Cameron Highlands antara destinasi percutian keluarga yang sering menjadi tumpuan ramai. Hujung minggu je mesti ramai yang datang ke sini untuk bercuti. Memang banyak tempat menarik nak lawati kat atas sana.
Nak elak daripada bersesak-sesak dengan orang yang selalu ramai kat atas sana, ada beberapa tip yang dikongsikan oleh page Viral Perak buat yang nak bercuti di Cameron Highlands.
Paling best ada list tempat yang boleh masuk secara percuma. Seronok juga kan bercuti di tempat sejuk dengan anak-anak. Boleh makan strawberi, minum teh dan shopping sayur murah-murah kat atas sana.
TiPS PERGi ke CAMERON HiGHLANDS
Yang mana dari KL boleh ikut Tapah @ Simpang Pulai, dari Penang ikut Simpang Pulai. Dari Terengganu boleh ikut Kuala Berang – Felda Aring – Gua Musang. @ Raub – Sungai Koyan pun boleh
2. Bertolak awal okey! Lambat confirm jem
3. Merancang itu penting. Kena tahu info tempat2 menarik Cameron Highlands
INFO TEMPAT-TEMPAT MENARiK
Ladang Teh Boh di Ringlet @ Bharat Teh Garden 9.30am-4.30pm (Isnin cuti)
KEA Farm 8.30am-6pm
KHM Strawberry Farm Taman Sedia 8.30am-6pm
Ladang Anggur Bertam Valley 9am-5pm (Bulan 12 baru musim anggur)
Taman Abang Steamboat & Grill
(Harga Dewasa RM39 Kanak2 RM29)
Pasar malam Sg. Ruil dekat Golden Hills (waktu operasi lewat petang sampai malam untuk hari Jumaat, Sabtu & hari2 dibuka untuk cuti sekolah)
4. Seeloknya pergi bukan pada musim cuti sekolah atau cuti perayaan. Kenapa?
harga jualan produk berlipat ganda daripada harga asal.
sukar untuk dapat parking kereta.
kebanyakan hotel penuh dan harga juga lebih mahal.
kurang privasi.
5. Jika anda mahu membeli buah, sayuran, teh dan lain-lain sebagai buah tangan, belilah di kawasan S corner. Ada sign board S Corner sebelum menuruni bukit di situ. Di sini berderetan kedai dan gerai yang sangat murah berbanding di tempat-tempat lain seluruh Cameron Highlands
Anda boleh dapat buah strawberi yang besar dan manis. Harga pun murah berbanding jika anda beli di kawasan lain
6. Kalau mahu makan nasi berlauk dengan portion yang kenyang, lauk yang sedap, harga yang memuaskan, cari di Tanah Rata. Berdekatan sebelah terminal bas Cameron. Nama kedai Kak Yam, ada banner yang besar boleh nampak.
7. Cari hotel di sekitar tanah rata. Berhampiran kedai makan Kak Yam itu juga. Park kereta, jalan kaki untuk buat survey. Biasa backpackers suka menginap di hotel seperti itu.
Nak menang penginapan 2 hari 1 malam di The Face Style? Jawab soalan mudah di Posting Facebook Libur (Libur Rewards). 3 pemenang bertuah akan memenangi Staycation 2 Hari 1 Malam di The Face Style, Kuala Lumpur. Good Luck!
Soalannya : Deep Blue terletak di tingkat berapa?
Syarat mudah nak menang
LIKE & FOLLOW FB Majalah Libur
Share video ni di wall korang (PUBLIC)
Taip jawapan korang di ruangan komen & tag tiga orang kawan!
3 KOMEN terakhir dengan jawapan yang betul sebelum min KOMEN STOP akan menang! Komen je banyak-banyak dan alert dengan komen STOP daripada min pada bila-bila masa ok?
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Mulai 1 Julai 2020, kesemua 54 taman tema yang ada di seluruh negara termasuk taman tema air dibenarkan beroperasi semula dan menerima kedatangan pengunjung.
Khabar ini pasti menggembirakan ramai individu terutama buat ibu bapa yang dah lama nak bawa anak-anak bersuka-ria di taman tema! Paling istimewa, taman tema yang ada di negara kini sedang berlumba-lumba membuat promosi jualan tiket pada harga yang begitu menarik untuk menarik pengunjung. Ini lah masa terbaik untuk anda, cuti-cuti pusing satu Malaysia.
Selaras dengan keputusan tersebut, bagi taman tema, had pengunjung adalah berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan taman tema. Pengunjung juga perlu menjalani proses pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera, serta pemeriksaan suhu badan dan penyediaan pensanitasi tangan.
Bagi pengusaha taman tema air khususnya, mereka perlu mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang Awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan, serta Garis Panduan Pemantauan Kualiti Kolam Air. Garis panduan serta SOP boleh diperolehi dari laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan juga Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk maklumat lanjut.
Memastikan penjarakan sosial dipatuhi pada setiap masa.
Had pengunjung adalah berdasarkan kapasiti ruang serta saiz kawasan taman tema
Pengunjung perlu menjalani proses pendaftaran melalui aplikasi MySejahtera
Pemeriksaan suhu badan dan penyediaan cecair pencuci tangan.
Mengikuti Garis Panduan Pengurusan dan Penyenggaraan Kolam Renang Awam oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Garis Panduan Pemantauan Kualiti Kolam Air.
Setiap kali kita check in ke hotel, perkara pertama yang terlintas di fikiran adalah nak baring sepuas-puasnya di atas katil. Tanggapan kita mestilah bilik hotel berkenaan bersih, tersusun dan cantik kan?
Tapi jangan tak tahu, ada sesetengah hotel yang tidak mengamalkan S.O.P yang betul tentang pengemasa bilik mereka. Perkongsian daripada Maya Ariffin di Facebook mendedahkan ada segelintir housekeeper yang culas berkenaan kebersihan di bilik hotel.
Maya yang sebelum ini pernah berkerja di dalam industri perhotelan menasihatkan supaya semua alas tilam yang disediakan diletakkan ke bawah lantai sebelum checkout daripada mana-mana hotel.
Semua alas yang dimaksudkan adalah cadar tilam, sarung bantal, selimut atau sarung selimut dikumpulkan di atas lantai bilik air. Biarkan dalam keadaan basah adalah lebih baik bagi mengurangkan risiko kain yang kering itu digunakan untuk mengelap cawan minuman.
Tapi Kenapa?
Maya menjelaskan mengapa tindakan sedemikian wajar diambil adalah kerana S.O.P apabila seseorang tetamu hotel telah checkout, kesemua alas yang digunakan harus ditukar tetapi ada segelintir housekeeper membiarkan sahaja alas yang kelihatan bersih tanpa ditukar baru.
Memang kelihatan bersih tetapi sebenarnya alas tersebut itu adalah alas yang telah digunakan oleh tetamu sebelumnya.
Meskipun tidak menuduh mana-mana syarikat atau individu, tetapi Maya menasihatkan adalah lebih baik sekiranya langkah-langkah penjagaan dilakukan bermula daripada kita, ‘Konsep dia simple je, kau buat untuk orang lain, satu hari orang lain pula return the favor tanpa kita sedar’, ujar Maya dalam posting Facebook beliau.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Perasaan teruja bila check in hotel itu membuatkan ramai yang terus baring bila masuk bilik. Tanpa memikirkan apa yang patut anda lakukan sebelum bertindak demikian.
Hah, sepatutnya buat tiga langkah ini dulu ya, barulah selamat dan selesa waktu anda baring atas katil.
Risau juga kalau bilik hotel anda turut ‘dihuni’ oleh makhluk lain, iaitu pepijat (bedbugs) yang biasanya banyak ditemui di tilam, cadar dan selimut.
Pepijat bergantung hidup dengan menghisap darah manusia atau haiwan.
Gigitan makhluk ini akan membuatkan kulit anda gatal dan merah, dan boleh bertukar serius menjadi radang yang boleh menyebabkan pendarahan serta jangkitan.
Bila Check In Hotel
Oleh itu, amalkan tip ini setiap kali anda mendaftar masuk ke bilik hotel:
1) Tengok tilam
Ambil sedikit masa untuk memeriksa tilam dengan cara mengangkatnya dan memastikan sekiranya ia bersembunyi di bawah atau di dalam jahitan.
Periksa juga sarung bantal, takut pepijat ada bersembunyi di dalamnya. Mudah saja mahu mengenali pepijat. Ia berwarna merah karat ataupun coklat gelap dan agak halus.
2) Periksa katil
Katil juga merupakan salah satu tempat persembunyian pepijat. Cuba perhatikan di sekeliling katil termasuk celahan katil untuk memastikan tiada makhluk ini.
3) Semak bilik
Periksa juga perabot terutama yang berada berdekatan dengan tilam dan katil seperti meja sisi, sofa, kabinet dan sebagainya.
Selepas selesai melakukan tiga langkah berkenaan, barulah anda boleh berbaring atau membuka beg pakaian dengan perasaan yang lega.
Namun sekiranya anda terjumpa pepijat, sila maklumkan kepada pihak pengurusan hotel untuk urusan pertukaran bilik.
Nampak seperti agak remeh dan meletihkan, lebih-lebih lagi pastinya bilik sudah dibersihkan oleh pekerja housekeeping.
Tidak rugi jika kita sendiri mengambil langkah untuk lebih berjaga-jaga. Barulah seronok menikmati percutian yang sekian lama dinanti-nantikan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...