Pulau Langkawi menjadi pilihan dua sahabat baik ini. Bagi mereka, kalau tidak dapat melihat laut biru bukanlah bercuti namanya.
Jadi jom kita ikuti apa perkongsian Kesuma dan kawannya sewaktu bercuti ke pulau lagenda itu baru-baru ini.
Nak tiket penerbangan murah ke Langkawi?
Itu perkara pertama yang terlintas di kepala otak kami sewaktu mula-mula nak plan trip ke Langkawi ni. Lepas diskusi anjakan paradigma cerita kedai kopi berlaku, kami dapat juga tiket dengan harga yang diidamkan, alhamdulillah.. Tip untuk korang yang nak tiket murah, ini post-mortem yang kami buat;
1) Rancang tarikh lebih awal 2) Kena korban hari kerja sebab time tu harga tiket lebih rendah 3) Jangan memilih waktu penerbangan ; biasanya harga tiket lebih murah pada waktu awal pagi atau malam *Nota tambahan : check in awal kalau korang tanak kalut
Pemata Holidays ft. Toyota Avanza
Khidmat kereta sewa yang kami pilih di pulau lagenda ini adalah daripada Permata Holidays. Sampai je kat lapangan terbang, sebuah kereta Toyota Avanza telah siap menanti kami di situ.
Staf mereka ni semua peramah dan sudi membantu tak kira waktu terutama sekali bos mereka iaitu encik Firdaus. Keadaan kereta sangat tip top dan bersih. Kereta baru tauu.
Kereta Toyota Avanza yang kami sewa di Langkawi.Kereta Proton Saga. Kereta ni kereta baru, milage masih rendah lagi dalam 4,000 km.
Permata Holidays menawarkan pelbagai servis termasuklah :
Ads
– Pakej Perlancongan ke Langkawi – Kereta Sewa – Flight Ticket – Group Trip (Sekolah, Company, Family Day, etc) – Homestay – Suprise Delivery – Room Deco – Candle Light Dinner – Aktiviti-aktiviti di Langkawi (Island Hoping, Mangrove, Sunset Dinner Cruise, Snorkeling, etc)
Harga kereta sewa di Langkawi
Waktu kami ke Langkawi tempoh hari, sempat juga kami recce harga kereta sewa di sana. Kereta yang kami sewa haritu kereta saga dan avanza.
So kami kongsikan sedikit info untuk anda supaya anda mudah nak survey harga kalau ke sana;
Perodua Viva – Normal Rm60/day | Peak Rm90/day Perodua Axia – Normal Rm70/day | Peak Rm100/day Saga FL – Normal Rm80/day | Peak Rm110/day Saga Baru – Normal Rm100/day | Peak Rm130/day Perodua Myvi – Normal Rm80/day | Peak Rm110/day Perodua Bezza – Normal Rm100/day | Peak Rm130/day Toyota Vios – Normal Rm100/day | Peak Rm130/day Toyota Vios (Baru) – Normal Rm120/day | Peak Rm150/day Honda Jazz – Normal Rm120/day | Peak Rm150/day Perodua Alza – Normal Rm120/day | Peak Rm150/day Toyota Avanza – Normal Rm120/day | Peak Rm150/day Proton Exora – Normal Rm150/day | Peak Rm180/day Toyota Innova – Normal Rm150/day | Peak Rm230/day Nissan Urvan – Normal Rm180/day | Peak Rm300/day Toyota Vellfire – Normal Rm450/day | Peak Rm550/day
Bagi yang nak menggunakan khidmat kereta sewa daripada Permata Holiday, anda boleh hubungi mereka di sini;
Ads
Alamat : No 96, Tingkat 2, Persiaran Bunga Raya, Mukim Kuah, 07000 Langkawi. Telefon: 013-5977027 (Firdaus) Instagram : Permata Holidays
Nadias Hotel Pantai Cenang
Okay kereta dah dapat, tunggu apa lagi?! Jom ronda! Tapi sebelum nak ronda-ronda tu, kami terfikir, kita nak stay kat mana? Haha so cari punya cari punya cari, akhirnya Nadias Hotel ada jawapannya.
