Ada berita baik untuk kaki travel! Bermula awal Februari 2019 lalu, perkhidmatan Rapid KL Airport Shuttle Service telah diperkenalkan untuk kemudahan penumpang ke Lapangan Terbang Antarabangsa 1 dan 2 (KLIA & KLIA2). Tambang serendah RM10 untuk perkhidmatan (Kombo-Rail dan Bas) terus ke lapangan terbang pilihan merupakan promosi baru yang diperkenalkan kepada umum.
Ads
Jadual waktu perjalanan bas bermula seawal jam 6.30 pagi dan akan tamat pada jam 10.30 malam. Kekerapan bas sedia untuk dinaiki sekitar 30 minit sekali. Buat permulaan hanya perkhidmatan sahala sahaja yang beroperasi iaitu dari Hentian Putra Height ke KLIA atau KLIA2. Tiada sebarang perkhidmatan dua hala dari KLIA atau KLIA2 ke Hentian Putra Heiht buat masa ini.
Ads
Ads
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi pihak RapidKL.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Lebuh raya di Malaysia antara rangkaian menghubungkan jalan darat yang sering digunakan kita seharian untuk ke pelbagai destinasi di dalam negara. Tanpa jalan raya yang sempurna pasti pergerakkan kita dan ekonomi negara tidak akan cekap.
Dalam banyak-banyak lebuh raya yang ada di Malaysia, laluan mana satu anda suka guna? Senarai jawapan anda mungkin menjadi pilihan antara lebuh raya terbaik di negara. Sebanyak 10 lebuh raya disenaraikan dalam kedudukan berprestasi baik berdasarkan jumlah kemalangan maut dan kecederaan parah dilaporkan di situ. Lebuh raya-lebuh raya tersebut dibahagikan kepada dua kategori iaitu jenis sistem tol tertutup dan sistem tol terbuka.
Menurut Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), langkah menyenaraikan lebuh-lebuh raya tersebut membolehkan pengguna lebih peka terhadap risiko keselamatan masing-masing. Selain itu, ketetapan kedudukan ini diharap dapat mewujudkan persaingan sihat dikalangan konsesi lebuh raya untuk memperbaiki mutu jalan raya di bawah seliaan mereka dari semasa ke semasa.
Bagi menyenaraikan lebuh raya mengikut kedudukan terbaik, mata kedudukan akan dijumlahkan untuk setiap lebuh raya berdasarkan pemberat sebanyak 70 peratus untuk indeks kematian dan 30 peratus untuk peratusan segmen jalan yang bertaraf tiga bintang dan ke atas. Langkah itu selaras dengan usaha mengurangkan kadar kemalangan maut dan kecederaan parah di lebuh raya. Memandangkan statistik kemalangan dan keadaan sedia ada persekitaran jalan akan berubah dari masa ke masa, penetapan kedudukan lebuh raya berprestasi baik ini akan dilakukan secara berkala
Lima lebuh raya jenis sistem tol tertutup berprestasi baik:
1. Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS)
2. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
3. Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS)
4. Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT 1)
5. Lebuhraya Lembah Kelang Selatan (SKVE)
Lima lebuh raya jenis sistem tol terbuka berprestasi baik:
1. Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) (LITRAK)
2. Lebuhraya Skim Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT)
3. Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (JSAHMS)
4. Lebuhraya Sistem Lingkaran Kajang (SILK)
5. Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)
CENDANA melancarkan SH/FT, iaitu Pameran Seni Visual Kontemporari sebagai penghargaan terhadap seni tempatan dalam kalangan generasi muda yang menampilkan lebih 170 karya seni dari 42 artis bebas tanah air. SH/FT sedang berlangsung hingga 11 Ogos di White Box dan Black Box, MAPKL @ Publika.
Pameran ini terbuka kepada orang awam dan masuk adalah percuma. SH/FT dibawakan untuk meningkatkan profil artis dan kolektif kesenian tempatan dengan menyediakan satu platform bagi mereka mewujudkan kesedaran, di samping mempamerkan dan menjual karya seni unik.
Antara penggiat seni kreatif yang mengambil bahagian termasuk Ajim Juxta, Alias Mat, Alya Hatta, Amar Shahid, Ammar Idris, Anas Afandi, Azarikh, Blank Malaysia, Cristjen Lai, Emir Nazren, Fauzan Fuad, Fizrie Azhan, Haris Rashid, I-Ling, Jack Yong, Kara Inez, Khairul Zariq, Kua Chia Chi, Lai Chang Shiang, Lee Mok Yee, LimJing, Lith Ng, Mark Tan, Max Jala, Mohsin Aminuddin, Myra Myn, Nabihah Haiyee, Ng Kim Peow, Nicholas Choong, Rico Leong, Sanker Ganesh, September Khu, Seven Sans Set & Foie, Sheila Samsuri, Tsa Meera, Sophia Kamal, Syazana Afrina, Tajrin Fariqi, Tomi Heri, Victor Khoo, Wong Xiang Yi, Yati dan Zariq Zin.
SHIFT telah dirasmi oleh Dato’ Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden dan Ketua Bahagian Melayu & Nusantara Kumpulan Kandungan Astro. Beliau menegaskan kepentingan platform-platform strategik seperti SHIFT, bukan sahaja mengiktiraf bakat seni artis tempatan, tetapi juga memacu sektor kreatif sekaligus menyumbang kepada ekonomi negara.
“Sektor seni dan budaya adalah pemacu ekonomi yang amat transformatif, serta memberikan fokus kepada pembangunan yang berteraskan insaniah, penyediaan pekerjaan, penjanaan pendapatan serta perolehan eksport. Justeru, kami memerlukan inisiatif-inisiatif seperti SH/FT bagi menyokong ekosistem seni yang semakin bertumbuh, di samping menghubungkan artis tempatan dengan masyarakat umum serta merangsang permintaan terhadap karya seni tempatan,” tambahnya
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Buat anda peminat kisah lagenda pahlawan Laksamana Hang Tuah, sebuah perigi dilaporkan tidak pernah kering dijumpai di negeri Kelantan, walaupun pada musim kemarau yang menyamai dengan Perigi Hang Tuah di Melaka.
Sepasukan penyelidik daripada Universiti Malaysia Kelantan mendakwa menemui sebuah telaga di Kampung Meranti, Kelantan yang didakwa telah wujud pada abad ke-15 dan dipercayai mempunyai kaitan dengan kedatangan Laksamana Hang Tuah.
Kewujudan telaga sedalam lebih 8 meter itu dipercayai dibina oleh Hang Tuah, pada lebih 500 tahun lampau ketika dalam pelayarannya ke Siam pada ketika itu. Penduduk mendakwa telaga berkenaan yang dinamakan mereka sebagai Telaga Pancur itu, dipercayai telah wujud lebih awal daripada pembukaan kampung itu sekitar pada tahun 1850 dan pernah tertimbus akibat banjir dan ditemui semula pada dua tahun lepas. Sebelah telaga ini pada zaman ketika itu terdapat sebatang sungai yang digunakan pedagang untuk mendapatkan air bersih dan sungai tersebut boleh sampai ke Patani ketika itu.
Menurut hikayat, Hang Tuah yang telah diutuskan Sultan Melaka untuk ke Siam untuk membeli enam ekor gajah daripada Raja Siam Phra Chau, dipercayai telah singgah ke kampung itu untuk berehat. Ketika itulah Hang Tuah telah mengarahkan pengikutnya untuk sama-sama membina telaga selepas melihat kebersihan air mata air dan kemudiannya telah meneruskan pelayaran ke Siam. Sampai ke Krisek, Patani, pahlawan itu telah berehat di sana dan kemudiannya telah membina perigi yang terkenal oleh penduduk di situ dengan nama perigi Hang Tuah.
Pihak Universiti Malaysia Kelantan akan meneruskan lagi kajian mendalam mengenai telaga berkenaan yang dan perlu mendapatkan lagi maklumat-maklumat yang tepat untuk dijadikan satu lagi bahan sejarah terpenting negara, untuk melengkapkan sejarah Laksamana Hang Tuah.
Melalui kajian Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia atau SIRIM Berhad, mendapati air daripada telaga itu adalah bersih dan boleh diminum, kerana kaitan punca airnya di bawahnya melalui lapisan batu. Air daripada telaga itu yang dahulunya boleh diguna oleh seluruh penduduk kampung, kini hanya digunakan oleh penduduk sekitarnya termasuk sebuah maahad tahfiz. Demi keselamatan penduduk dan juga mengelak telaga itu daripada tertimbus lagi akibat banjir, telaga itu telah dibina dengan kedudukan yang lebih tinggi dan ditutup kawasan sekeliling dengan binaan zink dan air kini dijanakan dengan menggunakan pam elektrik.
Sumber: Bernama
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...