Semua masjid di seluruh negara akan menghentikan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, bagi membantu negara untuk memutuskan rantaian virus COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Photo credit :KAMARUL AKHIR/AFP/Getty Images)
Jelasnya arahan tersebut selari dengan langkah yang diambil di beberapa negara Islam lain, seperti Arab Saudi dan Kuwait. Minggu lalu, Perlis antara negeri terawal yang membatalkan Solat Jumaat di seluruh masjidnya.
“Patuhilah arahan yang dikeluarkan dan gantilah solat Jumaat dengan solat Zohor di rumah masing-masing, bersama keluarga. Hampir keseluruhan bersetuju dalam kes seperti ini dan semua pihak hendaklah mematuhi perintah yang ditetapkan pemerintah. Sekali lagi pesan saya, solatlah Zohor di rumah, InsyaAllah ada hikmahnya,” katanya.
LAUTAN dan hidupannya adalah sesuatu yang sangat misteri untuk kita. Kebanyakan daripada kita sering tertanya-tanya apa yang ada di bawah permukaan lautan yang luas, dalam dan gelap itu? Malah tidak kurang ada juga di antara kita yang sedang terfikir bagaimanakah rupa atau bentuk muka bumi sebenar di bawah lautan?
JURANG MARIANA
Jurang Mariana yang terletak di dasar Lautan Pasifik di timur dan selatan Kepulauan Mariana, di timur Mindanao, Filipina ini merupakan lokasi paling dalam pada permukaan kerak bumi. Jurang ini meliputi setengah kawasan lautan di selatan Filipina dan ditemui oleh pemerintah Sepanyol yang memerintah Filipina ketika itu.Jurang tersebut membentuk sempadan antara dua plat tektonik antara Plat Pasifik dan Plat Filipina.
Antara hidupan di Jurang Mariana
Bahagian The Challenger Deep adalah lokasi paling terkenal di lautan bumi di mana ia jauh lebih dalam dari aras laut daripada ketinggian Gunung Everest di atas aras laut (8,848m/29,028ka).
Ini bermakna, Gunung Everest pun akan tenggelam sekiranya ditempatkan di The Challenger Deep!
Bahagian dasar laut di situ menerima tekanan sehingga setinggi 108.6 MPa, lebih seribu kali tekanan atmosfera piawai pada aras laut. Ukuran kedalaman pertama Jurang Mariana dibuat oleh kajian kapal British HMS Challenger, yang telah digunakan oleh Tentera Laut Diraja pada tahun 1875 untuk menjalankan penyelidikan ke aras jurang yang sama. Kedalaman paling besar dicatatkan pada masa itu adalah 8,184 meter (26.850 kaki). Pada tahun 1951, sebuah lagi kapal Tentera Laut Diraja, juga dinamakan “HMS Challenger,” kembali ke jurang itu untuk melakukan pengukuran tambahan. Mereka mendapati lokasi yang lebih dalam dengan kedalaman 10,900 meter (35,760 kaki) ditentukan oleh echo bunyi. The Challenger Deep dinamakan selepas kapal Royal Navy membuat pengukuran ini. Pada tahun 2009, pemetaan sonar dilakukan oleh penyelidik di atas kapal RV Kilo Moana, yang dikendalikan oleh Universiti Hawaii.Pengukuran terbaharu dilakukan oleh Pusat Pemetaan Coastal & Ocean Amerika Syarikat pada tahun 2010, di mana hasilnya mencatatkan kedalaman sehingga 10.994 meter!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Jika berada di New York dan ingin cepat sampai ke London, penumpang kini boleh memilih untuk terbang dengan British Airways.
British Airways melakar sejarah apabila pesawat subsonik syarikat penerbangan itu mampu mencapai tahap kelajuan maksimum mencecah 1,300 kilometer sejam dari New York ke London.
Dalam pada itu, Flighradar24 menerusi Twitter memuat naik ciapan:
‘Jika tidak silap, BA kini menjadi pesawat subsonik terpantas ke dari New York ke London dengan merentasi Norway’
Kepantasan pesawat BA itu merekod masa satu minit awal daripada Virgin Airbus A350 yang mendarat di Heathrow tidak lama selepas itu termasuk sebuah lagi pesawat Virgin yang tiba di lapangan terbang sama sekitar setengah jam selepas itu. Ketiga-tiga pesawat berkenaan ‘mendahului carta’ pesawat dari Norway sebelum ini yang merekod masa lima jam 13 minit pada Januari 2018.
