Tidak perlu diceritakan apakah itu Kaabah yang terletak di Masjidil Haram, Mekah. Rata-rata semua orang terutamanya yang beragama Islam tahu akan kewujudannya.
Namun begitu masih ramai yang tertanya-tanya apa yang terdapat di dalam Kaabah itu sebenarnya. Sebelum ini, rupa di dalam Kaabah ini sekadar digambarkan dan diceritakan dari mulut ke mulut. Bagaimanapun, pada tahun 2009 masyarakat dunia dapat menyaksikan rahsia di dalam Kaabah menerusi sebuah klip video yang dimuat naik di YouTube. Rakaman video selama lebih empat minit itu didakwa adalah yang pertama dirakam.
Pengalaman Wartawan Singapura
Seorang wartawan dari Singapura, Ahmad Mohd Don diberi peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Menurut beliau, keadaan di dalam Kaabah itu gelap. Tidak ada sebarang lampu. Satu-satunya cahaya yang menerangi bahagian dalam Kaabah itu datangnya dari pintu Kaabah yang terbuka.
“Asap kemenyan memenuhi ruang dalam Kaabah itu. Lantainya pula dibasahi air mawar yang mengeluarkan bau semerbak,” kata beliau yang mendapat peluang memasuki Kaabah semasa menunaikan haji di Mekah pada 8 September 1983 atas undangan khas kerajaan Arab Saudi.
Tambah Ahmad, hampir di setiap bahagian dinding Kaabah itu, para undangan menunaikan sembahyang sunat dengan khusyuk. Mereka menghadap tiap bahagian dinding Kaabah. Lantai Kaabah dibuat daripada marmar putih. Begitu juga dindingnya. Pada satu bahagian dinding itu, kelihatan ukiran ayat-ayat suci.
Ads
“Terdapat beberapa batang tiang di dalam Kaabah. Besar tiang itu kira-kira satu pemeluk. Pada satu bahagian dinding itu disalut dengan kayu yang berukiran. Mungkin ukiran ayat-ayat suci al-Quran. Terdapat juga para yang di atasnya diletakkan beberapa buah cerek yang kelihatan diperbuat daripada tembaga.
“Tidak saya ketahui apakah yang ada dalam cerek itu. Berkemungkinan besar ia berisi air mawar yang digunakan untuk mencuci bahagian dalam Kaabah,” katanya yang cuma menghabiskan masa selama lapan minit di dalamnya bagi memberi peluang kepada tetamu lain yang menunggu giliran untuk memasuki Kaabah.
Mitos Karut
Pendakwah bebas, Datuk Mohd Daud Che Ngah menjelaskan bahawa tiada apa-apa sekatan dari sudut agama untuk membuat rakaman gambar atau video di dalam Kaabah. Bahkan, jelas beliau, undang-udang baharu oleh pihak berkuasa Arab Saudi turut membenarkan penggunaan kamera di kawasan Masjidil Haram. Sebelum ini undang-undang negara itu melarang penggunaan alat elektronik tersebut di kawasan Kaabah. Tambahnya lagi, orang awam berpeluang memasukinya semasa lawatan pemimpin Arab Saudi mahupun pemimpin negara Islam lain ke Masjidil Haram.
Ads
“Pintu Kaabah akan dibuka semasa lawatan pembesar dan juga ketika hari pertukaran kain Kaabah menjelang Hari Raya Aidiladha,” katanya kepada Jurnal.
Datuk Mohd Daud turut menyangkal dakwaan dan cerita yang menyatakan orang yang mendongak ke bumbung Kaabah selepas memasukinya boleh ditimpa musibah. Menurut Daud, orang ramai juga boleh melihat replika Kaabah di Muzium Islam Hudaibiyah, Mekah. Ia menyerupai isi kandungan sebenar di dalam Kaabah termasuklah tiga batang tiang dan hiasan ayat-ayat al-Quran.
Hanya terdapat sebuah pintu untuk memasuki Kaabah dan ia dikatakan diperbuat daripada emas tulen seberat lapan tan (8,000 kilogram).Pintu Kaabah itu pula hanya boleh dibuka oleh pemegang kunci dari Bani Syaibah. Menurut sejarah Islam, apabila Nabi Muhammad SAW meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah dikuasai oleh Bani Syaibah.
Pada tahun ketujuh Hijrah, berlaku perang pembukaan kota Mekah yang dimenangi tentera Islam. Berikutan itu, Saidina Ali diarahkan supaya mengambil kunci itu daripada Bani Syaibah, malangnya pintu Kaabah tidak dapat dibuka walaupun menggunakan anak kunci yang sama.
Ads
Anak kunci itu kemudian dipulangkan kepada Bani Syaibah atas perintah Allah menerusi ayat 58, surah An-Nisa’ yang mafhumnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”
Pada masa itu, Bani Syaibah belum memeluk Islam. Tindakan Rasullulah memulangkan semula kunci Kaabah itu telah membuka hati ketua Bani Syaibah untuk memeluk Islam diikuti semua pengikutnya. Keturunan Bani Syaibah telah diamanahkan untuk memegang kunci Kaabah sehingga hari ini.
Ada Apa Dalam Kaabah?
Seorang pengguna Twitter bernama Abdal Aziz telah berkongsi apa sebenarnya yang terdapat di dalam Kaabah, kerana dia sering ditanya oleh ramai orang terutama sekali dari non-muslim. Rasanya tidak salah jika dia ingin memberitahu kerana sedikit sebanyak dapat menambahkan lagi ilmu pengetahuan kita.
Belakang pintu emas ada tangga yang boleh membawa terus ke atas siling Kaabah.
Bumbung dibuat dengan kayu bersulam Perak asli. Kiswah Kaabah itu warnanya hijau dari dalam.
Lampu yang bergantung adalah hiasan hadiah pembesar Islam dari zaman Nabi SAW.
Terdapat tempat Khas Nabi solat, ditulis Lailahaillah Muhammad Rasulullah
Di atas tempat berwana putih, Nabi SAW akan solat di situ setiap kali baginda masuk ke dalam Kaabah
Dalam kotak putih berisi minyak wangi mewah yang digunakan untuk mencuci Kaabah dari dalam.
3 tiang/kayu utama membuatkan Kaabah lebih utuh ini dibina dari kayu dan Emas tulen.
Sebelum ini, dunia dikejutkan dengan berita pengunduran diri Duke and Duchess of Sussex, Harry dan Meghan daripada keluarga diraja British.
Terbaru pasangan ini memilih untuk mengundurkan diri dan ‘pertukaran’ kehidupan mereka selaku bukan ahli keluarga diraja secara rasmi biarpun dunia kini berdepan dengan pandemik COVID-19
Berita berkenaan bukan sahaja menjadi topik bualan warga Britain, malah seluruh dunia tergamam dengan keputusan pasangan itu yang memilih untuk tidak menggalas tugas diraja dan menjana pendapatan serta mengeluarkan perbelanjaan sendiri bagi membiayai kehidupan peribadi mereka.
Persoalan juga mula timbul dalam kalangan masyarakat mengenai kenapa pasangan itu membuat keputusan sedemikian?
Foto: anglaispourlebac.comFoto: cheatsheet.com
Menurut sumber, Harry dan Meghan telah mula bekerja untuk menjana pendapatan sendiri. Harry dikhabarkan telah bekerjasama dengan bank Wall Street, dimana dia menjadi jurucakap mengenai isu kesihatan mental. Meghan juga dikatakan telah menerima tawaran melakukan alih suara bagi sebuah filem terbitan Disney mengenai program perlindungan gajah di Botswana. Kedua-dua mereka dikatakan akan banyak melakukan kerja-kerja amal berkaitan isu sedemikian.
Berikut merupakan antara beberapa perkara lain yang dijelaskan berkaitan pertukaran status mereka sebagai pasangan diraja.
Foto: shutterstock
Mereka masih sebahagian daripada keluarga diraja British, namun tidak boleh menggunakan gelaran diraja. Pasangan itu tidak boleh menggunakan gelaran “diraja Sussex” dalam mana-mana badan amal, laman web dan akaun Instagram mereka.
Ratu Elizabeth juga melucutkan jawatan Harry selaku pemimpin khas ketenteraan kehormatannya.Harry dan Meghan juga tidak boleh mewakili mana-mana majlis atau acara selaku ahli keluarga diraja British.
Walaupun mereka telah berundur dari keluarga diraja British secara rasmi. Prince of Wales, Putera Charles dikhabarkan bersetuju untuk terus menyokong pasangan itu dari segi kewangan menerusi aset persendiriannya, Duchy of Cornwal, yang tidak jauh dari Burkingham Palace.
Malah, mereka dibenarkan menyimpan rumah mereka di estet Windsor di England dengan syarat mereka perlu membayar balik dana sebanyak £ 2.4 juta (sekitar RM 11.4 juta) yang digunakan untuk kerja-kerja pengubahsuaian. Biarpun, pasangan itu telah menjelaskan bahawa mereka berhasrat untuk tinggal di Amerika Utara.
Status gelombang haba di sembilan negeri Semenanjung hari ini, dilaporkan berada pada Tahap 1, yakni paras berjaga-jaga, manakala hanya kawasan Pendang di Kedah pada Tahap 2 (Heatwave) iaitu suhu antara 37 dan 40 darjah Celcius.
