Glamping Semalaman Di Dusun Bonda, Ulu Yam. Sangat Selesa Untuk Kanak-Kanak & Golongan Berusia

Share

Bagi yang tidak suka akan percutian outdoor selalunya mereka mengelak untuk bercuti dikelilingi alam semulajadi lagi-lagi perlu tidur di dalam khemah. Namun sekarang bukan menjadi alasan buat anda tidak turut serta dalam percutian sebegini ya.

Bukan setakat dikelilingi alam semulajadi yang mendamaikan, malah banyak tempat penginapan juga sudah dinaik taraf menjadi penginapan ala lima bintang. Begitu juga dengan penginapan untuk ‘camping’ sudah ditransform menjadi lebih selesa iaitu dikenali sebagai glamping. Sekilas pandang, khemah yang disediakan itu tampak biasa sahaja seperti aktiviti-aktiviti berkhemah yang lain namun tanggapan itu pasti hilang sebaik sahaja masuk ke dalamnya. Kemudahan semua lengkap, nak bercuti dengan golongan berusia dan kanak-kanak juga selesa.

Ikuti perkongsiaan percutian ringkas keluarga Syaza Wenniey ini di Dusun Bonda yang terletak di Batang Kali, Selangor.

Aktiviti boleh buat kat sini:

  • Mandi kolam
  • Mandi sungai
  • Jungle trekking

Malam-malam boleh BBQ. Nak masak pun disediakan kitchen patio, untuk anak-anak selain mandi kolam boleh ada juga kids playingground, dan prayer room disediakan kot rasa dalam tent tu sempit.

  • Selain tu berhampiran Dusun Bonda ada juga hot spring dan kolam memancing.
  • Esoknya rasa nak shopping boleh ke Genting Premium Outlet. Dekat je (20km)

Jom cuti-cuti Malaysia~

IKLAN