
Seperti yang kita tahu negeri Pahang sudahpun bertukar ke fasa 4. Jadi, banyak aktiviti boleh dilakukan di sini termasuk aktiviti rekreasi bersama keluarga.
Mengambil kesempatan ini, sahabat di Facebook Nur Natasha Abdullah telah menhabiskan cuti hujung minggu dengan melakukan day trip camping ke Pulau Ular Kuantan.
Tidak perlu pergi jauh dan bajet mahal, sebaliknya momen camping di sini bersama ahli keluarga juga boleh mencetus rasa kegembiraan dan keseronokan berganda.
Melihat perkongsian gambar-gambar diambil kawasan percutian camping ini sangat cantik ibarat berada di pulau peranginan poupar lain.
Ayuh, ikuti perkongsiannya yang pergi ke sini dengan menaiki bot dari jeti di Sg Ular dengan perjalanan selama 5 hingga 10 minit sahaja.
Day Trip Camping Ke Pulau Ular, Kuantan
Naik boat di jeti Sg Ular. 5-10 min aje kot naik bot (tak tengok pulak berapa lama tadi naik bot ).
Satu bot return RM150 boleh muat 10 orang. Pantai bersih, air jernih (macam tak percaya je ade pantai air jernih macam ini kat kuantan).
Air pon tak dalam sebab pantai dia landai aje. Kat sini tandas awam tak de. Pandai-pandai la settle sendiri.
Kalau nak datang memang kena bawa khemah sebab tempat redup tak banyak. Kitorang bawak makanan siap-siap dan panaskan je kat sini.
Sampah macam biasa bawak balik ya

Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebak & Gembira Lihat Masjid Nabawi Mula Dibuka

Arab Saudi telah membenarkan Masjid Nabawi di Madinah dibuka semula kepada orang ramai secara berperingkat, bermula 31 Mei 2020.
Seluruh masjid di negara itu, kecuali di Makkah, dibolehkan beroperasi dan membuka ruangnya semula kepada jemaah sebagai sebahagian daripada langkah melonggarkan perintah berkurung yang dikuat kuasakan bagi membendung penularan COVID-19.

- Langkah berjaga-jaga yang ketat telah dilaksanakan, termasuk dengan mengehadkan bilangan jemaah sehingga 40 peratus pada satu masa.
- Jemaah yang berada di masjid dosarankan untuk membaca Al-Quran di telefon pintar masing-masing atau membawa kitab Al-Quran dari rumah.
- Selain itu, jemaah juga perlu menggunakan sejadah sendiri dan patuh penjarakan sosial dua meter.
- Mereka yang di bawah 15 tahun dilarang menunaikan solat di masjid.
- Jemaah dituntut memakai pelitup muka serta elak berjabat tangan serta bersesak di pintu masjid.
The long queues as the doors of Masjid An Nabawi were reopened at the time of Fajr to the general public in initial stage of ‘Gradual Opening’, with temperature checks and many other precautionary measures implemented in an effort to ensure safety for all worshipers. pic.twitter.com/H9SNkZiKa3
— 𝗛𝗮𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶𝗻 (@HaramainInfo) May 31, 2020
#المسجد_النبوي يشهد عودة المصلين تدريجيا وسط أجواء مفعمة بالإيمان #عكاظ #ان_تكون_اولا#عكاظ_60عاما#عكاظ_60_عاماhttps://t.co/tINh1PIG2a pic.twitter.com/xNqg8iRYgv
— صـ حـ يـ فـ ـة عـ كـ ا ظ (@OKAZ_online) May 31, 2020
#المسجد_النبوي يشهد عودة المصلين تدريجيا وسط أجواء مفعمة بالإيمان #عكاظ #ان_تكون_اولا#عكاظ_60عاما#عكاظ_60_عاماhttps://t.co/tINh1PIG2a pic.twitter.com/xNqg8iRYgv
— صـ حـ يـ فـ ـة عـ كـ ا ظ (@OKAZ_online) May 31, 2020
Ini pula perkongsian daripada sumber daripada facebook Nursyahirah Ramlee
Masya Allah Tabarakallah.
Alhamdulillah Pintu Masjid Nabawi sudah dibuka. Sedih pula tengok pekerja pekerja tu buka gate. Seperti sudah terlalu lama masjid ditutup.Sebak. Tetapi ada syarat syarat tertentu yang agak ketat sebelum memasuki perkarangan masjid Nabawi.
Antaranya:
- Pastikan berwudhuk sebelum ke masjid(difahamkan tempat utk berwudhuk ditutup)
- Memakai mask
- Dilarang membawa makanan dan minuman
- Karpet di masjid tidak disediakan.Jadi perlu membawa sejadah sendiri.
- Tidak dibenarkan membawa kanak kanak
- (Agak sukar bagi kami yg mempunyai anak2 jika hendak ke masjid,mungkin perlu bergilir gilir dengan suami utk jaga anak bila salah sorang sedang solat,dan sorang lagi perlu tunggu di kereta.)
- Buat sementara ni kami belum ada perancangan nak pergi lagi sbb risaukan anak2.Tetapi insyaAllah akan jejak juga utk bbrapa kali sebelum ditutup semula.
- Raudhah masih belum dibuka
- Pastikan sentiasa memakai “hand sanitizer”
- Moga Allah mudahkan segalanya,juga seluruh umat Islam dilindungi Allah.
- Sama sama kita doa wabak ini pergi
- Moga seluruh umat Islam boleh datang seperti biasa dan dapat melakukan umrah.
NURSYAHIRAH.AL MADINAH Al MUNAWWARAH.31 MEI 2020
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tersenarai Dalam Malaysia Book of Records, Arca Dasar Laut Tarikan Baharu Di Langkawi. Rugi Tak Tengok Sendiri!

Langkawi cukup terkenal sebagai pulau pelancongan yang mempunyai banyak tempat menarik untuk dilawati. Kini tarikan terbaharu yang menjadi tarikan di pulau lagenda ini merupakan Arca-arca berkonsepkan mitos dan lagenda yang baru sahaja dilabuhkan ke dasar laut di perairan Pulau Pasir, Langkawi.
Baru sahaja dirasmikan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri pada 23 Julai yang lalu, 14 Arca Dasar Laut yang dihasilkan oleh sembilan artis tempatan itu dilabuhkan di sekitar pulau tersebut pada 2 Jun yang lalu.

Foto: Balai Seni Negara
Merupakan program Community Based Tourism, Arca Dasar Laut yang dianjurkan oleh Balai Seni Negara ini adalah salah satu usaha menggalakkan lagi ekosistem seni dan pelancongan negara.

14 arca yang dihasilkan oleh sembilan artis tempatan ini bermula pada Disember 2021 di Pengkalan Kubang Badak. Turut tersenarai dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Most Underwater Sculptures, antara arca yang boleh anda lihat bila berkunjung ke Pulau Pasir adalah Sang Kelembai Meletus, Sumpahan Mahsuri, Belanga Pecah dan banyak lagi.

Majlis perasmian pada hari tersebut turut dihadiri YBhg. Datuk Hajah Saraya Arbi, Ketua Setiausaha MOTAC, YB Tuan Mohd Firdaus Ahmad, Exco Pelancongan, Seni dan Budaya, Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Kedah, YBhg. Dato’ Indera Dayang Fatimah Tom Abang Saufi, Pengerusi LPSVN, YBrs. Encik Amerruddin Ahmad, Ketua Pengarah LPSVN, serta pegawai-pegawai kanan MOTAC, Jabatan dan agensi.
Snorkeling Atau Selam Skuba Untuk Lihat Sendiri Arca Dasar Laut
Kesemua arca ini diletakkan di dua tempat berbeza yang membolehkan anda melihat sendiri melalui aktiviti snorkeling ataupun selam skuba di Pulau Pasir. Bagi yang ingin ke Pulau tersebut, anda boleh menaiki bot dari Pengkalan Kubang Badak selama lebih kurang 15 hingga 20 minit untuk sampai ke Pulau tersebut.