Kami memilih Nadias Hotel yang terletak di Pantai Cenang. Puan Rahayu Ramli yang bertugas di situ sangat peramah dan sudi membantu kami tidak kira waktu.
FYI, Hotel tiga bintang ini menawarkan pelbagai jenis bilik antaranya Deluxe King/Twin, Deluxe Quad, Deluxe Family dan Junior Suite.
Ads
Kami di hadapan Nadias Hotel.Di lobby nak check-in waktu ni.Cafe di Nadias Hotel.Dekat sini diorang sediakan makanan style buffet, tapi kalau nak makan steambot pun ada juga.Tadaaa…! Steambot yang disediakan di sini.Kolan renang indoor. So tak takut sunburn lagi.Sangat sesuai kalau nak bawa anak-anak kecil.View dari hotel menghadap Teluk Cenang.Seronok lepak-lepak santai atas ni layan cocktail, hehehe.View dari bilik hotel. Selesa siap ruang tamu kalau trip ada lebih dari 3 atau 4 orang. So boleh lepak dekat ruang tamu.Comfort and cozzy. Not bad la accommodation dekat sini.Nampak selesa kan?
Segala yang anda perlukan ada di sini ; Nadias Cafe, Echo Pool Bar, surau, kolam renang, servis jemput/hantar ke lapangan terbang, dewan, bilik mesyuarat dan ruang parkir yang banyak.
Sebelum keluar menikmati keindahan panorama Langkawi, kami memulakan hari dengan sarapan buffet di Nadias Kafe. Kafe ini juga menghidangkan menu hi tea pada waktu tengahari dan pada waktu petangnya mereka menawarkan hidangan stimbot serendah rm29.90 untuk dua orang. Seronokkkkkk!!!
Alamat : Nadias Hotel, Lot 977, Pantai Cenang, MUkim Kedawang, 07000 Langkawi Telefon : 04-9551401
Huggin Hippo, siapa lapar angkat tangan!
Haaaa.. terletak betul-betul berhadapan Nadias Hotel, kami memilih untuk lepak santai-santai di Restoran Huggin Hippo. Jangan jeles hokey, sebab restoran ni betul-betul mengadap Pantai Cenang. Huggin Hippo juga terkenal dengan penyediaan kopi terbaik di Langkawi. Bak kata omputih ‘The Best Coffea in Langkawi’. Gituuuu.
Kat Huggin Hippo ni kami dihidangkan dulu dengan appetizer terkenal mereka yang dinamakan sebagai Stand Alone. Roti salad bersama salmon bruschetta dihias dengan tomato coulis dan ditabur keju parmesan. Saat mendebarkan bila hirisan smoked salmon terus mengejutkan deria rasa saat ianya masuk ke dalam mulut kami. Sedappnyaaaa!
Pintu masuk ke Huggin Hippo.Ok jom kita lepak sini pulak, kita tengok apa ada dekat dalam.Pemandangan ruang dalam Huggin Hippo.Sekitar Huggin Hippo. Dekat sangat dengan pantai! Huhu..Ada live band kalau korang nak layan.Kebetulan pengurus restoran, Uncle Ethan ada, dia yang serve makanan untuk kami.Ini la menu popular yang kerap pelanggan order dekat sini – Nasi Goreng Blues.Antara menu lain yang dihidangkan di sini.Sambil makan, sambil menikmati pemandangan di Pulau Langkawi ni. Memang best. Sambil tu layang orang main aktiviti air sekali. Tu ada orang nak fly naik parasailing.Pemandangan waktu senja di Huggin Hippo.
Lepas tu kami cuba pula nasi goreng blues. Nama pun dah unik sudah tentu rasanya memikat perut nan berlagu. Nasi goreng blues pula merupakan nasi goreng yang dihidangkan bersama sate dan kuah kacang, acar jelatah dan papadom. Memang blues bila makan nasi goreng ni sambil menikmati live band dan menyaksikan matahari terbenam bertemankan ombak membiru.
Alamat : 27A, Jalan Pantai Chenang, 07000 Langkawi, Kedah Facebook dan Intagram : Huggin Hippo Waktu Operasi : 9.00am-9.00pm
BERSAMBUNG…
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Pulau Layang-Layang yang terletak di Sabah merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly. Kerajaan Malaysia telah memantau pulau ini dan menegaskan bahawa pulau ini adalah kepunyaan Malaysia kerana kedudukannya yang berada berhampiran dengan Sabah.
Pulau Layang-Layang terletak 300 kilometer dari pantai Sabah dan mengambil masa kira-kira sejam perjalanan menggunakan kapal terbang dari Kota Kinabalu merupakan Zon Eksklusif seperti yang dibenarkan menurut Konvensyen Undang-undang Laut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 kilometer dan selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam. Pulau Layang-Layang pernah dituntut dan menjadi ‘rebutan’ negara Republik Rakyat China, Republik China (Taiwan), Filipina dan Vietnam.
Pulau Layang-layang juga menjadi tempat perlindungan kepada beribu-ribu ekor burung yang bermigrasi.Pulau ini merupakan tuntutan negara Malaysia terhadap sebahagian daripada pemilikan di Kepulauan Spratly kerana ia berdekatan dengan kawasan tanah.
Setelah Kerajaan Malaysia mengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau Layang-Layang itu terletak dalam perairan zon ekonomi eksklusif Malaysia pada 20 September 1979, Kabinet Malaysia telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang dalam wilayah negara. Pada 1989 kerajaan telah memutuskan supaya kawasan terumbu ini dimajukan sebagai tempat perlancongan. Resort Avillion Layang-Layang (Dive Resort) menarik ramai kehadiran pelancong asing dari Jepun, Perancis, Korea Selatan dan China. Penerbangan ke Pulau Layang-Layang mengambil masa selama sejam dari Kota Kinabalu.
Wilayah laut Pulau Layang-Layang mempunyai keindahan ekologi laut kerana terdapat pelbagai terumbu karang. Oleh kerana itu, kawasan ini menjadi tarikan eko-pelancongan di Malaysia dan bahkan terkenal di dunia. Melindungi kepentingan laut merupakan sumbangan utama terhadap terwujudnya Wawasan 2020. Pada tahun 1990, sektor marin memberi sumbangan 33 juta ringgit atau 13% dari jumlah keseluruhan output Malaysia.
Sektor marin ini terdiri daripada subsektor perkapalan, pengeluaran minyak dan gas bumi, dan perikanan. Kemudian beberapa tahun kebelakangan sektor marin diperkayakan dengan subsektor ekopelancongan laut, rekreasi dan pemprosesan makanan laut.
Malaysia kemudian membina pertahanan di sekitar pulau-pulau yang diklaimnya tersebut untuk melindungi kepentingan ekonominya dan integriti wilayah. Di lokasi tersebut, Malaysia membina pangkalan tentera di hujung timur Pulau Terumbu Layang-Layang sebagai pos induk anggota TLDM ditempatkan dan bertugas di kawasan Kepulauan Spratly Selatan sekaligus dermaga untuk kepentingan pelancongan.
Pada tahun 1983 Malaysia meletakkan Pasukan Khas Laut-nya di Pulau Terumbu Layang-Layang. Pada tahun 1985, kemudahan ketenteraan ditambah sehingga membolehkannya menjadi markas untuk pasukan pertahanan udara. Ciri-ciri eko-pelancongan untuk menambah daya tarik pelancong asing dan sekaligus membina pendapat umum bahawa Pulau Terumbu Layang-Layang adalah milik Malaysia. Ciri-ciri tentera ditujukan untuk kuasa penggentar bagi negara lain yang akan cuba mempersengketakan pemilikan pulau ini. Sengketa pemilikan Pulau Layang-Layang dan kepulauan Spratly ini tidak pernah surut.
Kebijaksanaan pemerintah Malaysia hari ini berjaya memastikan kedaulatan wilayah Pulau Layang-Layang kekal milik kita.
Sebelum datangnya virus Covid-19, Vietnam menjadi destinasi paling popular di kalangan pelancong.
Selain untuk membeli belah kerana dikatakan syurga kain, negara ini juga sangat terkenal dengan keenakan kopinya.
Tidak lengkap pergi sana tanpa menikmati keenakan kopi Vietnam yang rasanya lain daripada yang lain.
Jadi bagi mereka yang rindukan kopi Vietnam tidak perlu pergi jauh. Korang boleh cuba layan di Cong Caphe yang terletak di NU Sentral, Kuala Lumpur.
Tertelak di LG Floor, NU Sentral
Paling senang excess dari KL Sentral. Bukan saja menawarkan kopi Vietnam paling sedap, juga menyediakan Cococnut Milk dengan Coffee Smoothie yang memang sangat enak dan sedap.
Coconut milk with Coffee *best seller Vina-cano (Black Coffee) – Croissant with condensed milk
Anda boleh boleh mencuba Vina-Cano Watermelon yang sanget menyegarkan. menu ini adalah kombinasi Black Coffee dan juga jus tembikai yang dikisar.
Vina-cano Watermelon Vina-cano Coconut milk
Jadi bagi penggemar kopi pastinya tak akan menyesal datang ke sini kerana boleh cuba merasai keenakan minuman yang disediakan tanpa ragu-ragu.
Hanoian Coffee.
Malah tempatnyan yang sangat cozy dengan susunan dekorasi rak buku vintage menjadikan sport terbaik untuk melayan OOTD. Tempat ini juga sesuai untuk hang out bersama keluarga dan juga BFF.
Setiap negara ada undang-undang yang perlu kita patuhi untuk menjaga ketenteraman awam dan menggunakan lesen sebagai seorang pelancong tidak membuatkan kita kebal daripada sebarang tindakan undang-undang sekiranya kita melakukan kesalahan.
Jadi entri ini Libur kongsikan kepada pembaca apa perkara yang perlu anda elakkan daripada disaman oleh pihak berkuasa Thailand saat melancong di negara gajah putih ini.
Jangan bawa dadah! ❌ ?
Sama seperti Malaysia kerana Thailand juga memperuntukkan hukuman mati kepada mana-mana pesalah yang didapati menyeludup dadah. Anda boleh dapatkan rujukan anda di laman sesawang ini.
Hukuman mati tau. Jadi jangan jadi bodoh nak bawa dadah masuk ke Thailand ya. Jangan beli, guna atau bawa apa sahaja jenis dadah merbahaya sepanjang masa anda berada di sana.
Tidak menghormati Kerabat Diraja Thailand ? ?
Ada satu undang-undang yang digunakan di Thailand sejak 1908 iaitu LeseMajeste dan undang-undang ini sangat tegas mengenai sebarang perbuatan yang mencemar nama baik kerabat diraja Thailand seperti memijak wang kertas Baht sebab ada muka raja mereka di atas kertas tersebut.
Dasyat kan? Kalau anda didapati melakukan perbuatan tersebut, percutian anda mungkin berakhir di dalam tirai besi secara percuma. Percakapan yang menghina kerabat diraja mereka juga boleh menyebabkan anda dipenjarakan.
Fotografi dan penggunaan dron ? ?
Anda bebas untuk mengambil gambar di mana-mana sahaja tetapi ada beberapa tempat yang dilarang daripada berbuat demikian. Ada sesetengah kuil buddha yang langsung tidak membenarkan anda mengambil gambar. Ada sesetengah yang lain memberikan kelonggaran asalkan tidak mengambil gambar patung-patung buddha mereka.
Jadi perhatikan, dan pastikan terlebih dahulu adakah sesuatu kawasan yang anda lawati itu membenarkan anda mengambil gambar atau tidak, dan sebaiknya, anda tidak mengambil gambar orang yang sedang bersembahyang atau berdoa di kawasan kuil.
Tips: Jika anda ingin mengambil gambar bersama sami buddha di sana, sebaiknya minta izin dahulu. Jangan lupa untuk senyum dan berikan wai (tundukkan hormat) selepas itu sekiranya mereka lebih tua daripada anda.
Selain kuil, ada kawasan bar dan kelab malam yang tidak membenarkan anda mengambil gambar seperti red light district seperti Patpong dan Cowboy.
Elakkan daripada memberikan duit kepada kanak-kanak sekiranya anda ingin mengambil gambar bersama mereka. Ini bertujuan untuk menghindari budaya meminta-minta dalam masyarakat Thai. Selain itu, mengambil gambar kerabat diraja Thailand, gambar angkatan tentera dan gambar di perbatasan juga adalah tidak dibenarkan sama sekali.
Dron
Memang menjadi trend sekarang untuk ambil gambar arielview sebab cantikkan? Tapi di Thailand, tidak semudah itu untuk anda menerbangkan dron kerana dron mempunyai kamera.
Tidak kira sama ada digunakan untuk tujuan rekreasi atau komersial, anda perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa di sana. Anda perlu memohon permit dan insurans daripada Civil Aviation Authority of Thailand (CAAT) sebelum tarikh pelancongan anda ke Thailand.
Membuang sampah merata-rata di Thailand ? ?
Sejak Februari 2018, pihak berkuasa Thailand telak menguatkuasakan larangan membuang sampah merata-rata kepada individu berusia 24 tahun ke atas terutama di kawasan-kawasan pantai pelancongan akibat kadar pencemaran yang meningkat saban tahun.
Jika didapati bersalah kerana melakukan kesalahan ini, anda boleh dihukum dengan denda maksimum sebanyak 100,000 Baht atau dipenjara selama setahun. Anda boleh didenda 2,000 Baht jika membuang sampah di kawasan kaki lima.
Larangan merokok ? ? ?
Merokok sekarang dilarang di 24 pantai yang popular seperti Phuket, Pattaya, Koh Samui, Prapchuap Khiri Khan, Chon Buri dan Songkhla. Larangan ini dikuatkuasakan kerajaan Thailand bagi mengurangkan impak alam sekitar terhadap hidupan laut dan kerosakan kepada sistem peparitan mereka yang dipenuhi puntung rokok. Larangan ini juga diperluaskan kepada bot yang membawa warga tempatan atau pelancong.
Dekat Malaysia pun ada larangan yang sama dan siapa yang didapati melanggar peraturan ini akan dikenakan denda sebanyak RM10,000. Sama juga seperti di Thailand apabila anda akan dikenakan denda sebanyak 100,000 Baht, satu tahun penjara atau kedua-duanya sekali.
Merokok juga tidak dibenarkan di kawasan-kawasan rekreasi, kompleks sukan dan taman permainan, zoo dan kawasan pasar. Pelancong yang melancong secara berkumpulan diharap dapat mengikut peraturan ini.
Ada yang bertanya, vape macam mana? Rokok eletronik pun tak dibenarkan juga ke? Jawapannya, ya. Rokok eletronik dah diharamkan di Thailand sejak 2014 dan ramai pelancong yang datang ke Thailand telah ditangkap kerana mengabaikan larangan dan didenda atau dipenjara.
Walkie-talkie
Sewaktu Libur buat research berkenaan perkara-perkara yang dilarang di Thailand ni, Libur ada terjumpa satu benda yang menarik dengan kes warganegara Malaysia yang ditahan di Thailand baru-baru ini kerana memiliki walkie-talkie.
Walkie-talkie sememangnya tersenarai dalam larangan yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa Thailand dan di sini Libur sertakan sekali senarai-senarai untuk barangan yang lain.
Jadi ini antara tips yang dapat Libur kongsikan kepada para pembaca. Kalau ada apa-apa yang ingin dikongsikan, feel free to message Libur dan Libur nasihatkan kalau melancong di negara orang, ikutlah peraturan di sana. Kita jauh dengan saudara-mara dan kawan-kawan yang boleh datang tolong. So be safe and have fun.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...