Port Dickson sememangnya amat terkenal sebagai pantai peranginan yang menjadi pilihan ramai pengunjung sama ada di musim cuti atau hujung minggu. Bukan saja pantainya yang cantik, ada banyak penginapan tatkala bercuti di sini bermula dari RM100 semalam dan ke atas mengikut budget masing-masing.
Kalau ada cadangan nak bercuti panjang di Port Dickson sempena Cuti Tahun Baru nanti, antara yang boleh dicuba ialah The Mango’s Park Port Dickson yang terletak di Batu 3, Jalan Pantai Bagan Pinang.
Menawarkan tiga jenis penginapan bermula serendah RM100 ke atas, ada tiga pilihan penginapan boleh cuba di sini. Tak kisah sama ada style backpackers atau berkeluarga, pilihan boleh dibuat mengikut budget.
Tiga jenis pengipan disediakan di sini ialah Gegelung House Hotel, Backpackers Room dan A Frame House.
Ads
Apa yang best di sini?
Fasiliti di sini lengkap termasuk tempat makan (jalan kaki 10 minit dah sampai), jalan tak sampai 20 meter dan sampai pantai. Kalau berkereta pula dua minit dah sampai KFC dan stesen minyak selain dekat dengan Pantai Saujana, Pantai Cahaya Bulan dan Muzium Tentera Darat.
Ads
Di Mango’s Park, ada berbagai aktiviti boleh buat termasuk nak hiking, water rafting, berkayak, paint ball, buat hari keluarga serta team building dan lain-lain lagi yang mana pihak pengurusan boleh sediakan transport kalau untuk aktiviti-aktiviti ekstrem di sini.
Ads
Kolam mandi juga di sedikan termasuk tempat BBQ, surau, café. Paling best ada tiga café iaitu Lantak Kafe (ada live band setiap hari), Kaidz Café serta Raja Dulung untuk makan tengahari dan makan malam. Selain itu di sini ada kemudahan dewan, padang dan lain-lain lagi. Boleh makan-makan steamboat di sini dan paling penting buffet breakfast ada di sediakan.
Alamat: lot 968, Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
Ada tempat menarik baharu di Kuala Kangsar, Perak iaitu Teratak Paris House. Nampak gaya suasana sekitarnya mendamaikan.
Ini memang best nak healing bersama family bercuti lari rutin harian. Apa yang penting, bangun pagi boleh mandi sungai.
Nampak simple biliknya tetapi cukup selesa nak rehatkan tubuh badan yang penat. Unik berbetuk tiga segi, biliknya tidak mempunyai banyak barang.
1 Homestay (4bilik tidur)
2 Chalet (2 tingkat)
1 Villa (4 Bilik sewa berasingan)
Terletak di Kampung Laneh yang sangat mendamaikan dengan suasana hijau sawah padi, di kelilingi bukit bukau, air terjun batu ampar, destinasi pilihan bagi peminat durian dan tali air yang jernih yang mengalir dari gunung di sini.
Di Teratak Paris House sangat sesuai buat famili day, company trip dan pelbagai aktiviti lain sebab semuanya lengkap dalam satu kawasan serta suasana persekitaran yang mendamaikan terutama di waktu malam.
Sempena pembukaan bilik baru iaitu Villa Paris, Teratak Paris House ada buat promosi ditawarkan hingga 31 Ogos 2024 untuk Bilik Bonda bagi sesi pengenalan unit baru.
Homestay Teratak Paris Kampung Laneh Kuala Kangsar
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Seronok rasanya apabila boleh kembali travel setelah hampir dua tahun tidak boleh melancong ke luar negara disebabkan virus Covid-19 yang sedang memuncak.
Kala dapat peluang tidak lepaskan untuk pergi round the world menikmati pemandangan yang sangat indah dan menenangkan.
Ikuti perkongsian sahabat Backpackers Buddies Malaysia, Eira Qasandra yang berkesempatan mengunjungi UK dan Turkey dengan pakej seorang sekitar RM3,400 sahaja.