Sementara itu, jurucakap British Airways menegaskan mereka sentiasa mengambil berat soal keselamatan mengatasi rekod kelajuan. Juruterbang di British Airways juga dilatih dengan baik, untuk berjaya membawa semua penumpang dengan selamat ke London dalam tempoh masa yang cepat.
Untuk makluman semua, Pengurusan Changi Airport Group mengumumkan penutupan sementara operasi di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi, Singapura selama 18 bulan mulai 1 Mei depan.
Menurut Changi Airport Group, perincian mengenai perpindahan syarikat-syarikat penerbangan ke terminal lain akan diumumkan melalui laman web lapangan terbang itu sebelum tarikh tersebut. Penggantungan operasi di situ bertujuan membolehkan kerja-kerja pembesaran di Terminal 2 Lapangan Terbang Changi dipercepatkan mengikut jadual iaitu pada 2024.
Ketika ini syarikat penerbangan banyak menangguhkan penerbangan sebagai tindak balas terhadap permintaan yang semakin berkurangan. Usaha ini juga dilihat akan membantu lapangan terbang yang menjadi rakan kongsi Changi Airport Group untuk mengharungi masa yang sukar.
Walau bagaimanapun, Lapangan Terbang Changi tetap dibuka untuk melayani penerbangan kargo udara dan penumpang yang masih terus beroperasi.
SINGAPORE, 6 April 2020 – Changi Airport Group (CAG) announced today that in view of the steep decline in passenger traffic and the likelihood that air travel demand will not return to pre-Covid-19 levels in the near term, terminal operations at Changi Airport will be consolidated. This move will enable CAG and its airport partners to save on running costs such as utilities and cleaning as well as to optimise resources across the airport’s terminals to better match the low travel demand and airlines’ flight operations.
From 1 May 2020, operations at Terminal 2 (T2) will be suspended for 18 months with airlines to be relocated to the remaining terminals. This suspension of operations will allow for the current T2 expansion works to be accelerated with expected completion, currently scheduled for 2024, brought forward possibly by up to one year. CAG is in discussion with airport partners and concessionaires in T2 regarding options available to them.
In view of the very small number of flights at Terminal 4 (T4), operations at the terminal have been scaled down considerably with a small number of aircraft boarding gates kept in use and shops allowed to close early after the last flight for the day. If the remaining airlines at T4 choose to suspend or adjust their flight schedule, CAG will also consider suspending operations at T4 temporarily but with the objective of restarting operations quickly when airlines confirm the resumption of flights.
Supporting airport partners
The stores and restaurants at Changi Airport have been significantly impacted by the reduced air passenger traffic and weakened consumer demand. CAG has been in discussion with the concessionaires on assistance measures based on their business circumstance. For instance, CAG has waived all rentals for concessions operating in T4 for two months from 24 March 2020 given the very low passenger traffic in the terminal.
CAG and its partners are identifying retraining and redeployment opportunities for airport staff to protect as many as jobs as possible during this downturn. For example, ground handler SATS is sending staff for training courses to train them as airside drivers to support airlines. CAG is partnering Certis to streamline and right size its operations such as the deployment of security officers at pre-boarding security screening stations and at access control points to restricted areas.
Mr Tan Lye Teck, CAG’s Executive Vice President of Airport Management said, “With airlines suspending flights in response to the sharply reduced travel demand, the consolidation efforts seek to help our airport partners during this difficult time. While the scale of our operations will be reduced in the near term, Changi Airport remains open to serve the airfreight and passenger flights that continue to operate. Even as our airport capacity is being optimised for the current situation, we will have the flexibility and we stand ready to ramp up operations quickly once the recovery takes place.”
Details of airlines’ relocation to other terminals will be published on the Changi Airport website closer to 1 May 2020.
Suasana di Dataran Merdeka pada Sabtu lalu cukup luar biasa apabila ratusan anggota bomba, badan beruniform dan sukarelawan berganding bahu menyediakan bubur lambuk secara...