Berdasarkan kemas kini Jabatan Metrologi Malaysia (MET) sehingga 5.20 petang semalam (17 Mac), 21 kawasan berada di pada Tahap 1 iaitu dengan suhu mencecah antara 35 dan 37 darjah Celcius.
Kawasan disenaraikan ialah, Chuping di Perlis; Kota Setar, Sik, Baling dan Kulim (Kedah); Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta dan Batang Padang (Perak); Jerantut, Raub, Temerloh, Maran dan Bentong (Pahang); Hulu Selangor, Sepang dan Petaling (Selangor). Turut tersenarai, Port Dickson (Negeri Sembilan), Melaka Tengah (Melaka), Tangkak di Johor dan Kuala Lumpur.
Gelombang haba berkenaan dijangka berlarutan selama tiga hari berturut-turut. Sementara itu, Sabah dan Sarawak pula mencatatkan suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celcius.
Nasihat Kementerian Kesihatan
Menangguhkan atau mengehadkan aktiviti lasak seperti berkayak, berbasikal, maraton, memanjat gunung dan lain-lain aktiviti ketika berlaku gelombang haba ini sehinggalah keadaan kembali reda.
Jika tidak dapat dielakkan, pakai topi atau payung yang boleh melindungi diri daripada terlalu terdedah dengan cuaca panas.
Minum air secukupnya dan minumlah air yang sudah dimasak.
Pakai pakaian yang ringan, cerah dan elakkan pakaian berwarna gelap, tebal dan ketat.
Seboleh-bolehnya berada di dalam rumah atau bangunan. Tinggallah dalam rumah yang mempunyai pengudaraan yang cukup atau kelengkapan penyaman udara sekiranya mampu.
Tidak duduk di dalam kenderaan yang bertutup tanpa penyaman udara.
Sebut saja jeli petroleum pasti ramai yang akan kenal dengan produk ini dan jenama yang selalu digunakan di kalangan pengguna di negara kita adalah Vaseline.
Jeli petroleum ini telah dikomersialkan sejak 150 tahun yang lalu dan anda perlu tahu bahawa jeli petroleum ini antara produk ajaib yang murah dan mempunyai banyak kelebihan tersendiri.
Kelebihan yang ada pada produk ini sangat sesuai untuk kegunaan anda ketika travel ke satu-satu tempat atau satu-satu negara. Boleh dikatakan, setiap beg pelancong pasti akan mempunyai sekurang-kurangnya satu botol jel petroleum ini sebagai simpanan mereka.
Melegakan kekeringan kulit kaki
Kaki merupakan anggota badan yang sering digunakan dalam pekerjaan seharian kita. Jadi ketika anda sedang bercuti ke kawasan yang mempunyai suhu panas ataupun sejuk sehingga menyebabkan berlakunya kekeringan kulit kaki, anda boleh gunakan jel petroleum ini untuk mengurangkan kekeringan tersebut sebelum merekah dan menyebabkan luka dan pedih pada permukaan kulit.
Minyak wangi tahan lebih lama
Kalau orang travel dan sukar untuk berjumpa tempat untuk mandi, mereka selalunya akan menggunakan pewangi untuk mengekalkan bau badan dan jel petroleum adalah antara bahan yang dapat membantu untuk mengekal bau minyak wangi pada badan. Caranya adalah sapukan jel petroleum pada bahagian yang telah anda semburkan pewangi, baunya akan bertahan lebih lama daripada biasa.
Boleh gantikan produk kecantikkan
Anda juga boleh gunakan jel petroleum untuk gantikan produk kecantikkan kalau habis semasa bercuti. Malah, jel petroleum ini juga boleh digunakan untuk memberikan wajah anda kelihatan lebih segar dan sihat berbanding biasa. Contohnya, sapukan sedikit jel petroleum pada kening mata. Ia boleh mengelakkan kening mata anda nampak kering dan lebih segar berbanding biasa.
Lindungi bibir
Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, jel petroleum ini juga mampu untuk mengurangkan rekahan pada bibir akibat daripada faktor perubaha cuaca yang berlaku sekiranya anda bercuti ke satu-satu tempat. Sapukan segera pada bibir untuk elakkan bibir anda luka. Kalau luka nak makan pun susah.
Kaki dan tangan
Bagi lelaki yang aktif bersukan seperti berbasikal dan sebagainya, jel petroleum ini berguna untuk mengelakkan berlakunya kemelecetan atau itirasi pada tangan dan sebagainya. Caranya adalah dengan menyapu pada celah-celahan badan anda. Selain itu, sapukan juga pada kulit untuk mengekalkan kelembapan pada permukaan kulit.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...