Route : KL – Istanbul – Kayseri – London – Istanbul – Bursa – Istanbul – KL
Memandangkan ramai sangat yg bertanya tentang total kos dalam keadaan pandemic ni, jadi harini saya nak share sedikit bajet dan itinerary saya selama 14 Hari:
Persediaan sebelum berlepas : 1. Negative PCR Test result buat sehari sebelum berlepas sebab Etihad Wajib ada PCR Result lain-lain boleh refer dengan Airlines. 2. Entrance Form Turkey – HES Code (boleh Isi 6 Hari Sebelum) 3. Booking Day 2 PCR Test – London (Randox) 4. Locator Form London kena masukkan sekali reference no pcr yg kita book tu – boleh isi 48 jam seebelum 5. Itinerary (tambahan) 6. Print segala benda untuk backup 7. Save copy passport, ic, bil api/air untuk apply home quarantine. 8. Bagi yang muslim jangan lupa niat Musafir
Day 1 – KLIA • Bertolak dari KLIA • Penerbangan jam 2.10 pagi dengan Etihad airlines ke Istanbul(Ist) transit di Abu Dhabi • Sampai 1.45 T/hari terus ke Domestik untuk Ke Kayseri flight jam 6.00Ptg
Day 2 – Kayseri • Hotballoon • Walking near • PCR Test
Day 3 – London • Penerbangan jam 5.50 pagi ke London dan transit di Istanbul. Sampai London jam 12.30T/hari terus menuju ke Cop Passport, make sure korang jangan lenggang ubi, tahan dulu dari ke toilet, sebab Q di bahagian ni sangat memenatkan Mental, Alhamdulillah kami just tunggu 20 Minit untuk melepasi dan Officer Imi tak Tanya banyak pun. TIPS yang saya always gunakan semasa berada di dalam kegelisahan bila berhadapan dengan Officer Imi selalunya saya akan amalkan Surah Yassin ayat 9 ” Wa ja ‘alna mim baini aidihim saddaw wa min kholfihim saddan fa agsyaina hum fa hum laa yubsiruun “ ” Dan kami adakan di hadapan mereka dinding dan di belakang mereka dinding(pula),dan kami tutup(mata) mereka sehingga mereka tidak dapat melihat “ Semoga bermanfaat untuk semua. Selesai je cop passport kami menuju ke Randox Centre yang berada di sebelah kiri di luar Airport. Sebabkan kami xnak pening untuk click-collect, kami subscribe yang walk-in. Kami swab 1.05T/hari, 4.30 pagi result keluar. • Naik bas ke Straford city bus station • Naik Subway untuk ke Hostel • Check-in Hostel (Private room for 2 people) Actually masa booking tiket untuk ke London, Gov Uk belum announce lagi untuk Quarantine dan day 2 PCR dan setelah tiba, tiada sorang pun ambik langkah Quarantine termasuklah kami. Setelah selesai check-in kami mengambil langkah untuk melakukan Self-swab rtk yang kami bawa dari Malaysia untuk memastikan kami bebas dari gejala Covid. Memandangkan result kami Negative, kami keluar seperti biasa untuk shopping di Primark.
Day 4 – London Disebabkan hari Krismas, semua Transport di London ditutup, jadi kami hanya jalan kaki dan pulang dengan menggunakan basikal. • Big Ben • Eye of London • Trafalgar Square • Westminster Semua ni dalam walking distance.
Day 5 – Boxingday Bicester Village Malangnya pada hari berkenaan, Express train ada maintenance isu, jadi kami perlu menaiki bas untuk ke sana dengan perjalanan mengambil masa hampir 2 Jam. Balik dari sana kami sempat singgah di Born Street dan Oxford Street untuk sambung shopping.
Day 6 – London • London Bridge • Harrods • Hard Rock London • Primarks
Day 7 – London • Camden Town • Victoria Station • Oxford Street (Sambung shopping)
Day 8 – London • Check-out dan Bangun pagi, book uber untuk ke Straford city bus station. • Naik bas untuk ke Airport • Penerbangan jam 10.45 pagi ke Istanbul (Saw) selama 4 jam. • Sampai Istanbul 4.30 Petang, ambil bas ke Bursa dengan perjalanan 2 jam 30 Minit • Ambil Teksi ke Hotel
Day 9 – Bursa • Naik Teksi ke Uludag • Naik Teleferik • Sebabkan Teleferik ending stop kat station 1 disebakan cuaca tidak begitu baik jadi kami terpaksa naik Van untuk ke Station 2. • Naik Bas ke Bazar **Jangan Lupa isi Malaysia Home Quarantine**
Day 10 – Bursa / Istanbul • Check-out , book teksi untuk ke mudanya terminal. • 9.30 Naik feri ke Istanbul dengan perjalanan lebih dari 3 jam. • Check-in area Sikerci semalam • Walking near • Celebrate Newyears kat Taksim
Day 11 – Istanbul Disebabkan hotel yang kami duduk tu mengalami masalah heater, maka bermulalah episod check-out awal dan maki makian kerana staff sangat kurang ajar. Kami terpaksa heret beg yang penuh dengan barang shopping di London pada jam 5 Pagi untuk ke Next Hotel dan malangnya Next Hotel perlu tunggu 11.30 pagi untuk check-in kerana fullybook. Disebabkan covid, Kami mengambil keputusan untuk check-in di hotel bajet hanya untuk mandi. • Grand Bazar • Spice Bazar • Walking near
Day 12 – Istanbul • Taksim • Walking near • PCR Test
Day 13 – Istanbul • Dolmabahce palace • Spice Bazar • Walking near
Day 14 – Istanbul • Penerbangan ke Kuala Lumpur transit di Abu Dhabi
Hotel • RM87.45/3D2N Wonder of Cappadocia • RM452.57/6D5N Russel Square Hostel • RM40.32/3D2N Kule Hotel • Free Palde Hotel & Spa (sebab call agoda pasal isu heater) • RM183.65/4D3N Turkoman Hotel 763.99
Transport • RM109.92/24€ Return Airport transfer kayseri • RM25.60/80lira Teksi Bursa from bus station • RM57.60/180lira Teksi to Mudanya terminal feri • RM114.50/25€ Private transfer to Istanbul Airport • RM3.20/10lira teksi ke uludag • RM61.32/10.95£ freenow to starford bus station 433.46/2=216.73 seorang
Other Transport • RM157.48/28£ Stansted Airport bus • RM19.71/65lira Bus to bursa • RM10.14/39lira feri Budo to Istanbul • RM80/250lira teleferik bursa • RM22.40/70lira chair lift • RM141.63/25£ Topup OysterCard • RM31.05/5.50£ bus to bicester • RM95.18/17£ bus to oxford • RM3.20/10lira minibus to station2 uludag • RM32/100lira topup istanbulcard 592.79
Total RM3375.51 tidak termasuk PCR TEST, Hotballoon dan shopping
Tips – Hotel murah book agoda time double date contoh 12.12 dan guna grabpaydeals tolak rm50 – Flight murah – skyscanner or airasia with code – Cari info travel murah dkt Travelfree.info – Di musim covid ni make sure always pakai mask, elakkan menyentuh benda yang tak sepatutnya, kerap pakai hand senitizer dan makesure balik hotel terus mandi. – Jangan lupa apply Home Quarantine 7Hari sebelum balik. – Alhamdulillah kami negatif sepanjang travel dan sehingga potong gelang kuarantin.
Kepada peminat cerita Korea, anda belum jadi die-hard-fan lagi kalau tak tahu di mana terletaknya bandar Sokcho. Tak berapa lama dulu, Korea Tourism Organizaton (KTO) menjemput Datuk Bandar Sokcho, Byungseon Lee dan beberapa delegasi lain ke Malaysia bagi memperkenalkan bandar ini kepada peminat Korea Selatan di Malaysia.
Bandar ini antara lokasi penggambaran filem dan siri TV popular Korea seperti Autumn In My Heart dan Running Man.
Tarikan Sokcho Sokcho adalah bandar di wilayah Gangwon-do, Korea Selatan. Ia terletak di timur laut timur Gangwon-do. Sokcho milik Korea Utara dari 1945 sehingga Perang Korea berakhir, apabila garis perpecahan antara dua negara Korea secara rasmi diubah.
Bandar ini menarik ramai pelancong tempatan dan antarabangsa, bukan sahaja kerana keindahan Gunung Seoraksan, Tasik Yeongrangho, kuil Sinheungsa, makanan laut malah aktiviti tradisi tempatan yang menarik serta produk laut yang bermutu.
Sokcho hanya setengah jam dari PyeongChang yang akan menjadi tuan rumah bagi Olimpik Musim Sejuk 2018. Ini juga mungkin tarikan untuk anda ke sini nanti.
Pantai Sokcho dijaga bersih, dan dibuka sepanjang tahun dengan musim panas adalah yang paling popular. Terdapat mata air panas semulajadi di Sokcho, beberapa di antaranya telah dibangunkan menjadi ruang berenang spa dan lokasi bersantai. Terdapat juga padang golf yang popular kerana persekitaran alam semulajadi mereka.
Tasik Yeongrangho dan Cheongcoho popular kerana memantul imej Gunung Seoraksan dan banjaran Ulsan Bawi; batuan tinggi di sekitar gunug.
Dengan pembukaan Dongseo Expressway antara Timur Hongcheon dan Sokcho pada Jun 2017 lepas, masa perjalanan dari Seoul ke Sokcho dipendekkan kepada 1jam 30minit bergantung kepada trafik. Sokcho juga baru sahaja membuka International Cruise Terminal bagi pelancong yang melawat dari bandar ke bandar menggunakan kapal. Dijangkakan, pada 2025, sistem keretapi laju akan dibina dari Seoul ke Sokcho dan akan memendekkan masa ke75 minit sahaja.
Terdapat beberapa kuil Buddha yang dipelihara dengan baik di kawasan sekitar Sokcho. Bangunan utama kuil Sinheungsa (Geukrakbojeon) adalah antara destinasi pelancongan yang popular (yang pada asalnya dibina pada abad ke-15). Juga popular ialah Hyangseongsaji Samcheung Seoktap, pagoda tiga tingkat setinggi 4.3 meter.
Syurga makanan Sokcho menawarkan banyak makanan masakan tempatan terutamanya makanan laut. Pelabuhan Daepo, di luar Sokcho menuju ke Yangyang menawarkan lebih daripada 100 restoran mini yang menyajikan makanan laut mentah, panggang, rebus dan goreng yang enak. Di sebelah utara Sokcho berhampiran rumah api, pelawat juga boleh menikmati banyak restoran ikan mentah serta panggang.
Dongmyeonghang Saengseon Sutbulgui adalah salah satu restoran yang memiliki sijil halal, menawarkan set makanan seperti ikan panggang dengan nasi labu dalam periuk tanah liat beserta sos soya yang enak. Jadi tidak perlu risau tentang makanan halal di sana.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Huacachina di Peru memang antara destinasi yang nampak seperti ilusi di tengah gurun. Bayangkan sebuah lagun kecil dikelilingi pokok palma, bangunan-bangunan comel dan bukit...