Meskipun ada beberapa arca ditenggelamkan ke dasar laut dan boleh dilihat menerusi aktiviti menyelam, Ketua Pengarah Balai Seni Negara, Ameruddin Ahmad berkata pihak mereka turut meletakkan beberapa arca lain di kawasan pesisir pantai dan separa tenggelam untuk memudahkan pelancong melihat dengan lebih dekat

Penghasilan arca-arca tersebut adalah sebahagian daripada program Community-Based Tourism anjuran Balai Seni Negara dengan kerjasama beberapa pihak antaranya Marine Research and Excellent Centre (MAREC) UiTM Perlis, Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Pelancongan Seni dan Budaya Negeri Kedah, Geopark Langkawi, Jabatan Perikanan Malaysia, Pejabat Tanah Daerah Langkawi dan Polis Marin Langkawi.
Program ini juga telah mendapat tajaan daripada pihak Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) dan juga LADA.
Sembilan arca itu dihasilkan dengan saiz minimum lima kaki setiap satu turut dilabuhkan di perairan Pulau Pasir dan akan berada pada kedudukan di daratan, sekitar pesisir dan gigi pantai dan paling menarik ‘dibenam’ ke dasar laut yang mengambil masa lima bulan untuk disiapkan.
Antara artis yang terlibat dalam program itu adalah Mohd Al Khuzairie Ali menerusi karya Sang Kelembai Meletus, Mohd Radzi Ismail (Belanga Pecah), Ahmad Fuad Osman (Tugu Antroposen), Umibaizurah Mahir @ Ismail (Permata Hinggap) dan Dr. Zainuddin Abindinhazir @ Abdul Rashid (Sumpahan Mahsuri).



Selain itu adalah karya Tengku Sabri Tengku Ibrahim berjudul Archelon, Abdul Multhalib Musa (Segitiga Langkawi), Low Chee Peng (Curse of Passing) dan Maxine Xie Xian Xin (Mushrooms For MuchRooms To Let).
Memang amaze bila dapat tengok sendiri Arca Dasar Laut yang pertama di Langkawi ini. Rugi kalau tak singgah ke Pulau Pasir bila datang ke Pulau Langkawi!
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kemboja Hentikan Aktiviti Menunggang Gajah Di Angkor Wat 2020

Aktiviti menunggang gajah adalah salah satu tarikan paling popular di kalangan pelancong yang datang ke Angkor Wat, Kemboja.
Walau bagaimanapun, aktiviti menunggang gajah yang dilatih khas untuk tujuan menarik minat pelancong ke tempat itu akan dihentikan sepenuhnya menjelang tahun depan.
Sekumpulan 14 ekor gajah yang dipaksa berkerja setiap hari membawa pelancong itu akan dipindahkan ke pusat konservasi dan pembiakan awal tahun depan. Perkara itu sudah disahkan oleh Jawatankuasa Kawanan Gajah Angkor Wat (JKGAW).
⚠️ TRAVIA ⚠️ Seramai 2.5 juta pelancong antarabangsa melawat Angkor Wat setiap tahun |
Pada tahun 2016, seekor gajah di sana dilaporkan mati ketika sedang membawa dua orang pelancong mengelilingi monumen bersejarah itu seterusnya mencetuskan ketidakpuasan hati masyarakat antarabangsa akibat kejadian yang berlaku.
Dua tahun selepas itu pada 2018, satu petisyen berkenaan resolusi untuk menghentikan penderaan terhadap gajah di sana telah mendapat 14 ribu tandatangan dalam masa 48 jam selepas sekali lagi haiwan gergasi itu mati akibat kepenatan selepas membawa pelancong.
Menurut Pengarah JKGAW, Oan Kiry, aktiviti menunggang gajah di Angkor Wat akan dihentikan namum pelancong masih boleh berjumpa dengan gajah dan bergambar bersama haiwan tersebut di pusat konservasi dan pembiakan di mana haiwan tersebut bakal ditempatkan kelak.
Dianggarkan terdapat 70 ekor gajah yang dikomersialkan dan pakar mentakrifkan bahawa masih ada lebih kurang 500 ekor gajah liar di Kemboja.
Jumlah gajah di Kemboja dan beberapa negara sekitar Asia Tenggara didapati menurun sejak beberapa tahun kebelakangan ini akibat daripada pemburuan haram, pemusnahan habitat alam semula jadi dan konflik diantara manusia dan haiwan tersebut akibat pembangunan.
Sumber: Metro UK
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI