Bagi merangsang minda kanak-kanak, aktiviti outdoor sememangnya amat digalakkan. Ini kerana anak kecil dapat meneroka banyak perkara ketika melakukan pelbagai aktviti yang mampu merangsang otak, tenaga dan pergerakan mereka meneroka perkara baru.
Sesuai dengan itu, Fanpekka yang terletak di dalam pusat membeli belah Aeon Mall Tebrau City adalah lokasi sesuai ibu bapa membawa anak-anak melakukan aktiviti mampu merangsang minda mereka.
Mempunyai keluasan seluas 27,500 kaki persegi, taman tema berkonsepkan edutainment yang direka dengan konsep dari Finland (salah satu negara yang sistem pendidikannya terbaik di dunia), ini dijadikan sebagai taman tema permainan generasi akan datang bagi ibu bapa dan anak-anak kecil.
Ads
Taman permainan Fanpekka ini dipisahkan menjadi 4 kawasan utama di mana kanak-kanak dapat belajar melalui permainan agar sesuai dengan minat dan keperibadian mereka sambil mempromosikan aktiviti fizikal, cara menyelesaikan teka-teki dan belajar melalui permainan ‘role-playing’.
Ads
Jadi tatkala mak ayah pergi bershoping, bawalah anak-anak ke sini untuk mereka mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup mereka.
Wow, ada Hotel Pet Friendly Di KL! Jika merancang untuk bercuti di ibu kota pada masa yang sama mempunyai ‘si bulus’ dan risau untuk meninggalkannya, apa kata bawa sekali kucing kesayangan ini bercuti sekali.
Sekarang sudah ada hotel pet friendly di Kuala Lumpur yang membenarkan kucing menginap bersama tuannya.
Memahami keperluan pemilik kucing atau haiwan peliharaan Hotel Hyatt Place Kuala Kumpur baru-baru ini telah melancarkan polisi mesra haiwan sekali gus membenarkan pemilik dan haiwan peliharaan menginap dan menikmati percutian bebas stres.
Bennett Peter, Pengurus Besar hotel ini berkata sebagai pencinta haiwan beliau sendiri sangat teruja dengan dasar mesra haiwan peliharaan yang diperkenalkan.
“Saya sendiri mempunyai haiwan peliharaan iaitu kucing dan anjing jalanan yang diselamatkan. Saya sangat gembira dengan dasar ini dan berharap tetamu dan haiwan peliharaan mereka akan menikmat penginapan yang selesa,” ujarnya melalui wakil beliau dalam majlis pelancaran polisi mesra haiwan peliharaan di hotel tersebut.
Sementara itu pemilik kucing Johan Eskandar yang turut hadir dalam majlis berkenaan turut teruja dengan berita baik ini.
“Sebelum ini jika hendak travel kami terpaksa tinggalkan mereka di cat hotel tapi sekarang sudah ada hotel yang membolehkan pemilik dan kucing menginap sekali. Ia sesuatu yang melegakan kerana tak perlu berpisah dengan mereka,” ujarnya.
Selain mempunyai keluasan bilik penginapan yang luas dan selesa untuk menginap bersama haiwan peliharaan, hotel yang terletak di lokasi strategik Bukit Jalil ini juga berhampiran pusat membeli belah dan dengan kemudahan untuk kucing seperti klinik dan kedai menjual barang keperluan haiwan.
Hotel Hyatt Place juga berdekatan dengan Taman Rekreasi Bukit Jalil yang membolehkan pemilik dan haiwan kesayangan berjalan santai.
Dalam pada itu terdapat beberapa peraturan yang perlu diikuti oleh pemilik yang mahu menginap bersama dengan haiwan peliharan di hotel ini. Antaranya anjing tidak dibenarkan, hanya 2 ekor haiwan yang dibenarkan menginap dalam satu bilik dan mestilah mempunyai berat kurang 9 kg setiap satu.
Haiwan juga haruslah sudah dilatih sebaiknya dan tidak dibenarkan berada di tempat awam hotel. Pemilik yang ingin membawa haiwan peliharaan menginap juga perlu menempah sekurang-kurangnya tiga hari sebelum.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Rasanya semakin ramai di antara kita yang tidak sabar-sabar untuk pergi bercuti. Sekian lama terkurung akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perasaan untuk berbicara dan menikmati keindahan alam semula jadi semakin membuatkan hasrat tersebut mengebu-gebu.
Bagi yang mula berkira-kira ingin bercuti jika PKP ditarik semula, mungkin korang boleh masukkan Bentong Eco Wellness Resort antara lokasi percutian pilihan.
Dikelilingi alam semulajadi, air sungai mengalir bersih, suasana yang sangat aman damai, pastinya resort ini boleh masuk dalam list percutian. Tambah-tambah harga yang ditawarkan sekarang hanyalah RM200 semasa tempoh PKP ini.
Tidak hanya berbicara dengan alam sekitar, Bentong Eco Wellness Resort by C&H Home Services ini mempunyai taman dan teres selain turut menawarkan kolam renang luaran dan perkhidmatan bilik dengan pemandangan alam semulajadi.
