Cukup tenang melihat suasana homestay serba putih ini, The White Cottage yang dihias cantik dengan perabot satu warna.
Sesuai untuk anda rehatkan minda dari kesibukkan kota, tempat ini hanya 30 minit dari Kuala Lumpur.
Istimewanya The White Cottage
Design aesthetic bertemakan putih memang cantik sangat. Ada ruang boleh memuatkan 100 orang di sini. Sesuai juga dijadikan space event.
Ruang masuk depan pintu pun cukup menenangkan bagi siapa sahaja yang memandang, dikepit dua pokok ketapang yang membantu menaikkan lagi seri rumahnya.
Owh ya, kat sini banyak juga aktiviti boleh buat. Jadi pasti tak bosan kalau anda bawa diri ke sini. Ini antara yang best:
Ads
1. Rileks mandi dalam private pool
2. Main celup-celup kaki kat sungai
3. Jungle tracking
4. Menaiki sampan transparent, romantik sangat
5. Berkelah
6. Berbasikal
7. Extreme ATV
8. BBQ
Apa yang menarik lagi, homestay ini dikelilingi oleh sungai, air terjun dan hutan hijau.
Ads
Ruang Bilik Yang Selesa Dan Cantik
Untuk tempat tidur, ada 2 bilik dan 6 katil. Jadi sesuai untuk staycation kira boleh muat sekitar 8 orang. Lokasi di Malaysia tetapi feeling macam bercuti luar kota.
Ada laman dan beranda untuk andai santai-santai berehat dan ootd di situ. Cuba lihat suasana ini sahaja, pasti rasa cukup!
Ruang tamu dan dapur juga menggunakan konsep putih dan ala Inggeris.
Hah, apa lagi, cepat-cepat lah plan dan booking di sini. Baru best nak tenangkan emosi bersama kesayangan atau sahabat rapat. Terus tuju ke Rawang, okay!
Bila sebut tentang Port Dickson, pasti ramai rindukan pantainya yang menjadi tarikan utama pelancongan negeri. Sentiasa padat dengan pengunjung terutama di hujung minggu menjadikan Port Dickson destinasi pilihan pelancong khususnya datang dari Selangor dan Kuala Lumpur yang agak berdekatan selain warga negeri asal.
Tapi selain Port Dickson ada banyak lagi pelancongan menarik ditawarkan di negeri ini khususnya di sembilan daerah yang membentuk nama Negeri Sembilan seperti Kuala Pilah, Bahau, Jelebu, Sg Ujong dan banyak lagi. Memiliki Bandar Diraja iaitu Seri Menanti yang terletak di dalam daerah Kuala Pilih, negeri ini satu-satunya yang mengamalkan adat pepatih yang melindungi kaum wanitanya berbanding negeri lain yang mengamalkan adat Temenggung.
Dikongsi dari fb Negeri Sembilan Kini, disenaraikan gambar 25 lokasi pelancongan boleh cuba termasuk mendaki gunung khususnya Gunung Angsi, Gunung Datuk, meneroka Taman Negeri Kenaboi di Jelebu, melawat sejarah Muzium Tentera di Lukut, Istana Seri Menanti, meneroka Ostrich Farm dan banyak lagi. Dan kalau sebut makanan, jangan lupakan masak berapinya, masak lomak cili padi yang cukup enak termasuk daging salai, itik salai yang yang terjual di Kuala Pilah yang turut terkenal kerana harganya emasnya yang cukup murah dari tempat lain di Malaysia.
Bolehlah la travel ke sini bagi yang sudah lengkap dua dos selain Negeri Sembilan yang kini sudah memasuki Fasa 2.
Lihat 25 destinasi pelancongan menarik di Negeri Sembilan.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Anda yang nak pergi ke luar negara lagi-lagi ke negara sejuk tu saya sarankan untuk cuba dan rasa dulu macam mana perasaan berada dalam kesejukan -6 darjah celsius di Snow World Genting.
Suhu -6 darjah celsius tau! Bukan 16 darjah celsius macam suhu penghawa dingin yang ada di rumah. Kalau anda rasa boleh terima dengan tekanan suhu di bawah takat beku di Snow World Genting, anda saya boleh kata lulus untuk pindah terus duduk di negara bermusim sejuk. Hehehe.
Baru-baru ni saya berkesempatan untuk datang dan menyertai cabaran yang dianjurkan oleh pihak Snow World Genting – siapa yang paling dapat bertahan paling lama dalam ‘peti sejuk’ -6 darjah celsius tu.
Fuh! bukan biasa-biasa untuk anda kekalkan mental dan fizikal di tahap terbaik untuk bertahan di suhu sesejuk itu. Saya sendiri hanya mampu bertahan selama 3 jam 20 minit sahaja! (lama juga sebenarnya tu, hehehe)
Yela, itu pun sebab saya ni orang muda. Makcik-pakcik mana yang ada ikut serta dalam pertandingan tu belum 30 minit pun dah ada yang mengalah. Biasalah, mungkin faktor usia membataskan mereka untuk berada lama di dalam Snow World Genting.
Pengalaman saya semasa berada di sana untuk cabaran tersebut ingin saya kongsikan kepada semua pembaca Libur agar semua dapat mengambil sedikit info di sini sekiranya anda ingin ke sana kelak.
Snow World Genting ini adalah taman permainan bertemakan musim sejuk yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 22,800 kaki persegi. Dulu ianya pernah tutup untuk satu tempoh kerana pengubahsuaian dan selepas projek itu selesai, tempat ini kembali di buka kepada pengunjung dan boleh memuatkan seramai 250 pengunjung dalam satu-satu masa.
Ada banyak aktiviti yang boleh anda lakukan di sana. Kalau anda bawa kanak-kanak, tak usah cerita la. Daya kreativiti diorang mungkin akan membuatkan anda semput berkejar ke sana ke mari untuk memantau pergerakan mereka.
Antara aktiviti yang paling menarik untuk anda lakukan bersama si cilik adalah sliding menggunakan pelampung dari tingkat atas. Snow World ini mempunyai beberapa lapis tingkat dan sliding yang saya katakan ini akan dilepaskan di tingkat yang atas ke bawah. Cukup mengujakan untuk kanak-kanak!
Ada mural yang diletakkan di sekeliling ruangan dalam Snow World Genting ini untuk memberikan anda satu perasaan dan berasa seperti berada di luar negara. Mural ini juga termasuk dengan banyak hiasan dalaman yang lain dan peluang untuk ke sini jangan dilepas tanpa sekeping gambar kenang-kenangan bersama rakan-rakan anda.
Kalau anda nak ke sini satu hari nanti, tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 11.30 malam dan saya cadangkan kepada anda untuk memakai seluar yang tebal dan bawa sepasang stokin lebih untuk dipakai.
Sekalipun baju sejuk, sarung tangan, sarung kepala dan kasut ada dibekalkan kepada setiap pengunjung yang datang, percayalah cakap saya, kesejukan yang ada masih tembus dan boleh membuatkan anda menggigil!
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Bercuti bersama keluarga atau rakan-rakan sememangnya menyeronokkan, namun mencari bilik hotel yang selesa untuk tiga orang kadangkala boleh menjadi satu cabaran. Menyedari keperluan tersebut, Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort kini memperkenalkan kategori Bilik Superior Triple yang direka khas untuk keluarga, kumpulan sahabat dan pengembara dalam kumpulan kecil.
Terletak hanya beberapa langkah dari Pantai Patong, resort tepi pantai ini menjadi antara lokasi strategik untuk pelancong yang mahu menikmati suasana Phuket. Dari resort, pengunjung boleh menerokai kawasan membeli-belah, restoran, hiburan malam serta tarikan budaya di sekitar Patong dengan lebih mudah.
Bilik Superior Triple direka untuk menempatkan sehingga tiga orang tetamu dengan susunan tempat tidur yang fleksibel. Ini membolehkan keluarga atau kumpulan sahabat menginap bersama dalam satu ruang tanpa perlu menempah dua bilik berasingan.
Selain menawarkan ruang yang lebih praktikal, setiap bilik turut dilengkapi kemudahan asas seperti akses internet percuma, kemudahan membuat kopi dan teh serta ruang rehat yang selesa. Sesuai untuk melepas penat selepas seharian menikmati aktiviti pantai, lawatan ke pulau berdekatan atau menerokai suasana malam di Patong.
Pilihan ini juga lebih menjimatkan kerana tetamu tidak perlu mengeluarkan kos tambahan untuk bilik kedua atau meminta katil tambahan. Pada masa sama, pengalaman menginap bersama dalam satu bilik menjadikan percutian terasa lebih rapat dan menyeronokkan.
Percutian bersama keluarga besar dan konsep friendcation, iaitu percutian bersama kumpulan sahabat, semakin mendapat perhatian dalam kalangan pengembara moden. Ramai kini memilih pengalaman perjalanan yang membolehkan mereka meluangkan masa bersama tanpa mengorbankan keselesaan dan ruang peribadi.
Menurut pihak resort, pengenalan kategori bilik baharu ini merupakan tindak balas terhadap permintaan pelancong yang mahukan penginapan lebih fleksibel, selesa dan berbaloi ketika melancong dalam kumpulan kecil.
“Pelancong pada hari ini sering mencari penginapan yang membolehkan mereka sentiasa dekat dan bersama keluarga, rakan karib atau kumpulan. Bilik Superior Triple yang baharu dicipta untuk menawarkan fleksibiliti dan nilai, selain membolehkan tetamu menikmati pengalaman resort tepi pantai yang santai,” kata Daryn Hudson daripada Four Points by Sheraton Phuket Patong Beach Resort.
Selain lokasi yang berhampiran Pantai Patong, tetamu turut boleh menikmati pelbagai kemudahan di resort termasuk beberapa kolam renang terbuka, pusat kecergasan, kemudahan mesra keluarga serta pilihan tempat makan yang menyajikan hidangan tempatan dan antarabangsa.
Antara restoran dan ruang makan yang terdapat di resort ini ialah Chao Leh Kitchen, Sears & Co. Bar and Grill serta The Deck Beach Club Patong. Resort berkenaan mempunyai 600 bilik dan suite moden yang direka untuk memenuhi keperluan pelancong santai mahupun tetamu perniagaan.
Dengan lokasi strategik, kemudahan lengkap dan pilihan bilik yang lebih fleksibel, Bilik Superior Triple boleh menjadi pilihan menarik buat mereka yang merancang percutian ke Phuket bersama dua lagi ahli keluarga atau sahabat. Kini, semua orang boleh tinggal dalam satu bilik, berkongsi pengalaman dan mencipta lebih banyak memori sepanjang percutian.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR.
Berlibur dan download
sekarang!
Nama Dolomites semakin kerap muncul di media sosial kini apabila Khairul Aming mengumumkan lima pembeli terawal produk terbaharunya akan dibawa ke lokasi tersebut. Dengan...