
Kalau sebelum ini Ladang Farm Fresh yang terletak di Universiti Putra Malaysia (UPM) menawarkan harga sebanyak RM25 untuk tiket bagi lawatan ke ladang mereka, terbaru pengurusan The Acre By Farm Fresh mengumumkan harga terbaru iaitu serendah RM5 untuk kanak-kanak dan RM10 untuk dewasa bagi membuat lawatan ke ladang tersebut.
Namun harga tersebut tidak termasuk bagi yang ingin dine-in di restoran yang terdapat di sini. Menurut Facebook mereka, setelah mendengar respon daripada umum, mereka mengambil keputusan untuk mengumumkan harga pra pembukaan untuk tiket lawatan ke ladang yang terletak di UPM ini.
Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:
Dewasa (+13 & ke atas) – RM10
Kanak-kanak bawah 12 tahun – RM5
Kanak-kanak bawah 6 tahun – PERCUMA
Untuk makluman juga, harga tersebut merupakan harga pra pembukaan sebelum pembukaan rasmi tempat ini.
Namun jika sudah membuat tempahan meja, anda hanya perlu menunjukkan tiket di kaunter dan TIDAK PERLU membayar harga tiket lawatan masuk ke ladang
Waktu operasi:
LAWATAN LADANG: pukul 10am-7pm
Waktu operasi restoran: 10am-10pm, (tempahan makanan berakhir 8.30pm)
TUTUP SETIAP ISNIN
Untuk yang ingin dine-in di restoran mereka boleh membuat tempahan meja di Facebook atau website. Tiada walk-in dibenarkan.
Kerja-kerja penyelenggaran di sekitar ladang juga masih berlangsung, justeru itu lawatan ladang buat masa sekarang hanya akan termasuk dengan jalan-jalan di sekitar ladang dan menaiki traktor dengan jadual sementara.
Sumber: FB The Acre By Farm Fresh
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Lari Dari Buruan Polis, Lelaki Warga India Tubuh Negara Sendiri Digelar Kailaasa Di Ecuador

Pelbagai cara dilakukan oleh individu yang menjadi buruan pihak berkuasa untuk melepaskan diri daripada ditahan akibat pelbagai salah laku. Ada yang mengubah bentuk wajah, ada yang menyorok di dalam gua atau hutan dan terkini ada yang mewujudkan negara sendiri.
Mungkin dengan menubuhkan negara sendiri, individu ini terasa kebal daripada pihak berkuasa luar dan boleh melakukan apa sahaja yang disukai di negara 'sendiri'. Seorang lelaki warganegara India yang dikehendaki polis berhubung dakwaan serangan seksual menubuhkan negara baru yang dikatakan khas untuk penganut Hindu yang ingin mendiami negaranya.
Nithyananda Swami pernah menjadi sensasi serta mempunyai ribuan pengikut termasuk bintang filem dan ahli politik India. Namun pada tahun 2010, dia ditahan susulan skandal seks. Nithyananda Swami dituduh merogol dan menculik dilaporkan telah meninggalkan India secara senyap dengan bantuan pengikut-pengikut setia yang sangat taksub dengannya.
Setelah 19 tahun, dia membuat kemunculan pertama yang mengejutkan menerusi video YouTube. Nithyananda Swami memaklumkan telah menubuhkan negara sendiri yang diberi nama Kailaasa yang menumpukan kepada pemeliharaan, pemulihan dan kebangkitan budaya dan tamadun berdasarkan Hinduisme yang asli.
Negara mikro seperti Kailaasa merupakan entiti yang mendakwa sebagai negara merdeka namun tidak diiktiraf oleh negara lain mahupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Ia selalunya ditubuhkan sebagai satu bentuk percubaan falsafah, protes politik, ungkapan artistik atau sekadar bersuka-suka, ada di antaranya mempunyai mata wang, perlembagaan dan tentera sendiri.
Semua penganut Hindu boleh memohon kewarganegaraan di Kailaasa yang dinamakan sempena Gunung Kailash di Tibet yang dianggap suci oleh penganut Hindu dan Buddha.
Portal kailaasa.org dilaporkan mempunyai imej bendera berbentuk tiga segi dan pasport namun tidak menyatakan di mana lokasi Kailaasa sebenar. Namun, menurut sumber ia merupakan sebuah pulau di pesisir pantai Ecuador yang dibeli oleh beberapa pengikut kayanya.
Sumber: Dailymail | SinarHarian
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Takut Ada Orang Letak ‘Hadiah’. Check Stroller Anak Sebelum Masuk Balai Berlepas

Impian percutian dengan orang tersayang memang mengujakan. Lagi-lagi dapat terbang ke negara orang. Segala persediaan untuk percutian itu pastinya sudah dirancang dengan awal agar semuanya dalam keadaan baik dan lancar tanpa ada sebarang cacat cela atau kejadian buruk yang berlaku. Jika tidak pasti mood untuk berseronok ketika bercuti berubah 360 darjah.
Jika menggunakan khidmat penerbangan untuk bercuti, pastikan anda membuat semakan keselamatan untuk kali terakhir sebelum masuk ke balai berlepas. Contohnya, lihat sekeliling beg anda jika ada sebarang selitan bungkusan atau sampah-sampah kecil yang bukan milik anda. Jika membawa anak kecil, periksa beg makanannya, stroller atau carrier yang anda bawa agak tiada barang-barang ‘pelik’ yang menumpang barang kepunyaan anda itu.
Ini yang terjadi kepada sebuah keluarga kecil ini beberapa bulan yang lalu, apabila dia mendakwa ada empat bungkusan asing yang ‘menumpang’ dalam stroller milik anaknya. Baca kisah yang dikongsikan pasangan ini. Perkongsiaan daripada Puan Husna Nabilah ini sangat berguna dijadikan peringatan kepada ibu bapa yang sedang ‘bergembira’ untuk mulakan trip percutian.
.
.
3.
.
.
.
.
.
Harap lepas ini kepada sesiapa sahaja yang ingin ke luar negara, pastikan semak sehabis mungkin barang anda ya! Paling penting jangan terlampau selesa dengan orang sekeliling atau mengambil mudah dalam aspek keselamatan. Nasihat dan pesan kepada kaum keluarga anda ya terutama untuk mereka yang sudah berumur atau masih kanak-kanak. Jangan sesekali baik hati untuk menumpangkan barang orang lain untuk diletakkan dalam beg anda atau menerima apa sahaja barang yang dihulurkan.
Sumber: FB Husna Nabilah Shukeri
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Gaya Mewah & Lebih Privasi. Ini 12 Resort Tepi Pantai Paling Best Untuk Staycation Di Langkawi!

Bermula 16 September, Pulau Langkawi telah dibuka sebagai projek rintis dalam merancakkan kembali industri pelancongan.
Pulau Legenda ini memang menjadi antara destinasi sangat popular kerana mempunyai pelbagai tempat menarik dan bersejarah untuk dikunjungi.
Jika yang mahu bercuti di sini mengikut SOP yang ditetapkan, kami cadangkan beberapa tempat menyeronokkan untuk dikunjungi di sini.
Antara yang popular adalah Pantai Cenang. Kawasan pantai utama di Langkawi ini bukan sahaja ada kawasan pantai untuk mandi, tapi kedai makan, cenderamata dan suasana malam hidup dibandingkan kawasan lain Langkawi.
Dan disenaraikan juga antara 12 penginapan di kawasan sekitar yang juga boleh djadikan piliha jika bercuti ke Langkawi.
1. Meritus Pelangi
Resort tepi Pantai Cenang Langkawi ini dibuat gaya Melayu. Biliknya luas, suasana keliling hijau dan untuk main air, pilih sama ada mahu berenang di kolam besar atau mandi di pantai putih yang sedia menanti.
Bila malam, boleh bersiar kawasan Cenang. Bila siang melawat tarikan seperti Underwater World dan Laman Padi pun senang. Kalau korang mahu resort tepi pantai yang bagus di Langkawi tapi mahu juga dekat dengan tarikan-tarikan yang ada di pulau ini, pilih Meritus Pelangi.
Pantai Tengah – Resort-resort menghadap Pantai Tengah ini ada pantai yang lebih tenang dari orang ramai, tapi masih dekat dengan Cenang untuk korang cari makan dan santai malam-malam. Sesuai untuk mereka yang inginkan kesunyian tapi masih mahu dekat dengan suasana sibuk Cenang sesekali.
2. Holiday Villa
Di resort Holiday Villa Langkawi, korang dapat pool inifiniti yang luas dan letaknya di tepi pantai putih menghadap laut Selat Melaka. Bilik agak berusia tapi besar. Ada balkoni bersantai.
Untuk yang datang dengan keluarga dan mahukan resort tepi pantai yang harganya sederhana, ini antara pilihan yang boleh dipertimbang bersama.
3. Frangipani Langkawi
Resort Frangipani di Pantai Tengah ini satu resort harga sederhana yang ada pantai di tepinya. Pool di sini kecil sahaja, tapi pantai ada di depan mata untuk berenang puas-puas pada bila-bila masa. Fasiliti terhad, tapi bilik ada balkoni.
4. Dash Resort
Resort ini untuk orang muda. Ia bukan saja ada pantai peribadi, tapi juga ada pool besar yang best untuk mandi atau untuk posing buat OOTD di medias sosial. Sesetengah bilik di sini ada jakuzi dan hiasan bilik pun funky.
Setiap petang ada live DJ kat sini, membuatkan resort ini macam satu parti. Sesuailah untuk mereka yang suka muzik dan bersosial. Pantai Tanjung Rhu – Bagi sesiapa yang mahu dekat dengan pantai putih yang luas ( yang dikatakan antara pantai yang tercantik di dunia) dan dekat dengan mangrove tour, kawasan di sini sangat sesuai.
5. Four Season Langkawi
Ini resort Langkawi yang menggabungkan Barat dan Timur dengan suntikan elemen Arab di dalamnya. Hasilnya, resort fusion mewah dalam taman seluas 48 ekar yang sesuai untuk pasangan bulan madu ataupun keluarga bercuti.
Biliknya sangat luas. Di belakang villa ada gunung batu kapur prasejarah. Di hadapan verandah boleh nikmati pasir pantai memutih dengan pemandangan indah. Ini antara resort termahal yang ada di Malaysia. Kemewahan yang dapat di sini berbaloi dengan setiap ringgit yang dibelanjakan.
6. Tanjung Rhu Resort
Dengan pantai peribadi sejauh 2.5 km, ini resort tepi pantai Langkawi untuk yang mahu menikmati pemandangan senja di kawasan pantai antara terbaik di Malaysia ini. Resort mempunyai tiga swimming pool, lima restoran dan juga spa. Jadi korang tak perlu keluar dari resort ini.
Untuk explore kawasan sekitar, untuk ke Kilim Geoforest hanya beberapa minit sahaja. Galeria Perdana pun dekat saja.
Pantai Teluk Datai – Kalau sukakan alam semulajadi dan mahukan cuti di Langkawi yang dekat dengan pantai, boleh pertimbangkan resort-resort di Pantai Teluk Datai. Menginaplah di sini jika mahu habiskan masa di hotel-hotel terbaik Langkawi dan cuma sesekali keluar untuk ke tarikan pulau yang jauh dari sini.
7. The Andaman
Sesuai untuk mereka yang sukakan bunyi unggas dan ombak, the Andaman ini ada pantai peribadi sejauh 3 km.
Boleh masuk ke hutan dengan guide atau ikut serta memelihara batu karang di pusat konservasinya. Untuk si kecil, ada Young Explorer’s Club, untuk ibu ada C Hair Saloon dan V Spa dan ayah boleh lepaskan gian golf di ELF Club yang tak jauh mana.
8. The Datai
Ini antara resort paling mewah di tepi pantai Teluk Datai. Resort berada dalam hutan dara berumur 400 juta tahun. Jika bernasib baik, boleh terserempak dengan ikan lumba-lumba di pantai.
Sesetengah villa ada private pool. Biliknya luas, restoran selera bertaraf antarabangsa dan suasana resortnya lebih cantik dari gambar-gambarnya.
Senang cerita kalau sukakan hutan dan pantai dan wang bukan masalah, ini adalah resort tepi pantai yang wajib dicuba.
Pantai Kok – Kawasan Pantai Kok ini adalah kawasan pantai di Langkawi yang ada pemandangan kapal-kapal peribadi di lautnya. Ia dekat kereta kabel Langkawi untuk mereka yang tak mahu memandu jauh.
9. The Danna
Hotel dengan gaya kolonial ini adalah resort tepi pantai Langkawi yang mewah. Dan kalau cerita tentang swimming pool, ia ada kolam renang tiga tingkat yang juga terbesar dalam seluruh pulau ini.
Setiap bilik ada tub mandi dan balkoni manakala hotel dilengkapi spa, kids room dan empat restoran, termasuk restoran The Planters yang terkenal di Langkawi.
Pantai menghadap dua pulau kecil dengan pemandangan kapal-kapal peribadi, suasana seperti bercuti di luar negara. Untuk ke tarikan utama Langkawi seperti kereta kabel, cuma perlu memandu 10 minit dari sini.
10. Berjaya Resort
Kalau suka bunyi ombak, ini antara resort tepi pantai Langkawi yang ada villa atas laut. Dekorasi bilik biasa saja, tapi besar dan selesa.
Nak honeymoon? Ambil chalet atas air sebab korang boleh layan jakuzi dari bilik sambil tengok berlabuhnya matahari senja.
Pantai peribadi ada di tepi pool besar, sesuai sangat untuk yang holiday dengan family atau pasangan.
11. Ritz Carlton
Dibina selama 7 tahun, resort mewah Ritz Carlton Langkawi ini dikelilingi hutan yang dihuni monyet lemur dan burung enggang, sesuai untuk mereka yang mahukan cuti dengan bunyi alam semulajadi.
Dibuat dengan gaya Melayu-Siam, resort ini ada 90 suite yang luas dan 29 villa yang dilengkapi private pool.Selain bilik dengan pemandangan hutan atau laut, resort ini juga hadir dengan kolam infiniti, spa di platform atas laut, dan katil yang sangat selesa.
Ia ada pantai peribadi yang cantik, tapi tidak sebesar kebanyakan resort-resort lain.
12. Vivanta by Taj
Apa yang lebih istimewa dari tinggal di pulau peribadi masa cuti? Dari Langkawi ke sini, korang akan naiki bot dari Cenang. Kawasan di sini pemandangannya romantik, senang cerita sesuai sangat untuk mereka yang ingin honeymoon atau anniversary.
SUMBER: JOMJALAN
Artikel Berkaitan:
Direktori Lengkap Lokasi Percutian Menarik Sekitar Selangor, Boleh Bawa Keluarga Short Vacay
Lebih 50 Staycation Menarik Di Hulu Selangor, Yang Korang Wajib Terjah Cuti Hujung Minggu
Berlibur dan download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI