Usaha mencari tawaran terbaik, menyelaraskan pilihan dan menilai begitu banyak maklumat adalah antara cabaran yang menimbulkan tekanan kepada golongan milenial Malaysia apabila merancang perjalanan mereka, menurut satu tinjau selidik yang dikendalikan oleh Hotels.com. Kajian tersebut dijalankan sempena pelancaran kempen terbaru Hotels.com “Half the Fun of Travel” (Separuh Daripada Keseronokan Melancong), yang bertujuan mengajak rakyat Malaysia merancang perjalanan mereka dengan cara yang menyeronokkan menerusi kisah peribadi golongan selebriti dan blogger-blogger berpengaruh Asia Tenggara yang memang gemar melancong. Elfira Loy, Audrey Ooi dan Shahril Fawzy telah dipilih sebagai jurucakap program ini di Malaysia.
Tiga punca tekanan utama bagi golongan milenial Malaysia semasa merancang perjalanan:
Tidak pasti sama ada saya mendapat harga terbaik(55%)
Perlu mengambil kira pilihan orang lain (54%)
Terlalu banyak maklumat, tidak tahu apa yang terbaik (48%)
“Pelancong Malaysia mengutamakan nilai. Menerusi rangkaian global dan program Ganjaran kami (Hotels.com’s Rewards), kami dapat menawarkan hotel hebat yang disesuaikan dengan bajet berbeza dan memberikan nilai terbaik untuk wang menerusi laman web dan aplikasi mudah alih kami,”kata Jessica Chuang, Pengarah Serantau bagi China Raya, Asia Tenggara & India bagi Jenama Hotels.com.
Pelancongan berkumpulan adalah sangat popular dalam kalangan 1,000 penduduk milenial Malaysia (lahir 1982 dan selepas itu) yang ditinjau selidik, dengan 91 peratus daripada responden memilih untuk melancong bersama rakan dan keluarga mereka setiap kali. Hanya lapan peratus yang meluangkan sebahagian besar masa untuk melancong secara solo. Mereka juga membuat perancangan awal, 66% daripada responden melaporkan bahawa mereka merancang berminggu-minggu lebih awal, dan hanya 5% daripada responden merancang percutian mereka beberapa hari lebih awal.
Ini bermakna keseronokan bercuti bermula sebelum kita menjejakkan kaki di destinasi kita atau membuat tempahan tiket penerbangan. Keseronokan bermula dari detik kita mula membayangkan percutian kita, dengan mencari tempat penginapan, tempat menarik untuk dilawat, aktiviti untuk dilakukan dan sajian menarik untuk dinikmati.Tidak hairanlah bahawa walaupun dengan cabaran yang dihadapi, seramai 94 peratus daripada responden berkata mereka seronok dengan proses perancangan percutian.
Tiga keseronokan utama merancang perjalanan adalah:
Ads
Menerokai pengalaman baharu(23%)
Menerokai destinasi baharu(21%)
Pengalaman merancang perjalanan bersama rakan dan keluarga(19%)
Bagaimana pelancong Malaysia memilih destinasi mereka yang seterusnya?
Untuk membolehkan sesuatu destinasi menarik kunjungan rakyat Malaysia, factor ketermampuan merupakan penentu utama, dengan 86% daripada responden menganggap factor ini sebagai salah satu pertimbangan utama mereka. Seramai 45% daripada responden lebih suka menuju ke destinasi yang kelihatan cantik di dalam gambar atau dengan kata lain, Instagrammable.
Rakyat Malaysia adalah pengguna Instagram paling aktif di Asia Pasifik(Kantar TNS, 2016),dan mereka suka berkongsi gambar percutian mereka dengan rakan-rakan dan keluarga menerusi platform media sosial. Sudah pasti cara terbaik untuk berbuat demikian ialah mengunjungi destinasi terindah di mana mereka boleh mengambil gambar dan memuat naik gambar terbaik untuk Instagram, tanpa sebarang filter (penapis).
Tiga Pertimbangan Utama Apabila Memilih Destinasi Seterusnya:
Ads
Ketermampuan destinasi(86%)
Menimba pengalaman baharu(63%)
Keindahan untuk bergambar(45%)
Rakyat Malaysia suka bersosial–dari saat merancang hinggalah semasa melancong
Sebahagian besar daripada perancangan perjalanan pelancong milenial Malaysia merupakan aktiviti menyeronokkan yang dikongsi bersama orang lain. Kajian menunjukkan bahawa perancangan perjalanan ialah aktiviti sosial dengan 74 peratus daripada responden menyatakan bahawa mereka merancang percutian bersama rakan dan keluarga.
Golongan milenial Malaysia juga bergantung kepada rakan dan keluarga untuk memberikan maklumat terbaik tentang destinasi mereka, dengan 50 peratus berkata maklumat dari mulut ke mulut sebagai sumber terbaik. Aspek sosial diluaskan lagi kepada ulasan dalam talian oleh pelancong lain, dengan 82 peratus daripada golongan milenial yang ditinjau selidik menyatakan bahawa mereka dipengaruhi oleh ulasan dalam talian semasa merancang perjalanan.
Jessica menambah, “Kami memahami kuasa ulasan umum dalam mempengaruhi keputusan kembara masa kini, dan Hotels.com sukacita untuk menyediakan lebih 25 juta ulasan tetamu sebenar yang ditentu sahkan di laman kami.”
Ads
Penginapan ialah perkara pertama yang dirancang dan sebahagian besar masa diluangkan untuknya
86% daripada golongan milenial akan mula merancang penginapan mereka selepas menentukan destinasi, berbanding 80% bagi pengangkutan (penerbangan, bas, keretapi, dll.) dan 50% bagi jadual kembara. Dalam kalangan mereka yang berbuat demikian, sebahagian besar meluangkan masa berjam-jam setiap hari mencari penginapan terbaik– 54% meluangkan masa antara dua hingga 10 jam, 35% menghabiskan masa sehingga sejam dan 11% meluangkan masa lebih 10 jam.
Selera pelancong Malaysia tidak berubah di luar negara– 98% meluangkan lebih banyak masa untuk mencari restoran Asia, dengan 48% daripada mereka mengambil masa lebih sejam berbuat demikian. Ternyata, rakyat Malaysia dan mi goreng, nasi lemak dan nasi ayam, memang berpisah tiada.
Percutian halal juga popular di kalangan rakyat Malaysia, dengan 97% daripada pelancong Melayu dalam kaji selidik ini meluangkan masa untuk menyelidik pilihan menjamu selera halal sebelum membuat keputusan kembara masing-masing. Sebanyak 51% meluangkan masa lebih daripada sejam berbuatdemikian.
“Di Hotels.com, kami percaya perancangan adalah separuh daripada keseronokan melancong– dan golongan milenial Malaysia nampaknya bersetuju dengan kami. Kami faham bahawaramai di antara mereka menggunakan perancangan percutian sebagai peluang untuk mengeratkan hubungan dengan rakan dan keluarga dan banyak masa dihabiskan menyelidiki tempat terbaik untuk penginapan paling sesuai.
Kempen terbaru kami ‘Half the Fun of Travel’ bertujuan memberikan kemudahan perancangan perjalanan terbaik kepada pengguna dan memanfaatkan pengalaman Hotels.com dalam bidang ini supaya proses tersebut lebih lancar dan menyeronokkan,” kata Jessica.
Kempen ‘Half the Fun of Travel’, yang berlandaskan blog pelancongan(www.blogshotels.com/ms), memaparkan kisah peribadi, tip dan petua untuk memanfaatkan pelbagai tawaran Hotels.com oleh tokoh-tokoh berpengaruh dan kaki kembara Asia Tenggara seperti pelakonElfira Loy, penulis blog gaya hidup yang juga seorang ibu, Fourfeetnine, penulis pelancongan Pojiegraphy dan banyak lagi.
Sempena pelancaran ‘Half the Fun of Travel’, Hotels.com menawarkan potongan 8% daripada tempahan sehingga15 September 2017, untuk tarikh perjalanan dari 15 Ogos 2017 – 31 Mac 2018, dengan kod promo8OFFHTFOTMY.
Hasil tinjauselidik Hotels.com
Rakyat Malaysia utamakan kemampuan, pengalaman baharu dan kecantikan bergambar berbanding faktor pengembaraan lain dalam memilih destinasi percutian
Rakyat Malaysia meyakini ulasan dalam talian– 82 peratus rakyat Malaysia dipengaruhi sedikit sebanyak oleh ulasan dalam talian apabila membuat keputusan melancong
65 peratus pelancong milenial meluangkan masa lebih dua jam untuk meninjau pilihan penginapan– 11 peratus meluangkan masa lebih10 jam
Selera orang Malaysia tidak berubah di luar negara – 98 peratus pelancong meluangkan masa mencari restoran Asia
Pelancongan halal – 97 peratus pelancong Muslim meluangkan masa mencari pilihan menjamu selera yang halal sebelum perjalanan mereka
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
Setelah lebih 1000 hari misi cari dan menyelamat (SAR), Biro Keselamatan Pengangkutan Australia mengisytiharkan tamat misi pencarian pesawat Malaysian Airlines MH370 yang hilang.
Ketua Pesuruhjaya Greg Hood juga berkata tidak dapat mengesan sebarang bahagian pesawat.
Pencarian ini yang dijalankan mengikut piawaian tinggi dan profesional.
MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014, dan misi pencarian bermula hingga 17 Januari 2017, sebelum ditangguhkan oleh Malaysia, Australia dan China. “Apapun punca kehilangan MH370, tidak ada transmisi diterima pada masa 38 minit penerbangan pesawat itu.”
“Sistem yang direka untuk menghantar lokasi pesawat secara automatik termasuklah transponder dan komunikasi pesawat gagal menghantar lokasi pesawat selepas waktu itu”, menurut laporan tersebut.
Analisa radar dan satelit komunikasi lain membongkar pesawat MH370 menyambung penerbangan selama lebih tujuh jam.
