan hampir kesemua pengunjung yang keluar dari rumah hantu ini akan menjerit ketakutan. Tapi kan.. jangan terkejut dalam ramai-ramai hantu “orang” tu, memang ada hantu betul ye
Menariknya, di situ juga ada dijual seluar dalam (underwear) kerana terdapat banyak kes pengunjung yang masuk ke dalam rumah hantu ini keluar ketakutan sehingga terkencing dalam seluar! Oh my !
.
#CatatanZunitaDiJepun
Selepas Richard Branson, Bekas CEO Amazon Pula Bakal Melancong Ke Angkasa 20 Julai

Nampaknya golongan bilionair sudah tidak menaruh minat meneroka dunia sebaliknya memilih pelancongan ke angkasa pula. Ketika ini bilionair terkenal, Richard Branson sedang berada di angkasa yang merupakan impiannya ketika kecil sekaligus menjadi bilionair pertama di dunia yang melancong ke angkasa. Dia terbang menggunakan roket Virgin Galactic miliknya. Lebih menarik, sudah ada 600 tempahan dari golongan kaya raya untuk melancong ke angkasa menerusi syarikat milik Branson itu.
Terkini, bekas bos Amazon, Jeff Bezos pula bakal terbang pada 20 Julai ini bersama denagn saudaranya Mark Bezos dan hal ini mendatangkan sedikit “iri hati” kepada Ceo Google Sundar Pichai yang juga mahu melakukan aktiviti menarik ini kerana mahu melihat sendiri bumi dari luar angkasa,” lapor Business Insider.
Bezos dan saudaranya, Mark Bezos dilaporkan akan ke angkasa menggunakan pesawat New Shepard milik perniagaannya, Blue Origin. Satu dari kerusi melancong ke angkasa ini bernilai 30juta USD dan ia telah menarik minat hampir 6000 orang dari 143 negara yang ingin terbang melalui perniagaannya itu.
Roket ini akan menuju ke tepi luar angkasa hanya 11 minit mencapai jarak 96.5 km di atas permukaan bumi sebelum kembali ke Gurun di Texas Barat.
Jeff Bezos sudah memulakan perniaaan Blue Origin pada tahun 2000. Pada tahun 2018, diaa mengakui bahawa penerbangan ini merupakan pekerjaan paling penting baginya.
Nampaknya golongan kaya tak kisah berhabisan duit untuk melancong ke angkasa.
Hebat, Orang Pekak Ditauliah Sebagai Coffee Master Pertama di Starbuck Signing Store!

Kedai Starbuck pertama di dunia yang menggunakan bahasa isyarat sebagai medium perantaraan antara pelanggan dan pekerjanya (Starbuck Signing Store) menyambut ulangtahun pembukaan kedai yang ketiga dengan meraikan kejayaan pekerja Orang Kelainan Upaya (Pekak) mereka kerana berjaya menjadi barista kopi yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan dan berjaya memperoleh sijil Advanced Coffee Masters (ACM) baru-baru ini.
Kedai Starbuck Signing Store itu terletak di Bangsar Village II dibuka pada tahun 2016, memberi peluang kepada komuniti orang Pekak dan yang mempunyai masalah pendengaran kronik di negara ini untuk berkerja dan seterusnya membina kerjaya mereka khususnya dalam bidang penghasilan kopi.
Pengurus Tanggungjawab Sosial Korporat Starbuck di Malaysia dan Brunei, Rina Siew berkata bahawa semua pekerja Pekak di Starbuck Signing Store mempunyai peluang yang cerah untuk mengembangkan kerjaya di sini dan program ACM yang dihadiri mereka mengajar kemahiran penghasilan kopi yang lebih tinggi dengan menggunakan mesin kopi yang berlainan.
Pelatih Pekak Starbuck Signing Store yang mengikuti program ACM kini mampu menghasilkan kopi berkualiti dengan menggunakan teknik yang dipanggil sebagai Pour Over.
“Pada ulangtahun kali ini, kami mengiktiraf kejayaan pekerja Pekak kami kerana berjaya ditauliahkan sebagai Coffee Masters. Dengan kejayaan yang telah mereka capai dalam program ACM mereka, pekerja Pekak kami telah mendapat pencapaian yang cemerlang dalam pensijilan ini melalui kerja keras dan usaha yang bersungguh-sungguh”, kata Rina Siew.
Pekerja Pekak yang menjadi barista yang menggunakan apron hitam di Starbuck Signing Store itu juga mahir dalam mengendalikan perbualan bersama pelanggan dalam menggunakan bahasa isyarat sama seperti kedai-kedai Starbuck yang lain di Malaysia.
Secara tidak langsung meningkatkan keyakinan untuk orang-orang Pekak berkerja secara professional dan meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai perkara ini dalam persekitaran mereka.
Dalam pada itu, Starbuck juga mengumumkan untuk menambah lagi cawangan Starbuck Signing Store di satu lokasi baru iaitu di Pulau Pinang hujung tahun ini yang turut memberikan peluang kepada komuniti Pekak di sana untuk berkerja dan mempunyai peluang untuk mengembangkan kerjaya yang lebih besar kepada mereka.


Selain daripada Starbuck Signing Store untuk golongan orang Pekak, Starbuck Malaysia juga turut mewujudkan program yang memberikan peluang kerjaya kepada warga emas untuk berkerja iaitu Program Starbuck VIP tiga tahun lalu di mana pekerja yang diambil berkerja di situ adalah berumur 55 tahun ke atas.
Di dalam program tersebut, Starbuck memberikan waktu kerja fleksibel dan kemudahan untuk warga emas yang lain. Sehingga kini, lebih dari 10 orang pekerja VIP di Starbuck dan yang paling tua di antara mereka berusia 79 tahun.