Semalam ramai penduduk dunia yang menantikan kemunculan penuh fenomena bulan purnama gergasi atau Super Flower Moon untuk kali keempat dan terakhir buat tahun 2020 ini.
Fenomena bulan purnama sepenuhnya itu dapat dilihat malam tadi apabila bulan mula mendekati garisan cakerawala ( bulan mendekati Bumi pada jarak sekitar 360,000 kilometer). Dengan itu, bulan akan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa. Menurut kenyataan National Aeronautics and Space Administration (NASA), fenomena ini akan mula dapat dilihat bermula 5 Mei hingga 8 Mei 2020. Kemunculan Supermoon yang seterusnya pula dijangka pada 27 April 2021 dan 26 Mei 2021.
Supermoon atau bulan purnama gergasi ini juga memiliki nama-nama lain seperti Bulan Tanam Jagung (Corn Planting Moon) dan Bulan Susu (Milk Moon). Istilah “Supermoon” berasal dari seorang pakar astrologi, Richard Nolle pada tahun 1979. Ia merujuk kepada bulan baru atau bulan purnama yang tercipta pada 90 peratus perigee, atau titik kedudukan antara bumi dan orbit yang tertentu.
Ads
Ini antara foto-foto Super Flower Moon diseluruh dunia semalam. Cantik sangat!
Ads
Ads
A full moon seen in Sydney on Friday 8th May, 2020. Picture: John GraingerSource:News Corp AustraliaFoto: Reuters
The full moon, also known as the Supermoon or Flower Moon, rises above the Statue of Liberty, as seen from Jersey City, New Jersey, U.S., May 7, 2020. REUTERS/Brendan McDermid
Akhirnya setelah hampir setahun tidak dibenarkan rentas negeri, kerajaan telah memberi kebenaran berbuat demikian kepada individu yang telah lengkap menerima suntikan vaksin.
Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media semalam. Beliau berkata, keputusan itu susulan kadar vaksinasi mencapai 90 peratus.
“Mulai esok (Hari Ini), bebaslah dan inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat selepas kerajaan sebelum ini terpaksa tegas dari segi pergerakan rentas negeri.
“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong dan sebagainya,” katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan platform media sosial Facebook, hari ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebenaran pergerakan rentas negeri ini tidak terpakai ke atas kawasan atau lokaliti yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).
Selain itu, Ismail Sabri mengingatkan Keluarga Malaysia supaya tidak bersikap sambil lewa terhadap kelonggaran yang diberikan dalam usaha membantu negara bagi pembukaan semula ekonomi serta persediaan menjalani kehidupan fasa endemik dengan selamat.
Katanya, jika hal ini diambil mudah tidak mustahil penularan wabak akan kembali meningkat.
“Sekiranya ingin pulang ke kampung untuk berjumpa dengan ibu bapa atau merentas negeri, rakyat disaran untuk melakukan ujian Covid-19 kendiri sebelum memulakan perjalanan.
“Bagi mereka yang bergejala seperti demam, batuk, selsema dan sesak nafas, saya nasihat tangguhkanlah dahulu perjalanan. Sekiranya didapati positif, kuarantin diri atau hubungi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera,” katanya.
Walaupun tiada lagi sekatan jalan raya (SJR) untuk mengawal pergerakan rentas negeri, katanya, pihak berkuasa akan melakukan pemeriksaan secara rawak mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Beliau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Keluarga Malaysia atas kerjasama yang diberikan selama ini dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan menyokong kempen imunisasi Covid-19.
Perak antara negeri yang juga mempunyai pelbagai destinasi menarik untuk diterokai, selain perjalanan yang tidak berapa jauh dari ibu kota.
Selain itu tempat makan best juga banyak boleh dicari di sini dan salah satunya adalah Nasi Bamboo Sg Klah yang begitu viral.
Mana tanya setiap kali melihat posting di laman sosial Facebook, boleh lihat orang beratur panjang untuk merasai keenakan makanan disajikan d sini.
Perkongsian Detektif Kembara memberi pilihan lain untuk jalan-jalan dan cari makan di Perak.
Kadang kadang ramai yang tak larat nak drive jauh jauh daripada KL dan cuti pun tak banyak. Just guna cuti masa weekend. Jadi boleh cuba area ini. Dalam 1.5 jam dah boleh sampai.
Area ni pun sebenarnya memang banyak tempat tempat menarik yang boleh singgah. Kalau dapat trip 3h2m tu just nice. Ini antara tempat tempat yang korang boleh singgah kalau lalu area tersebut:
1- Nasi Bamboo Sg Klah (better reserve)
2- Noordin Nasi Kandar (surrr, nak kari kepala ikan better call dulu,ayam bawang pun layann)
3- Tasik Temoh
4- Capati Corner Cheese Nan viral (kena sabar beratur sebab kalau order naan memang kena queue)
5- Refarm Leisure (bayar RM5 seorang jd okla nak tengak haiwan, kalau nak mandi jadi RM10,nak tidur kenaa sewa chalet)
6- Kelapa Leleh Kampar
7- Warung Pak Samah
8- Lake Sahom Valley (duduk area ini best)
9- Kampar Agacia (agak run down & overhyped spot untuk insta)
10- Nasi Buluh Kampar
11- Tasik Cermin
12- Gua Tempurung (datang awal 9am tak ramai org)
Untuk info travel & trip-trip terkini boleh join: https://t.me/joinchat/FKciqEnjSNg3ZGZl
Bengoh Range terletak di Padawan, Sarawak diliputi alam semula jadi yang menghijau, gunang-ganang, tasik, air terjun, serta pemandangan menakjubkan. Pelancong yang datang ke sini rata-rata menggambarkan suasana indah di destinasi ini umpama berada di kawasan penggambaran filem ‘Jurassic World’.
Ia boleh dianggap sebuah permata tersembunyi bagi Bumi Kenyalang. Lokasi ini juga dikenali sebagai Empangan Bengoh yang merupakan kawasan tadahan air. Pemandangan di lokasi ini begitu indah dan lebih menarik, terdapat air terjun yang cantik di hulu empangan sehingga ada inap desa dibina sebagai lokasi penginapan untuk menarik kunjugan ramai. Aktiviti ekopelancongan di sini juga semakin popular, diusahakan oleh penduduk tempatan, malah turut menjadi tumpuan bagi kaki pancing.
Perkongsian foto-foto cantik di facebook daripada Aizaharwani MJ di lokasi ini pasti memberi lebih keterujaan untuk kalian sampai ke sini suatu hari nanti.
“Pengembaraan hari ini, saya menemui permata tersembunyi Bengoh Range di Padawan Sarawak. Ia memerlukan pendakian selama kira-kira 4 jam. Saya pergi ke empat air terjun iaitu Curtain, Koring, Pe’an dan Susung. Pemandangannya sangat menakjubkan umpama adegan daripada filem Jurassic World. Daripada semua tempat yang saya kunjungi hari ini, pemandangan paling eksotik dan kemuncak kepada pendakian hari ini adalah pemandangan dari Kampung Sting, di mana anda dapat melihat 180° pemandangan dari Empangan Bengoh & Banjaran Bengoh,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Menarik bukan? Jom cuti-cuti Malaysia~
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Kalau merancang bercuti ke Romania, jangan hanya fikirkan Dracula, istana lama atau pemandangan Transylvania semata-mata. Ada satu lokasi unik yang patut masuk dalam senarai,...