Laporan juga menjelaskan 120,000 kilometer persegi carian bawah laut telah dilakukan dan gagal menjumpai sebarang bahagian pesawat.
Seramai 239 penumpang termasuk krew hilang. Selama tiga tahun ini, lima bahagian pesawat yang mungkin atau tidak mungkin kepunyaan MH370 dijumpai di Afrika Selatan, Mauritius, Mozambique dan Kepulauan Reunion.
Majalah antarabangsa hebat, TIME menyenaraikan Pulau Pinang antara 10 destinasi mampu lawat di Asia bagi pelancong Barat.
Majalah itu dalam artikelnya ‘10 Amazing Asian Vacations That Won’t Cost a Fortune’, memaparkan destinasi murah dan memuaskan untuk dilawati.
Menurut TIME, kos untuk 2 orang bagi seminggu di Pulau Pinang ialah USD2,669 (RM11,399)
Pulau Pinang dengan tarikan budaya campuran budaya, makanan, rumah agama, tempat menarik, pantai cantik, kehidupan malam hari dan pusat beli – belah yang murah.
Kadar bilik hotel menurun 10% setiap tahun, menjadikan purata sekitar USD80 (RM342) semalam, menurut Hotels.com. Tambang udara juga jatuh , 16% setiap tahun hingga kadar USD916 (RM3,925) perjalanan pulang.
Kebanyakan pelancong bertumpu di George Town, dan bangunan Unesco World Heritage Site. Tarikan makanan yang pelbagai (yang juga baru ini disenarai dalam antara makanan gerai terbaik dunia) seperti rojak pasembur, nasi kandar, kuey teow dan pelbagai lagi makanan murah dan sedap.
Foto: aroma cookery
Bagi memahami pertembungan dua budaya timur dan barat, rumah seperti Khoo Kongsi dan Cheah Kongsi jadi tarikan. Disitu mural besar, ukiran seramik, dan binaan yang mengagumkan. Taman Negara Pulau Pinang juga menawarkan keindahan alam flora dan fauna di samping pantai yang cantik.
Seramai lebih 70 sukarelawan yang terdiri daripada pelbagai organisasi dan lapisan masyarakat berjaya melaksanakan Hari Konservasi Pulau Redang 2019 (RICD2019) bertempat di Pulau Redang pada 3 hingga 5 Mei yang lalu.
RICD2019 yang dianjurkan oleh The Taaras Beach & Spa Resort (TTBSR) itu bertujuan untuk memulihara dan memelihara alam sekitar yang terdapat di Pulau Redang selain mendidik dan memberikan kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya kebersihan laut kepada ekosistem semulajadi.
Persekitaran laut dan kawasan terumbu karang yang bersih serta bebas daripada sampah boleh menjadi persekitaran yang baik kepada hidupan laut seperti ikan dan tumbuh-tumbuhan, selain menjana ekonomi setempat dengan menjadi tempat pelancongan dan percutian yang cantik dan menarik.
Selain daripada itu, persekitaran laut yang bersih dapat menghasilkan terumbu karang yang sihat dan memangkin pelindungan terhadap bencana alam yang mungkin terjadi di persekitaran kawasan pantai seperti tsunami ataupun ribut monsun.
Proses konservasi selama tiga hari itu dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan pertama akan membersihkan bahagian bawah permukaan laut dan kumpulan kedua akan membersih permukaan pantai. Kumpulan pertama terdiri daripada penyelam-penyelam skuba yang membersihkan tiga bahagian di bawah permukaan laut iaitu dua di TTBSR dan satu lagi di tukun yang berhampiran.
Selain daripada mengeluarkan sampah sarap yang terdapat di sekitar Pulau Redang, kerja-kerja pembersihan juga melibatkan proses membuang pukat terbiar yang boleh mengganggu dan membahayakan hidupan laut.
Pengarah Urusan TTBSR, Pravir Mishra berkata usaha untuk melindungi dan menjaga persekitaran alam sekitar terutamanya laut sangat penting dan perlu dilaksanakan secara berterusan supaya keindahan laut dan pantai terutamanya Pulau Redang dapat dinikmati oleh generasi yang akan datang.
“Dengan melindungi habitat hidupan laut yang ada di sini akan memastikan bukan sahaja orang tempatan malah orang daripada luar negara juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang indah di Malaysia,” katanya.
RICD2019 yang dilaksanakan itu juga mendapat kerjasama NGO Trash Hero Malaysia dan berjaya menghimpunkan sukarelawan daripada media, orang awam, Berjaya Tioman Resort, Jabatan Taman Laut Malaysia dan Polis Diraja Malaysia.
Sentiasa up to date tentang tempat healing dan relax dengan LIBUR. Berlibur dan download seeNI sekarang!
TV Sarawak (TVS) sekali lagi tampil dengan program baharu yang menjanjikan pengalaman penuh warna-warni dan sarat dengan elemen budaya serta keindahan alam semula jadi.‘Sumandak...