BIlik yang luas dan boleh memuatkan lima orang dalam satu-satu masa, ada banyak kemudahan ditawarkan di sini termasuklah boleh mengadakn BBQ (peralatan sudah tersedia), peralatan memasak (juga disediakan) dan lain-lain lagi.
Terletak di daerah Bentong, kalau ingin ke Genting Highlands, jaraknya hanyalah 24km sahaja sementara Bukit Tinggi pula terletak 32 km dari lokasi ini. Kalau nak mencari pengalaman lain, boleh menyesuri kawasan sekitar termasuk ke Sungai Teranum yang jaraknya hanya 12.1 km dari lokasi. Kalau rasa malas, mandi saja di depan resort kerana aliran air sungai ada di kawasan ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bentuk muka bumi di Perak memang sesuai untuk melakukan pelbagai aktiviti semulajadi. Boleh dikatakan kawasan sekeliling di Perak masih menghijau dan seronok untuk diterokai.
Antara destinasi dan lokasi menarik untuk lakukan aktiviti nature di Perak:
Berkunjunglah ke Gua batu kapur yang menjanjikan pengalaman eksplorasi gua dan riadah yang menyeronokan. Pengunjung bakal menyaksikan dengan jelas keindahan struktur batu-batu kapur yang membentuk lima kebuk gua sejak ribuan tahun dahulu, walau terpaksa membongkok dan merangkak untuk mengelakkan kepala terlanggar siling batu kapur dan stalaktit yang membentuk jeriji-jeriji batu sepanjang laluan kira-kira dua kilometer tersebut. Di mulut terowong ini, pengunjung dapat merasakan deruan angin yang menerobos masuk membuktikan terdapat satu lagi pintu di hujung gua tersebut.
Gua Tempurung yang dipercayai wujud sejak tahun 8,000 sebelum masihi ini sebenarnya mendapat nama dari rupa bentuknya yang menyerupai tempurung kelapa. Selain menjadi laluan dan tempat persembunyian komunis, gua ini dipercayai telah ditemui terlebih dahulu oleh seorang sami buddha yang menghuni kawasan tersebut sebagai tempat pertapaannya. Jejambat dan tangga yang dibina di dalam gua ini memudahkan pengunjung meneroka dengan selamat.
Taman Negara Royal Belum merupakan khazanah yang tidak ternilai serta mempunyai
unsur-unsur kepelbagaian biologi yang begitu tinggi dan perlu dipelihara untuk generasi
akan datang. Di sini terdapat beberapa keunikan yang menjadi tarikan pelancong antaranya kewujudan habitat haiwan, bunga pakma atau rafflesia, perkampungan
orang asli, pelbagai spesies burung dan aktiviti jungle trekking.
Jika memilih untuk melakukan aktiviti jungle trekking di sini, masa yang diperuntukan oleh juru arah adalah sekitar enam jam perjalanan sahaja. Pengalaman melakukan aktiviti ini pasti meyeronokkan dan padat dengan info mengenai rahsia alam di Royl Belum.
Bagi pengunjung yang mengidamkan sedikit keseronokan dalam percutian mereka, apa kata mencuba aktiviti lasak Whitewater Rafting lagi menyeronokkan di sepanjang Sungai di Perak seperti Sungai Sungkai, Sungai Kampar dan Sungai Ulu Slim. Keselamatan anda ketika mencuba aktiviti ini tidak perlu diragui, kerana kelengkapan keselamatan telah tersedia seperti pakaian wetsuit penuh, booties, fin dan jaket keselamatan.
Kepada peminat aktiviti Off Road anda boleh mencuba menggunakan laluan yang ada di Perak, iaitu Lasah dan boleh terus memandu sehingga sepanjang jalan melalui Gua Musang di Kelantan serta Cameron Highlands di Pahang. Jika anda tidak mempunyai kenderaan sendiri, tetapi berminat untuk mencuba aktiviti ini, jangan risau kerana terdapat kemudahan kereta disediakan beserta pakar-pakar pengendali kenderaan ini yang berpengalaman menemani sepanjang pemanduan yang mencabar.
Masa terbaik untuk melakukan aktiviti ini di Perak ialah semasa musim kering antara Mac hingga Oktober. Tetapi bagi mereka yang ingin lebih cabaran, ada boleh mencuba aktiviti ini pada musim monsun iaitu nulan November hingga Februari.
Kuala Gula merupakan sebuah perkampungan nelayan terletak di persisiran pantai utara negeri Perak, kira-kira 50 km dari barat laut Bandar Taiping. Ianya merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Paya Laut Matang yang terdiri daripada hutan bakau dan kawasan pantai berlumpur. Kawasan ini penting sebagai kawasan mencari makan untuk burung-burung berhijrah dan tempat bertelur untuk burung residen.
Kuala Gula telah terkenal di peringkat tempatan dan antarabangsa terutamanya kepada pemerhati burung kerana ianya amat signifikan dengan kewujudan burung air berhijrah. Ramai pelawat tempatan dan antarabangsa seperti Amerika Syarikat, Australia, Eropah, Jepun dan negara lain datang ke Kuala Gula untuk melihat burung-burung ini.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau sebut China, ramai yang terus terbayang Tembok Besar China, Beijing, Shanghai atau Zhangjiajie. Tapi di wilayah Guizhou, ada satu lokasi alam semula jadi...